Showing posts with label JBC. Show all posts
Showing posts with label JBC. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Hadiah Kepada Pemenang Cabaran Shaklee Grup JBC

Assalamualaikum
Alhamdulillah hadiah kepada pemenang cabaran JBC untuk 3 hari terakhir bulan Ogos 2014 telah selamat diposkan pagi tadi. Walaupun cabaran ini agak ad-hoc, kerana 3 hari tempohnya, namun alhamdulillah ada juga yang berjaya memenanginya.

Untuk bulan September 2014, promonya adalah Collagen Powder dan MealShakes. Dan untuk group kami, ada hadiah yang menanti pemenang jika mereka dapat capai target tertentu. Target dan hadiahnya ada kami ceritakan dalam group FB & Whatsapp kami.

Jom sama-sama sertai kami di JBC untuk menjana income dengan bisnes Shaklee dan juga berpeluang memperolehi hadiah yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Sampai jumpa lagi insyaAllah


Hadiah kepada pemenang Cabaran 3 hari Ogos 2014. Jom dapatkan 6 hadiah untuk Cabaran 1 bulan September 2014 di JBC


Artikel berkaitan:


Read more ...

Sunday, 25 May 2014

Kad Kredit Islamik Dan Cara Memanfaatkannya

Assalamualaikum

Kali ini ini kami ingin kongsikan cara untuk memanfaatkan kad kredit bagi memudahkan urusan seharian kita insyaAllah, berdasarkan pengalaman kami sendiri.

Kami mula menggunakan kad kredit bila keadaan memerlukan, apabila anak dah 3. Ketika ini kami perlu beli banyak keperluan dapur dan juga keperluan anak-anak seperti lampin pakai buang dan susu. Jadi untuk elakkan bawa banyak wang tunai, kami buat 1 kad kredit yang tiada yuran bulanan mahupun tahunan ataupun istilahnya "free for life"

Ada juga kad kredit percuma yang kami dapat masa awal-awal tamat belajar dahulu. Itupun "free for life" juga tapi kami tak gunakan, sebab belum ada keperluan masa itu.

Contoh perbelanjaan yang kami gunakan kad kredit ini adalah:
1. Pembelian di Petronas
2. Pasaraya
3. Pembelian online
4. Bil-bil utiliti seperti TNB, SYABAS, IndahWater, Celcom, Takaful, cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, takaful kereta dan segala macam bil utiliti lain. Biasanya kami terus buat autodebit bil ini ke akaun kadbkredit.


Autodebit

Autodebit ni maksudnya kita terus debitkan pembayaran bil-bil utiliti kita kepada kad kredit. Sampai je tarikh yang ditetapkan bayaran akan terus dibuat kepada syarikat utiliti tersebut secara automatik.

Caranya kita perlu ke syarikat utiliti terbabit, maklumakan yang kita nak buat autodebit dengan kad kredit. Nanti ada kena isi borang. Dah isi, hantar, siap. Sampai bil je kat rumah, kad kredit terus bayarkan bagi pihak kita

Jadinya setiap bulan kami hanya perlu monitor bil kad kredit sahaja dan cukup bulan hanya bayar bil kad kredit sahaja.

Dahulu banyak bank yang bagi kad kredit "free for life" tapi sekarang dengan rules BNM semua kad kredit sertakan caj perkhidmatan RM50 setahun.



Memilih Kad Kredit dan Cara Penggunaannya

Antara tip untuk memilih kad kredit adalah:
1. Pilih yang Islamik
2. Jika ada link dengan mana-mana perkhidmatan lain itu lebih baik
3. Biasanya akan ada rebet atau point akan diberikan atas penggunaan kita. Alhamdulillah semenjak kami guna, caj tahunan RM50 tu di cover oleh rebet daripada pembelian, kadang-kadang lebih rebet daripada caj yang bank kenakan.

Tip penggunaan kad kredit yang boleh kami kongsikan adalah:
1. Pastikan kita tahu limit poket kita banyak mana.
2. Kad kredit bukannya untuk berhutang. Kita guna kad kredit hanya kerana kita tidak mahu berurusan secara tunai. Minta bank bayarkan terlebih dahulu dengan caj kepada kad kredit. Kemudiam cukup bulan kita bayarkan terus kepada bank tersebut dengan bayaran penuh tanpa ada tunggakan.
3. Jika gaji kurang cukup untuk keperluan harian seeloknya berbelanja secara tunai. Itu lebih selamat. Memulakan bisnes juga antara pilihan yamg boleh kita lakulan untuk tambahkan pendapatan keluarga

CIMB Islamic dan MasterCard CIMB Islamic


Contoh rebat atas pembelian bulan Mei 2014


InsyaAllah moga dengan bisnes hidup dan rezeki kita sekeluarga lebih lapang, lebih murah rezeki, dapat lebih banyak ilmu dan juga kawan baru.

Moga perkongsian berkenaan kad kredit, autodebit dan cara penggunaannya ini bermanfaat untuk kita semua bagi memudahkan urusan seharian insyaAllah


Kesimpulan


Kad kredit kalau tahu guna dan mengawalnya insyaAllah akan memudahkan banyak urusan kita. 3 syarat utamanya; islamic, bayar ontime dan berbelanja dibawah kemampuan sebenar (jika mampu beli barangan yang berharga RM50, tetapi jika yang RM30 sudah memenuhi keperluan, maka pilih yang RM30. Baki RM20 boleh disimpan)


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi Selangor
25 Mei 2014

Read more ...

Wednesday, 7 May 2014

7 Keistimewaan Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum

Secara umumnya ada 7 keistimewaan apabila kita menjadi ahli Shaklee, iaitu
7 keistimewaan ahli Shaklee

1. Dapat beli pada harga ahli
Setiap produk yang dikuarkah Shaklee akan dijual pada harga ahli kepada ahlinya yang berdaftar, dan dijual dengan harga pasaran kepada bukan ahli. Beza keuntungan yang akan diperolehi dengan perbezaan harga ini adalah sehingga 33%


2. Dapat beli set promosi
Setiap bulan, Shaklee akan adakan promosi bagi barangan yang berbeza dan hanya ahli yang layak untuk beli barangan pada harga promosi ini. Contohnya bulan Mei 2014 ini Meal Shakes; beli 6 percuma 1.

Promosi Shaklee bulan Mei 2014 Meal Shakes; beli 6 percuma 1, hanya untuk ahli Shaklee sahaja


3. Dapat untung jualan
Untung jualan adalah berkait dengan point no 1 diatas, iaitu kita beli pada harga ahli dan jualkannya kepada bukan ahli dengan harga pasaran, dan keuntungan runcit ini menjangkau sehingga 30%


4. Dapat bonus peribadi
Bonus peribadi adalah dikira berdasarkan kepada point ataupun UV yang kita dapat, dan nilainya adalah dari 5% sehingga 21% maksimum


5. Dapat bonus kepimpinan
Bonus kepimpinan dikira sehingga 6 aras dan nilai infiniti bonus adalah sehingga 1.5%

Bonus untung jualan, bonus peribadi dan bonus kepimpinan sehingga 6 peringkat.
Bonus peribadi dari 5% hingga 21%


Jumlah anggaran bonus peribadi dari RM25 sehingga melebihi RM2000


Jumlah anggaran bonus yang bakal diperolehi oleh ahli Shaklee secara purata untuk setahun bermula dari RM20000 setahun untuk Supervisor dan RM600 000 setahun untuk Master Coordinator


6. Dapat bonus kereta
Untuk bonus kereta; ada 2 cara yang boleh kita capai iaitu pilihan A, kelayakan selama 3 bulan berturut-turut; 5000UV-10000UV dan 15000UV, dan pilihan B, 4 bulan berturut-turut; 5000UV-7500UV-7500UV dan 1000UV.

Bonus kereta; 2 pilihan; A ataupun B



7. Dapat peluang melancong dalam dan luar negeri
Dan yang terakhir adalah peluang untuk melancong di dalam dan juga di luar negara dengan tajaan sepenuhnya oleh pihak Shaklee. Bonus ini dikira berdasarkan mata ganjaran yang kita perolehi sepanjang setahun cycle bisnes Shakee. Untuk cycle 2014 ini ganjaran melancong adalah ke umrah dan ziaran Mekah dan Madinah dan juga pilihan ke 2 ke Itali




InsyaAllah kesemua 7 keistimewaan ini akan kita perolehi dengan modal untuk menjadi ahli seumur hidup sebanyak RM65 sahaja.



Cara Lain Untuk Jadi Ahli Shaklee

Secara umumnya ada 2 cara untuk kita jadi ahli Shakee:

1. Ahli biasa dengan bayaran RM65 seumur hidup

2. Ahli percuma dengan pembelian RM650 keatas dalam 1 transaksi pada harga ahli



Kos lain yang terlibat apabila kita membuat pembelian online adalah:

1. RM10 akan dicaj untuk sekali transaksi pembelian kita secara online untuk kos penghantaran. Namun jika pembelian kita melebihi RM800, kos penghantaran adalah percuma.


Kos yang terlibat untuk jadi Ahli Shaklee


Manfaat Lain Ahli Shaklee

Banyak lagi sebenarnya kelebihan jadi ahli Shaklee ini yang secara tidak langsung akan kita perolehinya antaranya adalah ianya dapat menambahkan nilai hidup kita dari segi kewangan, kesihatan, pergaulan, komunikasi dan juga persahabatan, insyaAllah

Apa yang pasti 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan. Ayuh kita sama-sama bina perniagaan kita sendiri dengan hanya modal serendah RM65, dan modal yang paling besar adalah diri kita sendiri iaitu kesediaan, kesungguhan dan keinginan kita untuk berjaya dalam dunia bisnes

InsyaAllah moga kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat

"Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di sunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu ya Allah, amin"



Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
7 Mei 2014

Artikel berkaitan:






Read more ...

Tuesday, 6 May 2014

Pengenalan, Sejarah, Bukti Saintifik, Pelaburan, Keberkesanan, Bonus, Halal, KKM dan Segala Keistimewaan Shaklee

Assalamualaikum

Kali ini kami ingin kongsikan maklumat berkaitan dengan Shaklee; bermula dari pengenalan, produk, keberkesanan, bukti saintifik, sejarah pengeluaran, bonus yang ditawarkan, lembaga pengarah, kehalalal dan juga perakuan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rujukan dan panduan semua inysaAllah


1. Pengenalan dan Sejarah

Amat penting untuk kita tahu tentang sejarah dan asal usul sesuatu produk sebelum kita menggunakannya

Selamat datang ke dunia Shaklee. Gambar manusia dan alam menggambarkan hubungan erat antara produk keluaraan Shaklee dengan unsur alam dengan bahan semulajadi


Lebih 50 tahun di pasaran. Merupakan syarikat nutrisi semulajadi no 1 di Amerika Syarikat



Bermula pada tahun 1915 dengan menghasilkan produk multivitamin pertama iaitu Vitalea. Diasaskan oleh Dr Forrest C. Shaklee


Sekarang diterajui oleh Encik Roger Barnett


Victor Lim adalah Pnegurus Besar bagi Asia Tenggara


Ahli Lembaga Pengarah dan Korporat Shaklee



Mempunyai cawangan di seluruh dunia



2. Produk, Pelaburan, Bukti Saintifik dan Keberkesanan



Produk Shaklee, bukan sekadar vitamin kesihatan, malahan juga nutrisi untuk mengawal berat badan, kecantikan dan kegunaan keperluan rumah



3 konsep utama Shaklee; Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam, insyaAllah



Setiap produk keluarannya akan dipastikan agar tulen, berkesan, berprestasi, terbukti dan handal


Lebih daripada USD 6 billion telah dilaburkan untuk membangunkan syarikat dan produk Shaklee


Bukti saintifik. Lebih 100 bahan santifik dan 90 daripadanya diterbitkan di peer-review bagi membuktikan keberkesanan produk Shaklee. Lebih USD300 juta dilaburkan untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan (R&D) 




Kajian supplement yang dijalankan oleh Shaklee bagi menunjukkan keberkesanan sesuatu produknya


Bukti pengguna yang yang menggunakan produk Shaklee; pendaki gunung Averest, ekspedisi, penerbang keliling dunia, 3 ekspedisi di kutub, penerbangan yang dijanakan oleh manusia dan pemegang 3 pingat emas sukan Olimpik berturut-turut



3. Ganjaran Bagi Ahli Shaklee; Wang Tunai, Bonus Kereta dan Melancong


3 ganjaran wang tunai bagi ahli Shaklee; (a) untung runcit, (b) bonus peribadi dan (c) bonus kepimpinan



Bonus subsidi kereta yang dibayar dalam bentuk wang tunai



Bonus melancong dalam dan luar negeri bagi yang layak insyaAllah

4. Sijil Halal Shaklee 2014

Sijil halal Shaklee 2014. Setiap tahun sijil halal ini perlu diperbaharui bagi menjamin kualiti produk keluarannya. Sijil halal ini dikeluarkan oleh ISA; badan pengiktirafan halal USA dan ISA ini diperakui oleh JAKIM Malaysia


5. Perakuan Kementerian Kesihatan Malaysia

Hologram KKM; Kementerian Kesihatan Malaysia pada setiap botol produk keluaran Shaklee. Pastikan ada hologram ini sebelum membeli sebarang produk


6. Penutup dengan kata-kata hikmah daripada Dr Forrest C Shaklee "masa depan kita bergantung kepada apa yang kita pilih hari ini". 




Jom sama-sama kita pilih untuk jadi sihat, berjaya dan bahagia dunia dan akhirat insyaAllah. 


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
jombahagia@blogspot.com
Bandar Baru Bangi
Read more ...

Monday, 5 May 2014

Keahlian Ekslusif JBC dan 3 Ahli Bertuah Setiap Bulan InsyaAllah

Assalamualaikum

Kali ini kami ingin kongsikan berkenaan keahlian ekslusif JBC dan 3 ahli bertuah setiap bulan yang turut serta bersama kami insyaAllah


Ahli Ekslusif JBC

JBC=Jom Bahagia Club  ditubuhkan bagi membantu lebih ramai para usahawan dalam menceburi bidang bisnes. Dengan modal sebanyak RM65 sudah melayakkan kita menceburi bisnes ini dan juga membolehkan kita join JBC; keahlian yang dibuka secara ekslusif bagi mereka yang ingin mengubah kehidupan kepada yang lebih baik insyaAllah.



Logo JBC, bersama pengasas bersama; Encik Lukeman dan Puan Siti Norliza


Jika mahukan keahlian bisnes secara percuma, boleh dapatkan produk kesihatan ini pada harga ahli sebanyak RM650 keatas, terus automatik akan dapat jadi ahli secara percuma, dan akan dapat bonus atas pembelian itu sebanyak sekitar RM31.

Dengan menjadi ahli Shaklee dibawah rangkaian kami di JBC, kita akan dapat excess ke group istimewa JBC, di mana setiap info dan hebahan berkenaan bisnes dan Shaklee akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada group istimewa ini.

Latihan, kursus dan tunjuk ajar akan dijalankan secara online dan juga offline. Secara maya melalui medium whatsapp, FB dan juga telegram. Perjumpaan ditempat yang ditetapkan juga akan diadakan dari masa ke semasa bergantung pada penyertaan dan penceramah yang ikut serta.

Secara praktisnya, perjumpaan, latihan, komunikasi dan marketing banyak dilakukan secara maya ataupun atas talian. Jadi ianya sangat membantu memudahkan urusan seharian, tambahan pula sekarang ini kebanyakkan orang ada smartphone.


3 Ahli Ekslusif Baru Yang Bertuah Setiap Bulan, InsyaAllah

InsyaAllah setiap bulan kami akan buka keahlian kepada 3 orang ahli baru untuk turut serta bersama kami dalam membina perniagaan dan kebahagiaan dan juga. Dengan modal serendah RM65 insyaAllah kita boleh menggandakan pulangannya sehingga 2-3-4-5 mahupun 6 angka sebulan insyaAllah.

Bonus 2 dan 3 angka insyaAllah sangat senang untuk diperolehi. Bonus 4 dan 5 angka insyaAllah telah ramai yang dapat hasil bimbingan dan tunjuk ajar bersama. Bonus 6 angka juga tidak mustahil untuk kita perolehi dengan mengikut jejak langkah yang telah dirintis oleh mereka yang terdahulu


Kenapa Hendak Banyak Income?

Kenapa kita ni nak sangat banyak income? Kenapa nak sangat jadi kaya? Kekayaan yang sebenar adalah milik Allah, dan kaya yang sebenar bukannya kerana banyaknya harta kita, tetapi kerana kayanya jiwa, iaitu akhlak dan budi, insyaAllah. Jadi sebelum menjadi kaya, kita semua perlu terlebih dahulu kenal dengan pemilik Kekayaan Yang Sebenar ini.

Harta, wang ringgit hanyalah alat untuk kita berusaha untuk semakin mendekatkan diri kepadaNya. jadi sama-sama kita pastikan moga, semakin banyak rezeki yang kita dapat, moga semakin dekat kita kepadaNya insyaAllah.

Semakin banyak nikmat yang kita dapat, semakin banyak yang kita boleh salurkannnya kembali kepada masyarakat insyaAllah. Moga zakat, hadiah, derma daripada kita semua akan semakin meningkat setiap hari, minggu, bulan dan tahun insyaAllah

Jom sama-sama jadi insan yang bertuah, yang dapat memberikan manfaat kepada ramai orang, sama ada melalui pengalaman yang kita ada, kemahiran, ilmu, sistem, pengurusan, wang ringgit sebagai hadiah, zakat, infak dan derma dan pelbagai lagi sumbangan yang boleh kita sama-sama hulurkan kepada masyarakat insyaAllah

Kita bantu mudahkan kehidupan orang lain, Allah akan bantu mudahkan urusan dan hidup kita sekeluarga insyaAllah. Sampai jumpa lagi, wassalam

Wallahua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi, PPuteh dan KKrai
jombahagia@gmail.com
6 Mei 2014

Artiket berkaitan:






Read more ...

Monday, 28 April 2014

Doa Daripada Ayat Al Quran; Solat, Sihat, Ibubapa dan Bahagia

Assalamualaikum, berkongsi doa daripada ayat Al Quran yang boleh kita amalkan sebagai zikir harian; sama ada di dalam solat, semasa sujud, semasa solat sunat mahupun sebagai zikir harian yang sentiasa membasahi bibir kita insyaAllah. 1 huruf bacaan ayat Al Quran akan digandakan 10 pahala, insyaAllah moga kita sama-sama dapat manfaatkannya


Doa agar kita, anak dan keturunan mudah, tetap dan istiqomah mendirikan solat insyaAllah. QS 14 Ibrahim ayat 40



Doa agar kita sentiasa diberikan kekuatan fizikal, mental dan rohani, dan agar kekuatan itu digunakan pada tempat yang sepatutnya insyaAllah. QS 11 Hud ayat 52, mula dari "Wa yazid qum quwwatan ila quwwatiqum.........."(hingga akhir ayat)


Doa untuk ibubapa agar sentiasa dicucuri rahmat dan dipelihara olehNya insyaAllah. QS17 Al Israa ayat 24


Doa agar kita, ibubapa dan orang beriman diberikan ampun insyaAllah. QS 14 Ibrahim ayat 41


Doa agar kita diberikan kebaikan di dunia dan akhirat dan dipelihara daripada azab api neraka insyaAllah. QS 2 Al Baqarah ayat 201

Moga bermanfaat dan sama-sama kita amalkan dalam kehidupan kita insyaAllah. Wallahhua'lam dan salam hormat daripada

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi Selangor
28.4.2014
www.jombahagia.blogspot.com
jombahagia@blogspot.com
Read more ...

Friday, 25 April 2014

Kaya, Bahagia dan Pilihan

Assalamualaikum

Ada 4 kategori kehidupan:
1. Kaya dan bahagia
2. Kaya tetapi tidak bahagia
3. Tidak kaya tetapi bahagia
4. Tidak kaya dan tidak bahagia

Untungnya adalah kita boleh pilih kategori mana yang kita mahu; 1, 2, 3 mahupun 4. Bahagia menurut Imam Ghazali adalah "apabila kita dapat taat segala perintahNya dan jauhi segala larangannya", dan "kaya yang sebenar adalah bukan kerana banyaknya harta tetapi kaya jiwa (hati dan budi)"

Moga kita sama-sama dapat buat pilihan yang tepat dan berusaha untuk mendapatkannya insyaAllah. Selamat perbanyakkan amal di penghulu segala hari; Jumaat




Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
www.jombahagia.blogspot.com
jombahagia@gmail.com
Read more ...

Friday, 18 April 2014

Pelancaran Rasmi JBC = Jom Bahagia Club; Perjalanan Bermula

Assalamualaikum, alhamdulillah; dengan lafaz bismillah (dengan nama Allah), JBC dilancarkan secara rasminya pada hari ini; Jumaat 18 Jamidil Akhir 1435 Hijrah bersamaan dengan 18 April 2014, mengambil sempena keberkatan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. 

JBC ataupun Jom Bahagia Club adalah satu wadah yang kami tubuhkan bagi berkongsi manfaat ilmu pengetahuan tentang bisnes and kepimpinan dengan menggabungkan kedua-dua unsur duniawi dan uhkrawi. Semoga manfaatnya berkekalan dari dunia hingga akhirat insyaAllah

JBC ditubuhkan bagi melatih dan mendidik lebih ramai usahawan dan bakal usahawan untuk menceburkan diri dan bergiat aktif dalam bisnes dengan bimbingan jurulatih pakar. Alhamdulillah antara kami ada yang telah mencapai rank tertinggi dalam bisnes ini. Semuanya bermula dari 0, kemudian meningkat ke angka 1-2-3-4-5 dan ada yang telah mencapai 6 angka bonusnya sebulan sekarang ini, alhamdulillah.

Latihan (coaching), tunjuk ajar dan bimbingan dilakukan secara maya di FB dan whatsapp group. Segala panduan akan diberikan secara kolektif dan bersepadu. Segala persoalan dan cabaran bisnes akan ditangani bersama-sama, insyaAllah. Perjumpaan, latihan, ramah mesra di alam realiti juga kerap diadakan dan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Maksud lain yang boleh disandarkan pada singkatan JBC ini adalah jom berkuliah club, jom beriktikafdimasjid club, jom berilmu club, jom beriman club, jom beramal club, jom berikhlas club, jom berikhsan club, jom bertambahsihat club, jom berbisnes club, jom bertambahrezeki club, jom berbakti club, dan akhirnya cita-cita kami adalah untuk melahirkan lebih ramai Jutawan Bertakwa Club insyaAllah.

Jom sama-sama sertai kami di JBC dan moga kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat insyaAllah


Logo, Simbol dan Makna Disebaliknya

Loga akhir JBC


J = jom, B = bahagia, C = club yang insyaAllah akan menuju ke J = jutawan, B = bertakwa, C = club

Warna hijau pada huruf J membawa maksud semulajadi, natural dan juga bermaksud warna kegemaran di akhirat. Merah pada huruf B bermaksud berani untuk berubah dan semangat yang sentiasa membara untuk mempelajari ilmu baru dan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, insyaAllah dan biru pada huruf C memberikan makna ketenangan, kebahagiaan dan kedamaian yang insyaAllah akan diperolehi sebagai natijah daripada usaha ini.

Bentuk permata yang ada pada huruf JBC adalah menggambarkan kebahagiaan dan kejayaan yang bakal diperolehi oleh kita semua insyaAllah. Pacuan warna hijau akhirat yang ada pada warna huruf J diharapkan akan memangkinkan semangat kita semua demi mencapai bahagia dunia dan bahagia akhirat, insyaAllah.



Pemilihan logo pada peringkat awal



Falsafah Kumpulan




Falsafah kumpulan kami dalam bisnes ini adalah:

1. Menuntut dan Sebarkan Ilmu: Apa saja ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia dan juga kehidupan akhirat perlu kita pelajari dan sebarkannya kembali kepada orang ramai sebagaimana maksud hadis / kata hukama:


"jika mahukan dunia hendaklah dengan ilmu, jika mahukan akhirat juga dengan ilmu, dan jika mahukan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu" 

2. Sistematik dan Teratur: Kita berkerja, menuntut ilmu dan berkongsi maklumat perlu dibuat secara sistematik dan teratur. Sama-sama kita aturkan perjalanan bisnes dan perkongsian ilmu dengan bijak. Pelbagai medium komunikasi akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi sebaran maklumat dan ilmu ini seperti whatsapp, FB, buffer, instagram, instaquote dan pelbagai medium lain lagi.

3. Bantu Orang: Bantu orang adalah matlamat kami. Bantu orang lain untuk mereka pula bantu orang lain, insyaAllah. Moga wadah perjuagan ini akan menjadi saham akhirat kita semua insyaAllah

"3 bekal yang akan memberikan manfaat kepada kita di akhirat adalah amal soleh, ilmu bermanfaat (yang disebarkan dan orang lain dapat manfaat), dan doa daripada anak yang soleh dan solehah"

Semoga ada manfaatnya. Jom sama-sama sertai kami di JBC yang insyaAllah akan memacu kita mencapai matlamat kehidupan dunia bagi mencari sebanyak-banyaknya bekal untuk tujuan akhirat, insyaAllah. Sama-sama kita doa dan bantu orang lain, insyaAllah malaikat akan mendoakan kita dan rahmat dan pertolongan dariNya insyaAllah akan mengiringi setiap usaha kita, insyaAllah

Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi
18.4.2014
JBC
www.jombahagia.blogspot.com
jombahagia@gmail.com
Read more ...