Saturday, 9 April 2016

7 Ayat & Amalan Agar Minda Sentiasa Positif

ATTITUTE KNOWLEDGE /
POSITIF MINDSET
•••••••••••••••••••••••••••••••••

1. أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

2. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

3 قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

4. اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

5. لَاحَولَ وَلَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

6. بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ

7. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
Ataupun selawat penuh seperti dalam bacaan tahiyyat akhir

Amalkan setiap hari & ajarkan anak2 agar baca/amalkan setiap hari

Baca dengan HATI = baca dengan penuh keazaman

Contohnya:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم =
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
= We need Allah very much


PENERANGAN / ULASAN / MAKNA
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

1. Auzubillah

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam


2. Bismillah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


3. Letak diri kita sebagai HAMBA. Subhanakala ilmalana illamaallamtana

Al Baqarah 2:32

قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

"Aku tiada apa ya Allah kecuali apa yang Kamu ajarkan"


Pastikan KITA RAPAT DENGAN ALLAH untuk jadi orang bijaksana

An Nahl 16: 78

وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Tujuan baca Quran masa mengandung agar ibu tenang & perkembangan bayi baik.

Pusat kebijaksanaan BUKAN DI OTAK tapi di HATI / QALBUN

Untuk didik anak jadi bijaksaa,  didik QALBUNnya. Didik qalbun dengan belajar Al Quran

4. Ihdinassirotolmustaqim

Al Fatihah 1:6
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

 "saya tengah belajar ya Allah,  tunjukkan saya jalan yang lurus"


5. Lahaulawaquwwataillabillah

 لَاحول ول قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

Ajarkan anak-anak dengan perkataan-perkataan ini.

Ajar bukan dengan lidah tapi dengan HATI / QALBUN

Auzubillah= Ya Allah aku berlindung denganMU. Engkau sangat penting bagiku

Allah suka=orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya

6. Bismillahi tawakkal tu alallah

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ

Kita selalu fokus pada keputusan=SALAH

Fokus pada usaha, amal soleh = BETUL

Keputusan milik Allah. Tiada kaitan antara usaha dengan keputusan

Usaha wajib, namun keputusan milik Allah

Sesiapa yang kata dia dapat sebab usahanya sama macam Qarun

Cakap macam Nabi Sulaiman SAW "Ini semata2 dari kurniaan Tuhanku"

Allah bagi keputusan untuk uji kita

Jika kita pegang ini kuat2, apa sahaja kita buat kita tidak akan gagal. Berniaga jika untung / rugi semuanya UNTUNG

Buat yang terbaik & biar Allah tentukan keputusannya

Jika berjaya cakap ALHAMDULILLAH

Jika belum berjaya cakap ALHAMDULILLAH

Yang penting kita USAHA,  AMAL SOLEH

Usaha Bahasa Arab = Hafal mufrodad baru 60kali,  mufrodad lama 10kali

HAFAL & GUNA


Hud 11:123

وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الْأَمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.


7. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
Ataupun selawat penuh seperti dalam bacaan tahiyyat akhir

Amalkan setiap hari & ajarkan anak2 agar baca/amalkan setiap hari





1 comment:

  1. Salam tuan. Mintak izin copy nota2 ilmu dan nasihat dalam blog tuan ni. Sangat2 berguna utk peringatan diri dan yg lain. Terima kasih byk2. Hanya Allah yg dpt membalasnya.

    ReplyDelete

Komen Sahabat