Showing posts with label nutriferon. Show all posts
Showing posts with label nutriferon. Show all posts

Thursday, 22 May 2014

Vitamin Anak-Anak; Ikut Keutamaan dan Pengalaman

Bismillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhamad


Assalamualaikum

Kali ini kami ingin simpulkan berkaitan dengan vitamin dan makanan tambahan anak-anak untuk rujukan bersama mengikut keutamaan. Sebelum ini ada kami kongsikan info berkenaan vitamin untuk anak-anak ini di entri ini, ini, iniini, dan ini.

Kesimpulan yang boleh kami kongsikan hasil pembacaan, pengamatan dan pengalaman kami sendiri dengan anak-anak, vitamin dan makanan tambahan yang diperlukan oleh mereka mengikut keutamaannya adalah seperti berikut:




1. Meal Shakes
Meal Shakes mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh anak-anak kita untuk membantu tumbesaran fizikal dan mental mereka insyaAllah, iaitu (seperti gambar di bawah).

1 bekas ini seberat 544g, dan setiap sajian 34g mengandungi vitamin seperti dalam rajah dibawah. Kandungan vitamin yang disaran untuk diambil oleh anak-anak kita boleh rujuk di ebook percuma ini

Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam setiap sajian (34g)








2. Omega Guard


Omega guard membekalkan minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA yang membantu perkembangan mental anak-anak, juga membantu menyokong sistem penglihatan, sendi, saraf, sistem kardiovaskular / jantung dan tekanan darah.

1 botol ini mengandungi 90 kapsul, dan setiap kapsul omegaguard mengandungi 330mg fatty asid, 180mg EPA dan 120mg HDA.


3. Chewable Vita C Plus


3. Chewable Vita C Plus

Chewable vita C membantu bekalkan vitamin C kepada anak-anak. Dalam bentuk tablet untuk dihisap. Setiap botol ada 90 tablet, dan 1 tablet mengandungi vitamin C yang menyamai kandungan vitamin C yang terdapat di dalam sebiji buah oren.

Hanya ambil 1 tablet sehari. Setiap tablet mengandungi 117.9mg vitmin C. Kegunaan 3 bulan jika seorang yang makan. Jika 3 orang, dengan sebiji seorang sebulan dah habis


4. Nutriferon

4. Nutriferon
Nutriferon ni membantu menguatkan sistem imun kita dan anak-anak. Dalam 1 kotak ini ada 30 paket kecil. Biasanya kita dewasa ambil 1 paket apabila perlu, contohnya bila badan rasa kurang bermaya, panas ataupun tekak rasa perit (tanda-tanda normal awalan demam)

Untuk anak-anak 1/2 paket cukup. Cara minum boleh campurkan dalam air, ataupun telan begitupun boleh juga. Rasanya macam gula perang. Dah telan, bilaskan semula dengan air


5. Herbal Blend



5. Herbal Blend


Herbal blend (HB) dan basic H2 (di bawah) ini untuk keguaan luar. HB untuk disapu pada kulit yang kurang sihat; contohnya jika ada eszema, gatal, ruam, merah ataupun digigit nyamuk. Rasanya sedikit "beragin". Jadi sapu dengan nipis untuk anak kecil

Untuk dewasa, HB juga sesuai untuk kulit kaki / tumit yang pecah, kegatalan dan segala macam yang berkaitan dengan kulit

HB ini antara hot product Shaklee. Sekarang out of stock. Ramai yang tertunggu-tunggukkan HB ini, dan dah ada 3-4 orang yang dah book dengan kami untuk beli produk ini. InysaAllah bila ada nanti kami akan belikan untuk semua rakan terutamanya ahli JBC



6. Basic H2

6. Basic H2

Basic H2 inipun untuk keguaan luar. Lebihnya untuk kegunaan pembersihan perkakasan rumah. Hanya masukkan 1-2 titik untuk 1 baldi air untuk mencuci rumah. Tetapi BH2 ini juga boleh digunakan untuk mandian anak yang mengalami eszema yang teruk

Masukkan 1-2 titik BH2 dalam sebaldi air dan mandikan anak tadi dengan air campuran ini. Usah risau, bahan Shaklee semuanya semulajadi dan selamat.

BH2 ini diperbuat daripada ekstrak jagung dan kelapa. Jadi selamat dan semulajadi untuk kegunaan luaran, terutamanya untuk perkakasan rumah. Sesekali boleh juga digunakan untuk membantu merawat anak yang ada eszeme. 



Kesimpulan

Kesimpulannanya adalah 1. mealshakes, 2. omegaguard, 3. chewable vita C, 4. nutriferon, 5. herbal blend dan 6. basic H2. Item 5 dan 6 untuk kegunaan luar sahaja

Makanan tambahan untuk anak-anak ikut keutamaan dari kanan ke kiri. 2 yang terakhir disebelah kiri untuk kegunaan luar sahaja. Artikel berkaitan juga boleh rujuk di sini, sini dan sini


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
22 Mei 2014
Read more ...

Monday, 19 May 2014

Morib Gold Coast: Hari Keluarga dan Sambutan Hari Lahir (Bahagian 2)


Bismillah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar
Lailahaillah muhammadurasullullah
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad



Assalamualaikum


Kali ini lagi banyak gambar berbanding entri pertama dahulu ;)


Hari Keluarga 10-11 Mei 2014


Hari keluarga UniKL MFI diadakan 2 tahun sekali, selang seli dengan dinner. Kalau tahun ni dah hari keluarga, tahun depan dinner, begitulah sebaliknya.

Antara tempat yang pernah kami pergi untuk familyday adalah Sunway Lagoon PJ (balik hari), Tiara Beach Resort (TBR), PD (bermalam), Colmar Tropicale, Bukit Tinggi (bermalam), Desaru Johor (bermalam) dan juga Suria Beach Resort Cherating Pahang (juga bermalam).

Antara tempat tersebut, TBR yang paling banyak pergi, mungkin 2 ataupun 3 kali, termasuk pergi untuk berkursus, review curriculum dan juga retreat. PD jadi pilihan utama sebab dekat, ada pantai dan juga taman tema air yang boleh tahan besar dan menarik untuk anak-anak.

Kali ini 10-11 Mei lepas, pihak pengurusan dengan AJK Karisma (AJK Kebajikan Staff) yang dilantik telah memilih untuk buat familyday di Morib Goald Coast (MGC), alhamdulillah. Oleh sebab kami pernah pergi hujung tahun lepas, jadi lokasi, jalan, kedai makan, masjid alhamdulillah kami dah familiar. Mudah perjalanan bila kita dah tahu jalan terutamanya apabila travel dengan anak kecil dan penuh muatan kereta.

Biasanya setiap tahun kami akan usahakan untuk bawa anak-anak bercuti terutamanya musim cuti sekolah. Paling kurang kami akan bawa mereka mandi kolam di kolam renang UKM. Kalau UniKL mahupun UKM tiada familyday kami akan carikan masa sendiri untuk bawa anak-anak berjalan. Setakat ini semua destinasi adalah tempatan, termasuklah ke Langkawi 2 tahun lepas.



View MGC dari bilik penginapan




Hari Pertama


Hari pertama sampai

Kami bertolak dari Bangi selepas solat zohor. Kebetulan Luke ada kerja yang perlu disiapkan dipejabat, jadi pagi Sabtu tu masuk pejabat dahulu. Sebelum zohor balik rumah, makan tengahari, solat sama-sama dan berangkat. Liza yang tolong packing barang anak-anak semua

Hari pertama sampai. Selepas ambil kunci, ada minum petang disediakan. Minum petang dipinggir pantai, boleh lihat suasana pantai. Lepas makan, ambil barang dalam kereta dan masuk bilik. Lepas solat asar, tukar pakaian, turun bawa anak-anak mandi


Makan Malam




Dinner, tema "Arabic Night"

Teman makan malam kali ini adalah "Arabic Night". Jadi Liza bawakan jubah yang dibeli di Mekah dan Madinah semasa kami ke umrah dulu untuk dipakai masa makan malam tempoh hari. Semua pakai jubah, lelaki jubah putih, perempuan jubah hitam. Antara gambar yang sempat kami ambil semasa dalam perjalanan ke lokasi dinner.

Masa dinner langsung tak ambil gambar, kusyuk makan hehe.

Malam tu Luke dapat kipas angin untuk cabutan bertuah, alhamdulillah, kira antara kategori sederhana besar juga tu. Grand prize malam tu adalah TV LCD 42", tablet x 2 dan cash RM1000 x 2. Tahniah kepada semua pemenang

Hadiah yang kami dapat. Ambil di pejabat selepas tamat hari keluarga



Hari Kedua; Sukaneka



Hari kedua adalah hari sukan. Lepas solat subuh, terus kami turun makan. nasib baik anak-anak tidur awal, jadi senang bangun pagi, mandi dan solat subuh. Dalam pukul 7 kami turun minum pagi. Lepas minum pagi terus kami ke tepi pantai; lokasi sukaneka. Kami antara orang terawal yang sampai hehe. Orang lain masih makan.

Jadi sementara tunggu yang lain sampai, banyaklah sempat kami ambil gambar sebelum sukan mula. Antaranya adalah seperti di bawah.




Menunggu rakan lain datang. Berehat di tepi pantai, menikmati keindahan alam



Bawa anak-anak main pasir di tepi pantai, dan bergambar keluarga sebelum acara sukan mula





Liza dan anak-anak di tepi pantai, dan juga gambar semasa hari ketibaan

Kolam, pagi sebelum sukaneka, bunga Muhammad hadiahkan pada mamanya dan gambar sebelum dinner


Liza dan Muhammad main bowling kelapa

Muhammad main bowling kelapa. Muhammad, Aisyah dan Athirah main lumba bawa bola pinpong dalam sudu



Sebelum acara bawa bola pinpong dalam sudu, sempat lagi mesyuarat merangka strategi. Liza yang ambil gambar ini. Luke tengah deal dengan Yusuf hehe


Acara berebut gula-gula terbuka untuk kanak-kanak. Yusuf malu-malu. Nasib baik kakak dan abangnya tolong rebutkan untuk dia



Aisyah dan Athirah semasa sukaneka yang sempat Luke snap gambar


Yusuf tolong angkut hadiah, haha rajin dia. Bukan suruh dia pun, dia yang rajin, biasalah anak mama



Suprise Muhammad Kepada Ibunya

Muhammad dan adik-adiknya berpakat dari rumah di Bangi lagi mereka dah bawakan hadiah untuk mamanya untuk dibagikan semasa berada di sini. Dia beli sejambak bunga dari sekolahnya petang Jumaat, hari Sabtu kami berangkat dan pagi sebelum sukaneka tu Muhammad bagi bunga itu pada mamanya ;)

Terkejut Liza dapat bunga sempena hari ibu kan 11 Mei 2014

Liza terkejut dan kegembiraan dapat bunga, gambar tiket ke kolam mandi, dan gambar gula-gula semasa sukaneka anak-anak


Atas-kanan; Bunga yang Muhammad dan adiknya bagi pada Liza


Berangkat Pulang

Lepas sukaneka, dapat hadiah, terus anak-anak nak mandi kolam. Naik ke bilik, tukar baju kolam dan mandi. Sampai pukul 12.30 tengah hari kami naik, tukar pakaian, dan check out.

Singgah solat zohor di Masjid di pantai Morib. Kemudian singgah ke pantai, makan aiskream, dan anak-anak nak main taman permainan. Jam sekitar 2 petang tu. Nasib baik taman permainan ni dekat dengan pokok besar, kira redup juga untuk anak-anak main.

Lepas makan dan minum semua kamipun berangkat pulang ke Bangi. Dah kena aircond, tidurlah mereka semua sepanjang perjalanan. Tinggal driver dengan co driver je lah yang jaga. Semua dah penat kan.


Di Pantai Morib

Atiqah main jongkang jongkit dengan kakaknya



Persiapan dan Cadangan Penambahbaikan


Alhamdulillah kami selamat sampai Bangi sebelum waktu asar. Gambar dibawah adalah persiapan sebelum ke MGC.

1. Pelampung renang untuk anak-anak

2. Tiket mandi untuk masuk ke kolam renang

3. Charge bateri kamera. Jarang gunapun sebab banyak guna kamera HP

4. Nutriferon; Luke dan Liza ambil 1 paket kecil untuk bantu tingkatkan sistem imun. Anak-anak ambil 1/2 paket seorang. Ada yang tak sempat ambil masa pergi. Jadi kami bagi selepas pulang dari bercuti





Sebelum entri ini diakhiri, kami ingin mengucapkan berbanyak teriam kasih kepada pihak ppengurusan hari keluarga UniKL MFI yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada pihak MGC yang menyediakan lokasi yang baik untuk anak-anak mandi terutamanya. Dan terima kasih juga sebab bagi 2 hadiah untuk anak kami hujung tahun lepas

Cumanya ada beberapa perkara yang pihak pengurusan MGC boleh ambil untuk tingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka antaranya adalah:

1. Kunci bilik selalu rosak. Kad touch yang diberikan tidak boleh di baca. Alhamdulillah semasa familyday ini kami tak kena, tapi semasa datang hujung tahun lepas, 4-5 kali kami kena. Bayangkan tengah basah, anak kesejukan, nak masuk bilik tak boleh. terpaksa turun ke lobi untuk inform pengurusan. Dah reset, naik nak cuba tak boleh lagi. Memang masa ni Luke panas sangat. Nak bisnes ke apa macam ni?

Memang masa pihak pengurusan cadangkan untuk ke sini Luke dah bagi info dengan perkara remeh temeh begini boleh merencatkan perjalanan percutian. Alhamdulillah kami ini kami sekeluarga tak kena, tapi kawan di depan bilik kami kena. Mungkin sesetengah sistem locking dah rosak. Jadi harapnya pihak MGC ambil tindakan sewajarnya untuk baikpulih

2. Bau, masa datang hujung tahun lepas, bau kawasan sini memang sangat-sangat tidak menyenangkan. Petang saja bila angin bertiup bau akan menerpa hidung. Dekat nak magrib masa tengah rehat kat bilik, lagi kuat baunya. Kena tutup pintu sliding baru bau tak masuk.

Rupanya bau ini datang dari ladang ternakan yang ada tidak jauh dari MGC ini. Kira ini luar kawalan MGC. Cuma jika ada sistem untuk kurangkan bau dan kurangkan lalat itu lebaih baik untuk menggamit pengunjung datang



Kesimpulan


Keseluruhannya alhamdulillah percutian ini memuaskan. 2 kali datang, dua-dua memuaskan. Dua-dua kami dapat bilik pool view. Bezanya datang kali kedua ini, kunci bilik tak meragam dan bau dan lalat pun agak kurang berbanding kedatangan tempoh hari

Lagi satu yang menarik, tab bilik air nya agak besar dan best untuk mandi. Boleh 2-3 orang masuk sama-sama. Anak kecil kami berendam sama-sama 4 orang dengan pemantaun.

Ok sampai jumpa lagi, dan moga ada sesuatu yang boleh diambil daripada perkongsian percutian hari keluarga dan sambutan hari lahir ini harapnya insyaAllah


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
19 Mei 2014
Read more ...

Sunday, 11 May 2014

Morib Gold Coast: Hari Keluarga dan Sambutan Hari Lahir (Bahagian 1)

Bismillah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar
Lailahaillah
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad

Assalamualaikum

Coretan percutian di Morib Gold Coast untuk kenang-kenangan dan juga rujukan bagi yang bercadang untuk berkunjung ke sana

bahagian 1 (Sambutan Hari Lahir)
bahagian 2 (Sambutan Hari Keluarga Pejabat)


Alhamdulillah, 2 kali kami berkesempatan berkunjung ke sini. Kali pertama pada cuti sekolah tahun lepas 26-27 Dis 2013, dan kali kedua adalah semasa sambutan hari keluarga pejabat 10-11 Mei 2014. Entri ini akan berdasarkan gambar, bagi memudahkan penceritaan ;)

Selamat menonton gambar dan mendengar cerita kami ;)

Gambar seisi keluarga kami; Lukeman, Siti Norliza dan anak-anak


Gambar perkenalan; suami isteri Lukeman dan Liza, dan anak pertama hingga anak ke lima, alhamdulillah nikmat rezeki dikurniakan anak yang sihat, dan membesar dengan cerdas. Moga mereka dan anak kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah insyaAllah



Cuti Sekolah 26-27 Dis 2013


Hujung tahun lepas, kami bercadang untuk bawa anak-anak bercuti semsaa cuti sekolah. Jadi pilih punya pilih akhirnya buat keputusan untuk ke Morib Gold Coast (MGC). Kebetulan di sini ada sambutan hari lahir. 

Anak kami yang ketiga lahir 27 Disember, jadi kami book hotel pada 26 dan 27 dengan pakej hari lahir di MGC, dapat harga murah sedikit daripada harga biasa, dengan pakej kek, hadiah dan sijil hari lahir. Suka sangat Athirah sebab birthday dia di sambut di hotel ;)




Birthday Girl

Birthday girl; ulang tahun kelahiran yang ke 6. Tahun 2014 dah darjah 1. Athirah ni lahir awal daripada jangkaan. Ikutkan due nya awal bulan 1, tapi rezekinya lahir pada hujung bulan 12. Untung 1 tahun. Orang lain 7 tahun baru masuk darjah 1, dia 6 tahun 1 minggu dah darjah 1 ;)

Kakaknya yang umur 1 tahun lebih tua pun dapat hadiah yang sama daripada pihak MGC. Terima kasih pihak MGC, moga makin murah rezeki dan makin ramai pengunjung datang ke resort tuan dan puan

Kisahnya begini; bila Athirah dapat hadiah dan kek, Aisyah pun nak hadiah yang sama. Muhammad si sulong dan matang, jadi dia cool aja dan tak minta-minta hadiah. Aisyah dan Athirah agak rapat, jadi biasanya mereka berdua akan nak benda yang sama / hampir sama.

Jadi untuk tenteramkan suasana Lukeman minta dengan pihak MGC untuk beli lagi 1 tambahan hadiah untuk Aisyah. Dengan murah hati pihak MGC bagi 1 hadiah percuma untuk Aisyah. Suka sangatlah mereka berdua malam itu sebab dapat hadiah 1 seorang daripada hotel masa dinner.



Hadiah yang mereka berdua dapat


Inilah hadiah yang mereka berdua dapat; bear yang boleh menyanyi lagu "Happy Birthday", sambil menari, keluarkan muzik dan warna-warni. Indah sekali ;). Memang tidur dengan hadiahlah mereka berdua malam tu. Balik Bangi, siap dipakaikan tudung dan bagi nama lagi pada anak-anak baru mereka.

1 nama Siti Sarah, 1 lagi nama Siti Norlina. Esoknya tukar jadi nama lain pula, haha. Macam-macam idea Aisyah dan Athirah ni. Bear besar yang warna biru tu kononnya ibu bear pink yang baru ini, ;)


Hari Pertama


Pandangan dari bilik penginapan



Hari pertama sampai; solat Asar, makan alas perut sebelum dinner malam nanti, dan terus tukar baju renang. Masing-masing dah ada baju renang seorang 1; dari yang besar sampailah ke yang paling kecil. Pelampung pun seorang 1 untuk yang kecil, yang dah besar tak payah guna pelampung dah, boleh berenang sendiri dengan bantuan kami berdua. Kecil dulu dah guna pelampun, sekarang bagi adik-adik pula



Hari pertama


Petang hari pertama, masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kolam dan gelongsornya. Masih dengan gaya-gaya konventional hehe. Gambar ini diambil dari permandangan di lokasi taman tema air MGC




Gambar dari lokasi bilik penginapan


Alhamdulillah kami dapat bilik menghadap pool, jadi agak senanglah nak pantau anak-anak dari atas. Gambar inipun diambil dari balkoni bilik. Bilik di tingkat 2, memang betul-betul menghadap pool. Di family day semalam pun kami dapat bilik menghadap pool juga cuma tingkatnya lebih rendah, aras 1, alhamdulillah



Antara aksi-aksi yang dapat ditangkap lensa kamera


Antara aksi yang dapat diambil dengan kamera pada hari pertama. Boleh tahan juga taman tema air di MGC ini, sesuai untuk anak-anak mandi manda melepaskan penat lelah dan menyalurkan tenaga mereka ;)



Dinner, Sambutan Hari Lahir dan Hadiah


Di bawah adalah antara gambar yang sempat kami rakamkan untuk kenangan semasa malam 27 Dis 2014. Malam ulang tahun kelahiran anak ketiga kami; Athirah. Dapat kek, hadiah dan sijil daripada pihak MGC, bukan 1 hadiah, tapi 2 hadiah. Lagi 1 untuk kakaknya sama.


Malam 27 Disember 2013


Yusuf sampai tersenguk-senguk di meja makan, haha, penat main kolam petang sebelumnya. Jadi kami makan pun cepat-cepat, kesian kat anak keempat kami ini. Si bongsu tak bawa masa dinner, tinggal kat bilik dengan pengasuhnya. Selamat menyambut ulang tahun ke 6 buat Athirah, moga membesar menjadi anak yang solehah

Antara tagline Athirah masa awal-awal pandai bercakap dulu adalah 

"mama comel, abah comel, kakak comel, abang comel.......semua orang comel....."

Tanya je siapa yang comel, semua orang yang ada dingatannya akan disebut.  Kalau kebetulan sedara-mara datang pun dia akan bilang sorang-sorang, dan ayat akhirnya adalah

"semua orang comel"

Semua anak ada tagline masing-masing semasa kecil mereka ;)



Hari Kedua


Hari kedua


Hari kedua, lepas breakfast terus anak-anak turun ke pool, sambung mandi. Hari ini baru keluar aksi-aksi berani mereka setelah tempoh menyesuaikan diri semalam berakhir hehe. Hari ini mula keluar gaya akrobatik, berpusing-pusing, turun kepada dahulu. Gambar di atas sebagai bukti kenangan untuk mereka ;)

Kami ada berdekatan, itu yang mereka berani cuba. Airpun agak cetek. Boleh dilakukan aksi diatas dengan pemantauan orang dewasa. Mereka ini pun buat selepas tengok orang lain buat. Jadi timbul keinginan untuk cuba gaya baru. Cuba sajalah, kita kan sedang bercuti. Apa gaya nak buat, silakan buat, jangan malu-malu. Jangan gaya yang extreme / membahayakan diri sudah



Tengah hari sebelum check out


Selepas berpenat lelah mandi manda (sampai minta nak sambung main lagi). akhirnya tiba masa untuk berangkat pulang. Hadiah dah dapat, kek pun dah habis, sijil pun dah dapat. Sijil sambutan kelahiran di MGC. Terima kasih lagi sekali untuk pihak pengurusan MGC



Penutup


Biasanya semasa bercuti, kita akan bawa ubat-ubatan sebagai persediaan jika ada perkara luar jangka yang berlaku. Kami pun sama, sebelum berangat kami akan bagi anak-anak makan nutriferon 1/2 paket seorang untuk persediaan sistem imunisasi badan mereka.

Biasanya anak-anak bila bergaul dengan ramai orang, bila sistem imun mereka rendah, mereka akan mudah dijangkiti penyakit. Anak kami pun sama, bila sesekali ke tempat orang ramai, akan ada seorang dua yang apabila balik nanti badan akan mula panas.

Jadi nutriferon ini dapat membantu meningkatkan sistem imun mereka agar sentiasa kuat dan mampu untuk melawan penyakit. Kalau tak sempat bagi sebelum berangkat ke percutian mana-mana, masa pulang nanti boleh terus bagi 1/2 paket seorang. Dewasa macam kami berdua; kami ambil 1 paket seorang. Campur dalam air minum pun boleh, nak terus makan macam tu pun boleh, kemudian bilaskan dengan air masak ataupun air tapis.


Nutriferon untuk makan sebelum berangkat / selepas pulang dari bercuti. B complex, vitalea, ostematrik dan omegaguard (tiada dalam gambar) Liza masukkan dalam paket kecil untuk kegunaan sehari di sana


Nutriferon untuk makan sebelum berangkat / selepas pulang dari bercuti. B complex, vitalea, ostematrik dan omegaguard (tiada dalam gambar) Liza masukkan dalam paket kecil untuk kegunaan sehari di sana

Secara keseluruhannya alhamdulillah percutian ini boleh dikategorikan sebagai memuaskan untuk anak-anak cuma ada 2-3 perkara yang boleh pihak MGC pertingkatkan demi untuk menjaga mutu dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka. Antara yang boleh dipertingkatkan itu insyaAllah akan kami kongsikan di entri akan datang tajuknya Morib Gold Coast: Hari Keluarga dan Sambutan Hari Lahir (Bahagian 2)

Bahagian 1 ini khusus untuk sambutan hari lahir tahun lepas, bahagian 2 insyaAllah tentang sambutan hari keluarga yang baru tamat semalam

Moga ada manfaatnya insyaAllah

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
11 Mei 2014

Read more ...

Thursday, 27 February 2014

Travelog Umrah dan Ziarah (6) Persiapan Menuju Madinah dan Mekah

Sebelum berangkat ke Madinah dan Mekah, beberapa persiapan perlu kita lakukan yang melibatkan persiapan mental, fizikal dan spiritual. Persiapan mental maksudnya kita bersedia dari segi semangat dan roh untuk ke Tanah suci Mekah dan Madinah, persediaan fizikal maksudnya fizikal dan kesihatan kita mengizinkan, dan persiapan spiritual melibatkan taubat, berdoa, beristigfar agar urusan kita dipermudahkanNya, insyaAllah.

Di sini kami coretkan beberapa perkara yang perlu kita lakukan sebelum berangkat ke sana bagi memudahkan segala urusan kita disana nanti, insyaAllah;

(1) Mendaftar Haji di kaunter Tabung Haji, sebab tujuan kita buat umrah dan ziarah adalah sebagai persiapan untuk menunaikan ibadah Haji, insyaAllah. Alhamdulillah kami anak beranak semua dah daftar haji dengan Tabung Haji. Ikut pendaftarannya, Lukeman dan Liza akan menunaikan haji pada tahun 2027 masa umur kami 48 dan 46 tahun. Muhammad, Aisyah dan Athiran pada tahun 2052 pada umur mereka 47, 46 dan 45 tahun sebab mereka kami daftarkan pada masa yang sama. Yusuf dan Atiqah pula giliran hajinya adalah pada tahun 2058 iaitu pada umur mereka 46 dan 45 tahun, insyaAllah.
Kita daftar dulu dengan tabung haji bagi menyatakan niat dan keinginan kita untuk menunaikan haji dan umrah. Jika ada rezeki lebih, dan ingin menunaikannya lebih awal, Alhamdulillah kita boleh ambil pakej yang disediakan. Ramai orang ingin menunaikannya lebih awal masa usia masih muda dan tenaga masih kuat. Sama-sama kita doakan agar kita semua boleh pergi menunaikan haji lebih awal insyaAllah. Target kami sebelum kami berumur 40 tahun insyaAllah. Caranya (1) boleh buat rayuan dengan tabung haji ataupun (2) boleh mohon untuk pergi melalui pakej yang lebih mahal berbanding muassasah tabung haji, insyaAllah dan wallahhua'lam.


Buku Tabung Haji Lukeman, Liza, Muhammad, Aisyah, Athirah, Yusuf dan Atiqah.


(2) Mendaftar umrah dengan travel agensi yang berdaftar dan mempunyai rekod yang baik. Lebih elok jika mutawif (orang yang mengendalikan umrah dan ziarah) tersebut adalah kawan ataupun saudara yang telah dipercayai kejujurannya. Dalam kes kami mutawif yang mengendalikan umrah dan ziarah ini adalah rakan sepejabat Liza di UKM. Agensinya adalah Hasanah Travel yang berpejabat di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor. Kos umrah dan ziarah sekitar RM4500-RM7000, bergantung kepada pihak agensi, hotel penginapan, jumlah perjalanan dan pakej ziarah yang ditawarkan. Kos umrah dan ziarah kami adalah RM4690 seorang ataupun RM9380 untuk Lukeman dan Norliza, untuk tempoh 12 hari di Mekah dan Madinah termasuk perjalanan.

Berhati-hati jika mendaftar dengan agensi yang belum pernah kita berurusan kerana banyak kes penipuan yang melibatkan pakej umrah, ziarah mahupun haji.

(3) Pasport dan visa. Kos pasport adalah RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun. Bagi pasport yang telah lama dibuat, tempoh sahnya mestilah sekurang-kurangnya 6 bulan pada masa ingin berangkat. Pasport yang telah siap, beserta dengan 4 keping gambar pasport dan 4 keping gambar visa perlu diserahkan bersama kepada pihak agensi untuk urusan visa. Visa akan diuruskan oleh pihak agensi.

(4) Suntikan imunisani. Kos suntikan imunisasi adalah dalam lingkungan RM80 – RM150. Kami buat suntikan di Poliklinik UKM, Seksyen 15 Bangi dengan kos RM89, antara yang termurah di Lembah Klang. Doktor yang beri suntikan maklumkan tentang perkara ini. Suntikan imunisasi ini valid untuk 3 tahun. Kami buat pada 21.11.2014, jadi validitinya adalah sehingga 20.11.2014. Jika kami ingin buat umrah, ziarah mahupun haji dalan tempoh ini, buku suntikan imunisasi ini masih valid dan boleh digunapakai.

Passport, visa (di dalam passport), sijil suntikan imunisasi, pas perjalanan dan juga buku nota, pen dan pensil.


(5) Wang dan belanja yang cukup. Pengalaman kami; kos untuk tiket umrah dan ziarah untuk 2 orang adalah RM9380, belanja keperluan dan urusan sebelum berangkat sekitar RM500-RM1000, wang yang ditinggalkan untuk belanja persekolahan anak-anak dan untuk keperluan keluarga di Malaysia untuk 12 hari sekitar RM500.

Wang yang dibawa ke Madinah dan Mekah untuk keperluan di sana adalah sekitar RM1000-RM1500 seorang. Kami bawa RM3000 untuk 2 orang dan bila pulang ke Malaysia bakinya adalah RM1000. Tukaran wang RM kepada SR adalah dalam lingkungan RM100 = SR110. Kalau nak lagi untung boleh tukar RM kepada USD di Malaysia dan di Saudi nanti tukarkan kembali kepada SR.

Macam kami, kami tukarkan di Malaysia RM200 = SR220 (SR110 setiap orang) dan USD100=RM330, dan di Madinah tukaran 100USD = SR370.  Jadi jumlah RM yang kami tukar di Malaysia kepada SR dan USD adalah RM530, selebihnya kami bawa dalam bentuk RM.

(6) Belajar, kursus umrah, tanya saudara dan kawan-kawan yang pernah pergi. Biasanya 1 @ 2 minggu sebelum berangkat, pihak agensi akan adakan kursus sehari di masjid terpilih. Pihak agensi kami buat kursus pada 5.1.2014, 2 minggu sebelum berangkat di Masjid Hasabah Bangi.


 Antara gambar yang sempat diambil semasa kursus umrah dan ziarah

Maklumam tentang Kaabah dan nama-nama penting disisi Kaabah


Amali tawaf di Masjid Hasanah Bangi.


(7) Bertanya dengan saudara, jiran dan sahabat yang pernah pergi ke sana juga dapat memberikan kita sedikit gambaran bagi memudahkan urusan kita di sana nanti. Alhamdulillah, sebelum berangkat kami sempat bertemu dengan abang Long dan mak Long di Gombak, dan juga sahabat lama Lukeman di UTM dulu yang baru berangkat ke Tanah Suci awal tahun 2013, setahun yang lepas. 2 pengalaman yang dikongsikan ini memberikan gambaran yang semakin jelas kepada perjalanan kami, Alhamdulillah.

(8) Membaca buku panduan haji, umrah dan ziarah, dan juga buku travelog ke Tanah suci juga akan banyak membantu pemahaman kita tentang perjalanan ibadah ini, insyaAllah. Antara koleksi buku yang kami ada dan baca sebelum ke sana adalah seperti gambar dibawah. Buku panduan umrah dan ziarah yang kecil yang boleh digantungkan dileher dan senang dibawa juga membantu kita untuk membuat rujukan.



(9) Quran kecil dan Al Mathurat juga boleh membantu memudahkan kita membacanya. Quran banyak disediakan di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Namun jika kita ingin bawa dan baca Quran yang dibawa sendiri dari Malaysia tiada masalah.

(10) Vitamin dan ubat-ubatan. Antara vitamin yang kami bawa adalah B Complex, vitalea, ostematrik, vitamin C dan nutriferon. Boleh rujuk artikel ini untuk fungsi detail setiap vitamin ini. Secara asasnya B Complex dan Vitalea untuk membantu memberikan tenaga dan meningkatkan kecergasan fizikal, Ostematrik untuk kalsium tulang dan gigi, vitamin C untuk membantu sistem imunisasi dan kesihatan kulit, dan nutfireron untuk membantu sistem imun bagi mengegah penyakit. Boleh paketkan kecil-kecil untuk kegunaan 2 minggu di sana.



Ubat-ubatan dari klinik juga perlu di bawa bersama sebagai persiapan luar jangak antaranya adalah panadol / paracetamol, ubat batuk, ubat sakit tekak, actifast dan ubat selsema. Berdasarkan pengalaman kami, alhamdulillah ubat-ubat ini tidak perlu digunakan. Namun sebagai persediaan elok kita bawa bersama. Jika kita tak guna, boleh hadiahkan pada sahabat-sahabat yang kita yang lain yang memerlukan.



 
(11) Keperluan asas lelaki . Lelaki: Kain ihram 1-2 pasang, tali pinggang ihram 1, jubah dan seluar 1-2 pasang, seluar panjang 1-2 helai, baju melayu @ baju kemaja 1-2 helai, baju & seluar tidur 2 pasang, gunting @ pisau cukur untuk tahallul 1, tuala mandi 1, berus gigi, ubat gigi, sikat rambut, minyak rambut dan deodoran setiap 1.









*Jubah, kain ihram dan tali pinggang ihram boleh juga dibeli di Madinah @ Mekah. Di sana harga sehelai jubah adalah SR20, dan sehelai seluar adalah SR10. Di Malaysia harga sehelai jubah adalah dalam RM50-RM70. Bawa 1 dari Malaysia pun dah cukup. Tukaran wang RM (Ringgit Malaysia) kepada SR (Saudi Rial) adalah dalam lingkungan RM100 = SR110

(12) Keperluan asas wanitaWanita: Kain sembahyang 2 pasang (akan dikemaskini kemudian)


Wallahhua’lam 

Liza & Lukeman
Bangi Selangor
27.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com

Read more ...