Wednesday 15 August 2018

*Kuliah Magrib* *Rabu 15 Ogos 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Saiful Syahrul*

*Kuliah Magrib*
*Rabu 15 Ogos 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Saiful Syahrul*
*Tajuk: Penawar Bagi Hati*
ms 48 Fasa 6 & 7: Jaga 2 Tangan dan 2 Kaki

Syukur atas nikmat Allah, yang masih dikekalkan bagi kita hingga ke hari ini hingga kita dapat bersama dalam mentelaah kitab Penawar Bagi Hati ini

*Fasa 6 & 7: Jaga 2 Tangan dan 2 Kaki*

Tangan & kaki digandingkan bersama = perbuatan & kekuasaan

Anggota badan akan jadi saksi kepada perlakuan kita di dunia ini


وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا ۖ قَالُوا أَنْطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
-Sura Fussilat, Ayah 21


وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ وَلَٰكِنْ ظَنَنْتُمْ أَنَّ اللَّهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِمَّا تَعْمَلُونَ
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).
-Sura Fussilat, Ayah 22

Kerja kita banyak dilakukan dengan menggunakan kaki dan tangan, contoh (untuk kaki):

1. Setiap langkah ke surau untuk solat berjamaah = dihapus 1 dosa, diberi 1 pahala & diangkat 1 darjat

1 niat untuk buat kebaikan akan dapat 1 pahala, jika buat akan dapat 10 pahala

2. Langkah berjalan kaki dalam menuntut ilmu yang bermanfaat

Manfaat ilmu = apabila kita dapat beramal dengannya

Berkat ilmu apabila:
1. Kita ingat
2. Kita boleh beramal dengannya

*Ikhlas semata-mata kerana Allah SWT*

*Ikhlas perlu dididik dan dibentuk*

3. Berjalan ke tempat perang sabil

4. Berjalan ke tanah haram (Mekah dan Madinah) bagi menunaikan haji dan umrah

5. Berjalan menghubungkan silaturrahim; ziarah ibubapa, keluarga, kawan, jiran

Untuk tangan:
6. Mencegah kemungkaran
"Jika nampak kemungkaran, cegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu cegah dengan mulut, jika tidak mampu cegah dengan hati & itu selemah-lemah iman"

7. Menulis & mencatatkan ilmu

8. Berjabat tangan dengan orang yang soleh

"2 orang yang berjabat tangan, jatuh berguguran dosa mereka selagimana mereka bersentuhan"

9. Ibadah dengan tangan; bagi sedekah, suap makanan kepada anak & ibubapa

10. Gunakan kedua kaki dan tangan untuk cari harta di dunia & untuk manfaat bekalan akhirat

*Kesimpulan, gunakan 2 kaki, 2 tangan & anggota badan  kita untuk lakukan kebaikan & cegah kemungkaran insyaAllah*

Sambung kuliah minggu lepas Raya Haji


*************


1. Jika kita merasa lelah buat kebaikan, ingatlah lelah itu akan hilang, dan pahala kebaikan itu akan berpanjangan

2. Jika kita merasa seronok buat kemaksiatan, ingatlah seronok itu akan hilang, dan dosa kemaksiatan itu akan kekal

3. Jika kita merasa tidak cukup dengan RM5000 sebulan di dunia, berapa banyakkah simpanan yang kita ada untuk hari akhirat yang tiada penghujungnya?

Sama-sama kita tukarkan mata wang kita sekarang kepada mata wang akhirat = pahala agar boleh digunakan untuk kehidupan kita yang kekal abadi di sana

#TazkirahMagrib


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat