Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

Keperluan Vitamin Dalam Kehidupan

Makanan dan minuman adalah keperluan asas manusia. Kita perlukan makanan dan minuman yang berkhasiat bagi membantu kesinambungan kehidupan seharian kita.

Sebagai contoh kanak-kanak lelaki dan wanita yang berumur 9 hingga 13 tahun memerlukan 45mg sehari vitamin C. Lelaki dan wanita dewasa pula masing-masing memerlukannya sebanyak 90mg dan 75mg sehari. Bagi wanita mengandung jumlah meningkat sehingga 85mg, begitu juga bagi wanita menyusu yang meningkat sehingga 120mg sehari.




Pelbagai sumber makanan boleh kita ambil untuk menampung keperluan nutrisi ini. Gizi makanan yang seimbang membantu tubuh untuk kekal sihat dan bertenaga.

Selain daripada itu Shaklee juga ada menyediakan makanan tambahan bagi membantu menampung keperluan vitamin dalam pemakanan seharian ini.

Sebagai contoh setiap 34g Mealshakes membekalkan 18mg vitamin C yang diperlukan oleh badan mereka, dan sebiji chewable Vita C mengandungi 117.9mg vitamin C.

Jadi setiap item makanan tambahan ini ada kandungan gizi tertentu yang diperlukan oleh badan kita. Tinggal lagi perlu kita pilih yang mana sesuai dengan keperluan dan bajet harian kita.

Lebih istimewa lagi bulan Oktober 2014 ini Shaklee bagi tawaran istimewa untuk 2 produknya iaitu ESP dan juga mealshakes





Artikel berkaitan:
ESP
Mealshakes
Chewable Vita C
Keperluan Vitamin Harian
Ebook 5 Minit Review Tentang Kesihatan dan Kebahagiaan

Wallahua'lam
Lukeman 0132299319
Siti Norliza 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
8.10.2014

Read more ...

Saturday, 17 May 2014

Chewable Vitamin C Untuk Anak-Anak

Bismillah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad

Assalamualaikum


Produk hot kembali lagi. Semenjak kami jadi ahli Shaklee dari Dis 2013 hingga sekarang (16 Mei 2014) baru 2 kali produk ini ada di pasaran Malaysia; pertama bulan Dis 2013 lepas dan kedua adalah sekarang ini. Dulu kami sempat beli 1 botol untuk kegunaan anak-anak di rumah. Sekejap saja mereka makan, semua dah habis. Bila kami nak order semula dan tiada stok di pasaran Shaklee Malaysia


Khasiat dan Kandungan Chewable Vita C Plus (sepertimana terdapat dalam website Shaklee Malaysia)

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksida semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. 

Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan di dalam setiap produk Shaklee


Chewable Vita C Plus



1 botol ini mengandungi 90 biji dengan, dan 1 biji vitamin C ini mengamai vitamin C yang terdapat di dalam  1 1/2 biji buah oren




Cara Pembelian dan Bayaran

Kami biasa beli Shaklee secara online sahaja; jimat masa dan juga kos. Hanya RM10 kos pos untuk setiap transaksi, tetapi selalunya kami akan dapat freedelivery sebab jika order lebih RM800 per transaksi akan dapat freedelivery. Cara order online boleh rujuk entri ini, cara nak jadi ahli Shaklee dan kelebihannya boleh rujuk entri ini. Pengalaman bisnes Shaklee dan bonus bulanan yang dapat boleh rujuk entri ini, ini dan ini

Yang nak jadi ahli mahupun nak beli produk ini dengan kami boleh PM kami ataupun boleh juga isikan "Borang Pertanyaan" ataupun terus "Borang Pesanan" di sebelah kanan blog ini. InsyaAllah kami akan hubungi tuan puan kembali dengan kadar segera



Vitamin Lain Untuk Anak-Anak





Jangan lupa juga selain chewable vita C ini; 2 produk lain yang biasanya jadi pasangan kepada kesihatan optimum anak-anak adalah Meal Shakes dan juga OmegaGuard. Mealshakes untuk membantu tumbesaran fizikal dan mental anak-anak, mengandungi 19 vitamin dan mineral penting untuk anak-anak. OmegaGuard pula membantu kesihatan jantung, sendi, mata dan minda anak-anak dan juga dewasa.

Harap membantu kita dalam membantu anak-anak untuk lebih sihat, cerdas dan berjaya dalam dunia akademik dan dunia kanak-kanak mereka insyaAllah

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
Jumaat 16 Mei 2014 bersamaan 16 Rejab 1435
Read more ...

Thursday, 27 February 2014

Travelog Umrah dan Ziarah (6) Persiapan Menuju Madinah dan Mekah

Sebelum berangkat ke Madinah dan Mekah, beberapa persiapan perlu kita lakukan yang melibatkan persiapan mental, fizikal dan spiritual. Persiapan mental maksudnya kita bersedia dari segi semangat dan roh untuk ke Tanah suci Mekah dan Madinah, persediaan fizikal maksudnya fizikal dan kesihatan kita mengizinkan, dan persiapan spiritual melibatkan taubat, berdoa, beristigfar agar urusan kita dipermudahkanNya, insyaAllah.

Di sini kami coretkan beberapa perkara yang perlu kita lakukan sebelum berangkat ke sana bagi memudahkan segala urusan kita disana nanti, insyaAllah;

(1) Mendaftar Haji di kaunter Tabung Haji, sebab tujuan kita buat umrah dan ziarah adalah sebagai persiapan untuk menunaikan ibadah Haji, insyaAllah. Alhamdulillah kami anak beranak semua dah daftar haji dengan Tabung Haji. Ikut pendaftarannya, Lukeman dan Liza akan menunaikan haji pada tahun 2027 masa umur kami 48 dan 46 tahun. Muhammad, Aisyah dan Athiran pada tahun 2052 pada umur mereka 47, 46 dan 45 tahun sebab mereka kami daftarkan pada masa yang sama. Yusuf dan Atiqah pula giliran hajinya adalah pada tahun 2058 iaitu pada umur mereka 46 dan 45 tahun, insyaAllah.
Kita daftar dulu dengan tabung haji bagi menyatakan niat dan keinginan kita untuk menunaikan haji dan umrah. Jika ada rezeki lebih, dan ingin menunaikannya lebih awal, Alhamdulillah kita boleh ambil pakej yang disediakan. Ramai orang ingin menunaikannya lebih awal masa usia masih muda dan tenaga masih kuat. Sama-sama kita doakan agar kita semua boleh pergi menunaikan haji lebih awal insyaAllah. Target kami sebelum kami berumur 40 tahun insyaAllah. Caranya (1) boleh buat rayuan dengan tabung haji ataupun (2) boleh mohon untuk pergi melalui pakej yang lebih mahal berbanding muassasah tabung haji, insyaAllah dan wallahhua'lam.


Buku Tabung Haji Lukeman, Liza, Muhammad, Aisyah, Athirah, Yusuf dan Atiqah.


(2) Mendaftar umrah dengan travel agensi yang berdaftar dan mempunyai rekod yang baik. Lebih elok jika mutawif (orang yang mengendalikan umrah dan ziarah) tersebut adalah kawan ataupun saudara yang telah dipercayai kejujurannya. Dalam kes kami mutawif yang mengendalikan umrah dan ziarah ini adalah rakan sepejabat Liza di UKM. Agensinya adalah Hasanah Travel yang berpejabat di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor. Kos umrah dan ziarah sekitar RM4500-RM7000, bergantung kepada pihak agensi, hotel penginapan, jumlah perjalanan dan pakej ziarah yang ditawarkan. Kos umrah dan ziarah kami adalah RM4690 seorang ataupun RM9380 untuk Lukeman dan Norliza, untuk tempoh 12 hari di Mekah dan Madinah termasuk perjalanan.

Berhati-hati jika mendaftar dengan agensi yang belum pernah kita berurusan kerana banyak kes penipuan yang melibatkan pakej umrah, ziarah mahupun haji.

(3) Pasport dan visa. Kos pasport adalah RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun. Bagi pasport yang telah lama dibuat, tempoh sahnya mestilah sekurang-kurangnya 6 bulan pada masa ingin berangkat. Pasport yang telah siap, beserta dengan 4 keping gambar pasport dan 4 keping gambar visa perlu diserahkan bersama kepada pihak agensi untuk urusan visa. Visa akan diuruskan oleh pihak agensi.

(4) Suntikan imunisani. Kos suntikan imunisasi adalah dalam lingkungan RM80 – RM150. Kami buat suntikan di Poliklinik UKM, Seksyen 15 Bangi dengan kos RM89, antara yang termurah di Lembah Klang. Doktor yang beri suntikan maklumkan tentang perkara ini. Suntikan imunisasi ini valid untuk 3 tahun. Kami buat pada 21.11.2014, jadi validitinya adalah sehingga 20.11.2014. Jika kami ingin buat umrah, ziarah mahupun haji dalan tempoh ini, buku suntikan imunisasi ini masih valid dan boleh digunapakai.

Passport, visa (di dalam passport), sijil suntikan imunisasi, pas perjalanan dan juga buku nota, pen dan pensil.


(5) Wang dan belanja yang cukup. Pengalaman kami; kos untuk tiket umrah dan ziarah untuk 2 orang adalah RM9380, belanja keperluan dan urusan sebelum berangkat sekitar RM500-RM1000, wang yang ditinggalkan untuk belanja persekolahan anak-anak dan untuk keperluan keluarga di Malaysia untuk 12 hari sekitar RM500.

Wang yang dibawa ke Madinah dan Mekah untuk keperluan di sana adalah sekitar RM1000-RM1500 seorang. Kami bawa RM3000 untuk 2 orang dan bila pulang ke Malaysia bakinya adalah RM1000. Tukaran wang RM kepada SR adalah dalam lingkungan RM100 = SR110. Kalau nak lagi untung boleh tukar RM kepada USD di Malaysia dan di Saudi nanti tukarkan kembali kepada SR.

Macam kami, kami tukarkan di Malaysia RM200 = SR220 (SR110 setiap orang) dan USD100=RM330, dan di Madinah tukaran 100USD = SR370.  Jadi jumlah RM yang kami tukar di Malaysia kepada SR dan USD adalah RM530, selebihnya kami bawa dalam bentuk RM.

(6) Belajar, kursus umrah, tanya saudara dan kawan-kawan yang pernah pergi. Biasanya 1 @ 2 minggu sebelum berangkat, pihak agensi akan adakan kursus sehari di masjid terpilih. Pihak agensi kami buat kursus pada 5.1.2014, 2 minggu sebelum berangkat di Masjid Hasabah Bangi.


 Antara gambar yang sempat diambil semasa kursus umrah dan ziarah

Maklumam tentang Kaabah dan nama-nama penting disisi Kaabah


Amali tawaf di Masjid Hasanah Bangi.


(7) Bertanya dengan saudara, jiran dan sahabat yang pernah pergi ke sana juga dapat memberikan kita sedikit gambaran bagi memudahkan urusan kita di sana nanti. Alhamdulillah, sebelum berangkat kami sempat bertemu dengan abang Long dan mak Long di Gombak, dan juga sahabat lama Lukeman di UTM dulu yang baru berangkat ke Tanah Suci awal tahun 2013, setahun yang lepas. 2 pengalaman yang dikongsikan ini memberikan gambaran yang semakin jelas kepada perjalanan kami, Alhamdulillah.

(8) Membaca buku panduan haji, umrah dan ziarah, dan juga buku travelog ke Tanah suci juga akan banyak membantu pemahaman kita tentang perjalanan ibadah ini, insyaAllah. Antara koleksi buku yang kami ada dan baca sebelum ke sana adalah seperti gambar dibawah. Buku panduan umrah dan ziarah yang kecil yang boleh digantungkan dileher dan senang dibawa juga membantu kita untuk membuat rujukan.



(9) Quran kecil dan Al Mathurat juga boleh membantu memudahkan kita membacanya. Quran banyak disediakan di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Namun jika kita ingin bawa dan baca Quran yang dibawa sendiri dari Malaysia tiada masalah.

(10) Vitamin dan ubat-ubatan. Antara vitamin yang kami bawa adalah B Complex, vitalea, ostematrik, vitamin C dan nutriferon. Boleh rujuk artikel ini untuk fungsi detail setiap vitamin ini. Secara asasnya B Complex dan Vitalea untuk membantu memberikan tenaga dan meningkatkan kecergasan fizikal, Ostematrik untuk kalsium tulang dan gigi, vitamin C untuk membantu sistem imunisasi dan kesihatan kulit, dan nutfireron untuk membantu sistem imun bagi mengegah penyakit. Boleh paketkan kecil-kecil untuk kegunaan 2 minggu di sana.



Ubat-ubatan dari klinik juga perlu di bawa bersama sebagai persiapan luar jangak antaranya adalah panadol / paracetamol, ubat batuk, ubat sakit tekak, actifast dan ubat selsema. Berdasarkan pengalaman kami, alhamdulillah ubat-ubat ini tidak perlu digunakan. Namun sebagai persediaan elok kita bawa bersama. Jika kita tak guna, boleh hadiahkan pada sahabat-sahabat yang kita yang lain yang memerlukan.



 
(11) Keperluan asas lelaki . Lelaki: Kain ihram 1-2 pasang, tali pinggang ihram 1, jubah dan seluar 1-2 pasang, seluar panjang 1-2 helai, baju melayu @ baju kemaja 1-2 helai, baju & seluar tidur 2 pasang, gunting @ pisau cukur untuk tahallul 1, tuala mandi 1, berus gigi, ubat gigi, sikat rambut, minyak rambut dan deodoran setiap 1.









*Jubah, kain ihram dan tali pinggang ihram boleh juga dibeli di Madinah @ Mekah. Di sana harga sehelai jubah adalah SR20, dan sehelai seluar adalah SR10. Di Malaysia harga sehelai jubah adalah dalam RM50-RM70. Bawa 1 dari Malaysia pun dah cukup. Tukaran wang RM (Ringgit Malaysia) kepada SR (Saudi Rial) adalah dalam lingkungan RM100 = SR110

(12) Keperluan asas wanitaWanita: Kain sembahyang 2 pasang (akan dikemaskini kemudian)


Wallahhua’lam 

Liza & Lukeman
Bangi Selangor
27.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com

Read more ...