Friday, 29 July 2016

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 24)

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 24)
28 Jul 2016 9.20pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin & anak; Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.20pm

Sambungan Mufradad Al Quran

Al Baqarah 2: sambungan ayat 14

وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ

Beri perhatian pada kalimah
شَيَاطِينِهِمْ

ط = huruf tebal / istihalak / ikbak

ي = huruf nipis, jangan ditebalkan


Mufradad Al Quran
وَ = dan

إِذَا = apabila

110. خَلَوْا = telah terpencil mereka / bersendirian

111. إِلَىٰ = kepada

112. شَيَاطِين =  syaitan2 (ketua2)

ِهِمْ = mereka

قَالُوا = telah berkata mereka

113.  إِنَّا = sesungguhnya kami

114.  مَعَ = bersama

115.  كُمْ = kamu

إِنَّمَا = bahawasanya tidak lain / hanyalah

نَحْنُ = kami

116. مُسْتَهْزِئُونَ = orang2 yang mengolok2

dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".


LATIHAN MINGGU 22

Ini kerusi
هذا كُرسِيٌّ

Ini pelajaran
هذا دَرسٌ

Ini makanan
هذا طَعَامٌ

Ini teks
هذا نَصٌّ


Terbalikkan ayat = tambah ال ditengah ayat dan ٌ jadi ُ


Kerusi ini
هذا الكُرسِيُّ

Pelajaran ini
هذا الدَرسُ

Makanan ini
هذا الطَعَامّ

Teks ini
هذا النَصُ


LATIHAN MINGGU 24

Ini pen - Pen ini
هذا قلمٌ - هذا القلمُ

Ini minuman - minuman ini
هذا شرابٌ - هذا الشرابُ

Ini tilam - tilam ini
هذا فراشٌ - هذا فراشُ


TADABBUR

Al Baqarah: ayat 1

الم =

الف
لام
ميم
Tiada makna khusus = isyarat tertentu = 3 point penting

1. Allah cabar orang kafir yang tuduh Al Quran ciptaan/rekaan Nabi Muhammad SAW agar buat ayat yang sama macam Al Quran

Al Quran adalah huruf2 / bahasa2 Arab seperti الم

2. Al Baqarah surah paling panjang dalam Al Quran, 286 ayat. Al Kausar surah paling pendek, 3 ayat

Ayat pertama Al Kausar lebih panjang daripada ayat pertama Al Baqarah

Surah panjang dimulakan dengan ayat pendek

Pengajarannya = ingin mulakan sesuatu yang besar (surah Al Baqarah), mulakan dengan sesuatu yang kecil/ringkas/mudah/sikit (الم)

Biar sedikit kuantiti, tetapi jaga kualiti

Hafal Quran fokus pada hafalan bukan pada ingat. Kerja kita hafal. Kerja Allah untuk bagi ingat & khatam

Nabi Muhammad SAW hafal Al Quran / terima wahyu pada umur 40 tahun, hafal / tamat pada umur 63 tahun. Tempoh 23 tahun

Pengajaran yang 3 kita sambung kemudian

Ditangguhkan dengan tasbih kafarah 10.19pm


###################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.19pm

Panduan ulang Mufradad

Boleh bahagi kepada 5 bahagian

Boleh ulang sekali bacaan dalam sehari secara istiqamah bagi mufradad lama

Al Muzammil 73: ayat 6

إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

Kena berterusan, tiada jalan pintas


Minggu depan bawa buku "You Are The Best"

Apa maksud motivasi?

Unsur manusia ada 2; jasad dan roh. Dalil?

Al Hijr 15:29

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.


Manusia tidak tahu apa itu roh. Dalil?

Al Isra 17:85

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Motivasi = ilmu mengenai roh
Motivator = Allah = Penggerak
Syirik pada Allah jika kita mengaku motivator
Kita hanya menyampaikan
Hanya Allah Motivator

Satu2nya modul untuk motivation adalah Al Quran

Allah akan bagi kita motivasi apabila kita belajar Al Quran

Bawa masyarakat kita dekat pada Al Quran

Syukur Allah pilih kita berada dalam kelas ini

Syarat "You Are The Best" ada 2:
1. Istiqamah belajar
2. Ajak orang lain sama belajar

10.33 ditangguhkan





No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat