Thursday, 19 January 2017

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 48) 19 Januari 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 48)
19 Januari 2017 9.27pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
9.27pm

MUFRADAT AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 27

وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

فِي الْأَرْض

Al madul munfasir = 4 harakat

Ada beberapa tempat dalam ayat Al Quran yang 4 harakat boleh dipendekkan jadi 2 harakat (sebabnya....akan dibincangkan kemudian)

Ms 44 Buku Kaedah Harfiyah

و = dan

1. َيَقْطَعُونَ = mereka memutuskan

مَا = apa yang

2. أَمَرَ = telah memerintahkan (ia)

اللَّهُ = Allah

بِ =
1. Dengan / 2. Akan
(Tengok konteks ayat)

هِ = nya / ia

3. أَنْ = Bahawa / untuk / agar

4. يُوصَلَ = ia dihibungkan

وَ = dan

يُفْسِدُونَ =
 mereka membuat kerosakan

فِي = di / dalam / di dalam /
ke dalam (tengok konteks ayat)

الْأَرْضِ ۚ = bumi

 أُولَٰئِكَ = orang-orang itu

هُمُ = mereka

5. الْخَاسِرُونَ = orang-orang yang rugi


5 mufradat baru. Hafal, ulang & ingat. 60 kali ulang mufradat baru. 10 kali ulang mufradat lama


TADABBUR

Sambungan ayat 2:10

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

فِي = di dalam

قُلُوبِهِمْ = hati-hati mereka

مَرَضٌ =
(ada) penyakit


Siapa "mereka"? = orang munafik

Secara logik akal, manusia tidak boleh tipu Tuhan, tetapi orang munafik nak juga buat kerana dalam hati mereka ada penyakit

Ayat 1-5 = Al Muttaqin = هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
= orang-orang yang bertakwa = berkaitan dengan hati = JAGA HATI


Ayat 6-7= الَّذِينَ كَفَرُوا = orang kafir = tutup hati mereka


Ayat 7- = orang munafik ada penyakit di hati

قُلُوبِهِمْ = hati-hati

قَلْبٌ = hati

قَلْبٌ = asal maksudnya "berbolak-balik"

AnNur 24: 44

يُقَلِّبُ اللَّهُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِأُولِي الْأَبْصَارِ

Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.

يُ = Dia

قَلِّبُ = membolak-balik / bertukar-tukar / berganti-ganti


HATI = BERBOLAK BALIK = PERLU DI JAGA SELALU = boleh berubah-ubah dari orang bertakwa , kafir @ munafik

Macam mana nak jadi HATI YANG TENANG?
Surah 13: ayat 28

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Zikir = Al Quran
15:9

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.


Ubat bagi penyakit hati = Al Quran, dalil Al-Isra 17:82

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.


10.20 ditangguhkan

##########
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.20pm

Pengumuman:
5 Feb 2017 Ahad 11pagi-3petang dijemput ke Majlis Perkahwinan Ustaz Aiman & pasangan & Ustazah Hafizah & pasangan di Maahad Tahfiz Al Itqaan, Taman Nirwana, Ampang

Ingkar

Taat
1. Ikhlas (hati)
2. Ikut Al Quran & Sunnah (fizikal)
3. Bersungguh-sungguh

Al Asr 103:3

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Al Bayinah 98: 5 = ikhlas = ikut peraturan Allah

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.


Ikhlas yang kita faham sebelum ini adalah "buat sesuatu tanpa harap balasan" = SALAH

Ikhlas = buat sesuatu ikut peraturan Allah = BETUL

Kita berkerja boleh minta gaji tak? = boleh

Kita mengajar boleh minta gaji tak? = boleh


Al Maidah 44, 45, 47

44 Ingkar / kafir = Buat sesuatu tidak ikut peraturan Allah

إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ ۚ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

45 Zalim =

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

47 Fasik =

وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنْجِيلِ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فِيهِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Sambungan
Qalbun = ada 7 makna

10.37 ditangguhkan




No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat