Monday 12 May 2014

5 Komen Terawal dan Hadiah Misteri

Bismillah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad
Assalamualaikum

Oleh sebab blog ini baru diperbaiki dan baru dimasukkan ruang untuk komen, jadi kami mencari 5 pengkomen terawal untuk diberikan hadiah misteri sebagai tanda penghargaan atas sokongan tuan puan terhadap blog baru kami ini.

Sokongan daripada tuan puan memangkinkan lagi semangat kami untuk terus berkarya di sini dengan bertemakan jombahagia; nota-nota kuliah, kesihatan, travelog, percutian, doa, nota anak-anak dan segala macam artikel untuk membolehkan kita sama-sama menuju bahagia abadi; jannatul firdaus insyaAllah, dan nikmat terbesar apabila dapat melihat wajah Allah insyaAllah

Syarat-syarat komen:

1. Mesti ada identiti; sekurang-kurangnya nama panggilan / samaran

2. Komen pada mana-mana entri yang ada di sini (Hanya entri yang bertarikh Jumaat 9 Mei 2014 hingga sekarang sahaja yang boleh dikomen. Entri lain masih belum boleh komen, belum jumpa butang setting. Kalau ada pakar internet tolong bantu kami ya)

3. Isikan "Borang Pesanan" yang ada disebelah kanan blog ini. Isikan maklumat tuan puan berserta dengan no telefon, email dan alamat untuk kami hubungi dan bagi tujuan pengeposan. Pada bahagian "item" tick kan "other" dan tuliskan "hadiah misteri"

Kemudian, kami akan hubungi tuan puan dalam masa terdekat sekiranya tuan puan terpilih dan hadiah misteri tersebut akan diposkan dengan kadar segera insyaAllah.

Terima kasih atas sokongan semua. Kami mencari 5 pemenang bertuah. Satu dah dimiliki oleh penama "a.i". Harap tuan/cikpuan "a.i" dapat isikan borang pesanan / maklumat detail sepertimana item (3) di atas

Selamat bercuti untuk semua yang bercuti hari ini. Jom manfaatkan cuti sebaiknya. Moga hari ini lebih baik daripada semalam insyaAllah

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor

3 comments:

  1. Saya mahu hadiah misteri...he
    Aci x ni??
    -ssi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aci ssi, tolong isi "order form / contact info" di sebelah kanan blog ya untuk proses pengeposan. Ada 3 hadiah lagi. Cukup 5, akan diposkan bersama insyaAllah

      Delete
    2. Ok, "order form" ssi diterima ;) tunggu kehadiran hadiahnya

      Delete

Komen Sahabat