Thursday 16 March 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 56) 16 Mac 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 56)
16 Mac 2017 9.30pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.30pm

Al Baqarah 2: 31

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ

Beri perhatian pada sebutan ثُمَّ

ثُمَّ = kemudian
ث = sh
س = s

سُمَّ = racun


*MUFRADAT AL QURAN*
وَ = dan

1. عَلَّمَ =   memberitahu / mengajarkan / telah mengajar ia

عَلِمَ = tahu / berilmu / mengetahui

آدَمَ = Adam

2. الْأَسْمَاءَ =
(akan) nama-nama
اِسْمٌ = nama

3. كُلَّهَا = semuanya

ثُمَّ = kemudian

4. عَرَضَ = telah menghadapkan (ia)
/ telah menayangkan / menunjukkan / mempamerkan

َهُمْ = mereka

5. عَلَى = atas / ke / kepada

الْمَلَائِكَةِ = malaikat-malaikat


5 mufradat baru. Hafal 1 mufradat baru 60 kali sehari.

*Latihan*
*Cuba terjemahkan ayat di bawah*

Al Imran 3:138

هَٰذَا بَيَانٌ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِلْمُتَّقِينَ

هَٰذَا = ini

بَيَانٌ = penjelasan / penerangan

لِلنَّاسِ = kepada / bagi / untuk manusia

وَهُدًى = dan petunjuk

وَمَوْعِظَةٌ = dan peringatan / pengajaran

لِلْمُتَّقِينَ = bagi / untuk orang-orang yang bertakwa


Jaga mufradat sedia ada; yang dah belajar; Al Fatihah & Al Baqarah sehingga ayat 31, insyaAllah ayat-ayat lain kita boleh faham / terjemah berdasarkan mufradat yang kita dah belajar


*TADABBUR*

2:11

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ

وَإِذَا = dan apabila

قِيلَ لَهُمْ = dikatakan kepada mereka

لَا تُفْسِدُوا = jangan membuat kerosakan

= tidak dimaklumkan jenis kerosakan = kerosakan apabila tidak belajar Al Quran

فِي الْأَرْضِ = di bumi

Kenapa perlu dibagitahu "di bumi"?
Kenapa tidak dicakap "di Madinah" ataupun cukup sampai "jangan membuat kerosakan" sahaja


Tengok balik ayat 10

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka

Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit kepada (mereka=badan mereka keseluruhannya)

Berbalik ke ayat 2:11
Asal orang munafik di Madinah, tetapi jika tidak dibendung kerosakannya akan merebak ke seluruh bumi


Apa kaitan manusia dan bumi?

Taha 20:55

مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَىٰ

Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.



مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ = untuk pilih jalan hidup syurga / neraka

وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ = ke taman syurga / lubang neraka

وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ = menuju syurga abadi / neraka

تَارَةً أُخْرَىٰ

**************************
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.20pm

Doa = ketaatan
Ketaatan = Apa yang Allah suka

2: 216

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Apa yang berlaku pada kita, kita tak tahu baik ataupun tidak, yang penting kita hadapinya dengan KETAATAN KEPADA ALLAH

Hidup adalah ujian
Ujian = soalan. Apa soalan?
Soalan = apa yang berlaku kepada kita setiap hari

Apa jawapan kepada soalan Allah kepada kita?
Jawapan = SAYA NAK TAAT =
إِيَّاكَ نَعْبُدُ

Al Anbiya 21:35

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْت = tiap-tiap jiwa akan merasai mati

ِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ = dan Kami uji

بِالشَّرِّ = dengan yang kita tidak suka

وَالْخَيْرِ = dan yang kita suka

فِتْنَةً ۖ  = ujian

وَإِلَيْنَا تُرْج

Sabar = taat
Sakit pada badan bermula dari HATI

*Perkara pertama kena buat ketika sakit adalah ISTIGFAR*

Allah yang bagi kita sakit & Allah yang bagi kita sembuh

Kebanyakkan sakit berpunca daripada kelalaian / ketidaktaatan kita kepada Allah, agar kita kembali kepadaNya

Siapa itu Allah? = Allah adalah Doktor Terbaik = Asyafi = Asyifa

Perbanyakkan istigfar
Minta pada Allah dahulu, kemudian baru buat keputusan

Ujian macam-macam. Jawapannya adalah SAYA NAK TAAT = إِيَّاكَ نَعْبُدُ

7 Mei di UTM KL kursus "Memahami Solat = Adakah Solat Kita Diterima Allah?". Maksimum 500 orang sahaja




No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat