Friday 11 April 2014

Doakan Sahabat Secara Spesifik; Khutbah Jumaat

[Doakan Sahabat Secara Spesifik]
[Khutbah Jumaat Surau An Nur S1 BBBangi 11.4.14]

1. Doakan sahabat secara spesifik. Abu Dardak RA "saya sebut dan doakan 70 orang sahabat saya dalam sujud".

2. Riwayat lain. Abu Dardak RA sebut dan doakan 360 orang sahabatnya. Tanya isterinya "kenapa harus didoakan setiap orang". Jawabnya "setiap kali aku mendoakan mereka, malaikat akan mendoakan aku"

Jazakallah = Semoga Allah bagi kebaikan
Syafakallah = Moga Allah bagi kesembuhan

3. Orang yang bahagia apabila ditanya apa rahsianya. Jawabnya "Setiap kali saya dengar orang bagi ceramah ceramah, saya doakan agar dia selamat dan sejahtera"

4. Setiap kita ada malaikat dan syaitannya. Setiap kali kita doakan orang, malaikat akan mengamin dan mendoakan kita sama.

5. Sahabat yang baik akan mendoakan kita tanpa perlu kita ingatkannya. "Seorang mukmin akan mengasihi sahabatnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."

6. Jika ada sahabat yang tersesat jalan doakan mereka agar kembali ke jalan yang benar.

7. Hadis mustajab. Doakan orang tanpa diketahuinya. 10 orang kita doakan, 10 malaikat akan doakan kita.

8. Ada jemaah yang melukai hati orang, ditanya kepada ustaz. Ustaz jawab, jom sama-sama kita doakan. Setelah itu jemaah itu berubah menjadi baik alhamdulillah.

Allahhummagfirlana warhamna watubalaina innakaan taktawaburrahim.

Lukeman Yusoff dan
Siti Norliza Ibrahim
www.jombahagia.blogspot.com
 — with Siti Norliza Ibrahim.