Thursday, 4 August 2016

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 25)

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 25)
4 Ogos 2016 9.29pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin & Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.29pm

اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Ulangkaji Minggu 24
Beri perhatian pada kalimah
شَيَاطِينِهِمْ

ط = huruf tebal / istihalak / ikbak

ي = huruf nipis, jangan ditebalkan


Minggu 25
Beri perhatian pada kalimah
اللَّهُ

اَ = nipis
ل = tebal


اللَّه = Allah

117. يَسْتَهْزِئُ = ia memperolok-olok

118. بِ = kan / akan

هِمْ = mereka

وَ = dan

119. يَمُدُّ = ia melanjutkan

هُم = mereka

ْ فِي = di dalam

120. طُغْيَانِ = kedurhakaan

هِمْ = mereka

121. يَعْمَهُونَ = mereka buta meraba2


JAWAPAN LATIHAN MINGGU 24

Ini (adalah) pen - Pen ini
هذا قلمٌ - هذا الْقلمُ

Ini (adalah) minuman - minuman ini
هذا شرابٌ - هذا الْشَّرابُ

Ini tilam - tilam ini
هذا فراشٌ - هذا الْفِرَاشُ

TADABBUR

Al Baqarah 2: 2

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

ذَٰلِكَ = that is / itu

الْكِتَابُ = the book / kitab itu

لَا رَيْبَ ۛ فِيه = tiada keraguan padanya

ِ ۛ هُدًى = petunjuk

 لِلْمُتَّقِينَ = bagi orang2 yang bertakwa
/ gelaran / title

Allah bagi gelaran "orang yang bertakwa" apabila belajar Al Quran

Apa dapat dengan bertakwa?
Al Imran 3: 133

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Macam mana nak dapat gelaran BERTAKWA?

Untuk dapat PhD, kena belajar / baca:
Baca setiap hari
Faham apa yang dibaca
Hafal apa yang dibaca

Untuk dapat TAKWA juga kena buat benda yang sama malahan lebih lagi

Title لِلْمُتَّقِينَ

Jawapan kepada
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Exam / viva PhD kita tahu bila

Bila exam TAKWA?
Bila2 masa, bila ajal menjemput

"Syafaat bagi orang yang bersahabat dengan Al Quran"

Bagaimana bersahabat dengan Al Quran?

Kita lagi banyak buka & baca FB, whatsapp, instagram ataupun buka baca Al Quran?

Sentiasa akrab, berdampingan, baca setiap hari, faham apa yang dibaca, hafal apa yang dibaca

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al Quran; baca, faham, hafal"

10.23 ditangguhkan dengan tasbih kafarah


###################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.23pm

Muqadimmah buku "You Are The Best"

Kefahaman itu milik Allah

Maknanya Allah itu sangat penting bagi kita


Surah Fathir 35:15

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

الْفُقَرَاءُ =  / fakir
Orang yang memerlukan / berhajat kepada orang lain

الْغَنِيُّ =  / kaya
Tidak memerlukan / berhajat kepada sesiapa

Kita perlukan kefahaman setiap hari

PALING PENTING UNTUK FAHAM ADALAH ALLAH / INGAT ALLAH / BERDAMPING DENGAN ALLAH

Allah yang bagi kefahaman

Al Anbiya 21: 79

فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ ۚ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ ۚ وَكُنَّا فَاعِلِينَ

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.


Alhamdulillah = segala pujian milik Allah @ saya tidak layak untuk dipuji

Ingatkan Dr Shafie untuk bagi doa apabila dipuji minggu depan / Minggu 26

9-10 pagi setiap Jumaat di Maahad Tahfiz - ulusan buku "You Are The Best"

Makna fikhu = fekah = kefahaman kita bincang kemudian

Paling penting kena istiqamah belajar Al Quran

10.34 ditangguhkan





No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat