Sunday 4 May 2014

Kuliah Subuh: Akhlak Al Quran

Kuliah Subuh
Kitab: Akhlak Al Quran
Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi
Ahad 4 Mei 2014 / 4 Rejab 1435




Tajuk: Akhlak Quran-Tamakdinah
1. Bukan sahaja dalam solat perlu tamakdinah, tetapi juga dalam kehidupan
2. Kalimah "tamakdinah" ertinya "senyap, diam, tetap, tidak bergerak". Dalam solat maksudnya "tenang"
3. Sifat yang amat penting bukan saja dalam solat tapi juga dalam hidup seharian, contohnya makan, bawa kereta juga perlu tamakdinah
4. Orang yang beriman, sentiasa tenang dan ada tamakdinah dalam hidupnya
5. Hati yang tenang tiada kekalutuan dan kekacauan
6. Tenang dengan akidah yang dipegang
7. QS 16 An Nahl ayat 106

"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar."


8. Sumayyah wanita pertama syahid dalam Islam dan Yasir lelaki pertama syahid dalam Islam kerana pertahankan akidah Islam. Ammar tidak murtad kerana dia dipaksa
9. Pergantungan mesti hanya pada Allah
10. Ammar datang pada Rasulullah SAW dengan menangis, dan mengadu. "Kamu terpaksa tetapi hatimu tetap beriman pada Allah"
11. 3 benda mesti selari dan selaras: hati, percakapan dan perbuatan kecuali jika dipaksa melakukannya tanpa rela sehingga mungkin nyawa jadi taruhan
12. Berkerja / cari harta perlu tamakdinah ertinya cari harta yang halal
13. QS 3 Al Imran Ayat 126

"Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana."


14. Bantuan Allah bagi orang yang beriman
15. Orang sufi buat sesuatu dengan tenang, kerana melihat hasil selepas ini di akhirat
16. Wahai jiwa yang tenang masuklah ke dalam syurga dengan rahmat tuhannya

QS 89 ayat 27-30

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya"



17. Kita masuk syurga dengan rahmat Allah
18. Orang Islam perlu mengikut syariat Islam dan juga perlu bijak menggunakan kurniaan Allah yakni akal fikirannya selaras dengan kehendak Quran dan Sunnah




"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" QS13 Ar Ra'd ayat 28

Lukeman Yusoff
Masjid Al Hasanah
Bandar Baru Bangi
4 Mei 2014