Saturday, 23 September 2017

Kuliah Subuh Surau An Najah TUJP 23 September 2017 Sabtu

*Kuliah Subuh*
*Surau An Najah TUJP*
*23 September 2017 Sabtu*
*Penceramah: Ustaz Khairul Anuar*
*Tajuk: Huraian Al Asmaul Husna*

Alhamdulillah syukur atas nikmat kehidupan & nikmat hidayah. Dengan nikmat ini kita masih dapat sediakan persiapan untuk bekalan akhirat

*Alhamdulillah moga permulaan pagi yang baik akan memberikan kita pengakhiran yang baik = husnul khatimah*

Nama yang 38 Al Kabir = Akbar = Yang Maha Besar = Sifat Zat Allah = Yang tak terjangkau pada fikiran kita
الْكَبِيرُ

Bumi ini dah kita rasa besarnya + planet2 lain, arasy, kursy

Arasy = daripada cahaya & berada di atas
Kursy = daripada cahaya & berada di bawah kursy

Kursy = luas melebihi langit & bumi
Luas kursy berbanding arasy = umpama seketul besi yang diletakkan di bumi

Maha Besarnya Allah

Moga Allah sentiasa di hati kita & tiada yang lain

Azan = Allahuakbar = Allah Maha Besar = apa sahaja yang kita buat tidak dapat menandingi kebesaran Allah = tinggalkan semua pekerjaan lain untuk datang menuju & mengingati Allah dengan solat

Al Kabir & Al Aliy

An Nisa 4: 34

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
-Sura An-Nisa', Ayah 34


Al Hajj 22: 62
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
-Sura Al-Hajj, Ayah 62

39. Al Hafiz = Yang Maha Memelihara, Yang Maha Menjaga
الحَفِيظٌ

Allah Yang Maha Memelihara, Yang Maha Menjaga


Yusuf 12: 64

قَالَ هَلْ آمَنُكُمْ عَلَيْهِ إِلَّا كَمَا أَمِنْتُكُمْ عَلَىٰ أَخِيهِ مِنْ قَبْلُ ۖ فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Bapa mereka berkata: "(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan".
-Sura Yusuf, Ayah 64


Saba 34: 21

وَمَا كَانَ لَهُ عَلَيْهِمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يُؤْمِنُ بِالْآخِرَةِ مِمَّنْ هُوَ مِنْهَا فِي شَكٍّ ۗ وَرَبُّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ
Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.
-Sura Saba', Ayah 21

Allah yang turunkan Al Quran & akan memeliharanya

Allah yang turunkan syariat & akan memliharanya

Allah memelihara & menjaga amalan (pahala / dosa) yang kita lakukan & akan dibagi balasan di akhirat kelak

Allah memelihara & menjaga makhluk sebelum sampai ajalnya

Malaikat penjaga & malaikat maut

Pemeliharaan & penjagaan Allah tidak sama seperti yang kita fikirkan = contohnya Nabi Ibrahim AS ditangkap & dimasukkan dalam api = dijaga oleh Allah kerana api tidak boleh membakar Nabi Ibrahim AS

Ditimpa musibah / ujian = dipelihara oleh Allah agar kita kembali & semakin dekat dengan Nya

Pencuri tetap kena cari tuan barang yang dia curi untuk diselesaikan di akhirat kelak = selesaikan = bagi pahala / ambil dosa orang yang dicuri

Allah memelihara semua sistem di alam = bulan, bintang, paksi, planet, siang, malam

Allah memelihara agama Islam, namun tidak pada individu = Islam terpelihara & individu perlu memelihara Islam yang ada pada dirinya

Usaha = sampaikan Islam, amalkan & sebarkan = Allah yang akan sempurnakan / tentukan keputusan urusan itu

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Baca & hayati doa semasa duduk antara 2 sujud = merangkumi semua yang kita perlukan dalam hidup

8 permintaan
Rabbigfirli = Ampunkan aku
Warhamni = Rahmati aku
Wajburni = Cukupkan aku
Warfakni = Angkat kedudukanku (dunia & akhirat)
Warzukni = Rezekikan aku (mencukupkan)
Wahdini = Jaga agamaku / beri hidayah
Waafini = Jaga kesihatanku
Wakfuanni = Maafkan aku

Solat = doa
Ulama dahulu solat panjang = solat = doa = memohon dan meminta

Sabar & solat
Solat = mengandungi semua permintaan, permohonan & keperluan kita

Sambungan Nama Allah yang ke 40

Moga ada manfaatnya

Yang baik dari Allah, yang kurang dari kelemahan diri saya = penceramah & juga pencatat. Moga sama2 kita amal & sebarkannya insyaAllah

-Lukeman 23Sep2017 7.10am-

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat