Showing posts with label jom bahagia. Show all posts
Showing posts with label jom bahagia. Show all posts

Sunday, 25 May 2014

Kad Kredit Islamik Dan Cara Memanfaatkannya

Assalamualaikum

Kali ini ini kami ingin kongsikan cara untuk memanfaatkan kad kredit bagi memudahkan urusan seharian kita insyaAllah, berdasarkan pengalaman kami sendiri.

Kami mula menggunakan kad kredit bila keadaan memerlukan, apabila anak dah 3. Ketika ini kami perlu beli banyak keperluan dapur dan juga keperluan anak-anak seperti lampin pakai buang dan susu. Jadi untuk elakkan bawa banyak wang tunai, kami buat 1 kad kredit yang tiada yuran bulanan mahupun tahunan ataupun istilahnya "free for life"

Ada juga kad kredit percuma yang kami dapat masa awal-awal tamat belajar dahulu. Itupun "free for life" juga tapi kami tak gunakan, sebab belum ada keperluan masa itu.

Contoh perbelanjaan yang kami gunakan kad kredit ini adalah:
1. Pembelian di Petronas
2. Pasaraya
3. Pembelian online
4. Bil-bil utiliti seperti TNB, SYABAS, IndahWater, Celcom, Takaful, cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, takaful kereta dan segala macam bil utiliti lain. Biasanya kami terus buat autodebit bil ini ke akaun kadbkredit.


Autodebit

Autodebit ni maksudnya kita terus debitkan pembayaran bil-bil utiliti kita kepada kad kredit. Sampai je tarikh yang ditetapkan bayaran akan terus dibuat kepada syarikat utiliti tersebut secara automatik.

Caranya kita perlu ke syarikat utiliti terbabit, maklumakan yang kita nak buat autodebit dengan kad kredit. Nanti ada kena isi borang. Dah isi, hantar, siap. Sampai bil je kat rumah, kad kredit terus bayarkan bagi pihak kita

Jadinya setiap bulan kami hanya perlu monitor bil kad kredit sahaja dan cukup bulan hanya bayar bil kad kredit sahaja.

Dahulu banyak bank yang bagi kad kredit "free for life" tapi sekarang dengan rules BNM semua kad kredit sertakan caj perkhidmatan RM50 setahun.



Memilih Kad Kredit dan Cara Penggunaannya

Antara tip untuk memilih kad kredit adalah:
1. Pilih yang Islamik
2. Jika ada link dengan mana-mana perkhidmatan lain itu lebih baik
3. Biasanya akan ada rebet atau point akan diberikan atas penggunaan kita. Alhamdulillah semenjak kami guna, caj tahunan RM50 tu di cover oleh rebet daripada pembelian, kadang-kadang lebih rebet daripada caj yang bank kenakan.

Tip penggunaan kad kredit yang boleh kami kongsikan adalah:
1. Pastikan kita tahu limit poket kita banyak mana.
2. Kad kredit bukannya untuk berhutang. Kita guna kad kredit hanya kerana kita tidak mahu berurusan secara tunai. Minta bank bayarkan terlebih dahulu dengan caj kepada kad kredit. Kemudiam cukup bulan kita bayarkan terus kepada bank tersebut dengan bayaran penuh tanpa ada tunggakan.
3. Jika gaji kurang cukup untuk keperluan harian seeloknya berbelanja secara tunai. Itu lebih selamat. Memulakan bisnes juga antara pilihan yamg boleh kita lakulan untuk tambahkan pendapatan keluarga

CIMB Islamic dan MasterCard CIMB Islamic


Contoh rebat atas pembelian bulan Mei 2014


InsyaAllah moga dengan bisnes hidup dan rezeki kita sekeluarga lebih lapang, lebih murah rezeki, dapat lebih banyak ilmu dan juga kawan baru.

Moga perkongsian berkenaan kad kredit, autodebit dan cara penggunaannya ini bermanfaat untuk kita semua bagi memudahkan urusan seharian insyaAllah


Kesimpulan


Kad kredit kalau tahu guna dan mengawalnya insyaAllah akan memudahkan banyak urusan kita. 3 syarat utamanya; islamic, bayar ontime dan berbelanja dibawah kemampuan sebenar (jika mampu beli barangan yang berharga RM50, tetapi jika yang RM30 sudah memenuhi keperluan, maka pilih yang RM30. Baki RM20 boleh disimpan)


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi Selangor
25 Mei 2014

Read more ...

Friday, 16 May 2014

ebook Percuma 5 Minit Review Tentang Kesihatan dan Kebahagiaan

Bismillah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad

Assalamualaikum

Sempena Jumaat yang mulia ini kami melancarkan ebook 5 minit review tentang "Panduan Kesihatan dan Kebahagiaan"

Ebook 5 minit ini hanya setebal 10 halaman (dikemaskini menjadi 13 halaman. Link download terkini klik di sini) dengan 7 topik dibincangkan secara ringkas:


Bab 1. Body Mass Index (BMI), contoh pengiraan dan kategori berat badan sama ada kurang berat badan, normal, lebih berat badan ataupun obesiti




Bab 2. Keperluan air, tenaga, nutrisi, vitamin dan mineral berdasarkan rujukan daripada Dietary Intakes series oleh National Academies Press, National Academics of Sciences. Keperluan ini berbeza bergantung kepada jantina, umur dan keadaan fizikal kita

Contohnya wanita mengusukan bayi memerlukan air sebanyak 3.8 liter sehari berbanding wanita mengandung iaitu 3 liter dan wanita tidak mengandung 2.7 liter sehari bagi yang berumur 19 hingga lebih 50 tahun. Bayi antara 0-3 tahun pula memerlukan hanya sebanyak 0.7 hingga1.3 liter air sahaja sehari

Semua dijelaskan dengan ringkas dalam jadual yang telah disusun dalam ebook ini untuk memudahkan rujukan semua.

Bukan setakat keperluan air, malahan juga keperluan tenaga, karbohidrat, fiber, lemak, protein, vitamin dan mineral dituliskan secara detail dalam jadual bagi memudahkan rujukan semua




Bab 3 Had Maximum Vitamin dan Mineral

menerangkan tentang had maximum vitamin dan mineral yang dicadangkan / boleh diambil oleh kita semua berdasarakan jantina dan peringkat umur, termasuklan untuk ibu yang mengandung dan menyusukan bayi

Bab 3

Bab 4 menyentuh tentang piramid makanan yang sepatutnya kita ambil, dari bijirin, sayur dan buah-buahan, protein dan produk tenusu dan juga lemak, minyak garam dan gula



Bab 5 Amalan Pemakanan dan Minuman Yang Sihat yang sama-sama boleh kita praktikkan


Bab 6 Amalan Gaya Hidup Sihat dari bangun tidur sehinggalah kembali tidur juga dituliskan secara praktikal untuk memudahkan rujukan kita semua



Bab 4 Piramid Makanan

Bab 7 Zikir dan doa harian yang mudah dan praktikal disusun bagi amalan harian kita semua. Doa dipetik daripada ayat Quran beserta dengan nama surah dan ayatnya untuk memudahkan rujukan masing-masing


Dan bab 8 menghimpunkan bacaan harian daripada surah Al Quran yang boleh kita amalkan secara harian, untuk hafalan, kefahaman dan juga diamalkan dalam kehidupan kita insyaAllah


Bab 7 Zikir dan doa harian

Semua 7 bab, 8 bab ini disusun seringkas mungkin agar semuanya dapat di baca dalam hanya 5 minit dengan 10 muka surat,  13 muka surat. Ebook ini boleh download dalam format pdf secara percuma di sini biru-kuning ini (bagi yang minat warna biru dan kuning seperti rajah di atas) ataupun di sinimerah-putih (bagi yang minat background merak dan putih)


Selamat membaca dan selamat menambahkan ilmu tentang kesihatan dan kebahagiaan dari kami. Harapan kami moga ebook kecil ini boleh dibaca oleh semua rakyat Malaysia khususnya yang ada smartphone. Tujuan kami adalah bagi memudahkan kita semua membuat rujukan segera tentang tahap kesihatan semasa kita, dan juga boleh buat amalan harian berdasarkan kumpulan doa dan zikir-zikir harian yang telah dikumpulkan ini

Moga ada manfaatnya insyaAllah. Yang baik datangnya dari Allah, yang lemah dan dhaif adalah asbab kelemahan diri kami. Kami mohon maaf dari tuan puan dan kami mohon ampun dari Allah Taala. Sampai jumpa lagi dan salam sayang dari kami berdua

Wallahua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
Jumaat 16 Mei 2014 bersamaan 16 Rejab 1435


Read more ...

Wednesday, 7 May 2014

7 Keistimewaan Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum

Secara umumnya ada 7 keistimewaan apabila kita menjadi ahli Shaklee, iaitu
7 keistimewaan ahli Shaklee

1. Dapat beli pada harga ahli
Setiap produk yang dikuarkah Shaklee akan dijual pada harga ahli kepada ahlinya yang berdaftar, dan dijual dengan harga pasaran kepada bukan ahli. Beza keuntungan yang akan diperolehi dengan perbezaan harga ini adalah sehingga 33%


2. Dapat beli set promosi
Setiap bulan, Shaklee akan adakan promosi bagi barangan yang berbeza dan hanya ahli yang layak untuk beli barangan pada harga promosi ini. Contohnya bulan Mei 2014 ini Meal Shakes; beli 6 percuma 1.

Promosi Shaklee bulan Mei 2014 Meal Shakes; beli 6 percuma 1, hanya untuk ahli Shaklee sahaja


3. Dapat untung jualan
Untung jualan adalah berkait dengan point no 1 diatas, iaitu kita beli pada harga ahli dan jualkannya kepada bukan ahli dengan harga pasaran, dan keuntungan runcit ini menjangkau sehingga 30%


4. Dapat bonus peribadi
Bonus peribadi adalah dikira berdasarkan kepada point ataupun UV yang kita dapat, dan nilainya adalah dari 5% sehingga 21% maksimum


5. Dapat bonus kepimpinan
Bonus kepimpinan dikira sehingga 6 aras dan nilai infiniti bonus adalah sehingga 1.5%

Bonus untung jualan, bonus peribadi dan bonus kepimpinan sehingga 6 peringkat.
Bonus peribadi dari 5% hingga 21%


Jumlah anggaran bonus peribadi dari RM25 sehingga melebihi RM2000


Jumlah anggaran bonus yang bakal diperolehi oleh ahli Shaklee secara purata untuk setahun bermula dari RM20000 setahun untuk Supervisor dan RM600 000 setahun untuk Master Coordinator


6. Dapat bonus kereta
Untuk bonus kereta; ada 2 cara yang boleh kita capai iaitu pilihan A, kelayakan selama 3 bulan berturut-turut; 5000UV-10000UV dan 15000UV, dan pilihan B, 4 bulan berturut-turut; 5000UV-7500UV-7500UV dan 1000UV.

Bonus kereta; 2 pilihan; A ataupun B



7. Dapat peluang melancong dalam dan luar negeri
Dan yang terakhir adalah peluang untuk melancong di dalam dan juga di luar negara dengan tajaan sepenuhnya oleh pihak Shaklee. Bonus ini dikira berdasarkan mata ganjaran yang kita perolehi sepanjang setahun cycle bisnes Shakee. Untuk cycle 2014 ini ganjaran melancong adalah ke umrah dan ziaran Mekah dan Madinah dan juga pilihan ke 2 ke Itali




InsyaAllah kesemua 7 keistimewaan ini akan kita perolehi dengan modal untuk menjadi ahli seumur hidup sebanyak RM65 sahaja.



Cara Lain Untuk Jadi Ahli Shaklee

Secara umumnya ada 2 cara untuk kita jadi ahli Shakee:

1. Ahli biasa dengan bayaran RM65 seumur hidup

2. Ahli percuma dengan pembelian RM650 keatas dalam 1 transaksi pada harga ahli



Kos lain yang terlibat apabila kita membuat pembelian online adalah:

1. RM10 akan dicaj untuk sekali transaksi pembelian kita secara online untuk kos penghantaran. Namun jika pembelian kita melebihi RM800, kos penghantaran adalah percuma.


Kos yang terlibat untuk jadi Ahli Shaklee


Manfaat Lain Ahli Shaklee

Banyak lagi sebenarnya kelebihan jadi ahli Shaklee ini yang secara tidak langsung akan kita perolehinya antaranya adalah ianya dapat menambahkan nilai hidup kita dari segi kewangan, kesihatan, pergaulan, komunikasi dan juga persahabatan, insyaAllah

Apa yang pasti 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan. Ayuh kita sama-sama bina perniagaan kita sendiri dengan hanya modal serendah RM65, dan modal yang paling besar adalah diri kita sendiri iaitu kesediaan, kesungguhan dan keinginan kita untuk berjaya dalam dunia bisnes

InsyaAllah moga kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat

"Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di sunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu ya Allah, amin"



Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
7 Mei 2014

Artikel berkaitan:






Read more ...

Monday, 28 April 2014

Doa Daripada Ayat Al Quran; Solat, Sihat, Ibubapa dan Bahagia

Assalamualaikum, berkongsi doa daripada ayat Al Quran yang boleh kita amalkan sebagai zikir harian; sama ada di dalam solat, semasa sujud, semasa solat sunat mahupun sebagai zikir harian yang sentiasa membasahi bibir kita insyaAllah. 1 huruf bacaan ayat Al Quran akan digandakan 10 pahala, insyaAllah moga kita sama-sama dapat manfaatkannya


Doa agar kita, anak dan keturunan mudah, tetap dan istiqomah mendirikan solat insyaAllah. QS 14 Ibrahim ayat 40



Doa agar kita sentiasa diberikan kekuatan fizikal, mental dan rohani, dan agar kekuatan itu digunakan pada tempat yang sepatutnya insyaAllah. QS 11 Hud ayat 52, mula dari "Wa yazid qum quwwatan ila quwwatiqum.........."(hingga akhir ayat)


Doa untuk ibubapa agar sentiasa dicucuri rahmat dan dipelihara olehNya insyaAllah. QS17 Al Israa ayat 24


Doa agar kita, ibubapa dan orang beriman diberikan ampun insyaAllah. QS 14 Ibrahim ayat 41


Doa agar kita diberikan kebaikan di dunia dan akhirat dan dipelihara daripada azab api neraka insyaAllah. QS 2 Al Baqarah ayat 201

Moga bermanfaat dan sama-sama kita amalkan dalam kehidupan kita insyaAllah. Wallahhua'lam dan salam hormat daripada

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi Selangor
28.4.2014
www.jombahagia.blogspot.com
jombahagia@blogspot.com
Read more ...

Friday, 25 April 2014

Kaya, Bahagia dan Pilihan

Assalamualaikum

Ada 4 kategori kehidupan:
1. Kaya dan bahagia
2. Kaya tetapi tidak bahagia
3. Tidak kaya tetapi bahagia
4. Tidak kaya dan tidak bahagia

Untungnya adalah kita boleh pilih kategori mana yang kita mahu; 1, 2, 3 mahupun 4. Bahagia menurut Imam Ghazali adalah "apabila kita dapat taat segala perintahNya dan jauhi segala larangannya", dan "kaya yang sebenar adalah bukan kerana banyaknya harta tetapi kaya jiwa (hati dan budi)"

Moga kita sama-sama dapat buat pilihan yang tepat dan berusaha untuk mendapatkannya insyaAllah. Selamat perbanyakkan amal di penghulu segala hari; Jumaat




Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
www.jombahagia.blogspot.com
jombahagia@gmail.com
Read more ...

Friday, 18 April 2014

Pelancaran Rasmi JBC = Jom Bahagia Club; Perjalanan Bermula

Assalamualaikum, alhamdulillah; dengan lafaz bismillah (dengan nama Allah), JBC dilancarkan secara rasminya pada hari ini; Jumaat 18 Jamidil Akhir 1435 Hijrah bersamaan dengan 18 April 2014, mengambil sempena keberkatan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. 

JBC ataupun Jom Bahagia Club adalah satu wadah yang kami tubuhkan bagi berkongsi manfaat ilmu pengetahuan tentang bisnes and kepimpinan dengan menggabungkan kedua-dua unsur duniawi dan uhkrawi. Semoga manfaatnya berkekalan dari dunia hingga akhirat insyaAllah

JBC ditubuhkan bagi melatih dan mendidik lebih ramai usahawan dan bakal usahawan untuk menceburkan diri dan bergiat aktif dalam bisnes dengan bimbingan jurulatih pakar. Alhamdulillah antara kami ada yang telah mencapai rank tertinggi dalam bisnes ini. Semuanya bermula dari 0, kemudian meningkat ke angka 1-2-3-4-5 dan ada yang telah mencapai 6 angka bonusnya sebulan sekarang ini, alhamdulillah.

Latihan (coaching), tunjuk ajar dan bimbingan dilakukan secara maya di FB dan whatsapp group. Segala panduan akan diberikan secara kolektif dan bersepadu. Segala persoalan dan cabaran bisnes akan ditangani bersama-sama, insyaAllah. Perjumpaan, latihan, ramah mesra di alam realiti juga kerap diadakan dan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Maksud lain yang boleh disandarkan pada singkatan JBC ini adalah jom berkuliah club, jom beriktikafdimasjid club, jom berilmu club, jom beriman club, jom beramal club, jom berikhlas club, jom berikhsan club, jom bertambahsihat club, jom berbisnes club, jom bertambahrezeki club, jom berbakti club, dan akhirnya cita-cita kami adalah untuk melahirkan lebih ramai Jutawan Bertakwa Club insyaAllah.

Jom sama-sama sertai kami di JBC dan moga kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat insyaAllah


Logo, Simbol dan Makna Disebaliknya

Loga akhir JBC


J = jom, B = bahagia, C = club yang insyaAllah akan menuju ke J = jutawan, B = bertakwa, C = club

Warna hijau pada huruf J membawa maksud semulajadi, natural dan juga bermaksud warna kegemaran di akhirat. Merah pada huruf B bermaksud berani untuk berubah dan semangat yang sentiasa membara untuk mempelajari ilmu baru dan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, insyaAllah dan biru pada huruf C memberikan makna ketenangan, kebahagiaan dan kedamaian yang insyaAllah akan diperolehi sebagai natijah daripada usaha ini.

Bentuk permata yang ada pada huruf JBC adalah menggambarkan kebahagiaan dan kejayaan yang bakal diperolehi oleh kita semua insyaAllah. Pacuan warna hijau akhirat yang ada pada warna huruf J diharapkan akan memangkinkan semangat kita semua demi mencapai bahagia dunia dan bahagia akhirat, insyaAllah.



Pemilihan logo pada peringkat awal



Falsafah Kumpulan




Falsafah kumpulan kami dalam bisnes ini adalah:

1. Menuntut dan Sebarkan Ilmu: Apa saja ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia dan juga kehidupan akhirat perlu kita pelajari dan sebarkannya kembali kepada orang ramai sebagaimana maksud hadis / kata hukama:


"jika mahukan dunia hendaklah dengan ilmu, jika mahukan akhirat juga dengan ilmu, dan jika mahukan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu" 

2. Sistematik dan Teratur: Kita berkerja, menuntut ilmu dan berkongsi maklumat perlu dibuat secara sistematik dan teratur. Sama-sama kita aturkan perjalanan bisnes dan perkongsian ilmu dengan bijak. Pelbagai medium komunikasi akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi sebaran maklumat dan ilmu ini seperti whatsapp, FB, buffer, instagram, instaquote dan pelbagai medium lain lagi.

3. Bantu Orang: Bantu orang adalah matlamat kami. Bantu orang lain untuk mereka pula bantu orang lain, insyaAllah. Moga wadah perjuagan ini akan menjadi saham akhirat kita semua insyaAllah

"3 bekal yang akan memberikan manfaat kepada kita di akhirat adalah amal soleh, ilmu bermanfaat (yang disebarkan dan orang lain dapat manfaat), dan doa daripada anak yang soleh dan solehah"

Semoga ada manfaatnya. Jom sama-sama sertai kami di JBC yang insyaAllah akan memacu kita mencapai matlamat kehidupan dunia bagi mencari sebanyak-banyaknya bekal untuk tujuan akhirat, insyaAllah. Sama-sama kita doa dan bantu orang lain, insyaAllah malaikat akan mendoakan kita dan rahmat dan pertolongan dariNya insyaAllah akan mengiringi setiap usaha kita, insyaAllah

Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi
18.4.2014
JBC
www.jombahagia.blogspot.com
jombahagia@gmail.com
Read more ...

Thursday, 10 April 2014

Penguatkuasaan dan Hikmat Disebaliknya

Assalamualaikum buat semua sahabat pengunjung JBC=jombahagia.blogspot.com.

Sedikit makluman dan perkongsian kepada semua' pihak syarikat sedang mengadakan pemantauan yang serius kepada mana-mana SID=shaklee indipendant distributor yang melanggar etika perniagaan jualan langsung akan diberikan amaran keras dan jika kes yang berat dilakukan; SIDnya akan ditamatkan serta merta.

2 contoh kes berat yang melanggar etika perniagaan jualan langsung yang akan ditamatkan keahlian SID serta-merta adalah (1) menjual harga ahli produk kepada bukan ahli dan (2) menawarkan pek percubaan "trial pack" yang tidak pernah dibuat oleh pihak syarikat.

Harap kita semua lebih berhemah dalam membuat perkongsian (sharing). Lebihkan kepada sharing info, maklumat yang bersangkut paut dengan kelebihan dan kebaikan produk dan bisnes, dan peluang-peluang dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Shaklee jika kita jadi ahli.



Moga dengan penguatkuasaan ini, semakin ramai yang akan berminat untuk jadi ahli; seterusnya dapat beli produk pada harga ahli, dapat manfaat kesihatan dan perniagaan dan akhirnya dapat menambahkan pendapatan bulanannya kepada 2, 3, 4, 5 mahupun 6 angka, insyaAllah. InsyaAllah moga pertambahan income bulanan kita ini akan meningkatkan lagi zakat pendapatan dan menambahkan lagi sumbangan kita kepada masyarakat dan dunia ini insyaAllah.

Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi / 11.4.2014 / 7.35pagi
www.jombahagia.blogspot.com
Read more ...

Sunday, 6 April 2014

Beriman Pada Qada dan Qadar (6.4.2014)


[Iman dan Pembatalannya, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Kuliah Subuh Surau An Nur S1 BBBangi, 6.4.2014H=6.6.1435H]






 Beriman Pada Qada dan Qadar

1. Sabar dan redha adalah wajib. Musibah @ perkara buruk yang berlaku kita wajib redha dan sabar. Sabar tiada khilaf, ianya wajib. Redha setengah ulama kata mustahak, setengah lagi kata wajib, kita pilih wajib.

2. Takdir, qada dan qadar Allah adalah baik pada sisi Allah, manusia sahaja yang kelaskan baik dan buruk dengan pandangan manusia. Hakikatnya setiap qadar yang nampak buruk itu ada qada baik besar yang menanti

3. Redha dan sabar datang melalui ilmu dan keyakinan kita kepada qada dan qadar. Redha dengan ujian yang telah ditakdirkan. Sabar mentaati perintah Allah, jauhi larangannya, dan hadapi ujianNya.

4. Redha bukan bermaksud redha berbuat maksiat contohnya rela bermain judi dan dalam kemaksiatan. Allah redha kita redha, Allah benci kita benci. Allah benci berjudi dan maksiat, maka kita kena benci berjudi dan maksiat.

5. Maksud redha adalah pada ujian. Contohnya jika motosikal hilang; kita redha pada hilangnya tapi tidak redha pada orang yang mencurinya, malah jika ditangkap dia perlu dipotong tangannya. Kita yakin ada hikmah disebalik ujianNya.

6. Hikmahnya setiap barang yang hilang daripada orang beriman, akan berbayar di akhirat kelak, syaratnya kita redha dan sabar. Kita tak perlu rasa kehilangan, kerana semuanya berbayar. Contoh lain jika tupai, kera makan buah semuanya akan berbayar diakhirat kelak.

7. Sabar bukan bererti kita sabar atas hinaan dan tindasan orang, kerana Allah tidak suka pada orang yang menghina, mencaci. Kita redha pada apa yang Allah redha. Kita suka apa yang Allah suka. Kita benci apa yang Allah benci. Tidak boleh suka/benci ikut suka, mesti berlandaskan Allah. Aku suka dia sebab Allah suka dia. Kenapa aku benci dia, sebab Allah benci. Sabar pada ujian Allah, bukan sabar pada penindasan orang lain, padahal kita mampu mencegahnya.

8. Redha dan sabar bila ada, jiwa akan sentiasa tenang. Orang ini tidak akan berpatah balik "Ini semua qadar Allah", tiada perkataan "kalau" selepas berlaku ujian". Contohnya ulama' Mesir sentiasa nampak hikmah atas apa yang berlaku. Hukum gantung sampai mati atas pejuang Islam di Mesir=syurga percuma sebab itu mereka senyum. Kita marah sebab tidak redha pada kezaliman pemimpinnya.

10. Kita semua akan ditanya di Masyar kelak atas saudara kita yang ditindas, contohnya di Mesir dan Syiria. Paling kurang doa daripada kita. Untung besar pada mereka. Orang Palestin, Syiria, Mesir senang mati syahid, kita?

9."Qadarallahu masya af al" gantikan "kalau" dalam ujian yang dah berlaku. "launi min amanis syaitan". Firasat terpakai sebelum berlaku. Selepas dilaksana dan berlaku tiada lagi "lau" (kalau).

10. Sahabat Ikhwan Mesir, tenang, rehat, redha. Yakin dengan ilmu Allah. 5 slogan (a) Allah matlamat kami, (b) Rasul contoh teladan, (c) Quran perlembagaan kami, (d) jihad jalan kami, (e) mati syahid ke jalan Allah cita-cita kami paling tinggi. Tarikh mati kita satu sahaja, sama ada kita mati pada jalan Allah atau jalan ingkar/sekular kita boleh dan perlu pilih. Sahabat ikhwan bergembira dijatuh hukuman mati kerana itulah tarikh mati yang tertulis di luth mahfuz buat mereka. Ujian mereka besar sebab iman mereka tinggi.

11. Sesiapa yang tidak beriman pada qada dan qadar akan kekal dalam neraka. Di dunia jiwa mereka sentiasa tidak tenang. Inilah rahsia 313 dapat kalahkan 1000 orang. Perang dengan pedang. Main bola 1 orang kena kad merah, dah goyang. Ini 1 lawan 3 dengan pedang boleh.menang.

12. Firman Allah tentang beza orang beriman dan tidak beriman pada qada dan qadar (a) "siapa yang beriman pada qada dan qadar, dia memilih untuk ikut jalan dan hidayah Allah, (jaminan didunia dia tidak akan sesat (walaupun kita orang biasa), dan di akhirat dia tidak celaka; maut, kubur, mashar, sirat, syurga/neraka dia tidak celaka).

13. "sesiapa yang berpaling dari peringatanKu (islam, quran, jalan Allah), maka baginya kehidupan dunia yang sempit dan akhiratnya dari (kubur ke mahsyar) matanya buta." kerana di dunia mereka buat-buat lupa pada ayat Allah, di akhirat Allah lupa pada mereka. Ambil hidayah Allah dan jangan berpaling daripadanya.

Lukeman Yusoff
Siti Norliza Ibrahim
BBBangi
www.jombahagia.blogspot.com
See more
— with Siti Norliza Ibrahim.
Read more ...

Wednesday, 2 April 2014

Pengalaman Kerja & Bisnes

Assalamualaikum, lama tak menulis di sini, banyak menulis di FB sekarang. Cumanya FB timelinenya cepat berlalu, jadi post / entry di FB banyak yang dah terkebelakang. InsyaAllah hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya berkerja sebagai jurutera dahulu dan juga pengalaman dengan bisnes Shaklee sekarang. Sekarang saya berkerja sebagai pengajar di UniKL, Shaklee adalah vitamin yang kami seisi keluarga ambil setiap hari. Makan vitamin Shaklee sambil kutip point daripada jualan kepada kenalan, saudara mara, jiran dan sahabat handai


UTM (1997-2000), Jurutera Servis (2001)

Saya; Lukeman, SPM tahun 1996 di MRSMKT, isteri saya Siti Norliza juga di MRSMKT SPM tahun 1998. Beza umur kami 2 tahun, saya lahir tahun 1979, Liza tahun 1981. Saya tamat BEng (Mekanikal) UTM akhir tahun 2000, bulan 12, 2000 lebih tepatnya. Tamat belajar saya pusing hampir 1 Malaysia cari kerja :). Dari UTM saya submit resume ke JB, Singapura, KL, Penang, Kedah. Ada yang melalui internet, banyaknya melalui pos. Bulan 10-11, 2000 result final sem belum keluar, tapi saya dan kawan-kawan dengan semangatnya dah mula kumpul sijil, resume dan hantar pada kilang-kilang yang berdekatan.

Seingat saya ada 3 kali saya datang temuduga; dengan Faizal (Habib), dan juga Fadzil (PakAji). Satu di kilang plastik dan dua lagi di kilang sawit; Senai dan Pasir Gudang (Habib dan PakAji kalau baca entri ini tolong sahkan dan tolong betulkan kalau silap, kenangan 14 tahun lepas). Semuanya belum berjaya. Ada juga dapat reply dari Singapura "sorry we are looking for an experience engineer". Lepas temuduga di sebuah kilang di Senai, abang penemuduga siap ajar kami macam mana cara-cara nak jawab temuduga dengan betul, dan bagi balik resume dan sijil-sijil kami, haha, confirm tak dapat lah tu kan. Semuanya adalah kenangan yang lebih mematangkan kita.


Konvokesyen UTM, bulan 4, 2001

Azhar, Mak, Luke dan Hafizuddin (anak saudara)



5 Al Biruni MRSMKT 95/96 
Atas dari kiri ke kanan: Hadi Haswan, Fadzli, Faizul, Lukeman, Akhtar, Ariff
Hafiz, Iza, Irfan Idayu, Mazuen, Sham, Kasma, Liza, Jazwina, Imilia, Che Ramzi
Mas Ayu Alinda, N, Junaida, Juliana, Maizan, Iswani, Mardiana Azura, Saw Chun Lin

1996 Pelajar Forecast Result MARA-UTM, di majlis jamuan Raya 1996 UTM


Dah sah tamat belajar, Dis 2000, saya kemaskan semua barang, balik kampung 1-2 minggu rehat. Kemudian saya ke Kedah. Masa ni abang dan kakak ipar saya kerja dan menetap di Kedah. Kulim High Tech tengah baru nak naik. Sempat 2-3 kali datang temuduga, sambil kemaskini maklumat dalam jobstreet.com. Masa ni lina jobstreet.com sangat famous, haha. Lepas 4-5 hari di Kedah saya berkelana lagi ke KL, rumah abang di Taman Melati, sambil hantar resume mana-mana yang patut. Dari KL saya dapat maklumat di Kemaman ada jawatan kosong, yang perlukan Jurutera Mekanikal dengan kadar segera. Apa lagi, terus cergas hantar resume. 

2-3 hari selepas itu, Director syarikat telefon, katanya "saya tertarik dengan resume awak, sebab awak tulis ada pengalaman kerja di KFC dan juga stesen minyak" haha. Serius dia tertarik ataupun perli saya pun tak pasti. Tapi katanya lagi, "ini menggambarkan awak seorang yang betul-betul serius untuk berkerja. Nanti datang kita temuduga dulu".

1999 Zaman kerja parttime di KFC Tampoi JB, tahun 2 BEng (Mekanikal) UTM


Apalagi, dengar temuduga je, terus kepala ligat cari saudara mara terdekat. Siapa yang paling dekat yang tinggal di Kemaman, Kuantan ataupun Dungun. Telefon abang di Jerantut, katanya kakak iparnya ada di Kemaman, saya boleh singgah dan tinggal di rumahnya untuk temuduga. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan. Telefon kakak ipar abang, minta izin untuk menetap di rumahnya 1-2 malam untuk temuduga. Esoknya terus berangkat ke Kemaman. Dari KL saya turun di Kuantan, kemudian ke Kemaman. Pinjam motosikal biras abang, esoknya datang temuduga di KSB


Alhamdulillah Allah mudahkan urusan, mungkin sebab gaji yang saya minta rendah, sebab saya fresh graduate, jadi saya minta berpadanan, sekadar untuk cari pengalaman kerja, alhamdulillah saya diterima berkerja serta merta. Lepas temuduga terus bincang tempat tinggal, ruang duduk di pejabat di mana, dan macam mana nak datang kerja. Lepas confirm dapat, esoknya saya terus masuk kerja, sign offerletter, buat kad bisnes, daftar no HP, haha. Dulu-dulu HP mana mudah macam sekarang. Dah confirm dapat kerja, baru daftar HP. Itupun sebab atas urusan kerja. Kalau tak mungkin tak ber HP lah jawapnya.

Masa ni dah akhir tahun 2000, ataupun awal tahun 2001. Rasa bangga giler dapat ada kad bisnes tulis "Jurutera Servis" haha...Padahal gaji ciput dan kerja bukan jurutera sangatpun. Hampir semua kerja buatlah, dari despach, cleark, tecnision, wireman haha....Takpelah, sebab memang niat saya nak kan pengalaman kerja, jadi alhamdulillah berkerja dengan sepenuh hari. Masa terus berjalan.

Dipendekkan cerita, saya buat BOSET; Basic Offshore Training Safety, buat safety passport untuk ke offshore. 2 kali ke offshore dengan chopper/helikopter, 1 kali dengan bot. 1 kali buat kerja servis di OGT (ohshore gas terminal) masa operation shut down. 1 kali buat kerja di Petronas Optimal, masa optimal tengah awal-awal setup. 2-3 kali buat job di Gebeng. Cuma tak sempat buat di Sabah dan Serawak je. Alhamdulillah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 

Terima kasih kepada semua yang memudahkan urusan saya di UTM terutamanya rakan seperjuangan Faizal (Habib), Fadzil (Pakaji), Nasir (Cet), rakan serumah Akhtar, Deli, Pendi, Matley, Izad, Syahmi, Mustaqim, Sani, Wadi. Saudara yang bagi saya tumpang bermalam untuk mencari kerja dan bertemuduga; AbeSi dan KakNora di Kedah, abeYi dan KakNa di Taman Melati, AbeDind dan KakCah di Putrajaya dan abeNan dan KakNi masa ini di Jerantut yang susah payah telefon kakak KakNi dan AbeMat di Kemaman untuk saya tumpang bermalam.


UTM (2001-2004), Jurutera Mekanikal (2004)

Bulan 7, 2001 saya dapat tawaran untuk sambung MEng (Mekanikal) di UTM, penyelia Prof Ir Dr Farid Nasir Ani. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan. Elaun master (by research) menghampiri gaji di Matco dulu. Saya tinggal serumah dengan Faizal (Habib). Masa ini Faizal dah pun semester 2 Masternya. Saya baru mula semester 1. Serumah dengan kawan-kawan masa Forecast Result MARA dulu, ramai dari Fakulti Elektrik. Saya dan Faizal Mekanikal, dan Abbas Kejuruteraan Kimia.

Pendek cerita lagi, tahun 2004 saya submit tesis dan mula balik mencari kerja, alhamdulillah, Allah mudahkan urusan. Masa ni saya datang rumah abang di Putrajaya. Cari kerja di sekitar KL, dan alhamdulillah dapat kerja di Shah Alam sebagai "Jurutera Mekanikal". Masa ni keterujaan berkad bisnes sudah berkurangan. Tidak seperti mula-mula dapat kad bisnes dulu. Jumpa orang je mesti nak bagi kad, haha. Masa ni lebih relex, bila jumpa partner bisnes baru kongsi tukar kad. Kalau tak simpan je kad kat pejabat.

3.10.2002 Zaman buat Master. Datang bercuti rehat di KL, Tasik Titiwangsa sambil bawa adik bongsu ronda KL. Pinjam motosikal adik juga ni. Adik saya yang dah berkerja. Abangnya masih belajar ;)


Konvo MEng (UTM), bulan 4, 2004

berlatar belakangkan masjid Sultan Ismail, UTM Skudai, di depan dewan Sultan Iskandar (pustakanya nama Pustaka Sultanah Zanariah)


Din, Mak, Luke, Yah & Lie

Makan malam sebelum konvo di Stoolang kalau tak silap

Dengan Lie

Konvo kali ke 34 UTM, alhamdulillah berjaya menamatkan pengajian



Pengalaman Temuduga 2004

Pengalaman temuduga yang saya akan sentiasa ingat di sini adalah, saya hantar resume dengan minta gaji RM XXXX, dan gaji yang ditawarkan oleh lembaga pengarahnya adalah RM200 lebih tinggi daripada yang saya minta. Antara dialog yang masih saya ingat di bilik ahli lembaga pengarahnya

Pengarah (P): Berapa awak minta gaji untuk jawatan ini (jurutera mekanikal)
Lukeman (L): RM XXXX Tuan Haji (sambil merujuk kepada angka yang tertera pada resume saya)

P: Apa kata kalau saya bangi awak RM XXXX (pertambahan RM200) daripada yang saya minta
L: Alhamdulillah (tak terungkap), terima kasih Tuan Haji


Maka bermulalah kehidupan di KL. Saya tumpang rumah abang di Putrajaya, Presint 9, dan berulang alik ke Shah Alam dengan EX5, memang marvellous, haha..Kematu rasa punggung nak boleh sampai ke Shah Alam. Setiap hari dalam 40-60 minit dengan motosikal. Sempat handle job Petronas di Seberang Perai, Penang dan job TNB di sekitar Lembah Klang. Ada 2-3 kali turun ke Kemaman hantar tender Petronas. Gaji masa ini alhamdulillah lebih banyak dan lebih stabil berbanding jawatan pertama saya dulu


1.6.2004 Berkeluarga

1.6.2004 Saya dan Liza selamat mendirikan rumahtangga di Pahi, Kuala Krai. Masjis kesyukuran dilangsungkan di Pahi pada 1.6.2004 itu, dan juga di Pasir Puteh pada 6.6.2004. Di Pasir Puteh masjis diadakah bersama dengan majlis kesyukuran adik saya, Azhar. Kira 2 majlis sekaligus di Pasir Puteh. Ramai kawan sekampung, kawan UTM dan kawan MRSM datang memeriahkan majlis. Terima kasih kepada semua yang hadir.

1.8.2004 UniKL, 2010-2013 PhD

Alhamdulillah, 1.8.2004 saya dapat tawaran sebangai pengajar di UniKL cawangan Bangi hingga sekarang di sini alhamdulillah. Bulan 8, 2014 ini genap saya 10 tahun berkhidmat di UniKL. Ambil cuti belajar PhD dari tahun 2010 hingga 2013. 2013 saya sambung kembali perkhidmatan, dan PhD insyaAllah dalam proses menyiapkannya. Doakan agar semuanya lancar insyaAllah

16.12.2013 Shaklee dan Bonus Bisnes Bulan 3, 2014 Melebihi Sebulan Gaji Jurutera Mekanikal tahun 2004

16.12.2013 saya dan Liza mula beli dan guna Shaklee untuk seisi keluarga untuk kesihatan, tenaga dan imun. Alhamdulilah, bonus bulan 12, 2013, bulan 1, 2014 dan bulan 2, 2014 adalah ratusan ringgit, RM XXX.XX. Bonus bulan 3, 2014 yang baru lepas 2 hari lepas bonus kami alhamdulillah melebihi gaji saya sebagai "jurutera mekanikal di SPM tahun 2004 dulu". Syukur pada Allah, alhamdulillah wa syukrulillah.


Namun semuanya bukan semudah yang disangka. Namun saya pegang macam ni je. Kalau produk bagus insyaAllah akan ada orang guna, cari dan beli. Sepanjang saya, saudara dan kawan-kawan guna alhamdulillah produk ini sangat-sangat bagus untuk kesihatan. Sistem pemasarannya juga amat adil, banyak bergantung kepada jualan bulanan kita. Kalau tak minat menjual pun tak apa, just guna untuk diri dan keluarga. Setiap kali belian kita akan dapat mata. dari mata/point ini bonus bulanan kita akan di kira.

Setiap awal bulan, bonusnya akan di reset 0 (kosong). Alhamdulillah setakat ini perkongsian kami di FB, blog ini dan dari mulut ke mulut sangat memberangsangkan. Ramai orang cari produk kesihatan. Tambahan bila kita semakinmeningkat dewasa ini.

Penghantaran; Bangi, Pasir Puteh, Kuala Krai dan kawasan berhampiran

Setakat ini penghantaran kami adalah untuk kawasan Bangi Selangor, Kuala Krai Kelantan, Pasir Puteh Kelantan dan kawasan berhampiran berhampiran dengan ketiga-tiga bandar ini, insyaAllah. Stok insyaAllah ada. Boleh hubungi saya; Lukeman 0132299319 ataupun Liza 0196515717 jika perlukan stok barangan Shaklee, mahupun pelan pemasaran, kaedah bisnes dan banyak lagi ilmu-ilmu berkaitan Shaklee dan bisnes.

Untuk Kuala Krai dan Pasir Puteh, kami ada adik, ibu dan saudara di kampung yang insyaAllah akan memudahkan urusan penghantaran dan jual beli di kampung. Bagi yang diluar 3 kawasan ini penghantaran boleh dibuat melalui pos laju dan gdex. InsyaAllah setakat ini, semuanya berjalan lancar.

Kesimpulan

Diharapkan perkongsian ini memberikan manfaat kepada saya, penulis; Lukeman dan Siti Norliza dan juga kepada pembaca semua. Kami hanya ingin berkongsi peluang bisnes yang mana semua orang insyaAllah boleh buat. Dengan modal serendah RM75 kita boleh jadi ahli Shaklee seumur hidup, boleh beli produk pada harga ahli dan jualkannya pada harga pasaran. Produk halal, terbukti berkesan, lebih 50 tahun dalam pasaran, ada perakuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semulajadi dan selamat, insyaAllah

Jika ingin beli banyak produk; katakan untuk seisi keluarga, boleh beli terus pada harga ahli RM650 ke atas, insyaAllah kita akan terus dapat keahlian percuma dan terus melayakkan kita untuk dapat bonus pada bulan pertama. Bonus akan dibayar setiap 15 haribulan berikutnya. Contohnya bonus bulan 3, 2014 lepas akan dibayar pada 15.4.2014 nanti insyaAllah.

Moga perkongsian bermanfaat insyaAllah. Yang baik semuanya datang dari Allah, yang buruk, lemah, hina, dhaif adalah atas asbab kekurangan dan kelemahan kami. Kepada tuan, puan, cikpuan semua kami mohon maaf dan kepada Allah kami minta keampunanNya. Sampai ketemi lagi insyaAllah. Doakan saya agar terus istiqomah untuk menulis di sini insyaAllah. Wassalam
Read more ...

Thursday, 20 March 2014

Khutbah Jumaat Dato' Dr Haron Din Al Hafiz Berkenaan Kehilangan MH370 Surau An Nur S1 BBBangi

[Ujian Kehilangan MH370; Mana Hilang MH370, Khutbah Jumaat Surau An Nur, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi]



Alhamdulillah, allahhummasallialamuhammad waalaalimuhammad, Ittakullah, bertakwalah kepada Allah. Takutlah akan pertemuan dengan Allah dan setiap perbuatan akan dibalas, lebih-lebih  lagi saat-saat genting sebegini apabila MH370 = mana hilang 370

Rekod radar semua baik, komunikasi baik, tiba-tiba jam 1.07 pagi terputus hubungan dan hilang dari radar

Pada akal yang waras, mustahil semua teknologi perhubungan radio dalam MH370 rosak semuanya secara tiba-tiba.

2200 batu nautikal di lautan telah dicari. Kini hari ke 7 masih belum ada petanda.
Yang penting kerajaan telah lakukan yg terbaik

Pengajarannya adalah

1. "dan apa saja musibah yang berlaku, itu adalah angkara kesalahan tangan-tangan kamu". Kita semua bersalah pada Allah. Bala turun sebagai pengajaran dan peringatan "namun banyak lagi kesalahan kita yang Allah ampun"

2. QS AlHasr ayat 2 "mereka sangka teknologi mereka tidak dapat diatasi lalu Allah turunkan kuasaNya" "ilmu apapun datangnya dari Allah" mengapa tidak mahu beriman" "ambillah iktibar wahai orang yang punyai mata dan hati"

3. Spirit, roh. Sehebat manapun manusia kalau Allah nak lakukan sebaliknya hanya denga "kunfayakun"

4. Ilmu manusia kerdil. Ilmu Allah tidak bertepi. "tidak diberikan ilmu pada manusia melainkan sedikit, ilmu Allah meliputi segala di langit dan bumi" "wahai anakku, seandainya ada biji yg paling kecil tersembunyi dalam batu kecil, Allah Tahu dan Allah boleh ambil". Mohonlah petunjuk dari Allah

5. Lemahnya manusia, kuat dan sempurnaNya Allah. "Dialah allah yang jadikan kamu lemah". Mesejnya adalah bergantuglah pada yang Maha Kuat yakni Allah. "seandainya berlaku bala, saat itu juga MERENDAH DIRI PADA ALLAH". "Maha suci Allah yang memudahkann kita kenderaan ini dan kepadaNya kita akan kembali"

6. Ilmu Allah tanpa batas "kalaulah kamu jadikan air sebagai tinta dan pokok sebagai pena untuk tulis kalimah dan ilmu Allah, nescaya akan habis semuanya, tapi wahyu Allah belum habis.

7. Ilmu kita terbatas. Sains metafik "dialah Allah tiada tuhan yang boleh disembah selain Dia. Mengetahui segala yg ghaib dan nyata" Ghaib = roh, akhirat, kubur, mizan, malaikat, jin dll". Ada 80, 000 alam, manusia hanya 1 daripadanya.

8. Banyak perkara misteri dalam dunia seperti kapal hilang di bermuda triangle, anak hilang dalam kandungan, ada manusia hilang tanpa dikesan masuk dalam alam lain. Mengapa tidak usaha untuk cari dalam alam ghaib.

"ambil iktibarlah orang yang diberikan akal"

9. Bertakwalah pada Allah 3x

Selepas solat jumaat solat sunat hajat khusus untuk memudahkan para pencari mencari MH370

Lukeman
BBBangi
14.3.2014 2.54pm
www.jombahagia.blogspot.com
Read more ...

Tuesday, 18 March 2014

Quran, Hafalan dan Cuti Sekolah

1. Anak-Anak dan Cuti Sekolah

Assalamualaikum,
Alhamdulillah cuti sekolah bakal tiba lagi minggu depan; bermula Sabtu ini (22.3.2014 ) hingga Ahad (30.3.2014). Antara aktiviti bersama anak-anak yang boleh kita jalankan sempena cuti sekolah ini adalah:

a. Hafalan Quran Anak-Anak

Anak-anak kuat memori dan hafalannya umpama span yang mudah menyerap air. Antara amalan yang boleh kita lakukan di rumah terutamanya sempena cuti sekolah ini adalah dengan menyemak bacaan Quran dan hafalan mereka. Gambar dibawah adalah contoh kertas semakan yang boleh kita gunakan untuk semak bacaan anak-anak. Bukan setakat anak-anak; suami dan isteri juga boleh masing-masing semak bacaan antara satu sama lain. Sebagai penambah semangat, bolehlah kita bagikan hadiah pada anak-anak sekiranya mereka dapat hafal beberapa surah; contohnya "jika dapat hafal 10 surah untuk cuti sekolah ini abah akan bagi ..............."

Contoh kertas semakan yang boleh kita gunakan untuk anak-anak


Anak-anak biasanya mereka dah mula menghafal seawal dari bayi. Sebab itu ibu bapa kena selalu perdengarkan bacaan al Quran kepada anak-anak. Apabila umur 2-3 tahun, kita dah boleh guna flash card untuk kenalkan mereka dengan huruf-huruf hijaiyah, diikuti dengan Iqra'

Masuk tadika jika mereka dah kenal huruf, insyaAllah pelajaran Quran dan hafalan mereka akan jadi leih mudah dengan pantauan guru di sekolah dan kita di rumah. Jadi cuti sekolah ini waktu untuk mereka buat ulangkaji. Kalau ikutkan mereka dah hafal surah-surah lazim dengan cikgu; tapi untuk lebih memberikan galakan dan semangat kita buat lagi hafalan dirumah dengan kita sendiri yang semak dan bagi hadiah.



b. Buku tulis, pen, pensil, pemadam dan pembaris.

Anak-anak banyak tenaga dan idea. Jadi bagikan mereka set alat tulis ini. Nanti akan ada coretan dan idea mereka yang bakal menjelma. Buku ini juga boleh kita gunakan untuk bagi mereka buat latihan bersesuaian dengan umur mereka.

Contohnya untuk anak-anak 5-6 tahun adalah "Gariskan gambar dan perkataan di bawah". Boleh diselang selikan antara Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Jawi, Matematik dan juga Sains. Bagi yang dah masuk sekolah; 7 tahun ke atas kita boleh bagikan yang lebih mencabar, contohnya ejaan, isikan tempat kosong (insyaAllah nanti saya letakkan gambar buku aktiviti Muhammad, Aisyah dan Athirah di rumah waktu cuti sekolah)


2. Quran




"Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran"

“Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain” HR Bukhari dan Muslim

Quran adalah sebaik-baik bacaan dan Qalammullah. Umpama surat cinta dari Allah kepada kita hambaNya. Kelebihan Quran boleh rujuk di artikel ini "Kelebihan Belajar, Baca, Hafal dan Amalkan al Quran"

Bagi kita yang telah dewasa dan ingin membaiki bacaan Quran, ada tempat khusus untuk orang dewasa belajar terutamanya di sekitar Lembah Klang ini adalah;

a. Masjid UKM

Di masjid UKM biasanya akan ada graduan dengan bantuan pensyarah akan buat kelas pengajian al Quran dewasa bagi membantu orang dewasa untuk membetulkan bacaan Quran. Boleh rujuk laman web UKM, pihak pengurusan masjid UKM dan juga papan notis di masjid UKM


b. Masjid Negara

Di Masjid Negara ada kelas pengajian dewasa dianjurkan di sana. Boleh rujuk link di bawah:






Untuk maklumat terkini boleh telefon masjid negara terus, sebab mungkin laman web mereka lambat dikemaskini

Tel: 03-2693 7784
Fax: 03-2691 3696
Email: pro@masjidnegara.gov.my, aduan@masjidnegara.gov.my

Butiran pengajian KELAS QURAN DEWASA ini adalah seperti berikut:

Masa           : Isnin dan Rabu / Selasa dan Khamis
Waktu         : 5-7 petang / 8-10 malam. boleh pilih ikut kesesuaian kita
Yuran          : RM300 (kelas Quran Asas) dan RM400 (kelas Quran Lanjutan) untuk pengajian selama 2 tahun
Cikgu          : Guru berijazah, mahir dan perpengalaman
Sijil             : Sijil akan diberikan oleh Masjid Negara kepada pelajar yang tamat pengajian dan lulus ujian
Cuti            : Cuti pada cuti sekolah, cuti umum dan juga Ramadhan


Pengajian di Masjid Negara memang amat bagus. Ada yang sejauh Semenyih dan Beranang pun ada yang datang belajar Quran di masjid negara. Bagi yang bercita-cita untuk memperbetulkan bacaan Quran, mahupun ada niat untuk jadi guru Quran bila dewasa nanti, untuk didik anak cucu, dan anak bangsa dan sebagai bekalan dan saham akhirat inilah permulaannya.

c. Darus syifa' Bangi

Boleh rujuk link di bawah untuk ke Darus Syifa Bangi



Bagi yang berminat untuk belajar rawatan alternatif dengan menggunakan ayat-ayat syifa bersumberkan Al Quran dan Hadis, darus syifa' Bangi adalah tempatnya. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun dengan sedikit yuran pengajian dikenakan. Kelas pengajian adalah setiap hari Isnin malam Selasa dari magrib hingga jam 10 malam.

Boleh hubungi alamat dan nombor telefon di bawah untuk maklumat lanjut.
03-89250443
012-3292792 (Ustaz Hisham)
019-3634124 (Ustaz Jufry)
Email: darussyifa.malaysia@gmail.com

Selain belajar perubatan Islam, darussyifa' juga akan menyediakan kelas bagi membetulkan bacaan Quran dan tajwid bagi para pelajarnya yang belum berkemahiran. Jika dah betul bacaan dan tajwid tak perlu masuk kelas tajwid, boleh terus masuk kelas perubatan. Kelas berjalan secara serentak, cuma berbeza harinya


Harap perkongsian ini memberikan manfaat untuk kita menjadi hambaNya yang sentiasa cintakan Quran, sentiasa belajar untuk membetulkan bacaan, memahami maknanya dan insyaAllah amalkan dalam kehidupan seharian kita insyaAllah


Doa agar diri, anak dan keturanan kita sentiasa mendirikan solat. QS14 Ibrahim ayat 40


Wallahhua'lam

Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
0132299319 dan 0196515717
www.jombahagia.blogspot.com
BBBangi
18.3.2014

Artikel berkaitan

1. Kelebihan Belajar, Baca, Hafal dan Amalkan al Quran
4. Jom Bahagia (5) Kompilasi 2 Minggu Nota Kuliah Agama
5. Saat Kematian makin menghampiri
Read more ...