Thursday, 21 April 2016

Nota Kuliah Bahasa Arab Al Quran (Minggu 12)

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 12)
21 April 2016 9.13pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin & anak; Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
9.13pm

Syukur kepada Allah kita dapat teruskan pembelajaran Bahasa Arab Al Quran

Beberapa pengumuman

1. Mula minggu depan, maratun duduk kat tengah dewan & rojulun di kiri dan kanan dewan bagi memudahkan edaran kertas kedatangan

2. Pihak Maahad Tahfiz dilantik sebagai pemungut / kaunter zakat. Boleh keluarkan zakat pada Maahad & Maahad boleh keluarkan resit zakat. Resit daripada zakat negeri Selangor dan Perlis.

3. Sumbangan berbuka puasa juga dialukan. Sekarang ada 140 orang pelajar yang tinggal di asrama Maahad

**********

Baraqatun = berkat

Dalam buku "You Are The Best"

البَرَكَة = زِيَادُالخَيرَ = التَّقوَى
bertambah-tambah keberkatan

 الخَيرَ = الْبِرُّ =التَّقوَى
Dalil
AlBaqarah ayat 189

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ ۖ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ ۗ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَىٰ ۗ وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."


Baik bukan ikut pandangan kita /ramai / mainstream

Baik ikut prinsip yang betul = ikut peraturan Allah Taala, ikut apa yang Allah suka

Berkat = takwa = tandanya kita makin dekat pada Allah

Macam mana nak dapat berkat?
Belajar Al Quran

Dalil
Al An'am

Jika makin kita belajar,  makin jauh dari Allah,  makin sombong; semak balik niat kita belajar?

Niat belajar kena betul = kerana Allah

51 AnNahli
AlJasiah hawa nafsu

Berkat = takwa = tandanya kita makin dekat pada Allah


###################
Ustaz Aiman Shafie
9.36pm

Al Baqarah 2:4

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

وَبِالْآخِرَةِ

استفال = nipis

استعلا = tebal = خ ص ض ط ظ ق غ
Selain huruf ini nipis


و = dan

َالَّذِينَ = orang-orang yang

يُؤْمِنُونَ = mereka beriman

بِ = dengan

مَا = apa yang

47. أُنْزِلَ = telah diturunkan (ia)

48. إِلَيْكَ = kepada Engkau

و = dan

مَا = apa yang

أُنْزِلَ  = telah diturunkan (ia)

مِنْ = daripada

49. قَبْلِ = sebelum

50. كَ = Engkau

وَ = yang

بِ = dengan

51. الْآخِرَةِ = yang kemudian (akhirat)

هُمْ = mereka

52. يُوقِنُونَ = mereka yakin


HOMEWORK

Jawapan

Adakah awak Ahmad? Ya,  saya Ahmad
هل انت احمد؟ نعم انا احمد

Dan adakah awak Mahmud? Tidak,  saya Umar
و هل انت محمود؟ لا، انا عمر

Adakah awak Maryam? Ya saya Maryam
هل انت مريم ؟ نعم انا مريم

Dan adakah awak Alia? Tidak,  saya Zainab
وهل انت عالية؟ لا انا زينب


Homework Baru

Siapakah awak? Saya Hamzah
Dan siapa (pula) awak? Saya Aiman

من انت؟ انا حمزاه
و من انت؟ انا ايمان

Siapakah ini? Ini Ruqayyah.
Dan siapa (pula) ini? Ini Usman

من هذه؟ هذه رقية
و من هذا؟ هذا عسمان


MUFRADAD BARU

61. بَعْدَ = selepas

62. اِلَي = ke / kepada

63. عَنْ = tentang / dari

64. كَ = seperti

65. اِنْزِلْ = turunlah (R)

66. اِنزِلِي = turunlah (M)


TADABBUR

الرَّحْمَٰنِ

الرَّحِيمِ

Berasal daripada 1 kata dasar
رَحْمَة = kasih sayang / pemurah

100 kasih sayang Allah. 1 kasih sayang diturunkan di bumi / dunia. 99 lagi disimpan diakhirat / syurga

Pemurah = bagi sesuatu yang besar / hebat

Untuk dapatkan rahmat di akhirat, kita perlu dapatkan rahmat di bumi

Macam mana nak dapatkan rahmat di bumi?
BELAJAR AL QURAN

Dalil?
Ar Rahman 55: 1-2

الرَّحْمَٰنُ

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

عَلَّمَ الْقُرْآنَ

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

خَلَقَ الْإِنْسَانَ

Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

ArRahman Allah; Dia bagi Al Quran kepada semua orang. Sesiapa yang ambil, belajar, faham, amalkan Al Quran dia akan dapat ArRahim di syurga

10.29 ditangguhkan







No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat