Friday 21 February 2014

Jom Bahagia (4) Kuliah Subuh dan Magrib 15-16 Feb 2014 dan Motivasi Pagi

Di sini kami sertakan nota kuliah subuh dan juga nota kuliah magrib yang sempat Lukeman dan Liza catitkan menerusi nota HP dan juga telah dikongsikan didalam FB kami sebelum ini. Moga ada manfaatnya insyaAllah

(1) Kuliah Subuh Sabtu (15.2.14) Surau An Nur S1, BBBangi



Penceramah Dr Shafie Md Amin alhafiz, Tajuk Kuliah / buku "You are the best", surau annur S1 bbbangi, 15.2.14 sabtu, kuliah subuh.

Semangat / kekuatan dari Allah, betulkan visi/objektif/fokus melalui perkataan "bismillah" kita dengan kefahaman, dari hati. Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah. Terbaik jika perbuatan itu ikut quran & sunnah, buat secara sungguh2. "lakukan perbuatan secara sungguh2". Kesannya 1.semakin dekat/sayang pada allah 2.rasa tenang 3.kekuatan untuk taat pada allah meningkat. Apa yang penting Allah.

Urusan kita didunia adalah amal soleh.

Meniaga yg penting amal soleh 1, untung no 2. Meniaga dengan Allah.
Belajar cara berfikir dgn belajar Quran cara praktikal dgn laksanakan. Belajar & azam utk praktik dgn ikhlas.
QS baqarah "takwa padaku (azam utk patuh padaku), aku akan didik kamu".
Betulkan visi, tiap2 masa dengan Allah "bismillah" kawal dengan "auzubillahhiminasyaitonirrajim" ontherighttrack. Allah latih kehidupan kita dgn solat.
Qs taubah 111 "semuanya allah beli dari org mukmin dirinya & keluarganya dgn syurga" modalnya umur, sihat, masa kita. Tukarkan jadi amal soleh. Meniaga jika rugi, istigfar banyak2& buat soleh. Tutup akaun masa tidur dengan untung @ istigfar @ ampun semua orang.

Bab 3 Ms 12 motivasi psikoligi & human behavior. Motivasi = to move, psikologi = . Definasi mesti dari Quran. Yg gerakkan jasad manusia adalah Roh
qs15, 29. Roh  tak dpt dilihat
qs isra'. "roh itu semata2 urusan tuhan" Ilmu utk latih roh dengan quran.
Motivasi dari quran. Manual kereta dicipta oleh pencipta. Manual manusia dicipta oleh Allah pencipta kita "kamu semua fakir dan sgt perlu pada Aku". Kaya = Tidak perlu pada sesiapa, dlm b.arab@quran. Kamus dewan=kamus oxford=realiti kehidupan.
Qs al-alaq@iqra' 196 ayat 6&7 "sesungguhnya manusia mudah melampaui batas apabila dia merasa dirinya kaya".
Ghani=kaya, istagrana=perasan kaya. Jika kita kaya sepatutnya kita lebih risau. "alhamdulillah" tukar pada "astagfirullah" yg kita terima dari allah adalah amanah@risiko@beban, rm10k=10kg, rm100k=100kg, hati2.
Qs alhadid "supaya kamu tidak terlalu gembira dgn apa yg kamu dapat" qs takassur "kamu akan ditanya atas semua nikmat yang diberi" risiko masuk neraka sbb tak tunai amanah.
Rezeki =apa yg kita guna "jgn gunakan nikmat kecuali utk taat pada Allah". Ilmu bermanfaat akan kita ingat. Ilmu xbermanfaat akan mudah lupa. Kebijaksanaan patut ada pada kita = hati & kepala kita. Cth sapa hafal quran, kita@komputer. Kaji imam bukhari yg hafal beratus ribu2 hadis. Didik anak2 kita dgn quran.
Anak mula belajar mula dari lahir= tangkap maklumat melalui pancaindera.
Qs Annahli 78 "mereka xtahu apa2" Quran is repetative modul, ikut sistem quran.
Ilmu 1. Azan =tauhid=akidah, akdun=ikatan=anchor. Ikat diri kita pada Allah bukan pada duit, harta qs alankabut 29, 41 "umpama org yg ambil selain allah sbg tpt pergantungan/kabel/network seperti labah2 yg jadikan rumahnya sebagai pergantungan". Azan-pergantungan hanya pada Allah. Jadi doktor hanya keperluan bukan cita2. qsimran

Cita2 yg paling penting. Bahasa Arab, Quran. Ilmu akidah @ tauhid. Ajar quran & fahami maknanya. Ilmu tauhid ajar dari kecil, mula.  Yang paling penting adalah taat Allah. Caranya belajar Quran cara yang betul dan praktikkan dalam kehidupan. Sambungan didik anak2 ilmu tauhid "bismillah" "alhamdulillah" "innalillah" "allahhuakbar! Cc Siti Norliza Ibrahim & Ida isl


(2) Kuliah Magrib, 15.2.14 Sabtu Surau An Nur S1, BBBangi.




Al lahab = Abu lahab = abdul uzza = hamba berhala, surah al masad = tali ikatan / simpulan dari api neraka, asbabunuzul "berilah peringatan pada saudara terdekatmu". Nabi panggil saudara2nya, buat makan2, di rumah s.khadijah, nabi tanya 'jika aku cakap di belakang bukit ini ada kuda2 perang "anta al amin = engkau yang jujur" "Jika aku bagitau ada tuhan yang esa Allah" "tubballakaya muhammad = celaka engkau wahai muhammad"

Reverse story; abu lahab=bapa ketampanan, merah menyala2. Abdullah bin abdul muttalib & aminah binti wahab semasa mahu melahirkan nabi, abu lahab gembira & bagitahu shuyaibah supaya pergi ke rumah nabi utk melihat kelahiran nabi & bawa berita kepada abu lahab. Abu lahab bebaskan syuhaibah utk menyusukan nabi. Abu lahab akikah 100 ekor unta untuk nabi.

 "telah binasa kedua2 belah tangan abu lahab, apa2 harta benda & usahanya tidak berguna untuknya, dia akan masuk neraka api yang marak menyala, dan isterinya (arwa=ummu jamil=ibu kecantikan=diva) wanita tukang bawa bahan bakar api neraka, dilehernya ada kalungan api neraka."

"mereka adalah golongan yang sentiasa dilaknat" perang badar abu lahab sponsor musyirik mekah, musrikin mekah kalah, abu jahal mati.

 Kesimpulan (1) harta biarlah untuk manfaat agama (2) jangan sokong/buat kejahatan (3) sokong benda yang elok dan kebaikan, (4) ambil iktibar daripada kisah. With Siti Norliza Ibrahim & famili & cc to ida isl


(3) Kuliah Subuh Ahad 16.2.2014 M @ 16.4.1435H Surau An Nur S1 BBBangi

Kuliah subuh 16.2.2014 M@ 16.4.1435H surau annur s1 bbb ustaz hashim. Qs annur 27-28, adab berjalan ke rumah orang lain, tiada istilah terjah/suprise, "hai org beriman kena ingat jgn masuk rmh org yg selain rmh kamu melainkan kamu minta izin (tuan punya rumah/suami) dan bagi salam untuk masuk, tak boleh masuk ke rumah org tanpa kebenaran." antara adab yang kita rasa bercanggah tapi suruhan Allah qs annur 27-28 "bila tuan rumah kata keluar, keluar"...hadis (1) salam 3 kali, ikut islam, "assalamualaikum", (2) jgn panggil nama, (3) ketuk pintu cara baik "nabi ketuk pintu dengan kuku", tips jaga hati isteri masa lahir bayi "isteri saya mana", (4) jgn menghadap ke pintu @ dalam rumah, (5) jangan mengintip, (6) jika disuruh balik, balik dahulu. Jangan buat suprise/terjah, maklumkan sebelum datang ke rumah orang.

Bab solat, Kitab al ahkam, takbir ratulihram (1) "allahhu akbar" (2) disunatkan makmum terus takbir ratulihram selepas imam. (3) berdiri, (4) imam lantang, makmum perlahan asalkan dengar ditelinga kecuali mubaligh2/tabligh/bilal/yang menyampaikan khabar, (5)makmum tidak sah solat jika takbir sama/mendahului imam, makruh jika fekli sama

rukun solat 13 (a) qalbi=niat, (b) qauli=cakap, (c) fekli=pergerakan anggota rukuk sujud
Jabatan penerangan dah keluarkan foto baru permaisuri agung yang dah tutup aurat, jabatan kerajaan boleh ambil.

(6) Makmum salam serentak dengan imam, sah tapi hilang fadilat salam... (7) Mufarakah=memutuskan ikatan, jika makmum pisah solat dgn imam

(7) makmum solat batal jika dahului imam dari awal tapi tidak niat mufarakah, (a) haram dahului imam dengan 1 rukun, (b) haram memutuskan ikut imam tanpa niat mufarakah

(8) wajib ikut imam tanpa mendahuluinya, kebiasaannya sahabat tidak akan sujud sehingga Nabi SAW sempurna sujud 7 anggota dahi, 2 tapak tangan, 2 lutut, 2 pelipat jari kaki.

(9) kadang2 makmum wajib dahului gerak imam seperti imam duduk pada bukan tempatnya contoh imam duduk tahayat pada rakaat 1 @ 3 solat zohor dan ucap "subhanallah / allahhu akbar" @ orang perempuan "tepuk balakang tangan pada paha"

Antara intipati isi kitab "alkauli alahkam al makmum wal imam"

Kesimpulan (1) Adab penting antaranya panggilan nama dengan gelaran pakcik, haji, ustaz (2) jangan terjah, bagi salam, kalau tuan rumah izin masuk, masuk, kalau kata balik, balik. Wallahhua'lam cc Siti Norliza Ibrahim


(4) Motivasi Pagi ikim.fm

(1) Alhamdulillah nikmat kehidupan dan kesihatan. Hikmah disebalik tirai kelahiran. Allah takdirkan ikut sunnah selepas kahwin 1.... dapat rezeki anak-anak, 2. belum dapat rezeki anak-anak. Allah yang Maha Mengerti. Hikmah / pengajarannya 1. Sifat mukmin bersyukur bila dikurniakan kelebihan dan bersabar bila diuji 2. Rezeki dikurniakan Allah 3. Bagi yang belum ada anak boleh berusaha pelihara anak angkat / anak yatim, moga dapat rezeki anak kandung nanti. Moga kita jagi hamba yang sentiasa redha dan bersyukur dengan kurniaanNya. No 3 ikim.fm 20.2.2014 7.30am

(2) Harta dan anak-anak adalah ujian hidup. Anak anugerah dan permata kehidupan.
"sesungguhnya harta dan anak pinak adalah ujian, disisi Allah ganjaran yang besar"
"wahai orang yang beriman, janganlah harta benda dan anak pinak melalaikan kamu daripada Allah"
Anak boleh mendekat/menjauhkan kita kepada Allah.
Anak adalah amanah, ujian dan permata keluarga
"didiklah anak-anak mencinta 3 perkara 1. Allah SWT, 2. Rasul SAW dan keluarga nabi SAW 3. Baca Quran" Semoga anak kita jadi permata dunia dan akhirat insyaAllah. 19.2.14 7.30am ikim.fm


(3) Daripada Facebook Siti Norliza Ibrahim 1. Anak-anak dan harta adalah ujian bagi kamu. Jika kamu bijak mengurusnya merupakan pendorong ke syurga..jika salah menguruskannya boleh jadi asbab ke neraka, nauzubillah.
2. Anak-anak yang dididik taat kepada Allah, cinta pada Rasul dan Al- Quran akan menjadi pendorong untuk ibu bapanya turut melakukan ketaatan pada Allah.
3. Satu pengalaman sendiri uztaz penyampai menceritakan pernah melihat seorang anak kecil tiba-tiba menyedekahkan rm1 di tabung Masjid..kemudian selepas itu diikuti pula oleh ayahnya yg menyedekahkan rm10. Subhanallah hebat magnet si anak kecil
- sumber Motivasi pagi IKIM 19/02/2014



(4) Tiada yang mampu beri hidayah melainkan Allah SWT.
"wahai Muhammad SAW, engkau tidak mampu beri hidayah melainkan dengan izin Allah"
Ujian ibubapa yang belum mampu lahirkan anak soleh solehah. Tanggungjawab kita didik anak-anak, yang beri hidayah dan buka pintu anak adalah Allah, jangan sedih, pendidikan makan masa yang lama dan berterusan. 1-7 tahun, ajar, didik dengan kasih sayang, 10 tahun puku...l / rotan untuk mendidik dengan kasih sayang pada tapak kaki.

1-7 tahun: bermain dan bermanja-manja, 7-14 didik dengan hukum hakam dan laksanakan
14-21 teman, rakan dan dipimpin tangannya.
Jadikanlah kami, keluarga dan anak-anak kebaikan dunia dan akhirat.

Ustaz Zamani ikim.fm 7.30 pagi 18.2.2014



(5) Perkongsian Lain di Facebook Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim

(1) Selepas solat magrib, dalam perjalanan ke rumah ustazah untuk mengaji al Quran
Athirah: Abah esok tolong belikan pembalut hadiah 2; 1 untuk lelaki, 1 untuk perempuan.
Abah: Pembalut hadiah? Nak buat apa?
A: Kita nak bagi hadiah untuk m...ama dan abah
Ab: Nak bagi hadiah apa?
A: Tengoklah, esok kita beli, yang harganya 1.50 ataupun 2 ringgit.
Ab: Ada duit tak?
A: Ada, 5 ringgit, kita simpan.





 (2) Gambar di atas adalah hadiah pertama yang Siti Norliza Ibrahim dapat daripada anak sulungnya tahun lepas sempena hari jadi yang ke 32 tahun.

(3) Setiap pagi jumaat biasanya Muhammad, Aisyah dan Athirah akan dapat tambahan RM1 untuk didermakan di surau sekolah ataupun untuk belanja kawan sekelas yang memerlukan. Petang jumaat lepas

Ab: Muhammad masuk tak duit RM1 dalam tabung surau?
M: Tak
Ab: Kenapa?
M: Kita nak belanja Yusuf, boleh tak abah?
Ab: Ok, boleh
M: Abah tunggu sini tau, kita nak beli makanan untuk Yusuf.

Beri hadiah mengeratkan kasih sayang. "Ya Allah kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah, penyejuk mata dunia dan akhirat" Salam jumaat.
(4) Keputusan rayuan haji 1435H / 2014M boleh diketahui seawal Ramadan 1435H nanti. Sesiapa yang dah hantar surat rayuan kepada Tabung Haji boleh telefon 03-62071919 untuk buat semakan. Harap maklum
(5) Ujian mendekatkan diri kita kepada Allah. Sama-sama kita mensyukuri dan bersangka baik denganNya.

 (6) Aktiviti persatuan dan kokurikulum SRAI Bangi hanya bermula masa darjah 4. Sabar ya sayang nanti besar sikit baru boleh join Taekwando & Karatedo. Terima kasih cikgu.
(7) Buat baik sehingga kita lupa kita pernah buat kebaikan itu
(8) Terus lakukan kebaikan apabila diberikan lintasan/ilham untuk melakukannya, contohnya jika sebelum ini kebiasaannya pagi-pagi kita hadiahkan bacaan surah al Fatihah kepada Rasulullah SAW, ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua, isteri/suami dan anak-anak, 1 bacaan setiap seorang, tiba-tiba suatu pagi kita rasa nak hadiahkan khusus kepada Nabi Adam AS sebagai bapa kita semua, Nabi Ibrahim AS dan juga N...abi Ismail AS sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka membangunkan Kaabah, terus lakukan ketika diberikan lintasan tersebut.

Sebagai penutup boleh bacakan Fatihah untuk dihadiahkan secara umum kepada adik-beradik, saudara, sahabat handai dan seluruh kaum muslimin & muslimat. Doa dan bayangkan kita semua akan berjumpa di syurga Allah SWT kelak, insyaallah.

Ps1: Beri hadiah menyuburkan kasih sayang

Ps2: Hadiah bukan sahaja berbentuk fizikal, malahan juga spiritual yang insyaAllah akan berkekalan manfaatnya hinga ke sana.

ps3: Boleh share jika rasa bermanfaat


(9) Pahala yg lbh besar bkn kerana melakukan ibadah, tetapi pahala apabila sabar ketika di timpa musibah (daripada FB Liza)
(10) Jika ingin mewakafkan Quran di Masjidil Haram ataupun Masjidil Nabawi, pastikan Quran tersebut telah dicopkan "Waqaf", jika tidak mungkin Quran tersebut akan dibawa keluar oleh pekerja masjid kerana Quran yang tidak dicop "Waqaf" dianggap Quran milik persendirian yang tertinggal di sana.

(11) QS 10 Yunus 62-64 "Ingatlah wali-wali Allah itu tiada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. (iaitu) orang-orang yang beriman dan bertakwa. Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. Demikian itulah kemenangan yang agung"

(12) Ingat mati jadikan kita lebih produktif dengan berusaha menjadikan setiap amalan sebagai ibadah

(13) QS 14; Ibrahim ayat 7 “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras

Moga bermanfaat. Mohon maaf kerana nota ini ditulis semasa ceramah, jadi mungkin ada kesilapan tulisan, ejaan. Komen dan teguran membina daripada semua amat kami hargai dan kami dahului dengar ucapa ribuan terima kasih

Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
21.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319 / 019-6515717
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com

Artikel Berkaitan

(1) Jom Bahagia (4) Kuliah Subuh dan Magrib 15-16 Feb 2014 dan Motivasi Pagi
(2) Jom Bahagia (3) Memandang Wajah Ibu
(3) Jom Bahagia (2) Bahaya dan Kesan Riba' Dalam Kehidupan
(4) Jom Bahagia (1) Berbagi Kasih Sayang Dari Gaji Pertama