Cerita 1: Di meja makan (26.5.2014)
Athirah: Abah baru potong rambut ke?Lukeman: Tak lah, kenapa?
Athirah: Nampak hensem je, hahaha (kakaknya Aisyah pun tumpang ketawa sama)
Muhammad: Abah sikat rambut macam kita, sebab tu lah nampak hemsen, kan bah?
Lukeman: A'ah abah sikat rambut macam abang Muhammad, jadi nampak hensem macam abang Muhammad lah juga ;)
Cerita 2: Haji
Lukeman: Jom, siapa nak dengar cerita
"Nak, nak" jawab mereka serentak
Mula-mula baca buku cerita tentang anak yang rindukan mama dan abahnya sebab pergi ke Mekah buat Haji. Anak itu tinggal dengan neneknya.
Lukeman: Nanti kalau abah dengan mama pergi buat Haji; Muhammad, Aisyah, Athirah duduk dengan mok ya (mok panggilan untuk nenek)
Aisyah: Hari tu kan abah dah pergi
Muhammad: A'ah kan haritu abah dan mama dah pergi. Bawalah kami pergi sama pula kali ini
http://jombahagia.blogspot.com/2014/02/travelog-umrah-dan-ziarah-1-klia-menuju.html
http://jombahagia.blogspot.com/search/label/travelog%20umrah%20dan%20ziarah
Lukeman: Hari tu abah pergi buat umrah. Kali ini abah dengan mama nak pergi buat haji, insyaAllah
Muhammad: Kami pun nak ikut
Lukeman: Nanti semua dah besar sikit abah bawakan ya insyaAllah. Sekarang kena belajar dulu dan kumpul duit dulu
Ok sambung cerita
Cerita 3: Zikir
Lukeman ambil buku "Fadhilat Amal" dan bacakan untuk mereka. Antaranya adalah seperti dibawah:
--------------------------------------------------------------------
Al Anaam 6:160
مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
Contohnya
Selepas solat 5 waktu:
Subhanallah 10x, alhamdulillah 10x, allahhuakbar 10x = 30 x 5 kali solat sehari semalam = 150 x 10 gandaan kebaikan = 1500 pahala sehari semalam
Sebelum tidur:
Subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahhuakbar 34x = 100 x 10 gandaan kebaikan = 1000 pahala sehari semalam
1500 + 1000 = 2500 pahala sehari semalam
------------------------------------------------------------------------
Aisyah: Kalau buat baik 1 dapat 10 pahala. Kalau buat jahat 1 dapat 1 dosa
Lukeman: Ya, buat baik 1 Allah bagi 10, buat jahat 1 Allah bagi dosa 1
Athirah: Kita nak baca "subhanallah"
Muhammad: Aah kita pun
Aisyah: Jom
Bermulalah mereka membaca tasbih malam tadi dari lepas makan, sehingga tertidur; dengan pegang tasbih digital.
Selingan 1: Athirah di hari sukan sekolah Sabtu lepas (24 Mei 2014) |
Cerita 4: Bersiap ke Sekolah
Athirah: Muhammad, berapa baca "subhanallah" malam tadi? Kita 1 x x x (seribu lebih)
Muhammad: Kita 2 x x x (2 ribu lebih)
Lukeman: Abah simpan dulu tasbih tu, nanti balik sekolah boleh guna lagi
Athirah: Abah jangan bagi Yusuf guna tau. Abah simpan dalam almari kita. Nanti kita nak sambung baca.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan
Agak lama juga kami sekeluarga (Lukeman dan Liza) tak bacakan buku cerita untuk anak-anak. Masa mereka kecil, ketika mereka masih bertiga agak kerap kami bacakan buku sirah Nabi dan buku cerita untuk mereka.
Apabila adik mereka lahir, tumpuan lebih diberikan pada adik-adik mereka. Tambahan pula mereka bertiga sudah bersekolah, dan sudah boleh baca buku sendiri. Jadi kami hanya bagikan buku untuk mereka baca.
Sesekali bila berkesempatan itulah kami bacakan untuk mereka. Seronok bila semuanya seronok nak dengar cerita lagi.
Kesimpulan yang boleh diambil adalah, walaupun anak-anak dah boleh membaca sendiri, tetapi sesekali mereka tetap juga mahu kita (ibu dan bapanya) bacakan buku cerita dan bercerita untuk mereka.
Dan semasa bercerita akan banyak soalan yang akan mereka tanyakan. Itu perkara biasa, kerana otak mereka sedang berkembang dan sedang menerima input baru untuk di proses
Mungkin makanan tambahan di bawah ini dapat membantu mereka untuk hidup dengan lebih sihat, aktif dan cerdas insyaAllah
Selingan 4: Makanan tambahan untuk anak-anak; meal shakes, omega guard, chewable vita C dan nutriferon) Herbal blend dan H2 untuk kegunaan luar |
Selingan 5: Madu lebah, kismis dan badam juga untuk mereka dan seisi keluarga |
Lagi Tambahan Gambar Sukan Sekolah (Sabtu 24 Mei 2014)
5 pasukan; merah, biru, kuning, hijau dan ungu |
Ujian, temuduga dan pengalaman untuk masuk ke SRAI Bangi dan Al Amin Bangi boleh rujuk entri ini http://jombahagia.blogspot.com/2013/12/sek-sri-alamin-bangi-vs-integrasi-vs-skjalan3-bangi.html
kuning, merah, ungu hijau dan biru |
Tambahan Gambar Ujian Silat (Ahad 25 Mei 2014)
3 jenis ujian untuk peringkat pertama (bengkong / tali pinggang hitam ke putih); 1. Langkah silat 2. Berguling (berpusing 5-6 kali) 3. Melompat sambil berpusing |
Bermula dan berakhir dengan tafakkur, Al Fatihah dan doa |
Pengiring setia ;) Abang dan masuk silat 2 orang lagi ini nak masuk taekwando dan juga karate do ;) Tunggu besar sikit lagi ya insyaAllah |
Penutup
Tamat kisah hujung minggu dan juga cerita di meja makan. Moga ada pengajaran tersirat yang boleh kita ambil daripada perkongsian ini insyaAllah. Apa yang baik datangnya daripada Allah, yang lemah dan kurang adalah asbab kelemahan diri kami.
Moga ketemu lagi insyaAllah
Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
28 Mei 2014 | 28 Rejab 1435
No comments:
Post a Comment
Komen Sahabat