Sunday 6 April 2014

Beriman Pada Qada dan Qadar (6.4.2014)


[Iman dan Pembatalannya, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Kuliah Subuh Surau An Nur S1 BBBangi, 6.4.2014H=6.6.1435H]






 Beriman Pada Qada dan Qadar

1. Sabar dan redha adalah wajib. Musibah @ perkara buruk yang berlaku kita wajib redha dan sabar. Sabar tiada khilaf, ianya wajib. Redha setengah ulama kata mustahak, setengah lagi kata wajib, kita pilih wajib.

2. Takdir, qada dan qadar Allah adalah baik pada sisi Allah, manusia sahaja yang kelaskan baik dan buruk dengan pandangan manusia. Hakikatnya setiap qadar yang nampak buruk itu ada qada baik besar yang menanti

3. Redha dan sabar datang melalui ilmu dan keyakinan kita kepada qada dan qadar. Redha dengan ujian yang telah ditakdirkan. Sabar mentaati perintah Allah, jauhi larangannya, dan hadapi ujianNya.

4. Redha bukan bermaksud redha berbuat maksiat contohnya rela bermain judi dan dalam kemaksiatan. Allah redha kita redha, Allah benci kita benci. Allah benci berjudi dan maksiat, maka kita kena benci berjudi dan maksiat.

5. Maksud redha adalah pada ujian. Contohnya jika motosikal hilang; kita redha pada hilangnya tapi tidak redha pada orang yang mencurinya, malah jika ditangkap dia perlu dipotong tangannya. Kita yakin ada hikmah disebalik ujianNya.

6. Hikmahnya setiap barang yang hilang daripada orang beriman, akan berbayar di akhirat kelak, syaratnya kita redha dan sabar. Kita tak perlu rasa kehilangan, kerana semuanya berbayar. Contoh lain jika tupai, kera makan buah semuanya akan berbayar diakhirat kelak.

7. Sabar bukan bererti kita sabar atas hinaan dan tindasan orang, kerana Allah tidak suka pada orang yang menghina, mencaci. Kita redha pada apa yang Allah redha. Kita suka apa yang Allah suka. Kita benci apa yang Allah benci. Tidak boleh suka/benci ikut suka, mesti berlandaskan Allah. Aku suka dia sebab Allah suka dia. Kenapa aku benci dia, sebab Allah benci. Sabar pada ujian Allah, bukan sabar pada penindasan orang lain, padahal kita mampu mencegahnya.

8. Redha dan sabar bila ada, jiwa akan sentiasa tenang. Orang ini tidak akan berpatah balik "Ini semua qadar Allah", tiada perkataan "kalau" selepas berlaku ujian". Contohnya ulama' Mesir sentiasa nampak hikmah atas apa yang berlaku. Hukum gantung sampai mati atas pejuang Islam di Mesir=syurga percuma sebab itu mereka senyum. Kita marah sebab tidak redha pada kezaliman pemimpinnya.

10. Kita semua akan ditanya di Masyar kelak atas saudara kita yang ditindas, contohnya di Mesir dan Syiria. Paling kurang doa daripada kita. Untung besar pada mereka. Orang Palestin, Syiria, Mesir senang mati syahid, kita?

9."Qadarallahu masya af al" gantikan "kalau" dalam ujian yang dah berlaku. "launi min amanis syaitan". Firasat terpakai sebelum berlaku. Selepas dilaksana dan berlaku tiada lagi "lau" (kalau).

10. Sahabat Ikhwan Mesir, tenang, rehat, redha. Yakin dengan ilmu Allah. 5 slogan (a) Allah matlamat kami, (b) Rasul contoh teladan, (c) Quran perlembagaan kami, (d) jihad jalan kami, (e) mati syahid ke jalan Allah cita-cita kami paling tinggi. Tarikh mati kita satu sahaja, sama ada kita mati pada jalan Allah atau jalan ingkar/sekular kita boleh dan perlu pilih. Sahabat ikhwan bergembira dijatuh hukuman mati kerana itulah tarikh mati yang tertulis di luth mahfuz buat mereka. Ujian mereka besar sebab iman mereka tinggi.

11. Sesiapa yang tidak beriman pada qada dan qadar akan kekal dalam neraka. Di dunia jiwa mereka sentiasa tidak tenang. Inilah rahsia 313 dapat kalahkan 1000 orang. Perang dengan pedang. Main bola 1 orang kena kad merah, dah goyang. Ini 1 lawan 3 dengan pedang boleh.menang.

12. Firman Allah tentang beza orang beriman dan tidak beriman pada qada dan qadar (a) "siapa yang beriman pada qada dan qadar, dia memilih untuk ikut jalan dan hidayah Allah, (jaminan didunia dia tidak akan sesat (walaupun kita orang biasa), dan di akhirat dia tidak celaka; maut, kubur, mashar, sirat, syurga/neraka dia tidak celaka).

13. "sesiapa yang berpaling dari peringatanKu (islam, quran, jalan Allah), maka baginya kehidupan dunia yang sempit dan akhiratnya dari (kubur ke mahsyar) matanya buta." kerana di dunia mereka buat-buat lupa pada ayat Allah, di akhirat Allah lupa pada mereka. Ambil hidayah Allah dan jangan berpaling daripadanya.

Lukeman Yusoff
Siti Norliza Ibrahim
BBBangi
www.jombahagia.blogspot.com
See more
— with Siti Norliza Ibrahim.