Showing posts with label vitamin. Show all posts
Showing posts with label vitamin. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

Keperluan Vitamin Dalam Kehidupan

Makanan dan minuman adalah keperluan asas manusia. Kita perlukan makanan dan minuman yang berkhasiat bagi membantu kesinambungan kehidupan seharian kita.

Sebagai contoh kanak-kanak lelaki dan wanita yang berumur 9 hingga 13 tahun memerlukan 45mg sehari vitamin C. Lelaki dan wanita dewasa pula masing-masing memerlukannya sebanyak 90mg dan 75mg sehari. Bagi wanita mengandung jumlah meningkat sehingga 85mg, begitu juga bagi wanita menyusu yang meningkat sehingga 120mg sehari.




Pelbagai sumber makanan boleh kita ambil untuk menampung keperluan nutrisi ini. Gizi makanan yang seimbang membantu tubuh untuk kekal sihat dan bertenaga.

Selain daripada itu Shaklee juga ada menyediakan makanan tambahan bagi membantu menampung keperluan vitamin dalam pemakanan seharian ini.

Sebagai contoh setiap 34g Mealshakes membekalkan 18mg vitamin C yang diperlukan oleh badan mereka, dan sebiji chewable Vita C mengandungi 117.9mg vitamin C.

Jadi setiap item makanan tambahan ini ada kandungan gizi tertentu yang diperlukan oleh badan kita. Tinggal lagi perlu kita pilih yang mana sesuai dengan keperluan dan bajet harian kita.

Lebih istimewa lagi bulan Oktober 2014 ini Shaklee bagi tawaran istimewa untuk 2 produknya iaitu ESP dan juga mealshakes





Artikel berkaitan:
ESP
Mealshakes
Chewable Vita C
Keperluan Vitamin Harian
Ebook 5 Minit Review Tentang Kesihatan dan Kebahagiaan

Wallahua'lam
Lukeman 0132299319
Siti Norliza 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
8.10.2014

Read more ...

Monday, 21 July 2014

Puasa, Quran, Lailatulqadar dan Haji

1. Puasa, Quran, Lailatulqadar

Alhamdulillah sekarang telahpun 23 Ramadhan, semoga kita semua sempat sampai ke penghujung Ramadhan dan diberikan peluang untuk berjumpa dengan malam al qadar. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, insyaAllah



Untuk 6-7 hari Ramadhan yang masih berbaki ini jom sama-sama kita lipatgandakan amalan, antara yang mudah dan boleh kita sama-sama buat bersama suami / isteri dan anak-anak adalah:

1. Bawa wang setiap kali ke surau untuk solat magrib, isya dan terawih walaupun hanya RM1 untuk didermakan ke dalam tabung surau. RM1 nampak kecil, tapi kalau berkebetulan dengan lailatul qadar bukankah ianya melebihi RM1 x 1000 bulan x 30 hari = RM30 000. 

Banyak bukan kalau kita tukarkan kepada bentuk wang ringgit. Namun wang ringgit / RM ini hanya bernilai di bumi Malaysia, tetapi pahala bernilai di dunia dan juga di akhirat sepertimana firmannya dalam surah Al Imran ayat 148

Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.




2. Hulurkan bantuan sebanyak-banyaknya juga untuk ibubapa, keluarga, anak yatim, orang miskin dan juga saudara-saudara se Islam kita terutamanya mereka yang ditindas seperti di Gaza, Syiria dan juga jiran kita di Selatan Thailand, Kemboja mahupun Indonesia.

Banyak agensi yang dipercayai yang boleh salurkan bantuan kita ini antaranya adalah Aman Palestin. (klik di sini untuk terus ke link FB mereka)  ataupun Aqsa Syarif

Bagi yang ingin salurkan bantuan kepada umat Islam di Kemboja, insyaAllah Ustaz Fadzli, ahli kariah taman perumahan kami akan ke Kemboja selepas raya ini. Derma dan sumbangan kepada umat Islam di sana amat diperlukan. Kehidupan masyarakat di Kemboja amat menyedihkan dengan kemudahan asas pun tidak cukup.

Ustaz Fadzli dan rombongannya telah beberapa kali ke Kemboja dan penduduk Islam Kemboja amat mengharapkan bantuan kita semua. Kita nak ke Gaza, Syiria sukar untuk dilepaskan bercuti oleh majikan. Jadi bagi sesiapa yang nak ikut serta ke Kemboja bagi salurkan bantuan ke sana boleh juga hubungi Ustaz Fadzli di talian 019-4054 342.

Bagi yang ingin salurkan bantuan wang ringgit boleh salurkan terus ke akaun bank Ustaz 1582 1161 7289 Mohd Fadzli Ismail dan nyatakan untuk bantuan / sumbangan ke Kemboja. Banyak program Kemboja yang telah dan berjaya dilakukan sebelum ini di Kemboja oleh Ustaz Fadzli dan timnya antaranya adalah pembinaan telaga/perigi wakaf, pemberiaan sumbangan Quran wakaf dan banyak lagi. )Bagi penduduk sekitar masjid GMI, UKM, Taman Universiti mungkin sudah biasa dengar dengan projek bantuan ini)

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).2:215


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.2:261




3. Quran. Seboleh-bolehnya baca, hafal, faham dan amalkan al Quran walaupun hanya 1 ayat sehari. Dan sama-sama kita mohon pada Allah agar kita dan keluarga dipilih oleh Allah untuk jadi ahli keluargaNya (hadis riwayat Ibnu Majjah)

Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia”. Lalu mereka bertanya : “Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?” Jawab baginda : “Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kelebihan lain penghafaz Quran boleh rujuk di sini


3. Solat: Usahakan agar dapat solat berjemaah untuk kelima-lima waktu terutamanya solat subuh berjemaah, dan juga solat-solat sunat; solat sunat fajar (sebelum subuh), tahajjud, terawih, witir, taubat, hajat, dhuha, qabliah dan ba'diah



2. Haji


Tahniah bagi yang dah dapat pengesahan akan menunaikan haji tahun ini. bagi yang belum dapat keputusan sama-sama kita berdoa agar dipilih oleh Allah insyaAllah. Jika bukan tahun ini, insyaAllah moga terpilih tahun depan dan seterusnya.

Kawasan sekitar Masjidil Haram tengah dalam proses baikpulih semasa kami ke sana hujung Januari 2014 lepas, dan kami difahamkan yang projek pembesaran kawasan masjid ini mengambil masa selama 3-5 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Jadi sepanjang tempuh pembinaan ini, kuato jemaah haji akan dikurangkan.

Selepas siap sepenuhnya insyAllah kuota jemaah haji ini akan ditingkatkan kembali malah akan melebihi daripada kuota sebelum ini sesuai dengan kapasiti baru yang bakal boleh ditampung dengan pembesaran kawasan masjid ini.

Sama-sama kita doakan agar suatu hari nanti kita akan dijemput untuk menjadi tetamu Haji Nya insyaAllah

Perkongsian kami ketika menunaikan umrah boleh dibaca di sini 

Persiapan asas sebelum ke Mekah dan Madinah boleh baca perkongsian kami di sini

Vitamin dan ubatan untuk kekal sihat dan cerdas di sana boleh baca perkongsian kami di sini

Dan untuk proses rayuan (bagi persediaan rajuan tahun depan) boleh baca di sini



Perbanyakkan doa moga Allah permudahkan urusan kita semua untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Moga kita semua dikurniakan haji yang mabrur insyaAllah

Di sana untuk kesihatan dan kecerdasan, banyakkan minum air zam-zam yang disediakan disepanjang Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram sepertimana sabda Nabi SAW:

“Air yang paling baik dipermukaan bumi adalah air zam-zam. Ia mengandungi makanan bergizi dan menyembuhkan penyakit” HR At Tabarani

“Air zam-zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” HR Ibnu Majah; 3062

“Demam adalah merupakan angin panas daripada neraka Jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air zam-zam"



Jangan lupa baca “Bismillah” dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan minum dengan mengadap arah kiblat / Kaabah, dan minum sehingga kenyang

“Tanda yang membezakan antara kita dengan orang-orang munafik adalah mereka tidak minum air zam-zam sampai kenyang” HR Albaihaqi




Makanan tambahan ataupun vitamin yang dibawa bersama juga boleh diminum bersama dengan air zam-zam ini. Antara yang dicadang untuk dibawa bersama ke sana adalah:

(1) Vitamin B Complex dan Vitalea: Diambil sebiji pada waktu pagi dan petang, bagi membantu memberikan tenaga dan meningkatkan kecergasan fizikal

(2) Omega guard: Memberi perlindungan pada fungsi jantung

(3) Ostematrik: Diambil sebelum tidur untuk keperluan kalsium tulang dan gigi. Kita banyak berjalan di Mekah dan Madinah. Jadi keperluan tulang perlu di jaga

(4) Alfalfa: Untuk membantu penghadaman dan membuang toksin dalam badan.

(5) Vitamin C: membantu sistem imunisasi dan kesihatan kulit. Cuaca di sana agak panas dan kering. Jadi vitamin C boleh membantu

(6) Nutfireron: Hanya di ambil bila perlu. Membantu sistem imun bagi mengegah penyakit

(7) AJHT: Untuk kesihatan sendi dan tulang

(8) Vivix: Dirumus khas untuk kesihatan menyeluruh. Bagi mereka yang sukar untuk telan tablet, cukup dengan bawa 1 botol vivix ini. InsyaAllah moga kesihatan kita dipelihara olehNya dan moga dapat haji yang mabrur.

Jangan lupa untuk doakan umat Islam di Gaza, Palestin, Syria, Kemboja, Selatan Thailand dan seluruh dunia agar diberikan keteguhan iman, dan doakan kami semua agar juga dapat mengikut jejak langkah kalian suatu hari nanti insyaAllah



Wallahua'lam
Wassalam

Dapatkan konsultansi kesihatan terbaik dan harga Shaklee teristimewa daripada kami













Dan istimewa bulan Julai 2014 ini sahaja Vivix ditawarkan pada harga yang sangat istimewa, dan pembelian 2 botol Vivix Shaklee akan dapat FREEMEMBERSHIP dan BONUS sebanyak sekitar RM30
Read more ...

Wednesday, 9 July 2014

IMKK, Kad Bisnes, Hari Lahir, Ramadhan, Promisi Vivix dan ebook 2

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السلام علبكم ورحمة الله


IMKK

Alhamdulillah bersua lagi di alam blogger. Alhamdulillah, Luke dan Liza selamat menghadiri program 4 hari kursus Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan anjuran RichWorks International Sdn Bhd kelolaan Dr Azizan Osman (DAO) pada 12-15 Jun 2014 lepas. Entrinya ada di sini dan sini

Alhamdulillah banyak ilmu yang kami perolehi daripada program 4 hari ini. Bermula pada jam 8 pagi dan tamat hingga jam 12 tengah malam. Kebanyakkan peserta bersemanagat untuk sedut ilmu daripada DAO termasuklah kami berdua.

Antara point yang boleh kami kongsikan adalah:
1. 101 matlamat hidup
2. Magnet wang
3. Kolam jiwa
4. Perkongsian daripada mereka yang telah berjaya di "Hot Seat" yang menampilkan mereka yang sebelum ini biasa-biasa tetapi sekarang alhamdulillah pendapatan melebihi RM20 000 sebulan

Dan banyak lagi ilmu dan perkongsian oleh DAO dan timnya.

Nak tahu lebih lanjut dapatkan tiket jadual kursus terkini DAO. InsyaAllah kami akan datang ke kursus ke dua DAO yang bertajuk MMM (millionaire marketing mastery). Sebelum ini kursus ini dikenali sebagai AMP (advanced marketing power). Jadual asalnya adalah pada 30 Ogos 2014 ini, selepas raya. Namun kami baru terima sms yang menyatakan yang ianya di tunda ke 12-14 September 2014 di Menara PGRM KL




KAD BISNES

Balik dari IMKK ada beberapa perancangan yang kami rangkakan untuk kembangkan lagi bisnes dan network kami ini. Antara yang kami dah lakukan adalah "kad bisnes".

Alhamdulillah kad bisnes kami dah siap minggu lepas. Design kadnya adalah seperti dibawah

Muka hadapan: SID, dan info-info penting

Bahagian belakang: Khidmat perundingan percuma dan apa yang Shaklee tawarkan


10 kotak ataupun 1000 keping pada harga RM45, dan upah design RM10. Memang sangan berbaloi dengan kualiti kad yang boleh tahan bagus

Kad bisnes dan pamplet Shaklee dimasukkan dalam sampul pos laju bersama barangan vitamin semulajadi Shaklee untuk kenalan dan pelanggan


Tambahan kad bisnes dari mula kerja dulu tahun 2001 di Matco, 2004 di SPM, 2004 hingga sekarang di UniKL dengan tambahan Shaklee Independent Distributor bagi membantu memudahkan pembelian dan penghantaran vitamin semulajadi Shaklee kepada rakan dan kenalan


Kad bisnes, pamplet dan vitamin semulajadi Shaklee sedia untuk diposkan kepada pelanggan


Kenalan yang design dan hasilkan kad bisnes ini kami jumpa masa di IMKK lepas, duduk di sebelah seat Luke. Orangnya baik dan tekun semasa menuntut ilmu. Jika tuan puan perlukan khidmat untuk buat kad bisnes boleh kontak dia En Muhammad Ismail 0195549151 0388610947. Alhamdulillah servisnya memuaskan


HARI LAHIR

Hari ini sudahpun 9 Julai 2014 bersamaan 11 Ramadhan 1435. 5 Ramdhan lepas genap umur Luke 35 tahun berdasarkan kiraan kalendar Hijrah :) Ikut kalendar Masihi 29 Julai 2014 ini baru masuk 35 tahun. Ikut kalendar masihi muda setahun

Apapun umur hanyalah pada angka. Yang penting adakah amal kita seiring dengan pertambahan usia. 

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seprti semalam dan celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada semalam"


29 Julai 1979 bersamaan 5 Ramadhan 1399 hari Ahad. Telefon bonda pada pagi 5 Ramdhan lepas untuk ucapkan terima kasih atas segalanya :)


Apapun semoga pertambahan usia Luke ini akan lebih mematangkan kehidupan kami sekeluarga dan moga lebih banyak manfaat yang kami dapat salurkan kepada agama dan umat ini insyaAllah


RAMADHAN 1435H / 2014M

Ramadhan kali ini agak berlainan daripada Ramadhan lepas-lepas.

Pertamanya kerana surau di taman perumahan kami telahpun dilengkapi dengan 5 biji air cond. Alhamdulillah solat terawih lebih nyaman dan dingin dalam suasana yang dingin

Imam terawih masih lagi daripada tahfiz. Pelajar UKM. Luke diamanahkan untuk jadi bilal terawih. Gilir-gilir dengan ahli kariah lain.

Selepas solat terawih 8 rakaat, kami akan adakan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz ahli kariah taman kami. Setiap hari ustaz berlainan yang akan berikan tazkiran dan bilal juga berlainan yang akan membantu imam berselawat kepada Rasulullah SAW setiap kali selepas solat sunat terawih 2 rakaat.

2-3 malam pertama, 5 anak kami bawakan ke surau termasuk 2 yang kecil ini.

2 si kecil pencetus ceria :)


Makan buah koko hasil kebun di Bangi :) Ambil benih koko dari kampung ni



3 beradik bersama kawannya


Masuk malam keempat bibik kata dia nak solat dirumah sambil jagakan si kecil ini. Sebabnya si kecil ini biasanya jam 9-10 malam sudah tidur. Jadi bila ke surau dia akan merengek sebab mengantuk.

Mula-mula menangis juga dia sebab ditinggalkan, tapi sebelum kami berangkat ke surau dengan 3 lagi anak yang besar, bibik akan bawa masuk 2 si kecil ini ke dalam bilik :) Selamat

Tunggu besar sikit lagi nanti boleh ikut ya insyaAllah


SET PUASA DAN SAHUR SHAKLEE

Set puasa dan sahur Shaklee yang terus menjadi tumpuan adalah ESP, mealshakes dan cinch untuk bekalan protein dan tenaga berpanjang. 

Energy tea mix dan performance drink juga untuk tenaga dengan rasa yang berlainan. Energy tea mix adalah teh dan performance drink berperisa oren untuk membantu badan kekal terhidrat



ESP, cinch, PD, MS dan energy tea



cinch perasa coklat dan cafe latte


energy tea

campuran ESP & cinch coklat


PD ais, memang menyegarkan alhamdulillah


Zakat fitrah 1435 / 2014 juga telah selamat dibayar di kaunter zakat fitrah Masjid UKM :). Jom bersegera tunaikan kewajipan :). Nanti nak tukar duit raya lagi nak bersiap balik kampung dan cuti lagi. Jadi mana-mana yang boleh disegera kita segerakan.




PROMOSI VIVIX JULAI 2014

Bulan Julai 2014 ini juga bulan istimewa apabila Shaklee Malaysia mengumumkan Vivix sebagai produk promosinya sepanjang bulan ini dengan beli 6 percuma 1 untuk ahli Shaklee sahaja. Ini adalah salah satu kelebihan ahli Shaklee. 

Kelebihan lain ahli Shaklee boleh rujuk di sini

Promosi beli 6 percuma 1 Vivix Shaklee untuk sepanjang bulan Julai 2014



Banyak manfaat Vivix ini antara yang paling mashur adalah untuk membantu sel-sel badan dalam membantu memberikan TENAGA, MEMBAIKPULIH, MEMPERTAHAN dan MENINGKATKAN KUALITI SEL ketahap yang optimum.

Ini secara tidak langsung akan melambatkan proses penuaan dan membantu meremajakan kulit kita. Disamping itu vivix juga penting dalam membantu membaikpulih sel-sel yang rosak disebabkan oleh radiasi, pengoksidaaan, kesan asap rokok, kesan kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan juga kesan kanser


Antara manfaat Vivix untuk kesihatan


Cara minum Vivix untuk pelanggan Luke dan Liza. Semoga dapat membantu beliau meningkatkan kualiti kesihatannya insyaAllah


Set pertama promosi Vivix dah sampai. Selamat diagihkan buat pelanggan dan kenalan yang memerlukannya. Ramai yang ambil ambil kesempatan untuk dapatkan vivix pada harga promosi ini. Jom manfaat peluang ini


Set kesihatan keluarga dengan keahlian Shaklee percuma. Pilihan bijak. Jimat RM65 kos ahli dan RM25 lagi bonus akan Shaklee bayar ke dalam akaun bank kita


Set pertama ini ada sikit lagi stok dengan kami bagi yang perlukannya. InsyaAllah harga istimewa dengan keahlian percuma dan bonus RM25 ditawarkan oleh Shaklee bagi pembelian 2 botol vivix ataupun pembelian seperti di atas


EBOOK 2

Alhamdulillah bulan ini juga kami berjaya siapkan ebook kedua kami yang bertajuk "Selepas Jadi Ahli Shaklee, Apa Langkah Seterusnya?"

Ebook ini disusun khusus untuk ahli Shaklee dibawah rangkaian kami dan ianya lebih menjurus kepada ilmu teknikal dan tektikal dalam bisnes selepas kita jadi ahli Shaklee. Juga ada disediakan penerangan ringkas tentang sistem online Shaklee; cara untuk order barang, daftar keahlian baru secara online, semak bonus, semak UV dan banyak lagi.

Di dalam ebook ini juga kami sertakan CHECK LIST AMALAN KEROHANIAN / AMALAN MAGIC untuk tingkatkan kekuatan dalaman diri, tingkatkan keyakinan dan magnet diri, dan juga membantu mengeratkan hubungan kita dengan Allah dan juga sesama insan insyaAllah. 

Ini bagi membetulkan jalan bisnes agar tidak lari daripada matlamat asal untuk mencapai redha Allah dunia dan akhirat, agar berjaya bukan saja di dunia malahan diakhirat kelak juga insyaAllah

Front page dan antara isi kandungannya adalah berkaitan dengan sistem online Shaklee


InsyaAllah sampai ke temu lagi di lain waktu. Selamat melipatgandakan amalan di 10 hari pertengahan Ramadan ini. Semoga Ramadhan memberikan kita kelebihan dan kebaikan dunia dan akhirat insyaAllah

Hubungi kami di talian telefon dan email dibawah jika ada sebarang kemuskilan, pertanyaan berkenaan produk kesihatan semulajadi Shaklee ini. Bagi yang bercita-cita nak tambah pendapatan bulanan, nak beli set promosi vivix mahupun produk lain juga sangat dialu-alukan. 

InsyaAllah, moga kita semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat. 

Salam sayang daripada,
Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
Bandar Baru Bangi Selangor

 

Read more ...

Friday, 20 June 2014

Khasiat Vitamin E Semulajadi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السلام علبكم ورحمة الله

Dah 20 Jun 2014 hari ini, sekejap masa berlalu. Alhamdulillah 15 Jun 2014 lepas kami dapat bonus bisnes Shaklee yang ke 6. Luke dan Liza mula jadi ahli Shaklee pada bulan 12, 2013. Bonus bulan lain boleh rujuk di entri berikut:

1. Bonus Bulan Ketiga

2. Bonus Bulan Keempat

3. Bonus Bulan Kelima


Bulan Jun 2014 ini dikenali sebagai bulan cinta oleh para blogger dan para usahawan Shaklee kerana ianya berkait rapat dengan produk promo Shaklee bulan ini iaitu vita E complex. 


1. Khasiat Vitamin E

Vitamin E adalah sejenis antioksida yang boleh larut di dalam lemak. Jemput tonton video oleh Dr James Meshino di bawah yang menceritakan tentang keperluan dan kebaikan vitamin E untuk badan kita.







Ringkasnya, antara khasiat vitamin E adalah 

1.1. Membantu menyokong kesihatan jantung, otak, prostat, paru-paru dan kolon

1.2. Bantu meningkatkan kemampuan reproduktif lelaki dan wanita

1.3. Bantu meningkatkan sistem imun dan antipenuaan

1.4. Agen anti oksida yang kuat

1.5. Kelestarian tenaga bagi kekuatan fizikal dan seksual lelaki dan wanita dan bantu membekalkan lebih oksigen kepada badan

1.6. Bantu meningkatkan keanjalan salur darah, perbaiki kitaran darah, bantu merawak kekejangan, pening, buasir dan sakit sendi

1.7. Bantu menghilangkan parut-parut jerawat dan parut pada badan untuk kesihatan kulit

1.8. Bantu merawat sindrom prahaid dan sindrom monopous seperti hot flush




2. Kegunaan





1 botol Vita E complex ini ada 120 kapsul dan kegunaannya adalah untuk 4 bulan. Hanya ambil 1 biji sehari. Biasanya Luke ambil selepas makan malam. Kalau suami dan isteri makan secara konsisten setiap hari, 1 botol ini tahan untuk 2 bulan insyaAllah



3. Promosi Bulan Jun 2014


Vitamin E

Bulan Jun ini vitamin E boleh diperolehi pada harga promosi iaitu beli 6 botol pada harga ahli dan dapat 1 percuma. Promosi ini hanya sah untuk ahli Shaklee sahaja.

Yang nak tahu tentang cara untuk jadi ahli dan kelebihannya boleh rujuk entri-entri dibawah:


3.1. Keahlian Percuma dan Penghantaran Percuma

3.2. Keahlian Percuma

3.3. 7 Kelebihan Ahli Shakee

3.4. Bisnes Dengan Hanya Modal RM10 pun boleh 



4. Artikel Lain Yang Berkaitan


4.1. Set Kombinasi Shaklee dan Set Kecantikan Kulit

4.2 Set Suami Isteri dan Zuriat InsyaAllah

4.3 Lagi Berkenaan Suami Isteri dan Anak-Anak

4.4 Contoh Pengiraan Kos Secara Harian

4.5 Ebook Percuma Tentang Keperluan Vitamin Untuk Badan Kita dan Juga Kebahagiaan

Download ebook ini secara percuma di link dibawah


Moga perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk semua. Apa yang baik adalah dari Allah dan yang lemah itu adalah asbab diri kami. Kami mohon ampun pada Allah dan mohon maaf pada tuan puan pembaca semua. Sampai jumpa lagi insyaAllah. 




Jom sama-sama kita perbanyakkan selawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sampai jumpa lagi insyaAllah


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
20 Jun 2014

Read more ...

Wednesday, 18 June 2014

UniFi vs Stremyx vs Data Plan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السلام علبكم ورحمة الله

Alhamdulillah siap pasang UniFi di rumah di Bangi, harapnya lebih mudah untuk siapkan kerja-kerja yang melibatkan urusan bisnes terutamanya dalam bisnes Shaklee dan juga untuk menguruskan rumah sewa. Rumah sewa sebenarnya tiadalah rumit sangat untuk uruskan, hanya setahun sekali apabila penyewa lama keluar dan penyewa baru masuk, kena bersihkan rumah dan siapkan apa yang patut.

Kalau perlu masukkan perabut untuk tingkatkan ROI kenalah masukkan, semuanya bergantung pada kita sebagai landlord dan juga need penyewa.

Kebetulan bulan ini ada 2 rumah kami yang bakal kosong. 1 rumah dah ada yang booking, 1 lagi kami buat sewa bilik. 1 bilik dah ada penyewa, 2 bilik lagi masih kosong. Saja nak cuba market sewa bilik & homestay, tengok macam mana income dia berbanding sewa bulanan. Bangi ni kawasan IPT, jadi setakat ini alhamdulillah market penyewa sentiasa ada setakat ini.

Ok, sebenarnya nak ceritakan pengalaman kami gunakan plan data internet. Pertama kali melanggan internet, saya gunakan Digi Postpaid data, tahun 2009 kalau tak silap. Guna dalam 2 tahun lepas tu terminate. Kemudian guna celcom plan data, sampai sekarang masih guna.

Cumanya bila makin kerap digunakan, datanya akan habis dan line akan jadi sangat perlahan. Jadi nak tak nak kena upgrade kepada streamyx ataupun unifi. Alhamdulillah selepas survey, tengok bajet, kemudahan yang ditawarkan maka UniFi jadi pilihannya.

Kabel UniFi di luar rumah. Ada option untuk letakkan conduit untuk lebih tahan lama

Rancangan TV 

Wifi modem, TV control & router


Setakat ini alhamdulillah nampak macam ok. Harap ianya membantu untuk memudahkan urusan kami sekeluarga insyaAllah. Bagi yang tengah cari bilik untuk tinggal boleh call Lukeman 0132299319. Ada bilik di Villa Tropika Bangi, 100m ke stesen komuter UKM, boleh juga rujuk link ini http://rumahsewabbbangi.blogspot.com/

Yang nak order Shaklee mahupun nak tambah pendapatan sempena bulan puasa dan bulan raya yang bakal datang ini pun boleh contact Luke ataupun Liza di talian 0132299319 Luke, 0196515717 Liza. Yang nak kurus, nak tambah cantik, nak set sahur, set kesihatan juga insyaAllah boleh dapatkan daripada kami. Stok insyaAllah ada @ ready stok. 

Nak cash on delivery pun boleh untuk kawasan Bangi Selangor, Pasir Puteh Kelantan, Kuala Krai Kelantan dan kawasan berdekatan insyaAllah

Penghantaran terus dan juga pos laju

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
18 Jun 2014
Read more ...

Friday, 30 May 2014

Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014

Bismillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakbar
Allahhummasollialamuhammad Waalaalimuhammad



InsyaAllah Luke dan Liza akan join kursus:
Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) 
Pada 12-15 Jun 2014 ini
Di MIECC The Mines Seri Kembangan Selangor
Anjuran Oleh RichWorks Groups yang dipelopori oleh Dr Azizan Osman

Terima kasih kepada Dr Azizan Osman dan tim RichWorks yang menganjurkan seminar sebegini. InsyaAllah jumpa nanti dengan Tuan Puan semua di sana insyaAllah


Pengesahan pendaftaran Luke




Pengesahan pendaftaran Liza



Kemaskini 6 Jun 2014

Selesai memasukkan info Luke untuk program IMKK ini


Juga info Liza


Tiket IKMM kami berdua. Sempat lagi SID Shaklee menyelit dibelakang tu ;)


Jom sama-sama tambah ilmu, kenalan dan juga network insyaAllah

Bagi yang ingin tambah pendapatan, mahupun memulakan bisnes secara online secara separuh ataupun sepenuh masa insyaAllah kami ada caranya untuk dikongsikan bersama. Boleh hubungi kami di talian dibawah, dan boleh juga baca pengalaman kami yang bermula dari 0 hingga mencapai bonus 4 angka sekarang, setelah kurang daripada 6 bulan menceburkan diri dalam bisnes ini secara separuh masa

1. http://jombahagia.blogspot.com/2014/04/bonus-bulan-keempat-bisnes-melebihi-sebulan-gaji-jurutera.html

2. http://jombahagia.blogspot.com/2014/04/bonus-bulan-keempat-bisnes-melebihi-sebulan-gaji-jurutera.html

3. http://jombahagia.blogspot.com/2014/05/bonus-shaklee-bulan-kelima-april-2014-update-bonus-terakhir.html

4. http://jombahagia.blogspot.com/2014/05/bisnes-dengan-modal-rm10.html


Juga jangan lupa untuk download ebook percuma pertama kami yang berjudul "5 Minit Review Tentang Kesihatan dan Kebahagiaan" di link https://app.box.com/s/jnacasqhq86evpjc8jtq. Boleh disebar-sebarkannya untuk kebaikan bersama insyaAllah. Entrinya boleh rujuk di http://jombahagia.blogspot.com/2014/05/ebook-percuma-5-minit-review-tentang-kesihatan-dan-kebahagiaan.html

Wallahua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
30 Mei 2014

Read more ...

Thursday, 22 May 2014

Vitamin Anak-Anak; Ikut Keutamaan dan Pengalaman

Bismillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhamad


Assalamualaikum

Kali ini kami ingin simpulkan berkaitan dengan vitamin dan makanan tambahan anak-anak untuk rujukan bersama mengikut keutamaan. Sebelum ini ada kami kongsikan info berkenaan vitamin untuk anak-anak ini di entri ini, ini, iniini, dan ini.

Kesimpulan yang boleh kami kongsikan hasil pembacaan, pengamatan dan pengalaman kami sendiri dengan anak-anak, vitamin dan makanan tambahan yang diperlukan oleh mereka mengikut keutamaannya adalah seperti berikut:




1. Meal Shakes
Meal Shakes mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh anak-anak kita untuk membantu tumbesaran fizikal dan mental mereka insyaAllah, iaitu (seperti gambar di bawah).

1 bekas ini seberat 544g, dan setiap sajian 34g mengandungi vitamin seperti dalam rajah dibawah. Kandungan vitamin yang disaran untuk diambil oleh anak-anak kita boleh rujuk di ebook percuma ini

Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam setiap sajian (34g)








2. Omega Guard


Omega guard membekalkan minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA yang membantu perkembangan mental anak-anak, juga membantu menyokong sistem penglihatan, sendi, saraf, sistem kardiovaskular / jantung dan tekanan darah.

1 botol ini mengandungi 90 kapsul, dan setiap kapsul omegaguard mengandungi 330mg fatty asid, 180mg EPA dan 120mg HDA.


3. Chewable Vita C Plus


3. Chewable Vita C Plus

Chewable vita C membantu bekalkan vitamin C kepada anak-anak. Dalam bentuk tablet untuk dihisap. Setiap botol ada 90 tablet, dan 1 tablet mengandungi vitamin C yang menyamai kandungan vitamin C yang terdapat di dalam sebiji buah oren.

Hanya ambil 1 tablet sehari. Setiap tablet mengandungi 117.9mg vitmin C. Kegunaan 3 bulan jika seorang yang makan. Jika 3 orang, dengan sebiji seorang sebulan dah habis


4. Nutriferon

4. Nutriferon
Nutriferon ni membantu menguatkan sistem imun kita dan anak-anak. Dalam 1 kotak ini ada 30 paket kecil. Biasanya kita dewasa ambil 1 paket apabila perlu, contohnya bila badan rasa kurang bermaya, panas ataupun tekak rasa perit (tanda-tanda normal awalan demam)

Untuk anak-anak 1/2 paket cukup. Cara minum boleh campurkan dalam air, ataupun telan begitupun boleh juga. Rasanya macam gula perang. Dah telan, bilaskan semula dengan air


5. Herbal Blend



5. Herbal Blend


Herbal blend (HB) dan basic H2 (di bawah) ini untuk keguaan luar. HB untuk disapu pada kulit yang kurang sihat; contohnya jika ada eszema, gatal, ruam, merah ataupun digigit nyamuk. Rasanya sedikit "beragin". Jadi sapu dengan nipis untuk anak kecil

Untuk dewasa, HB juga sesuai untuk kulit kaki / tumit yang pecah, kegatalan dan segala macam yang berkaitan dengan kulit

HB ini antara hot product Shaklee. Sekarang out of stock. Ramai yang tertunggu-tunggukkan HB ini, dan dah ada 3-4 orang yang dah book dengan kami untuk beli produk ini. InysaAllah bila ada nanti kami akan belikan untuk semua rakan terutamanya ahli JBC



6. Basic H2

6. Basic H2

Basic H2 inipun untuk keguaan luar. Lebihnya untuk kegunaan pembersihan perkakasan rumah. Hanya masukkan 1-2 titik untuk 1 baldi air untuk mencuci rumah. Tetapi BH2 ini juga boleh digunakan untuk mandian anak yang mengalami eszema yang teruk

Masukkan 1-2 titik BH2 dalam sebaldi air dan mandikan anak tadi dengan air campuran ini. Usah risau, bahan Shaklee semuanya semulajadi dan selamat.

BH2 ini diperbuat daripada ekstrak jagung dan kelapa. Jadi selamat dan semulajadi untuk kegunaan luaran, terutamanya untuk perkakasan rumah. Sesekali boleh juga digunakan untuk membantu merawat anak yang ada eszeme. 



Kesimpulan

Kesimpulannanya adalah 1. mealshakes, 2. omegaguard, 3. chewable vita C, 4. nutriferon, 5. herbal blend dan 6. basic H2. Item 5 dan 6 untuk kegunaan luar sahaja

Makanan tambahan untuk anak-anak ikut keutamaan dari kanan ke kiri. 2 yang terakhir disebelah kiri untuk kegunaan luar sahaja. Artikel berkaitan juga boleh rujuk di sini, sini dan sini


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
22 Mei 2014
Read more ...