Ustaz Rashidy Jamil Al Rashid
Bakal penceramah muda. Terima kasih Ustaz Rashidy tolong doakan ustaz muda ini
Kuliah subuh 20.4.14 Masjid Hasanah BBBangi
Ustaz Rashidy Jamil Al Rashid
Mutiara Tasawuf 2
Doa
1. Dan Tuhanmu telah berfirman "berdoalah padaKu, nescaya Aku perkenankan padamu" QS 40 Al Ghafir ayat 60
2. Antara kelebihan umat ini adalah "berdoalah padaku, nescaya aku perkenankan", umat dahulu "nescaya akan aku perkenankan"
"....berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan......" QS 40 Al Ghafir ayat 6
3. Umat Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik umat.
4. Hadis "jika umat ini buat dosa waktu pagi, Allah akan tunggu waktu petang jika dia ingin bertaubat. Jika buat dosa pada waktu malam, Allah akan tunggu waktu siang jika dia ingin bertaubat.....sehinggalah matahari terbit dari barat (kiamat)". Sayangnya Allah pada umat ini yang ingin kembali dan bertaubat padaNya
5. Risalah Khusairiyah. Risalah=surat, lembaran 2-3 helai surat, menggambarkan tawaduknya ulama dahulu dalam menulis buku
6. Allah suka kepada orang yang berdoa padaNya dengan merendah diri, merintih padaNya kerana ia menggambarkan pengakuan ubudiah kita kepadaNya
7. Kita buat ibadah kerana mengharapkan redha Allah
8. Doa adalah penghibur orang miskin, orang dalam kesempitan dan orang yang ditimpa ujian
9. Doa senjata kita semua
10. Berdoa dengan merintih dan merendah diri pada awal pagi, sebelum subuh minta keselamatan dunia dan akhirat; ibubapa, diri kita, isteri, anak-anak, keluarga, jiran, saudara, ringan untuk keluarkan zakat dan derma, ringan untuk buat ibadah, faham Quran dan ilmu agama
11. Akhirat bermula di pintu barzah, dan hidup akhirat akan kekal selamanya
12. Didalam syurga ada yang status raja
13. "Syurga, 500 tahun akhirat telah bau wangi syurga, 1hari akhirat=1000 tahun dunia" hadis kudsi
14. Antara kenikmatan syurga yang senang difahami "di dalam syurga, ada pohon yang redup. 500 tahun perjalanan untuk keluar dari redupnya, dipangkal pohon ada semua permainan di dunia dahulu"
15. Ada orang tanya, kenapa ada doa yang tidak dimakbulkan, sedangkan Allah tidak menyalahi janjiNya. Ada yang doa nak kahwin dan nak anak tapi tak dapat.
16. Jangan putus asa kerana rahmat Allah luas. Lihat orang yang lebih teruk musibah daripada kita
17. Al hikam, "jangan putus asa jika Allah melewatkan permohonan doa, kerana Allah jamin terima doa menurut ketentuanNya, pada waktu yang Dia pilih, kerana Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat makhluk yang tidak berdaya macam kita ini"
18. Jika doa dikabul mengikut masa kita nak, nescaya akan punah ranah dunia ini
19. Dunia ini tempat di uji, akhirat tempat terima balasan atas kesabaran
20. Sangka baik padaNya. Kesabaran Nabi Musa dan Nabi Daud yang dikabulkan doanya setelah 40 tahun berdoa. Surah Maryam yang Nabi Zakaria minta doa dan zuriat dengan Allah dikabulkan setelah lanjut usianya
21. Antara azab yang paling besar di dunia adalah apabila matinya hati
22. Qudrat dan iradat Allah
23. Nabi Zakaria dan Nabi Ibrahim umur telah lanjut baru dapat anak.
24. "Siapa ikut Aku nescaya tidak akan sia-sia".
25. Tunduk dan patuh terima kurniaanNya. "Doa seseorang daripada kamu akan dikabulkan selagi kamu tidak minta disegerakan" hadis
26. Berdoa dan bersangka baik padaNya
27. Al Fatihah hadiah kepada ibubapa dan guru-guru kita semua.
Lukeman Yusoff dan Muhammad
Masjid Hasanah BBBangi
JBC www.jombahagia.blogspot.com