Showing posts with label gla complex. Show all posts
Showing posts with label gla complex. Show all posts

Thursday, 21 August 2014

Jamuan Raya, Teruskan Perjuangan #PhD & Rahsia Terbongkar

Bismillah - Assalamualaikum warhmatullah - Subhanallah - Alhamdulillah -Allahuakbar

1. Jamuan Raya

Alhamdulillah, hari ini dah pun masuk minggu ke 3-4 raya. Bahang raya masih terasa dan majlis-majlis raya masih lagi banyak yang di buat. Hari ini 21.8.2014 ada 2 jamuan raya; 1 di kampus UniKL Bangi, dan 1 lagi di kampus UKM Bangi.

Liza akan ke jamuan raya UKM dan Luke akan ke jamuan raya UniKL. Jadi pagi-pagi ini kami dua-dua pakai baju raya :)

Jamuan raya sekolah anak-anak alhamdulillah dan selesai hujung minggu lepas. SRAI bangi jemput semua ibubapa datang. Oleh sebab Liza masih lagi sakit mata (engkak dan merah), jadi Luke seorang saja yang datang ke jamuan raya SRAI Bangi. Al Amin Bangi pula jamuan raya hanya untuk pelajarnya sahaja.

Alhamdulillah seronok anak-anak dapat beraya bersama kawan dan guru-guru mereka di sekolah, dan banyak juadah yang disediakan oleh para guru, anak-anak dan juga ibu bapa. teruma kasih kepada pihak SRAI Bangi dan juga Al Amin Bangi

Untuk jamuan raya UniKL, jabatan kami kena buat nasi lemak. Menu utama jamuan raya disediakan oleh pihak persatuan staf, hanya menu sampingan yang jabatan buat. Ini kiranya dah kali kedua Luke sambut raya kat UniKL selepas tamat cuti belajar

Harap jamuan raya UniKL dan UKM berjalan dengan lancar hari ini insyaAllah



2. Sambung Belajar

Mungkin ada yang dah maklum yang Luke sekarang sebenarnya masih lagi belajar. Pelajar yang belum tamat pengajian. InsyaAllah moga urusan pengajian ini akan dipermudahkan Allah SWT.

Semester lepas Luke tangguh pengajian 1 semester. Semester Ogos 2014 ini insyaAllah akan ssambung semula pengajian ke semester 8. Wow, lama tu belajar :)

Biasalahkan, buat research.....banyak faktor yang sama ada akan mempercepatkan perjalanan pengajian kita, ataupun membantut dan melambatkan perjalanan pengajian........Semuanya adalah dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT jua......

InsyaAllah sampai masanya akan tamat jua, harapnya insyaAllah amin......Kepada teman seperjuangan, yang masih lagi dalam proses untuk menyiapakan tesis penyelidikan, selamat berjuang diucapkan....InsyaAllah sama-sama kita siap dan selesaikan amanah yang telah digalaskan dibahu kita ini....

Jadual pendaftaran boleh rujuk PPS UKM


Pendaftaran semester ini bermula semalam 20 Ogos hingga 30 Ogos 2014. InsyaAllah Luke akan uruskan urusan pendaftaran ini secepat mungkin

Rekod pendaftaran Luke semester lepas. Tangguh pengajian 1 semester

InsyaAllah harapnya tahun ini 2014 dan juga tahun depan 2015 tesis in dapat disiapkan insyaAllah. Secara umumnya, progres nya adalah:

  • subjek research methodology & pembentangan tajuk penyelidikan dan selesai
  • paper conference alhamdulillah dah 3 selesai
  • jurnal masih dalam proses, perlu 2
  • tesis masih dalam proses dan
  • last but not least adalah viva.........

InsyaAllah moga segala urusan dipermudahkan Allah


3. Rahsia Terbongkar :)

Alhamdulillah sebelum balik  raya hari tu ada kawan se pejabat ambil Collagen Powder Shaklee, dan semasa balik kampung beraya katanya ramai kawan yang tegur tentang perubahan dirinya....tapi katanya mungkin sebab lama tak jumpa, jadi dia pun tak ambil kisah sangat.....

Tapi selepas masuk semula ke pejabat dan ada kursus jabatan, katanya ramai rakan sepejebat pula yang tanya apa produk yang dia ambil...sebab ada nampak perubahan pada wajah & dirinya.....

Mula-mula katanya dia tak nak bagi tahu ambil Collagen Shaklee.......atas sebab-sebab tertentu, tapi akhirnya kawan dia yang lain tolong bagitahu pada kawannya yang bertanya tadi...hehe...pecah rahsia.....COLLAGEN POWDER jawapanya









4. Set Laris Musim Raya

Dan set yang paling laris sepanjang musim raya ini adalah Set Diet Shaklee, yang ada konsep bakar, buang dan bina

Omegaguard & lechitin: untuk bantu bakar lemak dan kolestrol
Herb-lax dan alfalfa: untuk bantu buang dan singkirkan kolestrol dan toksin dalam badan
ESP & cinch shake: untuk bantu bina kembali sel badan dan bantu cantikkan kulit




5. Promosi Ogos 2014

Dan GLA Complex masih lagi di promosi sepanjang bulan Ogos ini. Kegunaannya boleh rujuk poster di bawah. Jadi bagi sahabat yang berminat untuk dapatkannya pada harga promosi boleh hubungi kami speerti di bawah. 




Sampai jumpa lagi insya'Allah. Jom kita ke jamuan raya


Read more ...

Wednesday, 13 August 2014

Raya 2014, GLA Complex

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin diucapkan kepada semua pembaca blog JBC (jombahagia.blogspot.com). Semoga Allah terima amalan kita dibulan Ramadhan yang lepas insyaAllah. Selamat meneruskan puasa 6 hari di bulan Syawal dan semoga Allah kurniakan pahala sepertimana puasa selama 1 tahun


Sedikit perkongsian gambar raya kami untuk tatapan semua pembaca dan juga percutian kami selama lebih kurang seminggu di kampung

Raya 2 keluarga di Kuala Krai dan Pasir Puteh


Keluarga kami

sehari sebelum raya. Si kecil cuba baju yang dijahit mak saudaranya


Sehelai lagi cuba baju baru


Ziarah kubur ayah Liza sebelum raya dan pada pagi hari raya

Ziarah kubur ayah Luke sebelum raya dan pada hari raya


Sebelum berangkat ke KL. Dapat bantal kekabu seorang satu dari nenek untuk cucu-cucunya. Buatan sendiri

Raya ke empat, main pantai di Pantai Melawi Bachok

Ragam anak-anak dan sepupu-sepupunya selepas habis mandi pantai

Solat berjemaah zohor selepas mandi pantai


Reunion / jamuan raya bekas pelajar SMDI raya ke 3 di Kampung Pulau Lima

Makan nasi arab pada raya ke 2 sempena ulang tahun kelahiran Luke 29 Julai 2014

Kek semasa reunion SMDI dan kek birthday yang kawan sponsor

Shopping toto di Bandar Pasir Puteh

Semasa balik kampung, bawa balik pamplet, kad bisnes dan juga barangan Shaklee untuk rakan dan saudara di kampung


Jangan lupa sepanjang bulan Ogos 2014 ini Shaklee menawarkan promosi GLA Complex kepada semua ahli Shaklee dengan tawaran beli 6 percuma 1. Kepada yang belum jadi, boleh gunakan peluang ini dengan tambahan beberapa produk lain untuk dapatkan keahlian percuma. Juga boleh hubungi ahli Shaklee yang berdaftar untuk dapatkan harga istimewa daripada mereka 



Antara manfaat GLA Complex adalah MEMBANTU:

  • Mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Membantu tingkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Melambatkan menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Menangani ekzema
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkn immuniti badan.
  • Mempelahankn process penuaan.
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf. 


Moga bermanfaat dan sampai jumpa lagi insyaAllah.
Wassalam
Read more ...

Wednesday, 8 January 2014

Anak Anugerah Allah dan Set Vitamin Untuk Suami Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السلام علبكم ورحمة الله


Anak adalah anugerah daripada Allah dan penyeri rumahtangga. Ada yang senang dapat anak dan anak juga yang lambat dapat anak. Semuanya adalah anugerah dan ujian daripadaNya. Ada anak mahupun belum ada anak kedua-duanya adalah anugerah dan ujian daripadaNya, bagi menentukan sama ada kita makin dekat atau makin jauh daripadaNya.

Isteri, anak, harta, rumah, kenderaan mahupun ladang dan binatang ternak hakikatnya adalah daripada Allah. Oleh sebab kita tidak tahu berapa banyak yang Allah ingin bagi pada kita, maka kita diminta berusaha dan berikhtiar untuk mencari dan mendapatkannya dengan syarat kita tidak mengabaikan keperluan untuk akhirat. Dengan kata lain kita mencari dan menggunakan dunia untuk kepentingan akhirat.

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)"
(Surah 3 Ali Imraan ayat 14)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, (1)sedekah jariah, (2) ilmu yang dimanfaatkan dan (3) anak yang soleh mendoakan untuknya"
Hadis Riwayat Muslim).

Kita digalakkan untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya dalam setiap apa yang kita kerja dan mahukan. Jadi di sini kami ingin berkongsi dengan para pembaca di antara usaha yang boleh kita lakukan bagi mendapatkan zuriat. Disamping memperbanyakkan doa, faktor pemakanan seimbang juga mempengaruhi kandungan hormon di dalam badan yang boleh memangkin persenyawaan diantara benih suami dan isteri.

2 nutrisi penting bagi suami yang sedang berusaha mendapatkan anak adalah zink dan vitamin E. Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim yang terdiri daripada bahan yang menggalakkan reaksi biokimia di dalam badan. Zink juga mengandungi kalsium yang membantu memelihara kesihatan, membantu dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Dengan kata lain zink membantu peningkatan hormon testosterone lelaki, bagi menghasilkan sperma yang lebih berkualiti, lebih sihat dan lebih aktif. Vitamin E pula membantu menyuburkan organ reproduksi ataupun organ kesuburan lelaki dan wanita.

GLA Complex pula membantu penghasilan dan penstabilan hormon progesterone wanita bagi memberikan kelegaan semasa kitaran haid. GLA adalah kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. Manakala B Complex menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh dan membantu bagi isteri yang sedang merancang kehamilan


4 nutrisi ini adalah asas bagi membantu meningkatkan hormon suami dan isteri dan membantu sistem produksi suami dan isteri. Sebagai tambahan suami boleh juga ambil omegaguard bagi membantu meningkatkan kekuatan jantung, fungsi saraf, fungsi sendi dan mata dan membantu meningkatkan kesihatan dan perkembangan fungsi mental / otak. Isteri pula boleh mengambil tambahan ESP, yang membantu memberikan tenaga berkekalan, membantu mengurangkan kolesterol dalam badan, dan membantu memberikan separuh daripada keperluan kalsium harian, disamping  mengandungi lima jenis  vitamin B yang penting untuk badan. Alfalfa pula mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi yang penting dalam menyahtoksinkan badan, dan bertindak seperti minuman herba semulajadi.


Sebagai permulaan dan ikhtiar boleh mula cuba dengan set asas dahulu. Jika menampakkan hasil Alhamdulillah boleh disusuli dengan set mengandung, set berpantang dan set untuk menyusu pula. Kita hanya mampu berusaha dan memperbanyakkan doa kepadaNya, selebihNya insyaAllah Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita hambaNya. Semoga entri ini memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk kita semua.


Doa agar diri, anak dan keturanan kita sentiasa mendirikan solat. QS14 Ibrahim ayat 40


Wallahhua’lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
8.1.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com
Read more ...