Thursday, 19 May 2016

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 16)

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 16)
19 Mei 2016 9.15pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin & anak; Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
9.15pm

Syukur pada Allah atas kurniaan nikmat yang diberikan kepada kita

Nikmat paling besar adalah Al Quran. Dalil

الرَّحْمَٰنُ
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

عَلَّمَ الْقُرْآنَ
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.


Syukur pada Allah yang gerakkan kita untuk belajar Al Quran


Al Fatir 35:32

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).


Belajar, faham & amal Al Quran

Macam mana nak amal?
Kena hafal

Ada tak benda yang nak amal tak perlu hafal?


Nak jadi umat terbaik kena
Baca, faham & hafal = amal Al Quran


Al Baqarah 2:238

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.


Peliharalah solat
Solat=zikir=ingat=Al Quran

Al Quran = SOP = baca, faham, hafal, buat / amal

Macam mana nak letak Al Quran dalam diri kita?

Hafal kena amal, contoh bawa kereta. Tahu / hafal bawa kereta sebab kita amal


 أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيم

Ustaz hanya ajar. Allah yang bagi kita faham

Rezeki = apa yang kita bagi / belanjakan, bukan apa yang kita terima


Al Baqarah 2:3

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.


Latih jangan minta kurang tapi bayar lebih. Itu bahagia

Stress tanda dosa. Dalil

Ar Ra'd 13:28

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Zikir = Quran. Dalil

Al Hij 15: 9

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.


Stress = dosa = rasa gelisah / tak tenang / tak tenteram

"Dosa itu yang menyesakkan / tak selesa"

Tukar sikap = tukar mindset. Dalil?

Setiap perbuatan bermula dengan niat

Niat = strong determination

Perkataan kita datang dari hidayah Allah / bisikan syaitan. Apabila diganggu syaitan / ada bisikan jahat

 أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيم


Bawa seberapa ramai kawan. Kelas dah penuh untuk 7 hari seminggu. Manfaatkan kelas ini sepenuhnya dengan ajak ramai lagi kawan

Belajar Al Quran secara praktikal dengan belajar Bahasa Arab Al Quran

Rezeki = apa yang kita bagi / belanjakan, bukan apa yang kita dapat

Niat = strong determination. Niat yang disertai tindakan, bukan sekadar lintasan di hati




###################
Ustaz Aiman
9.40pm

Al Baqarah 2: 8

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.


هُمْ = hum bukan hom
Arab tiada huruf "o"

وَ = dan

مِن = daripada (sebahagian)

النَّاس = manusia

ِ مَنْ =
(ada) orang yang

 يَقُولُ = ia berkata

آمَنَّا = telah beriman oleh kami

بِ = dengan

اللَّه = Allah

ِ وَ = dan

بِ = dengan

الْيَوْمِ = hari

الْآخِرِ = yang kemudian

وَ = dan

مَا = tiada / tidak

هُمْ = mereka

بِ = bagi / untuk / dengan

مُؤْمِنِينَ = orang-orang yang beriman



HOMEWORK

Jawapan minggu 15

Apakah ini wahai Muhammad?
Ini buku
Dan ini (pula)?
Ini kertas

ما هذا يا محمد؟
هذا كتاب
و هذه؟
هذه ورقة

Adakah ini ayam?
Tidak, ini daging
Dan ini (pula)?
Ini ayam

هل هذا دجاج؟
لا، هذا لحم
و هذا؟
هذا دجاج


Homework baru Minggu 16

Dari manakah awak wahai Salman?
Saya dari Mekah
Dan awak pula?
Saya dari Malaysia


Aisyah: Saya pelajar dari Madinah dan awak pula?
Aiman: Saya pelajar dari Yaman


Mufradad Baru

مَطْبَخٌ = dapur

لآ تَغْضَبْ =  (R) jangan marah

لآ تَغْضَبِيْ=  (M) jangan marah


TADABBUR

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.



Majikan pemurah. Gaji masa kerja RM1000. Masa pencen dapat RM99000 @ 99 kali ganda = di dunia 1 rahmat, di akhirat 99 rahmat

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ =
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Kami ingin berkhidmat / berkerja kepadaMu


Al Baqarah 2: 256

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انْفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Tiada paksaan dalam Islam = orang yang faham Islam tidak perlu dipaksa untuk masuk Islam. Dia sendiri yang akan masuk Islam

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ =
kami dengan rela hati akan abdikan diri (tanpa ada paksaan) (jika kita faham 3 ayat sebelumnya)

إِيَّاكَ = hanya kepada Engkau (Allah)
= utama

Awak saya sayang = "awak" didepan / utama

Saya sayang awak = "awak" dibelakang @ mungkin ada orang lain lagi / tiada keutamaan

10.26 ditangguhkan









No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat