Sunday, 25 May 2014

Kad Kredit Islamik Dan Cara Memanfaatkannya

Assalamualaikum

Kali ini ini kami ingin kongsikan cara untuk memanfaatkan kad kredit bagi memudahkan urusan seharian kita insyaAllah, berdasarkan pengalaman kami sendiri.

Kami mula menggunakan kad kredit bila keadaan memerlukan, apabila anak dah 3. Ketika ini kami perlu beli banyak keperluan dapur dan juga keperluan anak-anak seperti lampin pakai buang dan susu. Jadi untuk elakkan bawa banyak wang tunai, kami buat 1 kad kredit yang tiada yuran bulanan mahupun tahunan ataupun istilahnya "free for life"

Ada juga kad kredit percuma yang kami dapat masa awal-awal tamat belajar dahulu. Itupun "free for life" juga tapi kami tak gunakan, sebab belum ada keperluan masa itu.

Contoh perbelanjaan yang kami gunakan kad kredit ini adalah:
1. Pembelian di Petronas
2. Pasaraya
3. Pembelian online
4. Bil-bil utiliti seperti TNB, SYABAS, IndahWater, Celcom, Takaful, cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, takaful kereta dan segala macam bil utiliti lain. Biasanya kami terus buat autodebit bil ini ke akaun kadbkredit.


Autodebit

Autodebit ni maksudnya kita terus debitkan pembayaran bil-bil utiliti kita kepada kad kredit. Sampai je tarikh yang ditetapkan bayaran akan terus dibuat kepada syarikat utiliti tersebut secara automatik.

Caranya kita perlu ke syarikat utiliti terbabit, maklumakan yang kita nak buat autodebit dengan kad kredit. Nanti ada kena isi borang. Dah isi, hantar, siap. Sampai bil je kat rumah, kad kredit terus bayarkan bagi pihak kita

Jadinya setiap bulan kami hanya perlu monitor bil kad kredit sahaja dan cukup bulan hanya bayar bil kad kredit sahaja.

Dahulu banyak bank yang bagi kad kredit "free for life" tapi sekarang dengan rules BNM semua kad kredit sertakan caj perkhidmatan RM50 setahun.



Memilih Kad Kredit dan Cara Penggunaannya

Antara tip untuk memilih kad kredit adalah:
1. Pilih yang Islamik
2. Jika ada link dengan mana-mana perkhidmatan lain itu lebih baik
3. Biasanya akan ada rebet atau point akan diberikan atas penggunaan kita. Alhamdulillah semenjak kami guna, caj tahunan RM50 tu di cover oleh rebet daripada pembelian, kadang-kadang lebih rebet daripada caj yang bank kenakan.

Tip penggunaan kad kredit yang boleh kami kongsikan adalah:
1. Pastikan kita tahu limit poket kita banyak mana.
2. Kad kredit bukannya untuk berhutang. Kita guna kad kredit hanya kerana kita tidak mahu berurusan secara tunai. Minta bank bayarkan terlebih dahulu dengan caj kepada kad kredit. Kemudiam cukup bulan kita bayarkan terus kepada bank tersebut dengan bayaran penuh tanpa ada tunggakan.
3. Jika gaji kurang cukup untuk keperluan harian seeloknya berbelanja secara tunai. Itu lebih selamat. Memulakan bisnes juga antara pilihan yamg boleh kita lakulan untuk tambahkan pendapatan keluarga

CIMB Islamic dan MasterCard CIMB Islamic


Contoh rebat atas pembelian bulan Mei 2014


InsyaAllah moga dengan bisnes hidup dan rezeki kita sekeluarga lebih lapang, lebih murah rezeki, dapat lebih banyak ilmu dan juga kawan baru.

Moga perkongsian berkenaan kad kredit, autodebit dan cara penggunaannya ini bermanfaat untuk kita semua bagi memudahkan urusan seharian insyaAllah


Kesimpulan


Kad kredit kalau tahu guna dan mengawalnya insyaAllah akan memudahkan banyak urusan kita. 3 syarat utamanya; islamic, bayar ontime dan berbelanja dibawah kemampuan sebenar (jika mampu beli barangan yang berharga RM50, tetapi jika yang RM30 sudah memenuhi keperluan, maka pilih yang RM30. Baki RM20 boleh disimpan)


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi Selangor
25 Mei 2014