Showing posts with label kismis. Show all posts
Showing posts with label kismis. Show all posts

Sunday, 31 August 2014

Contoh Soalan Sekolah Integrasi Selangor

Assalamualaikum, alhamdulillah ramai rupanya yang cari info pasal sekolah Integrasi dan juga sekolah Al Amin Bangi ya. Kalau tengok pada hits kunjungan ke entri Al Amin vs SRAI vs SKJalan3 boleh tahan ramai juga yang cari info berkenaan dengan sekolah pilihan di sekitar Bangi ni ya.

Kali ini kami ingin kongsikan lebih lanjut tentang proses dan panduan kemasukan ke Sekolah Integrasi (SRAI) beserta contoh soalan yang biasanya di tanya kepada anak-anak yang memohon untuk masuk ke sini

1. Panduan Kemasukan SRAI

SRAI terletak di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menggabungkan 2 kurikulum iaitu kurikulum sekolah agama dan kurikulum KBSR Kementerian Pendidikan Malaysia. Kiranya 2 sesi digabungkan terus menjadi 1 sesi pengajian sekolah agama dan sekolah rendah kebangsaan

Sesi pembelajarannya ada 2 sesi sama ada 7.30 pagi - 2.30 pagi ataupun 7.30 pagi - 4.00 petang (bergantung kepada lokasi sekolah) (rujuk gambar di bawah). Bermula tahun 2014 ini sesi sekolahnya dipendekkan menjadi 7.30 pagi - 3.30 petang (Sesi sekolah Al Amin Bangi pula adalah 8 pagi - 3.30 petang).
Buku Panduan Kemasukan ke SRAI dan Contoh Soalan Latihan


Isi Kandungan

Pengenalan dan sesi persekolahan


Syarat kemasukan murid


Yuran dan pendaftaran



Proses pendaftaran dan ujian

Alamat SRAI di seluruh Selangor. Setakat ini ada 11 cawangan



2. Contoh Soalan

Bahasa Malaysia


Bahasa Inggeris

Sains




Matematik


Jawi dan Bahasa Arab


Kepada Tuan / Puan yang mahukan contoh soalan latihan bagi kemasukan anak-anak ke darjah 1 boleh terus emailkan kepada kami di jombahagia@gmail.com bagi memudahkan kami reply dan hantarkan link.

Harap membantu Tuan / Puan dan anak-anak kita semua insyaAllah

Lukeman & Siti Norliza
Bandar Baru Bangi
Selangor


Artikel berkaitan:

1. http://jombahagia.blogspot.com/2013/12/sek-sri-alamin-bangi-vs-integrasi-vs-skjalan3-bangi.html

2. http://jombahagia.blogspot.com/2014/02/sayangi-anak-dan-isteri-didikan-agama-makanan-halal-khasiat.html
Read more ...