Showing posts with label haji. Show all posts
Showing posts with label haji. Show all posts

Thursday, 13 November 2014

MyTaha Tabung Haji

Mungkin ada di antara kita yang belum tahu bahawa Tabung Haji telahpun ada sistem perkhidmatan berinternet yang dikenali sebahagi myTaha. Dengan MyTaha kita boleh buat semakan baki terkini wang dalam tabung haji, boleh pindah wang dari tabung haji kita ke akaun tabung haji lain, boleh buat pendaftaran haji dan juga semak status pendaftaran haji

Bagi yang ada banyak akaun Tabung Haji memang kemudahan internet ini amat membantu. Contohnya bagi yang ada 5 anak macam kami. Setiap anak ada akaun Tabung Haji masing-masing. Jadi dengan ada myTaHa ini memudahkan urusan kita nak monitor akaun tabung haji mereka, dan alhamdulillah kelima-lima mereka telahpun didaftarkan haji, ikut gilirannya sewaktu mereka berumur dalam 40 tahun lebih nanti

Paparan MyTaha sekiranya ada banyak akaun Tabung Haji (termasuk anak-anak)

Cara untuk aktifkan perkhidmatan ini adalah:
1. Pergi ke kaunter Tabung Haji di mana-mana cawangan seluruh Malaysia
2. Mintakan no pin untuk aktifkan MyTaha. Nanti dia akan minta buku Tabung Haji. Jadi jangan lupa bawakan buku Tabung Haji dan juga IC
3. Kena datang sendiri, sebab kena scan ibu jari pemilik buku akaun
4. Dah dapat pin boleh buka MyTaha dan log masuk:
5. Dah siap. Kalau nak add akaun anak-anak, klik pada menu 'deposit' - 'kemaskini akaun' - 'tambah akaun' :)
6. Siap. Boleh sentiasa undate dan semak status terkini akaun Tabung Haji kita dan juga anak-anak terutamanya bagi yang buat potongan gaji untuk simpanan bagi menunaikan ibadah haji insyaAllah

Harap ianya membantu. Sampai jumpa lagi insyaAllah

Lukeman / Siti Norliza
Bandar Baru Bangi
13/11/2014

Artikel berkaitan:
2. MyTaha




Read more ...

Monday, 21 July 2014

Puasa, Quran, Lailatulqadar dan Haji

1. Puasa, Quran, Lailatulqadar

Alhamdulillah sekarang telahpun 23 Ramadhan, semoga kita semua sempat sampai ke penghujung Ramadhan dan diberikan peluang untuk berjumpa dengan malam al qadar. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, insyaAllah



Untuk 6-7 hari Ramadhan yang masih berbaki ini jom sama-sama kita lipatgandakan amalan, antara yang mudah dan boleh kita sama-sama buat bersama suami / isteri dan anak-anak adalah:

1. Bawa wang setiap kali ke surau untuk solat magrib, isya dan terawih walaupun hanya RM1 untuk didermakan ke dalam tabung surau. RM1 nampak kecil, tapi kalau berkebetulan dengan lailatul qadar bukankah ianya melebihi RM1 x 1000 bulan x 30 hari = RM30 000. 

Banyak bukan kalau kita tukarkan kepada bentuk wang ringgit. Namun wang ringgit / RM ini hanya bernilai di bumi Malaysia, tetapi pahala bernilai di dunia dan juga di akhirat sepertimana firmannya dalam surah Al Imran ayat 148

Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.




2. Hulurkan bantuan sebanyak-banyaknya juga untuk ibubapa, keluarga, anak yatim, orang miskin dan juga saudara-saudara se Islam kita terutamanya mereka yang ditindas seperti di Gaza, Syiria dan juga jiran kita di Selatan Thailand, Kemboja mahupun Indonesia.

Banyak agensi yang dipercayai yang boleh salurkan bantuan kita ini antaranya adalah Aman Palestin. (klik di sini untuk terus ke link FB mereka)  ataupun Aqsa Syarif

Bagi yang ingin salurkan bantuan kepada umat Islam di Kemboja, insyaAllah Ustaz Fadzli, ahli kariah taman perumahan kami akan ke Kemboja selepas raya ini. Derma dan sumbangan kepada umat Islam di sana amat diperlukan. Kehidupan masyarakat di Kemboja amat menyedihkan dengan kemudahan asas pun tidak cukup.

Ustaz Fadzli dan rombongannya telah beberapa kali ke Kemboja dan penduduk Islam Kemboja amat mengharapkan bantuan kita semua. Kita nak ke Gaza, Syiria sukar untuk dilepaskan bercuti oleh majikan. Jadi bagi sesiapa yang nak ikut serta ke Kemboja bagi salurkan bantuan ke sana boleh juga hubungi Ustaz Fadzli di talian 019-4054 342.

Bagi yang ingin salurkan bantuan wang ringgit boleh salurkan terus ke akaun bank Ustaz 1582 1161 7289 Mohd Fadzli Ismail dan nyatakan untuk bantuan / sumbangan ke Kemboja. Banyak program Kemboja yang telah dan berjaya dilakukan sebelum ini di Kemboja oleh Ustaz Fadzli dan timnya antaranya adalah pembinaan telaga/perigi wakaf, pemberiaan sumbangan Quran wakaf dan banyak lagi. )Bagi penduduk sekitar masjid GMI, UKM, Taman Universiti mungkin sudah biasa dengar dengan projek bantuan ini)

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).2:215


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.2:261




3. Quran. Seboleh-bolehnya baca, hafal, faham dan amalkan al Quran walaupun hanya 1 ayat sehari. Dan sama-sama kita mohon pada Allah agar kita dan keluarga dipilih oleh Allah untuk jadi ahli keluargaNya (hadis riwayat Ibnu Majjah)

Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia”. Lalu mereka bertanya : “Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?” Jawab baginda : “Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kelebihan lain penghafaz Quran boleh rujuk di sini


3. Solat: Usahakan agar dapat solat berjemaah untuk kelima-lima waktu terutamanya solat subuh berjemaah, dan juga solat-solat sunat; solat sunat fajar (sebelum subuh), tahajjud, terawih, witir, taubat, hajat, dhuha, qabliah dan ba'diah



2. Haji


Tahniah bagi yang dah dapat pengesahan akan menunaikan haji tahun ini. bagi yang belum dapat keputusan sama-sama kita berdoa agar dipilih oleh Allah insyaAllah. Jika bukan tahun ini, insyaAllah moga terpilih tahun depan dan seterusnya.

Kawasan sekitar Masjidil Haram tengah dalam proses baikpulih semasa kami ke sana hujung Januari 2014 lepas, dan kami difahamkan yang projek pembesaran kawasan masjid ini mengambil masa selama 3-5 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Jadi sepanjang tempuh pembinaan ini, kuato jemaah haji akan dikurangkan.

Selepas siap sepenuhnya insyAllah kuota jemaah haji ini akan ditingkatkan kembali malah akan melebihi daripada kuota sebelum ini sesuai dengan kapasiti baru yang bakal boleh ditampung dengan pembesaran kawasan masjid ini.

Sama-sama kita doakan agar suatu hari nanti kita akan dijemput untuk menjadi tetamu Haji Nya insyaAllah

Perkongsian kami ketika menunaikan umrah boleh dibaca di sini 

Persiapan asas sebelum ke Mekah dan Madinah boleh baca perkongsian kami di sini

Vitamin dan ubatan untuk kekal sihat dan cerdas di sana boleh baca perkongsian kami di sini

Dan untuk proses rayuan (bagi persediaan rajuan tahun depan) boleh baca di sini



Perbanyakkan doa moga Allah permudahkan urusan kita semua untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Moga kita semua dikurniakan haji yang mabrur insyaAllah

Di sana untuk kesihatan dan kecerdasan, banyakkan minum air zam-zam yang disediakan disepanjang Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram sepertimana sabda Nabi SAW:

“Air yang paling baik dipermukaan bumi adalah air zam-zam. Ia mengandungi makanan bergizi dan menyembuhkan penyakit” HR At Tabarani

“Air zam-zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” HR Ibnu Majah; 3062

“Demam adalah merupakan angin panas daripada neraka Jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air zam-zam"



Jangan lupa baca “Bismillah” dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan minum dengan mengadap arah kiblat / Kaabah, dan minum sehingga kenyang

“Tanda yang membezakan antara kita dengan orang-orang munafik adalah mereka tidak minum air zam-zam sampai kenyang” HR Albaihaqi




Makanan tambahan ataupun vitamin yang dibawa bersama juga boleh diminum bersama dengan air zam-zam ini. Antara yang dicadang untuk dibawa bersama ke sana adalah:

(1) Vitamin B Complex dan Vitalea: Diambil sebiji pada waktu pagi dan petang, bagi membantu memberikan tenaga dan meningkatkan kecergasan fizikal

(2) Omega guard: Memberi perlindungan pada fungsi jantung

(3) Ostematrik: Diambil sebelum tidur untuk keperluan kalsium tulang dan gigi. Kita banyak berjalan di Mekah dan Madinah. Jadi keperluan tulang perlu di jaga

(4) Alfalfa: Untuk membantu penghadaman dan membuang toksin dalam badan.

(5) Vitamin C: membantu sistem imunisasi dan kesihatan kulit. Cuaca di sana agak panas dan kering. Jadi vitamin C boleh membantu

(6) Nutfireron: Hanya di ambil bila perlu. Membantu sistem imun bagi mengegah penyakit

(7) AJHT: Untuk kesihatan sendi dan tulang

(8) Vivix: Dirumus khas untuk kesihatan menyeluruh. Bagi mereka yang sukar untuk telan tablet, cukup dengan bawa 1 botol vivix ini. InsyaAllah moga kesihatan kita dipelihara olehNya dan moga dapat haji yang mabrur.

Jangan lupa untuk doakan umat Islam di Gaza, Palestin, Syria, Kemboja, Selatan Thailand dan seluruh dunia agar diberikan keteguhan iman, dan doakan kami semua agar juga dapat mengikut jejak langkah kalian suatu hari nanti insyaAllah



Wallahua'lam
Wassalam

Dapatkan konsultansi kesihatan terbaik dan harga Shaklee teristimewa daripada kami













Dan istimewa bulan Julai 2014 ini sahaja Vivix ditawarkan pada harga yang sangat istimewa, dan pembelian 2 botol Vivix Shaklee akan dapat FREEMEMBERSHIP dan BONUS sebanyak sekitar RM30
Read more ...

Monday, 2 June 2014

Segalanya Tentang Haji 1435H / 2014M

Bismillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakbar
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad

Assalamualaikum

Versi kemaskini pada 2 Jun 2014

Di sini kami coretkan segala maklumat tentang Haji untuk rujukan kita semua terutamanya kepada bakal Haji tahun ini 1435H / 2014M, dan umumnya kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Moga sama-sama dapat manfaat insyaAllah


1. Pendaftaran Haji

Pendaftaran haji boleh dibuat di kaunter tabung haji, kaunter bank rakyat dan kaunater bank Islam. Pendaftaran juga boleh dibuat di mesin ATM bank rakyat dan bank Islam, juga di laman web di bawah:



Syarat pendaftaran haji adalah baki minimun di dalam akaun Tabung Haji kita ada sebanyak RM1300. Syarat-syarat lain boleh rujuk laman tabung haji seperti di link di bawah:


http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/daftar-haji
http://www.tabunghaji.gov.my/pendaftaran-haji-dalam-negara2




Giliran haji Lukeman dan Liza adalah pada tahun 2027 masa umur kami 48 dan 46 tahun. Muhammad, Aisyah dan Athirah pada tahun 2052 pada umur mereka 47, 46 dan 45; Yusuf dan Atiqah pada tahun 2058 iaitu pada umur mereka 46 dan 45 tahun, insyaAllah.




2. Rayuan Haji

Kalau daftar sekarang (Jun 2014, perlukan lebih 45 tahun untuk sampai giliran haji nya). 

Jika kita rasa sudah mampu untuk pergi haji awal permohonan rayuan haji boleh dihantar kepada tabung haji. Jika ada kekosongan dan rezeki insyaAllah akan dapat menjadi tetamu Allah di sana

Rayuan permohonan haji tahun ini boleh di buat dengan menghantar SURAT RASMI melalui EMAIL ataupun FAX sebelum 1 REJAB 1435H, bersamaan 1 MEI 2014 kepada:

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH
201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
No tel: 03-6207 1919
No fax: 03-7728 4959
email: th-info@lth.gov.my

Nyatakan bersama sebab-sebab kenapa kita memohon rayuan haji.


Permandangan dari tingkat paling atas Masjidil Haram 30.1.2014 semasa mengerjakan umrah



3. Kursus Asas Haji

Kursus Asas Haji sedang berjalan sekarang, boleh datang ke mana-mana lokasi berhampiran. Boleh rujuk jadual bagi negeri / tempat masing-masing di sini --------------------------------------->  http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/soalan-4.

Untuk penduduk negeri Selangor boleh terus rujuk di sini -----------------------> http://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/1580898/07022014update_Selangor.pdf/fe74d430-db5b-4e70-8434-2bd6145960b0

Jika rayuan haji kita diterima (insyaAllah), insyaAllah pihak akan buat lagi sekali kursus perdana untuk semua bakal haji.

Makluman lanjut boleh hubungi tabung haji berhampiran. Lembaga Tabung Haji Bandar Baru Bangi 03-82100804 ataupun terus ke Official : Lembaga Tabung Haji di talian 03-6207 1919


Lukeman dan Liza di Masjidil Haram 29.1.2014




4. Kos Haji

Kos menunaikan ibadah haji tahun ini 1435H / 2014M dengan tabung haji adalah RM9980 bagi pakej MUASSASAH untuk warganegara Malaysia yang belum pernah menunaikan haji. Rujuk http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/faq-berkaitan-haji-/-umrah untuk maklumat lanjut



5. Maklumat Keputusan Rayuan Haji
Keputusan rayuan haji akan dimaklumkan bermula Ramadhan1435H ini. Boleh terus berhubung dengan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji di talian 03-6207 1919 untuk keputusan rayuan dan maklumat terkini

Sama-sama kita berusaha dan berdoa agar kita diberikan peluang, kesempatan dan dipermudahkan segala urusan bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, yang juga merupakan rukun Islam yang kelima, insyaAllah



6. Info Tambahan

Info tambahan untuk rayuan haji tahun ini; bagi pasangan suami isteri yang terpilih untuk menjadi tetamuNya tahun ini, (1) sijil nikah perlu disertakan dengan pengesahan oleh Jabatan Agama Islam, dan (2) bagi mahram (contohnya abang dan adik), pengesahan mahram melalui salinan surat beranak / IC perlu disertakan dengan pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara.

Maklumat ini perlu dihantar pada pihak Lembaga Tabung Haji apabila nama kita dah terpilih untuk menjadi tetamuNya nanti insyaAllah. Harap maklum



7. Set Kesihatan Haji dan Umrah


Antara set kesihatan yang boleh kita bawa untuk bantu kesihatan di sana adalah:

(a) Nutriferon dan Vita C untuk bantu tingkatkan imun, menyihatkan kulit. Vitamin C boleh bantu kulit kita sesuaikan dengan perubahan cuaca di sana

(b) B complex dan vitalea untuk bantu tambah tenaga keseluruhan
(c) Omegaguard untuk bantu kesihatan jantung, kolestrol dan saraf
(d) Ostematrik untuk kesihatan dan kekuatan tulang dan sendi
(e) Alfalfa untuk pencernaan dan buang toksin dari badan

Bagi warga emas yang sukar makan tablet vitamin, boleh ambil

(a) Vivix untuk kesihatan menyeluruh seperti kesihatan jantung, darah, kencing manis, imunisasi dan melawan penyakit
(b) AJHT untuk sendi dan tulang



Set kesihatan untuk umrah dan haji


Wallahhua’lam 
Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim 
BBBangi Selangor 
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476 
Tel/sms/whatsapp: 0132299319 (Luke) /0196515717 (Liza)  
Blog: www. jombahagia.blogspot.com 
Email: jombahagia@gmail.com


Artikel berkaitan:
1. Keutamaan Mekah
2. Keutamaan Madinah dan Masjid Nabawi
3. Travelog dari Bangi Menuju Madinah dan Mekah
4. Kekal Sihat dan Cergas di Mekah dan Madinah
6. Persiapan Asas Haji dan Umrah

Read more ...

Tuesday, 25 February 2014

Sayangi Isteri dan Anak-Anak dengan Didikan Agama, Doa, Makanan dan Rezeki yang Halal

Isteri dan anak-anak adalah anugerah, amanah dan ujian kepada kita, para lelaki, suami mahupun bapa. Sebagai ketua keluarga kita yang akan menentukan bahtera pelayaran kemana arah yang ingin kita bawa keluarga kita ini. Baik dan soleh pelayarannya insyaAllah destinasinya syurga. Silap percaturan mungkin azab menanti.

Didikan Agama

Didikan dan amalan agama amat perlu dalam membawa keluarga kita ke jalan yang diredhaiNya insyaAllah. Antara yang boleh kita praktikkan bersama adalah:

1. Solat berjemaah bersama-sama; suami sebagai imam, anak dan isteri sebagai makmum. Sesekali boleh minta anak yang umur 6 tahun ke atas untuk azan dan iqamat, dan boleh juga minta yang berumur 7 tahun keatas untuk bacakan doa. Doa bahasa Melayu pun boleh untuk lebih pemahaman dan penghayatan.

2. Solat berjemaah disurau; Sesekali bawa semua anak dan isteri untuk ke surau untuk solat berjemaah, umpamanya pada waktu solat magrib dan isya' ataupun pada hujung  minggu, bagi memberikan roh masjid dan surau kepada keluarga kita

3. Pendidikan agama: Kuliah magrib, dan kuliah subuh pada hujung minggu yang diadakan di surau dan masjid berdekatan dengan taman kita adalah waktu yang sesuai untuk memupuk semangat cintakan ilmu agama dalam keluarga.

Anak-anak di bawa bersama untuk solat Jemaah dan mendengar kuliah agama di surau terutamanya pada hujung minggu


4. Tazkirah ringkas: Selepas solat magrib, kita sekeluarga boleh melakukan sesi perbincangan keluarga. Pada waktu ini segala persoalan keluarga boleh diutarakan. Boleh juga bacakan fadilat amal; fadilat solat, baca quran, zikir dan sahabat kepada ahli keluarga. Jika ada anak-anak yang berumur 4 tahun ke atas memang akan meriah dengan pertanyaan-pertanyaan. Jawab ikut kemampuan akal mereka berfikir.

5. Mengaji Quran: Jika mampu boleh ajar mereka sendiri di rumah. Cuma pengalaman kami agar sendiri sedikit mencabar berbanding dengan hantar ke rumah guru Quran. Anak-anak kan manja dengan ibu bapa, jadi bila kita ajar sendiri, kemanjaan mereka terbawa-bawa dalam belajar. Jika boleh sabar Alhamdulillah. Pendapat kami, jika kawasan perumahan ada rumah atau surau tempat ustaz atau ustazah ajar kanak-kanak mengaji Quran, boleh hantar mereka. Anak-anak memang akan seronok sangat bila boleh baca Quran dirumah guru kerana dapat ramai kawan baru.

Awal-awal dulu kami agar sendiri bacaan Iqra', bila dah besar sikit dan dah kenal huruf kami hantar ke rumah Ustazah untuk sambung bacaan Iqra' dan al Quran. Alhamdulillah 3 yang besar ni dah baca Quran, Yusuf yang nombor 4; umur 2 tahun lebih masih pelat cakap, tapi biasanya diapun akan ikut mengaji sama di rumah Ustazah. Terima kasih ustazah. Moga jasa baik ustazah mendapat ganjaran yang setimpal daripadaNya


6. Bercerita: Anak-anak suka bercerita. Balik sekolah, dalam kereta memang ada je cerita baru yang mereka luahkan. Sama-sama kita jadi pendengar yang baik dan layan emosi dan perkembangan mental mereka sebaiknya. Bagi nasihat dan panduan berpadanan dengan akal fikiran mereka.

7. Sekolah dan tadika: Sama-sama kita pilih tadika dan sekolah yang terbaik untuk anak-anak kita; bukan sahaja dari segi akademik, malah juga pembentukan akhlak dan sahsiah anak-anak. Jika di Bangi ini, setahu kami antara sekolah yang terbaik adalah Sekolah Sri Al Amin Bangi, Sekolah Integrasi, beberapa sekolah swasta lagi seperti Sri Aisyah, Sekolah ABIM. Jika sekolah kebangsaan harian, Sekolah Jalan 3 dan Jalan 4 memang jadi tumpuan para ibubapa. Boleh rujuk entri terdahulu ini tentang pemilihan sekolah di Bangi berdasarkan pengalaman kami yang ada 3 orang anak sekolah rendah sekarang.


Makanan dan rezeki yang halal

"Makanan yang tumbuh daripada yang haram, maka neraka lebih layak untuknya" maksud hadis.

Sebagai ketua keluarga, kita seharusnya usaha sebaik mungkin untuk memastikan rezeki yang kita suapkan kedalam mulut anak dan isteri adalah rezeki halal lagi barokah. Biar sikit asalkan halal, berkhasiat dan barakah. InsyaAllah, berkat dan kualiti itu lebih perlu diutamakan berbanding kuantiti. Antara yang boleh kami cadangkan berdasar pengalaman kami adalah:

1. Rezeki halal: Gunakan tenaga dan akal fikiran kita untuk jauhkan segala perbuatan yang melibatkan syubahat apatah lagi haram. Contohnya jangan gunakan barangan pejabat seperti pen, marker, printer dan computer untuk urusan peribadi. Urusan peribadi perlu kita gunakan peralatan peribadi kita sendiri.

2. Zakat harta pendapatan: 2.5% setahun daripada jumlah pendapatan kita perlu dizakatkan. Ada jadual pengiraannya sepertimana dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Boleh rujuk kalkulator pengiraan zakat di http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/. Setiap tahun baru, biasanya kita akan dapat kenaikan gaji, jadi selaraskan kenaikan gaji kita dengan potongan zakat tahunan. InsyaAllah rezeki akan lebih berkat.

3. Sedekah: Biasakan dalam keluarga untuk bersedekah. Antara yang boleh kita amalkan adalah, setiap hari Jumaat boleh tambahkan RM1 kepada belanja harian sekolah anak-anak kita, untuk didermakan di surau sekolah, ataupun surau taman, ataupun untuk belanja kawan sekelasnya yang kekurangan. Setiap kali ke surau bersama keluarga dan anak-anak, bagi anak-anak yang sumbangkan ke dalam tabung masjid. Mula-mula buat biasanya mereka akan tanya kita "kenapa". Jawab sekadar kemampuan akal mereka untuk memikirkannya. Biasanya akan ada soalan susulan. Jawab dan kembangkan pengetahuan, pemikiran dan fadhilat mengapa kita minta mereka buat sesuatu perkara itu.



4. Didikan kewangan: Didik anak dan isteri tentang kewangan Islam, kepentingan menabung, buka akaun Tabung Haji untuk mereka semua. Daftarkan Haji mereka, cukupkan RM1300 dalam akaun tabung haji sudah melayakkan mereka untuk didaftarkan giliran haji. Tabung dirumah juga perlu disediakan pada anak-anak untuk galakkan mereka menabung. Jika ada lebihan tabungan mereka, boleh juga kita tukarkan kepada bentuk dinar emas. Alhamdulillah ini yang kami amalkan sekarang dalam keluarga.

5. Potongan gaji: Potongan gaji bulanan perlu kita peruntukkan untuk ibubapa kita dikampung, untuk isteri dan juga untuk anak-anak. Potong terus ke akaun Tabung Haji mereka setiap bulan. Jika majikan kita boleh buatkan potongan terus daripada penyata gaji, itu lebih baik, tak perlu kita buat secara manual.


Potongan gaji terus dibuat ke akaun Tabung Haji ibu, diri, isteri dan anak-anak


6. Takaful: Isteri dan anak-anak adalah asset kita. Mereka adalah harta yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Takaful akan membantu memudahkan kehidupan mereka jika sesuatu bencana terjadi kepada kita mahupun keluarga. Beringat sebelum kena, Sediakan paying sebelum hujan. Kita sebagai ketua keluarga perlu mencarum takaful dalam jumlah yang berpadanan untuk menampung keluarga sekiranya sesuatu musibah berlaku kepada kita. Anak dan isteri juga perlu kita carumkan dengan kadar yang berpatutan. Sebagai permulaan boleh mula dengan RM100 untuk suami dan isteri, dan RM50 untuk setiap anak. Bila kewangan makin stabil dan tanggungan makin banyak boleh tingkatkan nilai takaful keluarga kita.
  
7. Perbelanjaan bulanan: Didik anak-anak dan isteri agar sama-sama berhemah dalam berbelanja. Utamakan mana yang lebih utama. Pembelian barang dapur secara pukal juga dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan keluarga.

8. Makanan harian. Pelbagaikan sumber makanan keluarga. Jika mampu boleh masak sendiri di rumah bersama anak, suami dan isteri. Jika tidak boleh juga makan diluar, tapi pilih-pilihlah kedai ataupun restoren yang bersesuaian dengan keluarga kita. Jika mampu lagi boleh ambilkan orang gaji untuk membantu kita dalam membuat kerja-kerja rumah. Isteri yang berkerjaya memang memerlukan pertolongan kita; suaminya dalam melicinkan tanggunjawab rumahtangga. Kehadiran pembantu rumah dapat meringankan sedikit bebanan rumahtangga; anak-anak kecil dan keadaan rumah lebih terurus. Hal masakan, isteri boleh ajar mereka memasak ikut selera kita. 

Biasanya yang kami amalkan, isteri akan minta pembantu untuk sediakan alat-alatan memasak sebelum balik rumah. Balik petang dari pejabat isteri akan masakkan ikut selera dan gaya kita. Lama kelamaan dengan latihan insyaAllah mereka akan mahir dengan selera dan kemahuan masakan kita. Cabarannya dalam membesarkan 5 orang anak ini, dah 4 orang pembantu kami silih berganti. Kos permulaannya sekitar 6-7 ribu, kali 4 bersamaan RM28 000. Gaji bulanan sekarang RM700. Duit tidak menjamin kebahagiaan, tetapi boleh sedikit sebanyak membantu kita untuk membina kehidupan yang lebih bahagia.

Gizi dalam makanan juga perlu diseimbangkan, tambahan untuk anak-anak kecil yang sedang membina fizikal dan mental mereka. Sama-sama kita jauhkan makanan ringan yang memudahratkan kesihatan. Antara yang boleh kami syorkan adalah kismis, madu lebah, kurma, kacang badam, air zam-zam, minyak zaitun, za'faran. Jauhkan daripada makanan yang dihinggapi semut, makanan yang bersifat masam, kacang dhal, kepala ikan yang mampu melemahkan daya ingatan.


Meal shakes, omega guard untuk anak-anak. Madu lebah, kismis, kacang badam dan air zam-zam untuk seisi keluarga

Zaman moden dengan kehidupan yang aktif kita juga boleh tambahkan dalam gizi harian mereka dengan meal shakes yang dirumus khas untuk makanan segera anak-anak yang mengandungi 19 jenis vitamin yang diperlukan oleh badan mereka antaranya kalsium, vitamin E, vitamin C, iron, zink, vitamin A, B dan D. Memang lengkap. Hanya perlu bancuhkan dengan air suam ataupun air sejuk, dan sedia untuk diminum. Boleh masukkan dalam 1 menu harian mereka bagi yang berumur 7 tahun ke atas, contohnya sebagai minum pagi ataupun minum petang mereka. Bagi yang bawah 7 tahun, boleh kurangkan sukatan, ataupun boleh bagi selang sehari. InsyaAllah perkembangan mental dan fizikal mereka akan lebih terjaga.

Selain meal shakes kami juga berikan mereka minyak ikan omega bagi membantu perkembangan mental mereka agar lebih cerdas dan sihat. Anak adalah asset kita pada masa hadapan. Jadi bagikan yang terbaik untuk mereka, insyaAllah pulangannya di masa hadapan tidak terhitung harganya.

Vitamin C juga kami tambahkan dalam menu harian mereka. Shaklee ada chewable vitamin C. Jika Shaklee tiada stok vitamin C ini, kami akan berikan mereka vitamin C yang diambil daripada klinik berhampiran rumah. Bukan setiap hari, pengambilannya hanya bila perlu sahaja.

Selain meal shakes, omega guard, vitamin C, kami juga bekalkan mereka dengan nutriferon iaitu produk Shaklee yang telah dipatenkan bagi meningkatkan system imun badan kita. Bukan anak-anak je yang makan, kami suami isteri pun makan sama. Masanya bila perlu sahaja, contohnya bila badan anak-anak terasa sedikit panas. Alhamdulillah setakat ini sangat membantu kami mencegah mereka daripada terkena penyakit, dengan izin Allah.

Untuk isteri pula, biasanya Liza akan ambil ESP, vitamin C, B complex, vitalea, ostematrik dan juga alfalfa, dan sesekali ambil nutriferon. Lukeman sendiri ambil zink complex, vitamin E, vitalea, B Complex, ostematrik, sesekali vitamin C, performance drink dan nutriferon.


Meal shakes untuk Muhammad, Aisyah dan Athirah, ESP untuk Liza dan performance drink untuk Lukeman

ESP+ alfalfa untuk Liza, Zinc untuk Lukeman, yang lain kongsi bersama.


Doa dan Hadiah

Setiap hari kita perlu doakan kejayaan anak isteri dan keluarga kita. Antara doanya adalah

1. "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". QS 2 Al Baqarah ayat 201

2. “Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” QS 14 Ibrahim ayat 40
  
Didalam raudah, masjid Nabawi mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk ibu bapa, anak isteri, keluarga, guru-guru, saudara mara, jiran, sahabat handai dan seluruh muslimin dan juga muslimat


Di dalam Hijir Ismail, solat sunat hajat dan antara tempat mustajab doa

Di dalam Hijir Ismail di bawah pancur emas antara tempat mustajab doa.

Hadiah untuk anak dan isteri akan lebih membahagiakan rumahtangga. InsyaAllah moga rumahtangga kita beroleh mawaddah wa rahmah dan berbahagia di dunia dan juga akhirat, insyaAllah

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" QS 3 Ali’Imraan, ayat 14

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, (1) sedekah jariah, (2) ilmu yang dimanfaatkan dan (3) anak yang soleh mendoakan untuknya" HR Muslim.


Doa agar diri, anak dan keturanan kita sentiasa mendirikan solat. QS14 Ibrahim ayat 40


Moga ada manfaatnya insyaAllah


Wallahhua’lam 

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
25.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com

Artikel berkaitan:

Read more ...