Showing posts with label herblax. Show all posts
Showing posts with label herblax. Show all posts

Thursday, 21 August 2014

Jamuan Raya, Teruskan Perjuangan #PhD & Rahsia Terbongkar

Bismillah - Assalamualaikum warhmatullah - Subhanallah - Alhamdulillah -Allahuakbar

1. Jamuan Raya

Alhamdulillah, hari ini dah pun masuk minggu ke 3-4 raya. Bahang raya masih terasa dan majlis-majlis raya masih lagi banyak yang di buat. Hari ini 21.8.2014 ada 2 jamuan raya; 1 di kampus UniKL Bangi, dan 1 lagi di kampus UKM Bangi.

Liza akan ke jamuan raya UKM dan Luke akan ke jamuan raya UniKL. Jadi pagi-pagi ini kami dua-dua pakai baju raya :)

Jamuan raya sekolah anak-anak alhamdulillah dan selesai hujung minggu lepas. SRAI bangi jemput semua ibubapa datang. Oleh sebab Liza masih lagi sakit mata (engkak dan merah), jadi Luke seorang saja yang datang ke jamuan raya SRAI Bangi. Al Amin Bangi pula jamuan raya hanya untuk pelajarnya sahaja.

Alhamdulillah seronok anak-anak dapat beraya bersama kawan dan guru-guru mereka di sekolah, dan banyak juadah yang disediakan oleh para guru, anak-anak dan juga ibu bapa. teruma kasih kepada pihak SRAI Bangi dan juga Al Amin Bangi

Untuk jamuan raya UniKL, jabatan kami kena buat nasi lemak. Menu utama jamuan raya disediakan oleh pihak persatuan staf, hanya menu sampingan yang jabatan buat. Ini kiranya dah kali kedua Luke sambut raya kat UniKL selepas tamat cuti belajar

Harap jamuan raya UniKL dan UKM berjalan dengan lancar hari ini insyaAllah



2. Sambung Belajar

Mungkin ada yang dah maklum yang Luke sekarang sebenarnya masih lagi belajar. Pelajar yang belum tamat pengajian. InsyaAllah moga urusan pengajian ini akan dipermudahkan Allah SWT.

Semester lepas Luke tangguh pengajian 1 semester. Semester Ogos 2014 ini insyaAllah akan ssambung semula pengajian ke semester 8. Wow, lama tu belajar :)

Biasalahkan, buat research.....banyak faktor yang sama ada akan mempercepatkan perjalanan pengajian kita, ataupun membantut dan melambatkan perjalanan pengajian........Semuanya adalah dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT jua......

InsyaAllah sampai masanya akan tamat jua, harapnya insyaAllah amin......Kepada teman seperjuangan, yang masih lagi dalam proses untuk menyiapakan tesis penyelidikan, selamat berjuang diucapkan....InsyaAllah sama-sama kita siap dan selesaikan amanah yang telah digalaskan dibahu kita ini....

Jadual pendaftaran boleh rujuk PPS UKM


Pendaftaran semester ini bermula semalam 20 Ogos hingga 30 Ogos 2014. InsyaAllah Luke akan uruskan urusan pendaftaran ini secepat mungkin

Rekod pendaftaran Luke semester lepas. Tangguh pengajian 1 semester

InsyaAllah harapnya tahun ini 2014 dan juga tahun depan 2015 tesis in dapat disiapkan insyaAllah. Secara umumnya, progres nya adalah:

  • subjek research methodology & pembentangan tajuk penyelidikan dan selesai
  • paper conference alhamdulillah dah 3 selesai
  • jurnal masih dalam proses, perlu 2
  • tesis masih dalam proses dan
  • last but not least adalah viva.........

InsyaAllah moga segala urusan dipermudahkan Allah


3. Rahsia Terbongkar :)

Alhamdulillah sebelum balik  raya hari tu ada kawan se pejabat ambil Collagen Powder Shaklee, dan semasa balik kampung beraya katanya ramai kawan yang tegur tentang perubahan dirinya....tapi katanya mungkin sebab lama tak jumpa, jadi dia pun tak ambil kisah sangat.....

Tapi selepas masuk semula ke pejabat dan ada kursus jabatan, katanya ramai rakan sepejebat pula yang tanya apa produk yang dia ambil...sebab ada nampak perubahan pada wajah & dirinya.....

Mula-mula katanya dia tak nak bagi tahu ambil Collagen Shaklee.......atas sebab-sebab tertentu, tapi akhirnya kawan dia yang lain tolong bagitahu pada kawannya yang bertanya tadi...hehe...pecah rahsia.....COLLAGEN POWDER jawapanya









4. Set Laris Musim Raya

Dan set yang paling laris sepanjang musim raya ini adalah Set Diet Shaklee, yang ada konsep bakar, buang dan bina

Omegaguard & lechitin: untuk bantu bakar lemak dan kolestrol
Herb-lax dan alfalfa: untuk bantu buang dan singkirkan kolestrol dan toksin dalam badan
ESP & cinch shake: untuk bantu bina kembali sel badan dan bantu cantikkan kulit




5. Promosi Ogos 2014

Dan GLA Complex masih lagi di promosi sepanjang bulan Ogos ini. Kegunaannya boleh rujuk poster di bawah. Jadi bagi sahabat yang berminat untuk dapatkannya pada harga promosi boleh hubungi kami speerti di bawah. 




Sampai jumpa lagi insya'Allah. Jom kita ke jamuan raya


Read more ...

Wednesday, 23 April 2014

ESP, Ostematrik, Ahli dan Promosi Untuk Ahli Shaklee Sahaja

Assalamualaikum, ESP (seperti dalam gambar) masih terus menjadi pilihan para ibu, bapa, dan para gadis terutamanya dalam membantu membekalkan sumber protein; bagi membantu membaiki tisu badan, sel, untuk kulit yang lebih sihat dan cantik, untuk bina otot, bantu prostat, imun dan juga bekalan tenaga insyaAllah.

ESP

Antara khasiat dan manfaat ESP dalam membantu meningkatkan kesihatan badan kita


Bulan lepas (3, 2014) ramai yang ambil peluang untuk beli set promisi beli 6 percuma 1 pada harga ahli, memang berbaloi-baloi. ESP ini untuk kegunaan seisi keluarga. Bulan ini promosinya adalah ostematrik; beli 6 percuma 1 juga.

Setiap bulan, Shaklee akan tukar produk untuk set promosinya. Bulan lepas ESP, bulan ini ostematrik, 3 bulan terkebelakang adalah vitalea, omega dan alfalfa. Sepanjang saya jadi ahli inilah masa yang kita tunggu, untuk beli vitamin semulajadi pada harga murah

Cumanya promosi ini hanya valid untuk ahli sahaja. Jadi, jika tuan puan tanya pendapat kami; macammana cara nak beli Shaklee dan vitamin apa yang patut mula; jawapannya adalah:

1. Beli pada harga ahli, dengan jadi ahli RM75 seumur hidup (RM65 ahli + RM10 pos). Kalau pergi ke mana-mana kaunter Shaklee, RM10 ini tidak dikenakan)

2. Dah jadi ahli, bukan setakat barang promosi ini kita boleh beli, malah semua barang lain kita boleh beli pada harga ahli dan promosi bulan-bulan seterusnya juga kita akan dapat beli.

3. Beli pada harga ahli dan harga promosi, dan sebagai ahli berdaftar, kita boleh jualkannya pada harga pasaran (memang syarat ini ditetapkan oleh Shaklee). Jadi kat sini kita dah dapat untung runcit

4. Untung lain yang akan kita dapat selain untung rungcit bila jadi ahli adalah; bonus personal, bonus personal kasar, bonus kepimpinan hingga 6 peringkat, bonus kereta  (dalam bentuk wang tunai), insentif koordinator, dan juga trip konvension nasional dan international

Jadi sangat-sangat untung siapa yang jadi ahli Shaklee ini. Keahlian ini seumur hidup. Harap bermanfaat

Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 013229919
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
www.jombahagia.blogspot.com
jombahagia@gmail.com
Read more ...