Bismillah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar
Lailahaillah muhammadurasullullah
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad
Assalamualaikum
Sambungan daripada Morib Gold Coast: Hari Keluarga dan Sambutan Hari Lahir (Bahagian 1)
Kali ini lagi banyak gambar berbanding entri pertama dahulu ;)
Hari Keluarga 10-11 Mei 2014
Hari keluarga UniKL MFI diadakan 2 tahun sekali, selang seli dengan dinner. Kalau tahun ni dah hari keluarga, tahun depan dinner, begitulah sebaliknya.
Antara tempat yang pernah kami pergi untuk familyday adalah Sunway Lagoon PJ (balik hari), Tiara Beach Resort (TBR), PD (bermalam), Colmar Tropicale, Bukit Tinggi (bermalam), Desaru Johor (bermalam) dan juga Suria Beach Resort Cherating Pahang (juga bermalam).
Antara tempat tersebut, TBR yang paling banyak pergi, mungkin 2 ataupun 3 kali, termasuk pergi untuk berkursus, review curriculum dan juga retreat. PD jadi pilihan utama sebab dekat, ada pantai dan juga taman tema air yang boleh tahan besar dan menarik untuk anak-anak.
Kali ini 10-11 Mei lepas, pihak pengurusan dengan AJK Karisma (AJK Kebajikan Staff) yang dilantik telah memilih untuk buat familyday di Morib Goald Coast (MGC), alhamdulillah. Oleh sebab kami pernah pergi hujung tahun lepas, jadi lokasi, jalan, kedai makan, masjid alhamdulillah kami dah familiar. Mudah perjalanan bila kita dah tahu jalan terutamanya apabila travel dengan anak kecil dan penuh muatan kereta.
Biasanya setiap tahun kami akan usahakan untuk bawa anak-anak bercuti terutamanya musim cuti sekolah. Paling kurang kami akan bawa mereka mandi kolam di kolam renang UKM. Kalau UniKL mahupun UKM tiada familyday kami akan carikan masa sendiri untuk bawa anak-anak berjalan. Setakat ini semua destinasi adalah tempatan, termasuklah ke Langkawi 2 tahun lepas.
Hari Pertama
Hari pertama sampai |
Kami bertolak dari Bangi selepas solat zohor. Kebetulan Luke ada kerja yang perlu disiapkan dipejabat, jadi pagi Sabtu tu masuk pejabat dahulu. Sebelum zohor balik rumah, makan tengahari, solat sama-sama dan berangkat. Liza yang tolong packing barang anak-anak semua
Hari pertama sampai. Selepas ambil kunci, ada minum petang disediakan. Minum petang dipinggir pantai, boleh lihat suasana pantai. Lepas makan, ambil barang dalam kereta dan masuk bilik. Lepas solat asar, tukar pakaian, turun bawa anak-anak mandi
Makan Malam
Dinner, tema "Arabic Night" |
Teman makan malam kali ini adalah "Arabic Night". Jadi Liza bawakan jubah yang dibeli di Mekah dan Madinah semasa kami ke umrah dulu untuk dipakai masa makan malam tempoh hari. Semua pakai jubah, lelaki jubah putih, perempuan jubah hitam. Antara gambar yang sempat kami ambil semasa dalam perjalanan ke lokasi dinner.
Masa dinner langsung tak ambil gambar, kusyuk makan hehe.
Malam tu Luke dapat kipas angin untuk cabutan bertuah, alhamdulillah, kira antara kategori sederhana besar juga tu. Grand prize malam tu adalah TV LCD 42", tablet x 2 dan cash RM1000 x 2. Tahniah kepada semua pemenang
Hadiah yang kami dapat. Ambil di pejabat selepas tamat hari keluarga |
Hari Kedua; Sukaneka
Hari kedua adalah hari sukan. Lepas solat subuh, terus kami turun makan. nasib baik anak-anak tidur awal, jadi senang bangun pagi, mandi dan solat subuh. Dalam pukul 7 kami turun minum pagi. Lepas minum pagi terus kami ke tepi pantai; lokasi sukaneka. Kami antara orang terawal yang sampai hehe. Orang lain masih makan.
Jadi sementara tunggu yang lain sampai, banyaklah sempat kami ambil gambar sebelum sukan mula. Antaranya adalah seperti di bawah.
Menunggu rakan lain datang. Berehat di tepi pantai, menikmati keindahan alam |
Bawa anak-anak main pasir di tepi pantai, dan bergambar keluarga sebelum acara sukan mula |
Liza dan anak-anak di tepi pantai, dan juga gambar semasa hari ketibaan |
Kolam, pagi sebelum sukaneka, bunga Muhammad hadiahkan pada mamanya dan gambar sebelum dinner |
Liza dan Muhammad main bowling kelapa |
Muhammad main bowling kelapa. Muhammad, Aisyah dan Athirah main lumba bawa bola pinpong dalam sudu |
Sebelum acara bawa bola pinpong dalam sudu, sempat lagi mesyuarat merangka strategi. Liza yang ambil gambar ini. Luke tengah deal dengan Yusuf hehe |
Acara berebut gula-gula terbuka untuk kanak-kanak. Yusuf malu-malu. Nasib baik kakak dan abangnya tolong rebutkan untuk dia |
Aisyah dan Athirah semasa sukaneka yang sempat Luke snap gambar |
Yusuf tolong angkut hadiah, haha rajin dia. Bukan suruh dia pun, dia yang rajin, biasalah anak mama |
Suprise Muhammad Kepada Ibunya
Muhammad dan adik-adiknya berpakat dari rumah di Bangi lagi mereka dah bawakan hadiah untuk mamanya untuk dibagikan semasa berada di sini. Dia beli sejambak bunga dari sekolahnya petang Jumaat, hari Sabtu kami berangkat dan pagi sebelum sukaneka tu Muhammad bagi bunga itu pada mamanya ;)
Terkejut Liza dapat bunga sempena hari ibu kan 11 Mei 2014
Liza terkejut dan kegembiraan dapat bunga, gambar tiket ke kolam mandi, dan gambar gula-gula semasa sukaneka anak-anak |
Atas-kanan; Bunga yang Muhammad dan adiknya bagi pada Liza |
Berangkat Pulang
Lepas sukaneka, dapat hadiah, terus anak-anak nak mandi kolam. Naik ke bilik, tukar baju kolam dan mandi. Sampai pukul 12.30 tengah hari kami naik, tukar pakaian, dan check out.
Singgah solat zohor di Masjid di pantai Morib. Kemudian singgah ke pantai, makan aiskream, dan anak-anak nak main taman permainan. Jam sekitar 2 petang tu. Nasib baik taman permainan ni dekat dengan pokok besar, kira redup juga untuk anak-anak main.
Lepas makan dan minum semua kamipun berangkat pulang ke Bangi. Dah kena aircond, tidurlah mereka semua sepanjang perjalanan. Tinggal driver dengan co driver je lah yang jaga. Semua dah penat kan.
Di Pantai Morib |
Atiqah main jongkang jongkit dengan kakaknya |
Persiapan dan Cadangan Penambahbaikan
Alhamdulillah kami selamat sampai Bangi sebelum waktu asar. Gambar dibawah adalah persiapan sebelum ke MGC.
1. Pelampung renang untuk anak-anak
2. Tiket mandi untuk masuk ke kolam renang
3. Charge bateri kamera. Jarang gunapun sebab banyak guna kamera HP
4. Nutriferon; Luke dan Liza ambil 1 paket kecil untuk bantu tingkatkan sistem imun. Anak-anak ambil 1/2 paket seorang. Ada yang tak sempat ambil masa pergi. Jadi kami bagi selepas pulang dari bercuti
Sebelum entri ini diakhiri, kami ingin mengucapkan berbanyak teriam kasih kepada pihak ppengurusan hari keluarga UniKL MFI yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada pihak MGC yang menyediakan lokasi yang baik untuk anak-anak mandi terutamanya. Dan terima kasih juga sebab bagi 2 hadiah untuk anak kami hujung tahun lepas
Cumanya ada beberapa perkara yang pihak pengurusan MGC boleh ambil untuk tingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka antaranya adalah:
1. Kunci bilik selalu rosak. Kad touch yang diberikan tidak boleh di baca. Alhamdulillah semasa familyday ini kami tak kena, tapi semasa datang hujung tahun lepas, 4-5 kali kami kena. Bayangkan tengah basah, anak kesejukan, nak masuk bilik tak boleh. terpaksa turun ke lobi untuk inform pengurusan. Dah reset, naik nak cuba tak boleh lagi. Memang masa ni Luke panas sangat. Nak bisnes ke apa macam ni?
Memang masa pihak pengurusan cadangkan untuk ke sini Luke dah bagi info dengan perkara remeh temeh begini boleh merencatkan perjalanan percutian. Alhamdulillah kami ini kami sekeluarga tak kena, tapi kawan di depan bilik kami kena. Mungkin sesetengah sistem locking dah rosak. Jadi harapnya pihak MGC ambil tindakan sewajarnya untuk baikpulih
2. Bau, masa datang hujung tahun lepas, bau kawasan sini memang sangat-sangat tidak menyenangkan. Petang saja bila angin bertiup bau akan menerpa hidung. Dekat nak magrib masa tengah rehat kat bilik, lagi kuat baunya. Kena tutup pintu sliding baru bau tak masuk.
Rupanya bau ini datang dari ladang ternakan yang ada tidak jauh dari MGC ini. Kira ini luar kawalan MGC. Cuma jika ada sistem untuk kurangkan bau dan kurangkan lalat itu lebaih baik untuk menggamit pengunjung datang
Kesimpulan
Keseluruhannya alhamdulillah percutian ini memuaskan. 2 kali datang, dua-dua memuaskan. Dua-dua kami dapat bilik pool view. Bezanya datang kali kedua ini, kunci bilik tak meragam dan bau dan lalat pun agak kurang berbanding kedatangan tempoh hari
Lagi satu yang menarik, tab bilik air nya agak besar dan best untuk mandi. Boleh 2-3 orang masuk sama-sama. Anak kecil kami berendam sama-sama 4 orang dengan pemantaun.
Ok sampai jumpa lagi, dan moga ada sesuatu yang boleh diambil daripada perkongsian percutian hari keluarga dan sambutan hari lahir ini harapnya insyaAllah
Wallahhua'lam

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
19 Mei 2014
No comments:
Post a Comment
Komen Sahabat