Saturday 11 August 2018

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 122)* *9 Aug 2018 9.40pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 122)*
*9 Aug 2018 9.40pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

*TERJEMAHAN HARFIYAH*

Sambungan
Al Baqarah 2: 69

قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَنَا مَا لَوْنُهَا ۚ

Tajwid, beri perhatian pada sebutan

ادْعُ = kalkalah
قلقلة = صغرى & كبرى
Kalkalah ada 2:
Sugra = biasanya bukan di akhir ayat = pantulan sederhana
Kubra = tempatnya biasa di akhir = pantulan lebih jelas


*MUFRADAT AL QURAN*

قَالُوا = telah berkata mereka
(bani Israel)
قال = الماضي = berkata

ادْعُ = serulah engkau (Musa)

لَ = untuk

نَا = Kami

 رَبَّ = Tuhan yang memelihara

كَ = engkau

 يُبَيِّنْ = Dia jelaskan
بين = jelaskan / terangkan
/ nyatakan

 لَ = bagi / untuk

نَا = kami

مَا = apakah
makna lain = apa yang

1. لَوْنُ = warna

هَا ۚ = nya (البقرة / lembu)

1 mufradat baru Al Quran


*TADABBUR*

وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 25

Nikmat ketiga = nikmat minuman & permandangan yang indah


Nikmat kelima

كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ
 كُلَّمَا = setiap kali (dapat makan)
= setiap kali dapat makan di syurga

قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ
قَبْلُ = sebelum ini
= sebelum ini
= dunia / hari sebelumnya
= setiap kali dapat nikmat di syurga, nikmat itu makin bertambah



وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ
مُتَشَابِهًا = sama serupa
= sama luaran tetapi berbeza hakikat
= nikmat syurga tiada batasan = tidak akan bosan

وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ


*********
*Dr Shafie Md Amin*
*10.19pm*
*Ibadah Korban*

Ibadah korban mesti berpandukan Al Quran & Sunnah

Korban = قربانا

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
-Sura Al-Ma'idah, Ayah 27


لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
-Sura Al-Hajj, Ayah 37


قربانا = قَرُبَ = karib / dekat
قَرَّبَ = berkorban

قَرَّبَا قُرْبَانًا
= iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah)

Korban untuk mendekatkan diri kita kepada Allah = taqwa = semakin kita kuat / bersemangat belajar Al Quran

Asas ibadah ada 5; syahadah, solat, puasa, haji & zakat

Ibadah = pengabdian = semua aktiviti hidup

Ibadah = abdi
1. Dekat diri
2. Taat / ikut
3. Belajar peraturan

Kerja, semua aktiviti kehidupan kita adalah ibadah

Terus semangat belajar Al Quran hingga akhir hayat; belajar tajwid, hafal, amal & sampaikan

Tanda ibadah diterima = kita semakin dekat dengan Allah = semakin kuat belajar Al Quran; belajar, hafal, faham, amal & sampaikan





No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat