Showing posts with label Madinah. Show all posts
Showing posts with label Madinah. Show all posts

Thursday, 13 November 2014

MyTaha Tabung Haji

Mungkin ada di antara kita yang belum tahu bahawa Tabung Haji telahpun ada sistem perkhidmatan berinternet yang dikenali sebahagi myTaha. Dengan MyTaha kita boleh buat semakan baki terkini wang dalam tabung haji, boleh pindah wang dari tabung haji kita ke akaun tabung haji lain, boleh buat pendaftaran haji dan juga semak status pendaftaran haji

Bagi yang ada banyak akaun Tabung Haji memang kemudahan internet ini amat membantu. Contohnya bagi yang ada 5 anak macam kami. Setiap anak ada akaun Tabung Haji masing-masing. Jadi dengan ada myTaHa ini memudahkan urusan kita nak monitor akaun tabung haji mereka, dan alhamdulillah kelima-lima mereka telahpun didaftarkan haji, ikut gilirannya sewaktu mereka berumur dalam 40 tahun lebih nanti

Paparan MyTaha sekiranya ada banyak akaun Tabung Haji (termasuk anak-anak)

Cara untuk aktifkan perkhidmatan ini adalah:
1. Pergi ke kaunter Tabung Haji di mana-mana cawangan seluruh Malaysia
2. Mintakan no pin untuk aktifkan MyTaha. Nanti dia akan minta buku Tabung Haji. Jadi jangan lupa bawakan buku Tabung Haji dan juga IC
3. Kena datang sendiri, sebab kena scan ibu jari pemilik buku akaun
4. Dah dapat pin boleh buka MyTaha dan log masuk:
5. Dah siap. Kalau nak add akaun anak-anak, klik pada menu 'deposit' - 'kemaskini akaun' - 'tambah akaun' :)
6. Siap. Boleh sentiasa undate dan semak status terkini akaun Tabung Haji kita dan juga anak-anak terutamanya bagi yang buat potongan gaji untuk simpanan bagi menunaikan ibadah haji insyaAllah

Harap ianya membantu. Sampai jumpa lagi insyaAllah

Lukeman / Siti Norliza
Bandar Baru Bangi
13/11/2014

Artikel berkaitan:
2. MyTaha




Read more ...

Monday, 2 June 2014

Segalanya Tentang Haji 1435H / 2014M

Bismillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakbar
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad

Assalamualaikum

Versi kemaskini pada 2 Jun 2014

Di sini kami coretkan segala maklumat tentang Haji untuk rujukan kita semua terutamanya kepada bakal Haji tahun ini 1435H / 2014M, dan umumnya kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Moga sama-sama dapat manfaat insyaAllah


1. Pendaftaran Haji

Pendaftaran haji boleh dibuat di kaunter tabung haji, kaunter bank rakyat dan kaunater bank Islam. Pendaftaran juga boleh dibuat di mesin ATM bank rakyat dan bank Islam, juga di laman web di bawah:



Syarat pendaftaran haji adalah baki minimun di dalam akaun Tabung Haji kita ada sebanyak RM1300. Syarat-syarat lain boleh rujuk laman tabung haji seperti di link di bawah:


http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/daftar-haji
http://www.tabunghaji.gov.my/pendaftaran-haji-dalam-negara2




Giliran haji Lukeman dan Liza adalah pada tahun 2027 masa umur kami 48 dan 46 tahun. Muhammad, Aisyah dan Athirah pada tahun 2052 pada umur mereka 47, 46 dan 45; Yusuf dan Atiqah pada tahun 2058 iaitu pada umur mereka 46 dan 45 tahun, insyaAllah.




2. Rayuan Haji

Kalau daftar sekarang (Jun 2014, perlukan lebih 45 tahun untuk sampai giliran haji nya). 

Jika kita rasa sudah mampu untuk pergi haji awal permohonan rayuan haji boleh dihantar kepada tabung haji. Jika ada kekosongan dan rezeki insyaAllah akan dapat menjadi tetamu Allah di sana

Rayuan permohonan haji tahun ini boleh di buat dengan menghantar SURAT RASMI melalui EMAIL ataupun FAX sebelum 1 REJAB 1435H, bersamaan 1 MEI 2014 kepada:

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH
201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
No tel: 03-6207 1919
No fax: 03-7728 4959
email: th-info@lth.gov.my

Nyatakan bersama sebab-sebab kenapa kita memohon rayuan haji.


Permandangan dari tingkat paling atas Masjidil Haram 30.1.2014 semasa mengerjakan umrah



3. Kursus Asas Haji

Kursus Asas Haji sedang berjalan sekarang, boleh datang ke mana-mana lokasi berhampiran. Boleh rujuk jadual bagi negeri / tempat masing-masing di sini --------------------------------------->  http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/soalan-4.

Untuk penduduk negeri Selangor boleh terus rujuk di sini -----------------------> http://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/1580898/07022014update_Selangor.pdf/fe74d430-db5b-4e70-8434-2bd6145960b0

Jika rayuan haji kita diterima (insyaAllah), insyaAllah pihak akan buat lagi sekali kursus perdana untuk semua bakal haji.

Makluman lanjut boleh hubungi tabung haji berhampiran. Lembaga Tabung Haji Bandar Baru Bangi 03-82100804 ataupun terus ke Official : Lembaga Tabung Haji di talian 03-6207 1919


Lukeman dan Liza di Masjidil Haram 29.1.2014




4. Kos Haji

Kos menunaikan ibadah haji tahun ini 1435H / 2014M dengan tabung haji adalah RM9980 bagi pakej MUASSASAH untuk warganegara Malaysia yang belum pernah menunaikan haji. Rujuk http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/faq-berkaitan-haji-/-umrah untuk maklumat lanjut



5. Maklumat Keputusan Rayuan Haji
Keputusan rayuan haji akan dimaklumkan bermula Ramadhan1435H ini. Boleh terus berhubung dengan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji di talian 03-6207 1919 untuk keputusan rayuan dan maklumat terkini

Sama-sama kita berusaha dan berdoa agar kita diberikan peluang, kesempatan dan dipermudahkan segala urusan bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, yang juga merupakan rukun Islam yang kelima, insyaAllah



6. Info Tambahan

Info tambahan untuk rayuan haji tahun ini; bagi pasangan suami isteri yang terpilih untuk menjadi tetamuNya tahun ini, (1) sijil nikah perlu disertakan dengan pengesahan oleh Jabatan Agama Islam, dan (2) bagi mahram (contohnya abang dan adik), pengesahan mahram melalui salinan surat beranak / IC perlu disertakan dengan pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara.

Maklumat ini perlu dihantar pada pihak Lembaga Tabung Haji apabila nama kita dah terpilih untuk menjadi tetamuNya nanti insyaAllah. Harap maklum



7. Set Kesihatan Haji dan Umrah


Antara set kesihatan yang boleh kita bawa untuk bantu kesihatan di sana adalah:

(a) Nutriferon dan Vita C untuk bantu tingkatkan imun, menyihatkan kulit. Vitamin C boleh bantu kulit kita sesuaikan dengan perubahan cuaca di sana

(b) B complex dan vitalea untuk bantu tambah tenaga keseluruhan
(c) Omegaguard untuk bantu kesihatan jantung, kolestrol dan saraf
(d) Ostematrik untuk kesihatan dan kekuatan tulang dan sendi
(e) Alfalfa untuk pencernaan dan buang toksin dari badan

Bagi warga emas yang sukar makan tablet vitamin, boleh ambil

(a) Vivix untuk kesihatan menyeluruh seperti kesihatan jantung, darah, kencing manis, imunisasi dan melawan penyakit
(b) AJHT untuk sendi dan tulang



Set kesihatan untuk umrah dan haji


Wallahhua’lam 
Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim 
BBBangi Selangor 
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476 
Tel/sms/whatsapp: 0132299319 (Luke) /0196515717 (Liza)  
Blog: www. jombahagia.blogspot.com 
Email: jombahagia@gmail.com


Artikel berkaitan:
1. Keutamaan Mekah
2. Keutamaan Madinah dan Masjid Nabawi
3. Travelog dari Bangi Menuju Madinah dan Mekah
4. Kekal Sihat dan Cergas di Mekah dan Madinah
6. Persiapan Asas Haji dan Umrah

Read more ...

Tuesday, 4 March 2014

Promosi ESP Mac 2014; Hampir Semua Kombinasi Set Kesihatan ada ESP

Alhamdulillah, kita masih dikurniakan nikmat iman, islam, kesihatan, masa lapang dan kehidupan olehNya. Moga kita makin bertambah amal seiring dengan pertambahan usia. Sangat beruntung orang yang "hidup hari ini lebih baik daripada semalam". Moga kita tergolong dalam golongan yang begitu hendaknya, insyaAllah.


Bulan lepas promosi Vitalea; multivitamin pertama yang dihasilkan oleh Dr Shaklee. Ramai orang yang ambil peluang untuk rasai pelbagai vitamin dalam satu tablet pada harga yang lebih murah. Bulan Mac 2014 ini, promosinya adalah ESP; Energizing Soy Protein, susu kacang soya yang direka khas untuk pembekalan tenaga dan sumber protein bagi pembinaan sel dan tisu badan.

Antara khasiat ESP adalah seperti berikut:
1. Bantu kekalkan otot, baiki sistem tisu dan enzim dan untuk membantu penghasilan hormon yang teratur
2. Bantu kekalkan paras gula dalam darah
3. Bantu sokong sistem imun, kekalkan paras kolestrol normal, dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
4. Bantu bekalkan tenaga  untuk lelaki dan wanita dan bantu cegah penyakit jantung
5. Bantu merawat sakit kulit seperti jerawat, kusam dan berparut
6. Membantu mengawal penyakit kencing manis, anemia, berat badan berlebihan dan kolestrol
7. Sangat bagus untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusu.


Khasiat ESP

Hampir semua set kesihatan Shaklee ada ESP, antaranya adalah:

1. Set A (Keluarga Sihat) ESP + vitalea + B complex + vitamin C

2. Set B (3 Gems) ESP + mealshakes + performance drink


3. Set C (Anak Genius, Sihat dan Cerdas) ESP + mealshakes + omega guard + Vitamin C


4. Set D (Kesuburan Suami Isteri): ESP + B complex + vitalea + vitamin C (suami isteri kongsi), Vitamin E + Zinc (suami), GLA + alfalfa (isteri)


5. Set E (Ibu Hamil): ESP + vitalea + vitamin C + B complex + ostematrik + omega guard


6. Set F (Menyusu): ESP + alfalfa + vitalea + B complex + vitamin C + ostematrik


7. Set G (Anti / Melambatkan) Penuaan: ESP + vivix + nutriferon + collagen powder


8. Set H (Kurus): ESP + lecithin + herbalax + omega guard + alfalfa


9. Set I (Kesihatan Kulit): ESP + vitamin C + vitamin E + B complex + collagen powder



10. Set J (Mengawal Kencing Manis): ESP + vitalea + GLA + vitamin C + zinc + vivix

11. Set K (Kesihatan Jantung): ESP + omega guard + CoQ + garlic + vitamin E + lechitin


Shaker. Ini adalah Shaker yang dikeluarkan oleh Shaklee.Stoknya sangat terhad. Bagi sesiapa yang perlukan stok Shaker dan set kesihatan seperti di atas, harap dapat hubungi kami sepertimana di bawah. Shaker ini ada spring / mixer sekali untuk membantu membantu memudahkan kita untuk menyediakan minuman ESP, meal shakes, performance drink, dan juga cinch shake mix.

Harga bulan Mac 2014 ini memang sangat berbaloi. Bagi ahli, pembelian 6 ESP akan dapat percuma 1. Penjimatan sebanyak RM21. Cara untuk jadi ahli adalah dengan membuat pembayaran RM75 ataupun membeli barangan pada harga ahli sebanyak 200UV ataupun sekitar RM650, dan bonus pada bulan pertama adalah RM30++. Keahliannya adalah untuk seumur hidup. Manfaat dan detail cara untuk jadi ahli boleh rujuk di cara jadi ahli dan jadi ahli shaklee percuma 






Bagi yang bukan ahli / belum jadi ahli / mahupun yang mahu jadi ahli, boleh hubungi kami untuk dapatkan harga istimewa dan juga perincian lanjut untuk jadi ahli, khas untuk pengujung dan pembaca blog www.jombahagia.blogspot.com ini, dan juga khas untuk kawan-kawan facebook, kenalan dan pembaca budiman. Moga sama-sama kita dapat manfaat peluang promosi ini, insyaAllah

Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
4.3.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 019-6515717 / 
013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com



Artikel berkaitan

(1) Cara Untuk Menjadi Ahli Shaklee
(2) Mengapa Shaklee? (5) Mudahnya Beli Produk Shaklee Secara Online
(3) Keahlian Percuma Seumur Hidup Dengan Pembelian Set Shaklee

Read more ...

Thursday, 27 February 2014

Travelog Umrah dan Ziarah (6) Persiapan Menuju Madinah dan Mekah

Sebelum berangkat ke Madinah dan Mekah, beberapa persiapan perlu kita lakukan yang melibatkan persiapan mental, fizikal dan spiritual. Persiapan mental maksudnya kita bersedia dari segi semangat dan roh untuk ke Tanah suci Mekah dan Madinah, persediaan fizikal maksudnya fizikal dan kesihatan kita mengizinkan, dan persiapan spiritual melibatkan taubat, berdoa, beristigfar agar urusan kita dipermudahkanNya, insyaAllah.

Di sini kami coretkan beberapa perkara yang perlu kita lakukan sebelum berangkat ke sana bagi memudahkan segala urusan kita disana nanti, insyaAllah;

(1) Mendaftar Haji di kaunter Tabung Haji, sebab tujuan kita buat umrah dan ziarah adalah sebagai persiapan untuk menunaikan ibadah Haji, insyaAllah. Alhamdulillah kami anak beranak semua dah daftar haji dengan Tabung Haji. Ikut pendaftarannya, Lukeman dan Liza akan menunaikan haji pada tahun 2027 masa umur kami 48 dan 46 tahun. Muhammad, Aisyah dan Athiran pada tahun 2052 pada umur mereka 47, 46 dan 45 tahun sebab mereka kami daftarkan pada masa yang sama. Yusuf dan Atiqah pula giliran hajinya adalah pada tahun 2058 iaitu pada umur mereka 46 dan 45 tahun, insyaAllah.
Kita daftar dulu dengan tabung haji bagi menyatakan niat dan keinginan kita untuk menunaikan haji dan umrah. Jika ada rezeki lebih, dan ingin menunaikannya lebih awal, Alhamdulillah kita boleh ambil pakej yang disediakan. Ramai orang ingin menunaikannya lebih awal masa usia masih muda dan tenaga masih kuat. Sama-sama kita doakan agar kita semua boleh pergi menunaikan haji lebih awal insyaAllah. Target kami sebelum kami berumur 40 tahun insyaAllah. Caranya (1) boleh buat rayuan dengan tabung haji ataupun (2) boleh mohon untuk pergi melalui pakej yang lebih mahal berbanding muassasah tabung haji, insyaAllah dan wallahhua'lam.


Buku Tabung Haji Lukeman, Liza, Muhammad, Aisyah, Athirah, Yusuf dan Atiqah.


(2) Mendaftar umrah dengan travel agensi yang berdaftar dan mempunyai rekod yang baik. Lebih elok jika mutawif (orang yang mengendalikan umrah dan ziarah) tersebut adalah kawan ataupun saudara yang telah dipercayai kejujurannya. Dalam kes kami mutawif yang mengendalikan umrah dan ziarah ini adalah rakan sepejabat Liza di UKM. Agensinya adalah Hasanah Travel yang berpejabat di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor. Kos umrah dan ziarah sekitar RM4500-RM7000, bergantung kepada pihak agensi, hotel penginapan, jumlah perjalanan dan pakej ziarah yang ditawarkan. Kos umrah dan ziarah kami adalah RM4690 seorang ataupun RM9380 untuk Lukeman dan Norliza, untuk tempoh 12 hari di Mekah dan Madinah termasuk perjalanan.

Berhati-hati jika mendaftar dengan agensi yang belum pernah kita berurusan kerana banyak kes penipuan yang melibatkan pakej umrah, ziarah mahupun haji.

(3) Pasport dan visa. Kos pasport adalah RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun. Bagi pasport yang telah lama dibuat, tempoh sahnya mestilah sekurang-kurangnya 6 bulan pada masa ingin berangkat. Pasport yang telah siap, beserta dengan 4 keping gambar pasport dan 4 keping gambar visa perlu diserahkan bersama kepada pihak agensi untuk urusan visa. Visa akan diuruskan oleh pihak agensi.

(4) Suntikan imunisani. Kos suntikan imunisasi adalah dalam lingkungan RM80 – RM150. Kami buat suntikan di Poliklinik UKM, Seksyen 15 Bangi dengan kos RM89, antara yang termurah di Lembah Klang. Doktor yang beri suntikan maklumkan tentang perkara ini. Suntikan imunisasi ini valid untuk 3 tahun. Kami buat pada 21.11.2014, jadi validitinya adalah sehingga 20.11.2014. Jika kami ingin buat umrah, ziarah mahupun haji dalan tempoh ini, buku suntikan imunisasi ini masih valid dan boleh digunapakai.

Passport, visa (di dalam passport), sijil suntikan imunisasi, pas perjalanan dan juga buku nota, pen dan pensil.


(5) Wang dan belanja yang cukup. Pengalaman kami; kos untuk tiket umrah dan ziarah untuk 2 orang adalah RM9380, belanja keperluan dan urusan sebelum berangkat sekitar RM500-RM1000, wang yang ditinggalkan untuk belanja persekolahan anak-anak dan untuk keperluan keluarga di Malaysia untuk 12 hari sekitar RM500.

Wang yang dibawa ke Madinah dan Mekah untuk keperluan di sana adalah sekitar RM1000-RM1500 seorang. Kami bawa RM3000 untuk 2 orang dan bila pulang ke Malaysia bakinya adalah RM1000. Tukaran wang RM kepada SR adalah dalam lingkungan RM100 = SR110. Kalau nak lagi untung boleh tukar RM kepada USD di Malaysia dan di Saudi nanti tukarkan kembali kepada SR.

Macam kami, kami tukarkan di Malaysia RM200 = SR220 (SR110 setiap orang) dan USD100=RM330, dan di Madinah tukaran 100USD = SR370.  Jadi jumlah RM yang kami tukar di Malaysia kepada SR dan USD adalah RM530, selebihnya kami bawa dalam bentuk RM.

(6) Belajar, kursus umrah, tanya saudara dan kawan-kawan yang pernah pergi. Biasanya 1 @ 2 minggu sebelum berangkat, pihak agensi akan adakan kursus sehari di masjid terpilih. Pihak agensi kami buat kursus pada 5.1.2014, 2 minggu sebelum berangkat di Masjid Hasabah Bangi.


 Antara gambar yang sempat diambil semasa kursus umrah dan ziarah

Maklumam tentang Kaabah dan nama-nama penting disisi Kaabah


Amali tawaf di Masjid Hasanah Bangi.


(7) Bertanya dengan saudara, jiran dan sahabat yang pernah pergi ke sana juga dapat memberikan kita sedikit gambaran bagi memudahkan urusan kita di sana nanti. Alhamdulillah, sebelum berangkat kami sempat bertemu dengan abang Long dan mak Long di Gombak, dan juga sahabat lama Lukeman di UTM dulu yang baru berangkat ke Tanah Suci awal tahun 2013, setahun yang lepas. 2 pengalaman yang dikongsikan ini memberikan gambaran yang semakin jelas kepada perjalanan kami, Alhamdulillah.

(8) Membaca buku panduan haji, umrah dan ziarah, dan juga buku travelog ke Tanah suci juga akan banyak membantu pemahaman kita tentang perjalanan ibadah ini, insyaAllah. Antara koleksi buku yang kami ada dan baca sebelum ke sana adalah seperti gambar dibawah. Buku panduan umrah dan ziarah yang kecil yang boleh digantungkan dileher dan senang dibawa juga membantu kita untuk membuat rujukan.



(9) Quran kecil dan Al Mathurat juga boleh membantu memudahkan kita membacanya. Quran banyak disediakan di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Namun jika kita ingin bawa dan baca Quran yang dibawa sendiri dari Malaysia tiada masalah.

(10) Vitamin dan ubat-ubatan. Antara vitamin yang kami bawa adalah B Complex, vitalea, ostematrik, vitamin C dan nutriferon. Boleh rujuk artikel ini untuk fungsi detail setiap vitamin ini. Secara asasnya B Complex dan Vitalea untuk membantu memberikan tenaga dan meningkatkan kecergasan fizikal, Ostematrik untuk kalsium tulang dan gigi, vitamin C untuk membantu sistem imunisasi dan kesihatan kulit, dan nutfireron untuk membantu sistem imun bagi mengegah penyakit. Boleh paketkan kecil-kecil untuk kegunaan 2 minggu di sana.



Ubat-ubatan dari klinik juga perlu di bawa bersama sebagai persiapan luar jangak antaranya adalah panadol / paracetamol, ubat batuk, ubat sakit tekak, actifast dan ubat selsema. Berdasarkan pengalaman kami, alhamdulillah ubat-ubat ini tidak perlu digunakan. Namun sebagai persediaan elok kita bawa bersama. Jika kita tak guna, boleh hadiahkan pada sahabat-sahabat yang kita yang lain yang memerlukan.



 
(11) Keperluan asas lelaki . Lelaki: Kain ihram 1-2 pasang, tali pinggang ihram 1, jubah dan seluar 1-2 pasang, seluar panjang 1-2 helai, baju melayu @ baju kemaja 1-2 helai, baju & seluar tidur 2 pasang, gunting @ pisau cukur untuk tahallul 1, tuala mandi 1, berus gigi, ubat gigi, sikat rambut, minyak rambut dan deodoran setiap 1.









*Jubah, kain ihram dan tali pinggang ihram boleh juga dibeli di Madinah @ Mekah. Di sana harga sehelai jubah adalah SR20, dan sehelai seluar adalah SR10. Di Malaysia harga sehelai jubah adalah dalam RM50-RM70. Bawa 1 dari Malaysia pun dah cukup. Tukaran wang RM (Ringgit Malaysia) kepada SR (Saudi Rial) adalah dalam lingkungan RM100 = SR110

(12) Keperluan asas wanitaWanita: Kain sembahyang 2 pasang (akan dikemaskini kemudian)


Wallahhua’lam 

Liza & Lukeman
Bangi Selangor
27.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com

Read more ...

Sunday, 23 February 2014

Travelog Umrah dan Ziarah (4) Keutamaan Madinah dan Masjid Nabawi

Madinah adalah kota hijrah, kediaman dan pusat dakwah baginda Nabi Muhammad SAW. Di bumi Madinah, bersemayamnya jasad suci baginda Rasulullah SAW dan tertegaknya masjid Nabawi. Di pintu-pintu kota Madinah ada malaikat penjaga, dan didalamnya ada sebuah taman syurga. Sesiapa yang meninggal di kota ini akan mendapat syafaat Baginda Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW mengharamkan kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim mengharamkan kota Mekah.


Keutamaan Madinah
Antara kelebihan Madinah mengikut hadis Nabi Muhammad SAW adalah, sepertimana yang tercatat dalam buku-buku hadis, buku kelebihan Madinah, buku sejarah, dan juga diperturunkan dari satu ganerasi kepada ganerasi berikutnya adalah:

(1)    “Ya Allah, berilah kami kecintaan kepada Madinah seperti cinta kami terhadap Mekah atau bahkan melebihinya” HR Bukhari no. 1889, HR Muslim no. 1376

(2)   “Ya Allah, jadikanlah di Madinah 2 kali ganda keberkatan yang telah Engkau jadikan di Mekah” HR Bukhari no 1885 dan HR Muslim no 1369

(3)   “Sesunguhnya Ibrahim telah menjadikan Mekah sebagai tanah haram dan dia mendoakan penduduknya, dan sesungguhnya aku menjadikan Madinah sebagai tanah haram seperti yang dilakukan oleh Ibrahim terhadap Mekah, dan aku mendoakan agar sha’ dan mudnya diberkati 2 kali ganda daripda doa Ibrahim untuk penduduk Mekah” HR Buhari no. 2129 dan HR Muslim no. 1360




Lukeman bersama Liza perkarangan masjid Nabawi; di bawah kubah hijau terdapatnya jasad baginda Nabi Muhammad SAW, Saidina Abu Bakar RA dan juga Saidina Umar RA, yang dimakamkan di sini. Kubah putih adalah mihrab Masjid Nabawi sekarang, tempat imam solat.


Lagi sambungan kelebihan Madinah dan Masjid Nabawi mengikut hadis Nabi Muhammad SAW adalah:
 
(4)   “Sesungguhnya keimanan akan kembali ke Madinah seperti kembalinya seekor ular ke dalam lubangnya” HR Bukhari no. 1876 dan HR Muslim no. 147

(5)   “Sesungguhnya Madinah adalah thayyib (baik) dan ia mengikis kekotoran seperti api mengikis kotoran pada perak” HR Muslim no. 1384

(6)   “Tidaklah seseorang yang tetap tinggal (di Madinah), bersabar dengan cubaan dan kesukarannya lalu meninggal di sana, melainkan aku akan memberi syafaat dan menjadi saksinya pada hari kiamat, jika dia seorang muslim” HR Muslim no. 1374

(7)   “Sesiapa yang mampu menutup usia di Madinah, maka hendaklah dia meninggal di sana, kerana aku akan memberi syafaat pada orang yang meninggal di sana” HR Tarmizi no. 3917 dan HR Ahmad jilid 1, hal. 74

(8)   “Sesiapa yang mengancam penduduk Madinah secara aniaya, maka Allah akan membalas ancamannya, pasti untuknya laknat laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya” HR Nasai

(9) “Di pintu-pintu masuk Madinah, ada para malaikat menjaganya sehingga penyakit taun dan dajjal tidak dapat memasukinya” HR Bukhari no. 1880 dan HR Muslim no. 1379

(10)  “Madinah adalah tempat hijrahku, di sana tempat tinggalku, dari sana nanti aku dibangkitkan, penduduknya adalah tetanggaku, tentulah menjadi kewajipan bagi umatku menjaga tetanggaku” HR Al Firdaus


Suasana di dalam masjidil Nabawi sebelum waktu magrib hari Khamis 23.1.2014. Kain saprah dibentangkan, air zam-zam, kurma dan roti disediakan untuk para Jemaah yang berpuasa.

Roti sebesar ini juga diberikan secara percuma kepada Jemaah, memang tak larat nak habiskan seorang, kena kongsi-kongsi makan baru habis insyaAllah.
Tasbih juga diedarkan secara percuma di dalam masjid Nabawi pada petang Khamis.


Keutamaan Masjid Nabawi dan Raudhah

Antara hadis yang menceritakan tentang keutamaan dan kelebihan masjid Nabawi adalah:

(11)   “ 1 solat dimasjidku ini lebih utama daripada 1000 solat di tempat lain, kecuali masjidil Haram, dan 1 solat di masjidil Haram lebih baik daripada 100 000 solat di tempat lain” HR. Bukhari no 1190 dan HR Muslim no. 1394

Hasan Al Bashri rahimahullah berkata “Puasa sehari di Mekah sama dengan puasa 100 000 hari, sedekah 1 dirham sama dengan 100 000 dirham dan setiap kebajikan digandakan menjadi 100 000” Fadail Mekah oleh Hasan Al Basri hal. 21

Mujahid rahimahullah berkata “Dosa berbuat kejahatan di Mekah dilipatgandakan seperti amalan kebajikan di Mekah” Mutsir al Ghuram hal. 234


1 solat  di masjid Nabawi= 1000 solat di tempat lain = 1000 / 30 = 33.33 bulan solat ditempat lain.

(12) "Di antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu taman syurga, dan mimbarku ini ada di atas telagaku" HR Bukhari no. 1888 dan HR Muslim no. 1391

Masjid Nabawi ketika payung di dataran dibuka ataupun ditutup


Lagi pandangan Masjid Nabawi dari tempat yang agak tinggi, iaitu dari pintu masuk ke perkuburan Baqi' yang terletak di bahagian depan-kiri perkarangan masjid, sepagar dengan masjid Nabawi.


Keutamaan Menzirahi / Mengadakan Perjalanan ke Masjid Nabawi

(12) Tidaklah kalian mengadakan perjalanan khusus melainkan kepada 3 masjid iaitu (masjidil Haram, (2) masjidil Rasul SAW dan (3) masjidil Aqsa" HR Bukhari no.1189 dan HR Muslim no.1397

(13) Dari semenjak salah seorang dari kalian keluar dari rumahnya menuju kemasjidku, setiap langkah kakinya ditulis kebajikan, dan satu langkah kaki lagi dihapuskan kesalahan sehingga ia kembali" HR Ibnu Hibban no.1622

(14) Sesiapa yang datang kemasjidku ini, hanya mengharapkan kebaikan dengan menuntut ilmu atau mengajarkan ilmu, maka ia berada pada tempat orang yang berjihad fisabilillah dan siapa yang datang dengan tujuan selain itu, maka ia seperti seorang laki-laki yang hanya datang melihat kesenangan orang lain" HR Ibnu Majah no.277


    
Perkuburan Baqi' berlatar belakangkan masjid Nabi, bersama Jemaah dari Mesir.

Masjid Nabawi daripada perkuburan Baqi'. Di perkuburan ini jasad Saidatina Aisyah RA dimakamkan.


Keutamaan Masjid Quba’

Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang Rasulullah SAW bina semasa dalam perjalanan hijrah daripada Mekah ke Madinah. Inilah masjid pertama tempat Baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya solat secara berjamaah secara terang-terangan

(15) “Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat didalamnya. Didalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri” QS At Taubah ayat 108

Ulama menyatakan masjid Nabawi dan masjid Quba’ dimaksudkan dalam ayat ini

(16) “Adalah Nabi SAW mengunjungi masjid Quba’ setiap hari Sabtu, kadang berjalan kaki dan kadang naik kenderaan” HR Bukhari no.1193 dan HR Muslim no. 1399

(17) “Sesiapa yang keluar dari rumahnya dan mendatangi masjid ini (masjd Quba’) lalu solat didalamnya, maka pahalanya seperti dia melakukan umrah” HR Hakim

Masjid Quba'


Suasana di dalam masjid Quba'. Para Jemaah sosat sunat didalamnya. Kami tiba dalam 9.30 pagi di sini

Selepas solat sunat sebelum berangkat keluar, ambil foto sebagai kenangan

Pandangan dari luar masjid Quba' sebelum berangkat pergi meninggalkannya. Agak sedih sebab hanya kira-kira 20 minit berada dalam masjid ini. Moga lain kali dapat sampai lagi ke sini dan moga dapat solat sunat banyak kali lagi di sini insyaAllah



Inilah antara hadis-hadis yang menggambarkan kelebihan Madinah dan Masjid Nabawi. Bila dating sini akan terasa masa sangat berharga. 1 solat di sini menyamai 1000 solat ditempat lain, ataupun solat selama 33.33 bulan ditempat lain. Jadi rasa amat rugi bila 5 minit dibazirkan untuk aktiviti yang kurang berfaedah seperti shopping dan sebagainya. Kali pertama dating manfaatkan waktu berada di Masjid Nabawi selama dan sekualiti mungkin.

Kita niat ibadah insyaAllah benda-benda sampingan akan diselesaikan dengan sendiri. Contohnya Lukeman hanya bawa 1 pasang jubbah ke sini, jadi terdetik di hati nak beli tambahan jubbah di Madinah ataupun Mekah, tapi dah set dalam hati, kalau tak ada pun tak apa, sebab dah bawa tambahan baju melayu 2 helai dan baju kemeja 2 helai. Dalam perjalanan pulang dari masjid akan ada ramai penjual. Kebetulan lalu dan ada orang jual jubbah, jadi Alhamdulillah boleh beli tanpa perlu buang masa cari kedai.

Beli 1 helai je dulu. Balik bilik, cuba, muat, dan masa nak pergi masjid / balik dari masjid nanti boleh beli lagi. Jimat masa. Jadi niatkan untuk beribadah sebaik mungkin di Masjid yang memberikan 1000 pahala ini. Setiap saat amat berharga. Moga perkongsian bermanfaat insyaAllah.

Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
24.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com

Artikel berkaitan:

1. Travelog Umrah dan Ziarah (3) Kekal Sihat dan Cergas di Madinah dan Mekah
2. Travelog Umrah dan Ziarah (2) Keutamaan Mekah
3. Travelog Umrah dan Ziarah (1) Bangi menuju Madinah
Read more ...