Thursday, 27 October 2016

Nota Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 37) 27 Oktober 2016

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 37)
27 Oktober 2016 9.20pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.20pm

MUFRADAT AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 23


وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ

وَ = dan

إِنْ = jika
إِنَّ = sesungguhnya

كُنْتُمْ = telah adalah kamu

فِي = dalam

رَيْبٍ = keraguan / syak

مِمَّا = مِنْ + مَا = dari apa yang

نَزَّلْنَا = telah menurunkan oleh Kami

عَلَىٰ = ke atas

عَبْدِنَا = hamba Kami

فَأْتُوا بِ ; فَ =
maka datanglah olehmu dengan

سُورَةٍ = surah

مِنْ = daripada

مِثْلِ هِ  = (yang) seperti


ر = ra
tebal 8 keadaan
nipis dalam 4 keadaan

رَيْبٍ = tebal
سُورَةٍ = tebal


ب =
1. dengan
2. 2:15 akan / kan
3. 2:20 bawa datanglah


MUFRADAT LUAR

مُرِيحٌ = (yang) selesa

أَرِيكَةٌ = sofa


TADABBUR

2:5

أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى

أُولَٰئِكَ = orang-orang itu

عَلَىٰ = di atas

هُدًى = petunjuk / hidayah

mendapat hidayah vs di atas hidayah

Untuk ke syurga kita perlukan kenderaan. "Kenderaan" itu adalah Al Quran.

Kita perlu naik "kenderaan" ini dengan selesa, selamat, pakai seat belt

Perlu di atas hidayah / petunjuk, bukan sekadar mendapat hidayah / petunjuk

Kita perlu sentiasa berada di atas hidayah / petunjuk Allah iaitu dengan belajar, faham & amalkan segala isi kandungan Al Quran & sunnah Rasul SAW

Tangguh 10.06pm


#############
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.07pm

"You Are The Best"

"Kenapa Orang Yahudi Bijak?"
Dr Stephen

Penyelidikan dilakukan terhadap budaya & kehidupan Bangsa Yahudi

Benar atau tidak pernyataan / kajian ini???

Orang yang kaji adalah orang Yahudi & yang dikaji juga adalah bangsa mereka

Jawapannya ada dalam Al Quran

2:13

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِنْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


Al Imran 3:123-125

Dekatkan diri kita dengan Al Quran & berterusan belajar Al Quran

10.32 ditangguhkan





No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat