Thursday, 16 January 2020

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 192)*
*16 Jan 2020 9.40pm*
*Dewan 3F-201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 106

۞مَا نَنسَخۡ مِنۡ ءَايَةٍ أَوۡ نُنسِهَا نَأۡتِ بِخَيۡرٖ مِّنۡهَآ أَوۡ مِثۡلِهَآۗ أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
-Sura Al-Baqarah, Ayah 106

*****

 أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ


*****
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*


 أَلَمۡ = tidakkah

تَعۡلَمۡ = kamu mengetahui
علم = ilmu / tahu

أَنَّ = sesungguhnya

 ٱللَّهَ = Allah

 عَلَىٰ = ke atas

 كُلِّ = setiap

شَيۡءٖ = sesuatu

قَدِيرٌ = Maha Berkuasa

Struktur ayat Bahasa Arab Al Quran:

1. Allah ke atas setiap sesuatu Maha Berkuasa = Allah Maha Berkuasa & Hanya Allah yang Maha Berkuasa

2. Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu = Allah Maha Berkuasa & mungkin makhluk lain juga ada kuasa

Dua-dua struktur ayat Bahasa Arab di atas betul & ayat "Hanya Berkuasa" di akhir = menafikan kuasa makhluk / benda lain = hanya Allah yang berkuasa


******
*TADABBUR*

2:34

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 34


وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ
= dan ingatlah ketika telah berkata Kami kepada para malaikat

ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ
= sujudlah kamu kepada Adam

فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ
= lalu mereka sujud kecuali iblis


Tadabbur 1:
وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ
= dan ingatlah ketika telah berkata Kami kepada para malaikat
= merangkumi semua yang ada di situ (malaikat & makhluk lain)
= malaikat = makhluk paling mulia yang ada di situ & merangkumi semua mahkluk lain
= contohnya dalam majlis rasmi; hanya orang besar / berjawatan yang kita sebut namanya (mewakili semua hadirin lain)


Tadabbur 2:
ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ
= sujudlah kamu kepada Adam

2 tafsiran:
1. sujud = tunduk hormat
2. sujud = sujud betul atas perintah Allah / syariat umat terdahulu dibolehkan sujud kepada mahkluk lain contohnya ayat 12:100 & 12:4

Dua-dua tafsiran boleh & tafsiran pertama banyak digunakan

Yusuf 12:100

وَرَفَعَ أَبَوَيۡهِ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ وَخَرُّواْ لَهُۥ سُجَّدٗاۖ وَقَالَ يَٰٓأَبَتِ هَٰذَا تَأۡوِيلُ رُءۡيَٰيَ مِن قَبۡلُ قَدۡ جَعَلَهَا رَبِّي حَقّٗاۖ وَقَدۡ أَحۡسَنَ بِيٓ إِذۡ أَخۡرَجَنِي مِنَ ٱلسِّجۡنِ وَجَآءَ بِكُم مِّنَ ٱلۡبَدۡوِ مِنۢ بَعۡدِ أَن نَّزَغَ ٱلشَّيۡطَٰنُ بَيۡنِي وَبَيۡنَ إِخۡوَتِيٓۚ إِنَّ رَبِّي لَطِيفٞ لِّمَا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ
Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
-Sura Yusuf, Ayah 100

12:100 = tafsiran ayat 12:4

إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَتِ إِنِّي رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبٗا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُهُمۡ لِي سَٰجِدِينَ
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
-Sura Yusuf, Ayah 4


************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.18pm*

2020 = Perfect Vision = pandangan / wawasan yang sempurna / jelas


ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula *menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa*;
-Sura Al-Baqarah, Ayah 2


قَدۡ جَآءَكُم بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَنۡ أَبۡصَرَ فَلِنَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ عَمِيَ فَعَلَيۡهَاۚ وَمَآ أَنَا۠ عَلَيۡكُم بِحَفِيظٖ
(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".
-Sura Al-An'am, Ayah 104

بَصَآئِرُ = pandangan
= persepsi = pandangan / persepsi yang berbeza pada benda yang sama = melihat & menangkap maklumat --> proses di hati --> keluar perkataan


وَٱللَّهُ أَخۡرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ شَيۡـٔٗا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan *dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur*.
-Sura An-Nahl, Ayah 78


Al-Hajj 22: 46

أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٞ يَعۡقِلُونَ بِهَآ أَوۡ ءَاذَانٞ يَسۡمَعُونَ بِهَاۖ فَإِنَّهَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَلَٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِي فِي ٱلصُّدُورِ
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi *orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami*, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya *bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada*.
-Sura Al-Hajj, Ayah 46

Kebaikan / kurniaan Allah dalam semua perkara yang berlaku

Semua kurniaan Allah adalah baik untuk kita; anak baik bagus, anak kurang baik juga bagus, keduanya kurniaan Allah & sumber pahala kepada kita


manusia mudah melampai batas apabila rasa diri serba cukup / sempurna

كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
-Sura Al-Alaq, Ayah 6

أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
-Sura Al-Alaq, Ayah 7


Ambil sedikit daripada harta untuk sedekah / kebaikan orang lain = sedekah akan lebih menyuburkan harta kita

وَمَآ ءَاتَيۡتُم مِّن رِّبٗا لِّيَرۡبُوَاْ فِيٓ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ فَلَا يَرۡبُواْ عِندَ ٱللَّهِۖ وَمَآ ءَاتَيۡتُم مِّن زَكَوٰةٖ تُرِيدُونَ وَجۡهَ ٱللَّهِ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُضۡعِفُونَ
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.
-Sura Ar-Rum, Ayah 39


مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 261

10.41pm ditangguhkan




No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat