Saturday 4 August 2018

*Kuliah Magrib* *Sabtu 4 Ogos 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Haji Zainal Arifin*

*Kuliah Magrib*
*Sabtu 4 Ogos 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haji Zainal Arifin*
*Pengajaran Daripada Kisah Dalam Al Quran*

Syukur Allah masih bagi kita peluang untuk buat kebaikan; *berlumba-lumba buat kebaikan*
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

"Sesiapa memudahkan orang yang berhajat, Allah akan memudahkan urusannya dunia dan akhirat" = memudahkan urusan kuliah di surau kita dan memudahkan urusan para jamaah

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
*Berlumba-lumba buat kebaikan*
وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu *berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan*; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 148


وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu *berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh)*. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
-Sura Al-Ma'idah, Ayah 48


فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ
Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) *sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami*
-Sura Al-Anbiya', Ayah 90


Biar kita rasa dan jadi orang yang sentiasa dahagakan ilmu

Makanan rohani perlu sentiasa ada seperti juga makanan fizikal kita

Moga kita sentiasa jadi orang yang cintakan ilmu

Ilmu; amalkan dan sebarkan

"Sebaik-baik kamu orang yang belajar dan mengajarkan Al Quran" = *walaupun kita hanya mampu ajar Iqra kepada anak-anak* = ajar ikut kemampuan kita

*Pengajaran Daripada Kisah Dalam Al Quran*

Contoh kisah semut

حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
-Sura An-Naml, Ayah 18

= *Jaga keselamatan apabila ada bahaya datang menimpa*

Kisah Firaun mengaku dirinya sebagai tuhan

Al Qasas 38

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".
-Sura Al-Qasas, Ayah 38

Tadabbur, tazakkur, tafakkur

لِأُولِي الْأَلْبَابِ = bagi orang yang berakal / berfikir

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada *tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal*;
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 190


يُقَلِّبُ اللَّهُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِأُولِي الْأَبْصَارِ
Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; *sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir*
-Sura An-Nur, Ayah 44


Beza Ilah & Rab
Rab = pencipta dan pemilik
Ilah = yang disembah

An Naziat 15-24

فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ
Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".
-Sura An-Nazi'at, Ayah 24

Manusia biasanya angkuh sebab pangkat, harta, keturunan, ilmu = sentiasa minta perlindungan Allah = agar Allah lindungi kita = kita ini hambaNya yang lemah

Apabila terasa diri besar, angkuh, datang lintasan di hati, cepat-cepat istigfar kepada Allah

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya

Sesungguhnya yang takut kepada Allah itu ulama = orang berilmu

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? *Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu*. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
-Sura Fatir, Ayah 28

Takut = amalan hati = terzahir melalui perbuatan

"Tidak akan lurus iman seseorang melainkan lurus hatinya
Tidak akan lurus hati seseorang melainkan lurus lidahnya"

Lurus lidah = dijaga percakapannya

Hujurat 11
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
-Sura Al-Hujurat, Ayah 11

وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
-Sura Al-Falaq, Ayah 5

= minta dengan Allah agar dijauhkan daripada orang yang dengki; kita tidak tahu bila akan didengki

Gunakan umur, masa lapang, rezeki kita ke arah kebaikan

Tiada satu pun yang Allah lakukan sia-sia = semuanya ada manfaat untuk kehidupan kita

Minta kepada Allah agar sentiasa dimudahkan hati kita untuk mencari dan melakukan kebaikan = fastabikul khairat
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
= berlumba-lumba kita lakukan kebaikan

Mohon dengan kekuatan kurniaan Allah
لَاحَوْلَ وَلَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
= tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah

Jangan disia-siakan masa, umur dan kehidupan kita ini kerana semuanya akan dihitung, dihisab dan diminta pertanggungjawaban

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah dan sentiasa dalam mencari ilmu dan melakukan kebaikan insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat