Allahhummabariklana firajabwasya’ban waballignaramadhan
3 amalan yang Allah suka:
1. Solat di awal waktu
2. Lidah yang sentiasa basah dengan zikir
3. Berjihad dijalan Allah (masa, harta, jiwa dan raga)
5 yang perlu di jaga untuk meningkatkan takwa:
1. Mata, tundukkan pandangan kerana mata ini juga
yang akan melihat wajah Allah nanti insyaAlah
2. Mulut, pastikan keluar perkataan yang baik-baik
3. Telinga, pastikan dengar perkara yang
mendatangkan ibadah dan pahala
4. Perut, pastikan hanya rezeki yang halal yang
masuk ke dalm perut kita, anak dan isteri
5. Hati, jika baik hati akan baik anggota lain
3 cerita sebagai pengajaran:
1. Saidina Abu Bakar ketika balik ke rumah, makan
buah di rumahnya tanpa tahu darimana sumbernya. Apabila ditanya, buah itu
diambil daripada kebun yang jatuh, dan belum di minta izin daripada tuannya.
Saidina Abu Bakar jolok tangannya ke dalam mulut dan muntahkan kembali kerana
tidak mahu perkara yang belum disahkan halal masuk menjadi darah dagingnya
2. Guru kepada imam Ghazali semasa kecilnya pernah
di susukan oleh orang lain, apabila ayahnya pulang, ayahnya jolokkan jari ke
dalam mulut dan muntahkan kembali kerana tidak mahu susu yang tidak diketahui
sumber makanannya menjadi darah daging anak dan keturunannya
3. Orang dulu-dulu; 6 bulan sebelum Ramadhan dah
berdoa agar disampaikan kepada Ramadhan dan 6 bulana selepas Ramadhan berdoa
agar amalan pada bulan Raadhan diterimaNya
Kuliah subuh Surau An Najah Bandar Baru Bangi 1/5/2014 bersamaan 1 Rejab 1435