Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Sunday, 31 August 2014

Selamat Kembali Berjuang (BEng, MEng, PhD)

Alhamdulillah selamat kembali berdaftar sebagai pelajar siswazah di UKM untuk kesekian kalinya. Ikutkan ini dah semester ke 9 Luke mendaftar sebagai pelajar di sini, tapi disebabkan semester lepas (Jan-Julai 2014) Luke tangguhkan pengajian, jadi semester ini (Ogos-Dis 2014) kira semester ke 8 Luke di UKM.

Luke mula jadi pelajar siswazah semester 1 pada Ogos-Dis 2009. UKM mewajibkan pelajar siswazahnya ambil 1 subjek "Research Methodology". Kebetulan semester tersebut UKM offer subjek ini, jadi Luke dan kawan-kawan seperjuangan terus daftar dan ambil. Subjek ini "Wajib Hadir" sahaja, dan di akhir semester setiap pelajar diwajibkan untuk bentangkan "Proposal Kajian Penyelidikan" kepada panel yang dilantik FKAB UKM.

Alhamdulillah tamat semester 1, kami mendaftar semester 2 pada Jan-Julai 2010. Semester ini subjek dah tiada. Jadi fokus sepenuhnya pada penyelidikan. Masa ni banyak buat "simulation" dan kutip data untuk bentang di seminar. Sem 3 pada Ogos-Dis 2011, 4 (Jan-Jul 2012), 5 (Ogos-Dis 2012), 6 (Jan-Jul 2013)

UKM mewajibkan pelajar PhDnya untuk hantar 2 proceeding/conference dan 2 ISI/Scopus jurnal. Alhamdulillah conference proceeding Luke dah submit & bentangkan 3. 2 jurnal ISI/Scopus masih dalah proses. Diwajibkan hantar dan diterima sebelum kita boleh viva.

Mula Julai 2013, Luke lapor diri balik di UniKL untuk kembali mengajar, selepas tamat cuti belajar sepenuh masa 3 tahun (6 semester) untuk buat PhD. 

Sepatutnya kita boleh minta untuk tambah 6 bulan + 6 bulan daripada Universiti untuk tambah tempoh pengajian. Tapi lepas Luke fikir baik-buruk rasanya lebih baik terus lapor diri di UniKL dan pada masa yang sama boleh teruskan pengajian seperti biasa. 

Cumanya kita perlu lebih teliti membahagikan masa, dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Julai 2013 Luke terus mula mengajar di UniKL seperti biasa. Disember 2013 Luke dan Liza mula ambil supplemet Shaklee untuk bantu kesihatan badan kami hingga sekarang

Sem 7 pada Julai-Dis 2013 Luke daftar di UKM macam biasa guna duit sendiri (sebab MARA mahupun MyBrain KPT hanya akan sponsor sehingga 6 semester sahaja). Sem 8 (Jan-Julai 2014) Luke tangguh pengajian untuk strukturkan balik pengajaran di UniKL dan untuk tune balik PhD.

Alhamdulillah sem ini (Ogos-Dis 2014) kembali mendaftar sebagai pelajar di UKM untuk semester ke 8. Harapnya moga segala urusan pengajian ini dipermudahkan Allah SWT insyaAllah




Pengalaman Buat BEng dan MEng

Setiap kita ada pengalaman belajar sama ada secara formal ataupun tidak. Banyak liku, onak, duri dan ranjau yang perlu kita lalui sebelum berjaya menamatkan pengajian. Kalau nak buat buku dan cerita cabarannya memang tak akan habis.

Cumanya setiap orang ada cabaran dan dugaan yang tersediri. Apa yang penting kita perlu sentiasa berusaha, sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Setiap apa yang Allah kurniakan pada kita itu adalah yang terbaik, dan untuk akan datang sama-sama kita usaha dan doa agar ianya juga yang terbaik untuk kita insyaAllah

"Apa yang kita fikirkan baik untuk kita, belum tentu baik pada pandangan Allah, dan boleh jadi kita tidak suka sesuatu tetapi itulah yang terbaik untuk kita" dan "selepas kesukaran insyaAllah adanya kesenangan"

Sampai jumpa lagi insya'Allah. Salam kemerdekaan yang ke 57 untuk semua warganegara Malaysia. Moga negara kita sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan Allah sentiasa insyaAllah

-Lukeman dan Siti Norliza-
0132299319 | 0196515717
Bandar Baru Bangi
31 Ogos 2014



Read more ...

Wednesday, 27 August 2014

Teruskan Perjuangan & Selamat Ulang Tahun Kelahiran

1. Teruskan Perjuangan

Teruskan perjalanan, walau apa pun yang berlaku. Destinasi kita adalah akhirat. Dunia tempat menuai dan menyemai benih dan akhirat tempat kita mengutip hasilnya

Sama-sama perbanyakan amal, walau sekecil mana sekalipun kerana mungkin amal itu yang menjadi asbab rahmatNya. Sama-sama jauhi maksiat walau sekecil mana sekalipun kerana mungkin maksiat itu akan menjadi asbab murkaNya


2. Selamat Ulang Tahun Kelahiran

.
Selamat hari lahir buat puan Siti Norliza Ibrahim, moga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu hendakNya insyaAllah

-Lukeman-
27 Ogos 2014
Read more ...

Sunday, 6 July 2014

Sedekah dan Pengalaman Peribadi RM100 digantikan RM700

Hayati cerita dibawah untuk pengajaran kita semua. Moga bermanfaat insyaAllah

-----------------------------------------------------------------

Saya seperti kebanyakkan orang yang baru nak naik (maksudnya orang yang belum dianugerahkan nikmat memberi pinjaman kepada Allah tanpa berkira).

Kita sedikit berkira apabila ingin membelanjakan harta terutamanya dalam situasi ekonomi sekarang, dengan anak yang semakin membesar dan juga tanggungjawab yang dipikul kepada keluarga di kampung.

Saya dan anda semua juga selalu baca kisah mereka yang menderma dengan se ikhlas hati, kemudiannya dibayar cash oleh Allah SWT atas perbuatan dan sumbangannya tadi. Jadi di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sendiri untuk panduan pembaca semua.

Seperti mereka yang lain, biasanya kalau singgah solat di surau atau masjid saya sendiri ataupun saya bagi duit kepada anak-anak untuk dimasukkan dalam tabung surau, tetapi jumlahnya agak terhad. Kadang-kadang RM1, RM5, syiling pun ada juga. RM10, RM20 kadang-kadang. RM50 bila ada program di surau yang mewajibkan kutipan baru saya hulurkan RM50

RM100 seingat saya memang tidak pernah bagi pada surau atas urusan derma biasa. Ada sekali bagi RM500 dulu, itupun sebab taman baru yang kami duduk mewajibkan sumbangan RM500 setiap rumah untuk pembinaan surau kami

Sehinggalah suatu hari saya ingin LIHAT DENGAN MATA KEPALA SAYA SENDIRI macam mana cara pembayaran Allah kepada hambaNya yang menyumbangkan wang untuk agamaNya.

Sewaktu solat zohor, saya melihat peti derma dan saya masih berkira-kira untuk derma sejumlah wang yang besar. Kemudian saya tengok note paling besar yang ada dalam dompet ketika itu.

MasyaAllah RM100 yang ada. Lama fikir. Kalau tak buat sekarang, bila lagi keyakinan saya pada Allah akan meningkat. Bukan nak uji Allah, jauh sekali untuk memungkiri janjiNya. Cumanya kita manusia biasa lebih terkesan apabila seseuatu JANJI ALLAH ITU TERJADI SENDIRI KEPADA KITA

Lama berkira-kira, saya niat "YA ALLAH GANTIKANLAH KEMBALI DUIT YANG AKU DERMAKAN INI DAN TUNJUKKANLAH KEPADAKU RAHMATMU AGAR AKU SENTIASA MEYAKINIMU DAN SENTIASA SENANG HATI UNTUK BANTU AGAMAMU. PULANGKANLAH DUITKU INI DENGAN BERKALI LIPAT GANDANYA"

Dengan niat agar sumbangan itu dilihat dengan pandagan rahmat dan agar digandakan olehNya pulangan, saya nekad untuk bagi RM100 pada tabung masjid itu.


--------------------------
Lama, masa berlalu, dan saya hampir melupai peristiwa itu kerana pada saya jika TIDAK DIPULANGKAN DI DUNIA PASTI PULANGAN ALLAH DI AKHIRAT LEBIH HEBAT DAN LEBIH BAIK

Hinggalah pada suatu hari, iaitu kira-kira sebulan lepas peristiwa itu, 2 orang penyewa rumah saya ingin keluar daripada rumah yang ingin didudukinya itu. Satu rumah teres dengan sewa semasa ketika itu RM900 dan satu lagi penyewa apartment dengan sewa RM1100 (dengan perabut)

Ketika itu saya terfikir macam mana nak naikkan sewa 2 rumah ini. Alhamdulillah akhirnya apartment itu saya bagi sewa bilik, masih dengan perabut yang sama, cuma ditambah dengan 1 mesin basuh. Dari RM1100, sewanya dapat dinaikkan ke RM1500 (dengan perabut dan bayaran bil api air sekali). Anggaran kenaikan RM300 sebulan selepas ditolak bayaran bil api & air.

Kemudian rumah teres lagi satu tu saya masukkan separa perabut juga dan sewanya dari RM900 dapat dinaikkan kepada RM1300 @ pertambahan sebanyak RM4000 sebulan

Campur dengan 2 rumah jumlahnya adalah RM700 sebulan.

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.

Saya terfikir "Adakah inikah balasan daripada janji Allah iaitu setiap sedekah /derma akan digandakan dengan 7 tangkai sebagaimana firmanNya:

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya"

Mungkin Ya mungkin tidak, kerana rahsia Allah tiada siapa yang tahu

Cumanya apa yang pasti saya mendapat pertambahan pendapatan RM700 bulanan daripada peristiwa ini. Mungkin ada yang kata iainya berlaku secara kebetulan, tapi saya yakin dan percaya TIADA PERKARA YANG BERLAKU SECARA KEBETULAN. Semuanya berlaku dengan izin dan rahmat dari Allah

Moga sedikit pengalaman ini boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran kepada kita semua agar dapat memperbanyakkan amalan terutamanya di bulan puasa yang mulia ini.

Kalaupun derma dan hadiah yang kita bagi itu tidak dibayar cash di dunia percayalah yang ianya akan digantikan oleh Allah dengan balasan yang berlipat kali gandanya di akhirat kelak insyaAllah

-Hamba Allah-


-------------------------------------------------------------------


Sekian perkongsian yang kami terima daripada seseorang untuk panduan dan rujukan kita semua. Niatkan semua amalan dan sedekah jariah kita adalah semata-mata kerana Allah.

Kalaupun tidak dipulangkan secara cash di dunia, ganjaran dariNya di akhirat pasti lebih baik, lebih mahal dan lebih besar ganjaranNya insyaAllah


Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
Bandar Baru Bangi
Ahad 6 Julai 2014M | 8 Ramadhan 1435H 
Read more ...

Tuesday, 1 July 2014

Kisah Teladan: Lelaki Tua Berkain Pelikat Yang Kaya, Berjaya dan Bahagia Dunia Akhirat InsyaAllah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
السلام علبكم ورحمة الله




Saya jumpa dan baca kisah ini di FB Dato Roslan Abd Hamid. Sama-sama kita ambil pedoman dan iktibar, bagaimana kehidupan di usia emas yang kita mahukan. Hidup ini adalah pilihan. Jom sama-sama kita pilih untuk berjaya, kaya dan bahagia dunia dan akhirat insyaAllah. 

Kekayaan yang sebenar bukannya letak pada harta tetapi pada jiwa (budi dan akhlak).


"Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita" -pakcik kaya


Kejar akhirat insyaAllah dunia akan mengejar kita.

Kami highlight kan untuk memudahkan rujukan semua. Moga bermanfaat dan terima kasih atas perkongsian dato Roslan Abdul Hamid. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi di Hot Seat DAO ;)

Jom layan

Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
0132299319 / 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor

_________________________________________


LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT SIRI SATU.


Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.
Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq.

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu. Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan.
Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran.

Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kakiBanyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.


LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT SIRI DUA.

Kata leaki tua ini lagi:

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

  
LELAKI TUA DENGAN KAIN PELIKAT SIRI TIGA.

11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) 

Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.


12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Cik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
(Bersambung. Saya mahu solat asar dahulu)



LELAKI TUA DENGAN KAIN PELIKAT SIRI EMPAT.

16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.
(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.
(saya sambung minggu depan apabila dapat bersama dengan Lelaki Tua berkain pelikat ini lagi).
  

PESAN LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT PADA SUBUH HARI.

21. Untuk mendapat sesuatu yang belum pernah kita perolehi, kita mesti melakukan sesuatu yang belum pernah kita lakukan. Goyang kaki dan sembang mulut tidak membawa kita ke mana mana.

20% dari usaha menghasilkan 80% hasil. PerHATI apakah yang 20% itu. Lakukan berulang kali supaya ianya dapat memberikan banyak lagi pulangan berganda dalam kehidupan. Buat perkara bermanfaat. Ulang tindakan hebat. Buat cepat. Usah tunggu sampai berkarat.

PerHATI apa yang kita buat antara masa ini:
1. Antara jam 4.30 pagi hingga 7.30 pagi (3 jam)
2. Antara jam 9.00 malam hingga 11.00 malam (2 jam)
3. Antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang (1 jam)
Jumlah 6 jam ini amat menentukan siapa kita pada masa depan.

22. Pagi pagi seperti ini apabila sudah selesai solat suboh dan mahu berjalan pulang, baca al Fatihah. Ingat ibu ayah. Ingat sanak saudara yang telah tiada. Rindukan mereka yang dalam perjalanan ke kampong halaman. Kita juga bakal kembali ke sana. Letak tangan di dada. Rasakan panasnya kasih sayang semasa kita tiada siapa siapa. Ajari dan kongsi pada anak cucu. Satu ketika kita semua pasti berkumpul di kampong halaman asal, di syurga nanti.

23. Apa yang orang tidak boleh ambil sampai bila pun dari kita adalah ilmu dan pengetahuan kita. Sedut ilmu dimana dan dari siapa sekalipun. Setiap orang ada sesuatu yang dapat diberitahu kepada kita. Mungkin pengalaman. Mungkin dapatan dalam hidup. Berikan salam. Apabila kita senyum dan tebarkan salam, kita terlepas dari sikap sombong dan takabbur. Takabbur itu umpama lubang besar yang kita gali untuk memerangkap kita supaya jatuh dan mati berkubur di situ.

Demikianlah pesan Lelaki Tua Berkain Pelikat seusai subuh pagi ini.



Read more ...

Friday, 27 June 2014

Usia dan Kehidupan

Tengah hari tadi jumpa dengan seorang pakcik yang hantar anaknya mendaftar di KPTM. Lepas daftar dia hantar pula anaknya ke rumah sewa. Katanya pelajar semester 3 kena duduk luar.

Sementara tunggu anaknya kemas barang, kami bersembang. Pakcik ni datang dari Johor. Katanya dia kagum dengan bangsa Melayu yang ada rumah sewa. Dia pun ada rumah sewa juga di JB. Dia bandingkan kehidupan dia yang ada rumah sewa 3-4 biji dengan kehidupan saudaranya yang ada gaji lebih banyak tapi rumahnya hanya 1 sebab asyik main tukar kereta sahaja.

Lepas cerita pasal rumah kami cerita pasal anak-anak. Rupanya pakcik ni ada 3 orang anak, dan rumahnya semua ada 4 biji. Kira oklah kan, anak 3 dan rumah 4. Sekurang-kurangnya anaknya sudah ada pemilikan harta yang akan riwariskan daripada ibubapa mereka.

Ramai juga antara kita yang ada kesedaran tentang kewangan, pelaburan, kehidupan hari tua dan juga anak-anak. Ada yang gunakan rumah sebagai pelaburan jangka panjang untuk anak-anak, ada yang melabur saham, ada yang simpan emas, ada yang beli tanah untuk dipecahkan lot.

Pokoknya kita ada perancangan dan tindakan yang jelas untuk kehidupan kita di masa depan. Pilihan dan tindakan kita hari ini akan menentukan kehidupan hari esok.

Akhir sekali sebelum berpisah, kami berkongsi cerita tentang bisnes. Rupanya pakcik ni buat bisnes construction di JB. Dah lebih 10 tahun katanya dia berhenti daripada TNB untuk buat bisnes sendiri. Ada seseuatu yang boleh kita ambil pelajaran daripada perkongsian cerita pakcik ini.

1. Rancang kehidupan
Arah mana kita nak tuju 1-5-10 tahun akan datang. Keputusan dan tindakan kita hari ini akan menentukan arah dan kualiti kehidupan kita di masa depan.

2. Bertindak sekarang
Hidup kita tidaklah lama. Sangat rugi jika dibazirkan dengan sesuatu yang tidak berfaedah dan tidak memberikan manfaat sama ada untuk kehidupan dunia mahupun akhirat kita

3. Anak adalah amanah
Jaga amanah sebaiknya dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas amanah yang dijaganya

Lagi 1, rupanya pakcik ini pun pernah pergi ke kursus berbayar DAO. Jadi kira sekepala juga la :) Rajin belajar dan tambah ilmu pakcik ini.

Apapun moga pakcik sentiasa bahagia, kaya dan berjaya dunia dan akhirat, dan moga anak-anaknya menjadi anak yang solehah dan berjaya graduate dengan cemerlang. insyaAllah

View menghala ke KLCC. Biasa boleh nampak dari sini. Kuat jerebu sekarang. Kena banyak minum air, makan vitamin C dan nutriferon untuk tingkatkan imun dan performance drink untuk ganti dan kekalkan keseimbangan bendalir dalam badan inysaAllah.

Alhamdulillah bilik kat apartment ini dah berpenyewa. Tinggal 1 lagi kekosongan. Boleh tengok gambar dan info detail dalam ni


Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
27 Jun 2014

ps: Lagi satu tempat untuk jumpa ramai orang vateran yang berjaya adalah di surau dan masjid ;) InsyaAllah dengan selalu bergaul dengan orang yang lebih dewasa pemikiran kita akan lebih matang dan lebih terkedepan insyaAllah. Orang dewasakan banyak pengalaman yang boleh dikongsikan
Read more ...

Sunday, 25 May 2014

Kad Kredit Islamik Dan Cara Memanfaatkannya

Assalamualaikum

Kali ini ini kami ingin kongsikan cara untuk memanfaatkan kad kredit bagi memudahkan urusan seharian kita insyaAllah, berdasarkan pengalaman kami sendiri.

Kami mula menggunakan kad kredit bila keadaan memerlukan, apabila anak dah 3. Ketika ini kami perlu beli banyak keperluan dapur dan juga keperluan anak-anak seperti lampin pakai buang dan susu. Jadi untuk elakkan bawa banyak wang tunai, kami buat 1 kad kredit yang tiada yuran bulanan mahupun tahunan ataupun istilahnya "free for life"

Ada juga kad kredit percuma yang kami dapat masa awal-awal tamat belajar dahulu. Itupun "free for life" juga tapi kami tak gunakan, sebab belum ada keperluan masa itu.

Contoh perbelanjaan yang kami gunakan kad kredit ini adalah:
1. Pembelian di Petronas
2. Pasaraya
3. Pembelian online
4. Bil-bil utiliti seperti TNB, SYABAS, IndahWater, Celcom, Takaful, cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, takaful kereta dan segala macam bil utiliti lain. Biasanya kami terus buat autodebit bil ini ke akaun kadbkredit.


Autodebit

Autodebit ni maksudnya kita terus debitkan pembayaran bil-bil utiliti kita kepada kad kredit. Sampai je tarikh yang ditetapkan bayaran akan terus dibuat kepada syarikat utiliti tersebut secara automatik.

Caranya kita perlu ke syarikat utiliti terbabit, maklumakan yang kita nak buat autodebit dengan kad kredit. Nanti ada kena isi borang. Dah isi, hantar, siap. Sampai bil je kat rumah, kad kredit terus bayarkan bagi pihak kita

Jadinya setiap bulan kami hanya perlu monitor bil kad kredit sahaja dan cukup bulan hanya bayar bil kad kredit sahaja.

Dahulu banyak bank yang bagi kad kredit "free for life" tapi sekarang dengan rules BNM semua kad kredit sertakan caj perkhidmatan RM50 setahun.



Memilih Kad Kredit dan Cara Penggunaannya

Antara tip untuk memilih kad kredit adalah:
1. Pilih yang Islamik
2. Jika ada link dengan mana-mana perkhidmatan lain itu lebih baik
3. Biasanya akan ada rebet atau point akan diberikan atas penggunaan kita. Alhamdulillah semenjak kami guna, caj tahunan RM50 tu di cover oleh rebet daripada pembelian, kadang-kadang lebih rebet daripada caj yang bank kenakan.

Tip penggunaan kad kredit yang boleh kami kongsikan adalah:
1. Pastikan kita tahu limit poket kita banyak mana.
2. Kad kredit bukannya untuk berhutang. Kita guna kad kredit hanya kerana kita tidak mahu berurusan secara tunai. Minta bank bayarkan terlebih dahulu dengan caj kepada kad kredit. Kemudiam cukup bulan kita bayarkan terus kepada bank tersebut dengan bayaran penuh tanpa ada tunggakan.
3. Jika gaji kurang cukup untuk keperluan harian seeloknya berbelanja secara tunai. Itu lebih selamat. Memulakan bisnes juga antara pilihan yamg boleh kita lakulan untuk tambahkan pendapatan keluarga

CIMB Islamic dan MasterCard CIMB Islamic


Contoh rebat atas pembelian bulan Mei 2014


InsyaAllah moga dengan bisnes hidup dan rezeki kita sekeluarga lebih lapang, lebih murah rezeki, dapat lebih banyak ilmu dan juga kawan baru.

Moga perkongsian berkenaan kad kredit, autodebit dan cara penggunaannya ini bermanfaat untuk kita semua bagi memudahkan urusan seharian insyaAllah


Kesimpulan


Kad kredit kalau tahu guna dan mengawalnya insyaAllah akan memudahkan banyak urusan kita. 3 syarat utamanya; islamic, bayar ontime dan berbelanja dibawah kemampuan sebenar (jika mampu beli barangan yang berharga RM50, tetapi jika yang RM30 sudah memenuhi keperluan, maka pilih yang RM30. Baki RM20 boleh disimpan)


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi Selangor
25 Mei 2014

Read more ...

Saturday, 10 May 2014

Program Kesihatan Sepanjang Mei 2014


Assalamualaikum

Program kesihatan Shaklee sepanjang bulan Mei untuk makluman dan hebahan semua. Moga ada yang dapat kita pergi untuk tambahkan ilmu dan juga kenalan insyaAllah


1. BOM sepanjang Mei 2014


2. Semak kesihatan badan kita secara percuma di Cawangan KL dan juga di HO Subang

3. Ceramah berkenaan kesihatan dan nutrisi sepanjang bulan Mei 2014. Boleh pilih yang mana nak datang

4. Master Celebration di Pullman Putrajaya. Masa untuk kutip ilmu berharga tentang perjalanan bisnes Shaklee daripada distributor kepada master

Jom sama-sama kita gunakan peluang dan kesempatan ini sebaiknya insyaAllah

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
10 Mei 2014

Read more ...

Sunday, 4 May 2014

Kuliah Subuh: Akhlak Al Quran

Kuliah Subuh
Kitab: Akhlak Al Quran
Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi
Ahad 4 Mei 2014 / 4 Rejab 1435




Tajuk: Akhlak Quran-Tamakdinah
1. Bukan sahaja dalam solat perlu tamakdinah, tetapi juga dalam kehidupan
2. Kalimah "tamakdinah" ertinya "senyap, diam, tetap, tidak bergerak". Dalam solat maksudnya "tenang"
3. Sifat yang amat penting bukan saja dalam solat tapi juga dalam hidup seharian, contohnya makan, bawa kereta juga perlu tamakdinah
4. Orang yang beriman, sentiasa tenang dan ada tamakdinah dalam hidupnya
5. Hati yang tenang tiada kekalutuan dan kekacauan
6. Tenang dengan akidah yang dipegang
7. QS 16 An Nahl ayat 106

"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar."


8. Sumayyah wanita pertama syahid dalam Islam dan Yasir lelaki pertama syahid dalam Islam kerana pertahankan akidah Islam. Ammar tidak murtad kerana dia dipaksa
9. Pergantungan mesti hanya pada Allah
10. Ammar datang pada Rasulullah SAW dengan menangis, dan mengadu. "Kamu terpaksa tetapi hatimu tetap beriman pada Allah"
11. 3 benda mesti selari dan selaras: hati, percakapan dan perbuatan kecuali jika dipaksa melakukannya tanpa rela sehingga mungkin nyawa jadi taruhan
12. Berkerja / cari harta perlu tamakdinah ertinya cari harta yang halal
13. QS 3 Al Imran Ayat 126

"Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana."


14. Bantuan Allah bagi orang yang beriman
15. Orang sufi buat sesuatu dengan tenang, kerana melihat hasil selepas ini di akhirat
16. Wahai jiwa yang tenang masuklah ke dalam syurga dengan rahmat tuhannya

QS 89 ayat 27-30

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya"



17. Kita masuk syurga dengan rahmat Allah
18. Orang Islam perlu mengikut syariat Islam dan juga perlu bijak menggunakan kurniaan Allah yakni akal fikirannya selaras dengan kehendak Quran dan Sunnah




"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" QS13 Ar Ra'd ayat 28

Lukeman Yusoff
Masjid Al Hasanah
Bandar Baru Bangi
4 Mei 2014

Read more ...

Thursday, 1 May 2014

Berkati Kami di Bulan Rejab dan Sya'ban dan Sampaikan Kami ke Ramadhan

Allahhummabariklana firajabwasya’ban waballignaramadhan

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan




3 amalan yang Allah suka:
1. Solat di awal waktu
2. Lidah yang sentiasa basah dengan zikir
3. Berjihad dijalan Allah (masa, harta, jiwa dan raga)

5 yang perlu di jaga untuk meningkatkan takwa:
1. Mata, tundukkan pandangan kerana mata ini juga yang akan melihat wajah Allah nanti insyaAlah
2. Mulut, pastikan keluar perkataan yang baik-baik
3. Telinga, pastikan dengar perkara yang mendatangkan ibadah dan pahala
4. Perut, pastikan hanya rezeki yang halal yang masuk ke dalm perut kita, anak dan isteri
5. Hati, jika baik hati akan baik anggota lain

3 cerita sebagai pengajaran:
1. Saidina Abu Bakar ketika balik ke rumah, makan buah di rumahnya tanpa tahu darimana sumbernya. Apabila ditanya, buah itu diambil daripada kebun yang jatuh, dan belum di minta izin daripada tuannya. Saidina Abu Bakar jolok tangannya ke dalam mulut dan muntahkan kembali kerana tidak mahu perkara yang belum disahkan halal masuk menjadi darah dagingnya

2. Guru kepada imam Ghazali semasa kecilnya pernah di susukan oleh orang lain, apabila ayahnya pulang, ayahnya jolokkan jari ke dalam mulut dan muntahkan kembali kerana tidak mahu susu yang tidak diketahui sumber makanannya menjadi darah daging anak dan keturunannya

3. Orang dulu-dulu; 6 bulan sebelum Ramadhan dah berdoa agar disampaikan kepada Ramadhan dan 6 bulana selepas Ramadhan berdoa agar amalan pada bulan Raadhan diterimaNya

Kuliah subuh Surau An Najah Bandar Baru Bangi 1/5/2014 bersamaan 1 Rejab 1435






Semoga bermanfaat insyaAllah

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi
1 Mei 2014 / 1 Rejab 1435
jombahagia@gmail.com
Read more ...

Monday, 28 April 2014

Doa Daripada Ayat Al Quran; Solat, Sihat, Ibubapa dan Bahagia

Assalamualaikum, berkongsi doa daripada ayat Al Quran yang boleh kita amalkan sebagai zikir harian; sama ada di dalam solat, semasa sujud, semasa solat sunat mahupun sebagai zikir harian yang sentiasa membasahi bibir kita insyaAllah. 1 huruf bacaan ayat Al Quran akan digandakan 10 pahala, insyaAllah moga kita sama-sama dapat manfaatkannya


Doa agar kita, anak dan keturunan mudah, tetap dan istiqomah mendirikan solat insyaAllah. QS 14 Ibrahim ayat 40



Doa agar kita sentiasa diberikan kekuatan fizikal, mental dan rohani, dan agar kekuatan itu digunakan pada tempat yang sepatutnya insyaAllah. QS 11 Hud ayat 52, mula dari "Wa yazid qum quwwatan ila quwwatiqum.........."(hingga akhir ayat)


Doa untuk ibubapa agar sentiasa dicucuri rahmat dan dipelihara olehNya insyaAllah. QS17 Al Israa ayat 24


Doa agar kita, ibubapa dan orang beriman diberikan ampun insyaAllah. QS 14 Ibrahim ayat 41


Doa agar kita diberikan kebaikan di dunia dan akhirat dan dipelihara daripada azab api neraka insyaAllah. QS 2 Al Baqarah ayat 201

Moga bermanfaat dan sama-sama kita amalkan dalam kehidupan kita insyaAllah. Wallahhua'lam dan salam hormat daripada

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi Selangor
28.4.2014
www.jombahagia.blogspot.com
jombahagia@blogspot.com
Read more ...

Friday, 25 April 2014

Kaya, Bahagia dan Pilihan

Assalamualaikum

Ada 4 kategori kehidupan:
1. Kaya dan bahagia
2. Kaya tetapi tidak bahagia
3. Tidak kaya tetapi bahagia
4. Tidak kaya dan tidak bahagia

Untungnya adalah kita boleh pilih kategori mana yang kita mahu; 1, 2, 3 mahupun 4. Bahagia menurut Imam Ghazali adalah "apabila kita dapat taat segala perintahNya dan jauhi segala larangannya", dan "kaya yang sebenar adalah bukan kerana banyaknya harta tetapi kaya jiwa (hati dan budi)"

Moga kita sama-sama dapat buat pilihan yang tepat dan berusaha untuk mendapatkannya insyaAllah. Selamat perbanyakkan amal di penghulu segala hari; Jumaat




Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
www.jombahagia.blogspot.com
jombahagia@gmail.com
Read more ...

Monday, 21 April 2014

Hadiah Buat Insan Tersayang Sementara Masih Berkesempatan; Vivix, Omegaguard, AJHT dan Ostematrik

Assalamualaikum, lama tidak bercerita pasal Shaklee dan kesihatan di sini, banyak berkongsi nota kuliah hujung minggu lepas. InsyaAllah kali ini kami akan kongsikan apa yang kami hadiahkan untuk orang tua kami dikampung; mak Liza dan juga mak Luke.

Kebiasaan, warga Malaysia, apabila menginjak usia emas, akan mula diuji dengan kesihatan yang semakin merosot. Akibat gaya hidup, gaya pemakanan, kehidupan yang pantas dan penuh dengan tekanan, tambahan dengan persekitaran yang semakin kurang sihat; dengan radiasi dan udara yang tercemar, semuanya memangkinkan kesihatan bukan sahaja warga emas, tetapi kesihatan kita dan anak-anak sendiri juga akan terjejas.

Alhamdulillah dengan adanya vitamin semulajadi, terbukti berkesan, lebih 50 tahun dalam pasaran, diperakui halal, ada perakuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan terbukti telah diuji secara klinikal, kira boleh mencegah dan insyaAllah membantu mengurangkan kesan pencemaran ini.

Set yang dicadangkan untuk warga emas dan juga ibubapa untuk kegunaan harian mereka, mahupun untuk di bawa semasa menunaikan haji, umrah dan ziarah


Antara yang boleh membantu warga emas, terutamanya insan-insan yang kita saya adalah seperti di bawah (kami listkan ikut keutamaan, kesesuaian dan peranannya):

1. Vivix: Terbukti secara klinikal dapat membantu merawat kesihatan berkaitan lemah jantung, kencing manis, dan juga darah tinggi

2. Omega Guard: Membantu memecahkan lemak dan kolestrol dalam darah, membantu sistem saraf, sendi dan juga kardiovaskular

3. AJHT: Dirumus khas untuk membantu sistem sendi dan perlipatan

4: Ostematrik: Kalsium untuk membantu menguatkan tulang, gigi dan juga gusi

5: Nutriferon: Membantu meningkatkan sistem imun, bukan sahaja untuk warga emas, tetapi juga untuk ibubapa dan anak-anak

6. Vitamin C: Membantu meningkatkan imun, kesihatan kulit, mencegah dan mengurangkan kesan radiasi

7. B Complex: Membantu menukarkan karbohidrat dan gula kepada tenaga, memberikan lebih ketenangan kepada diri, dan membantu menstabilkan tekanan darah

8. Alfalfa: Membantu pencernaan, penggumpalan makanan, dan menyahkan toksin daripada badan

9. Vitalea: Mengadungi hampir semua keperluan vitamin badan. Vitamin pertama yang dihasilkan oleh Dr Shaklee. Amat bagus sebagai permulaan, jika baru berjinak-jinak dengan vitamin

Harap penerangan ringkas ini membantu. InsyaAllah vitamin ini akan bertindak secara semulajadi dengan keperluan badan kita terutamanya ibu dan bapa kita. Pengambilan boleh mengikut tahap kesihatan ibu dan bapa. 


Ibu Liza dan ibu Luke

Pengalaman kami sendiri adalah; vitamin yang ibu Luke dan Liza makan dan amalkan secara harian sekarang untuk kesihatan dan kecergasan mereka adalah 4 yang teratas; Vivix, omegaguard, AJHT dan ostematrik. Alhamdulillah perubahan nampak ketara dengan kesihatan yang semakin bertambah. Semoga hadiah kepada ibubapa ini akan menjadi amal jariah untuk kita semua

Sedikit selingan "jangan kita takut anak-anak tidak mampu berbakti kepada kita, tetapi takutlah jika kita tidak mampu untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita"


Doa agar diberi ampun untuk diri, ibubapa dan orang beriman, QS 14 Ibrahim ayat 41


Moga ada manfaatnya dan sampai jumpa lagi insyaAllah

Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi
JBC www.jombahagia.blogspot.com
Read more ...