Thursday, 1 September 2016

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 29) 1 September 2016

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 29)
1 September 2016 9.20pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.20pm

MUFRADAD AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 18

صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ


يَرْجِعُونَ
harf الرأ = sebutan tebal


استعلأ = huruf tebal
خ ص ط ض غ ق ظ

استفال = huruf nipis
selain huruf di atas

Keadaan harf الرأ
1. Tebal dalam 8 keadaan
2. Nipis dalam 4 keadaan
3. Boleh tebal & nipis dalam 2 keadaan


140. صُمٌّ = orang2 yang pekak

141. بُكْمٌ = orang2 yang bisu

142. عُمْيٌ = orang2 yang buta

فَ = maka

هُمْ = mereka

لَا = tidak

143. يَرْجِعُونَ = mereka kembali



MUFRADAD TAMBAHAN

92. اِرجِعْ = baliklah (R)

93. اِرجِعِي = baliklah (M)


LATIHAN

1. Adakah anda setiausaha di pejabat ini?
Ya, saya setiausaha di sini

TADABBUR

Al Ma'idah 5: 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.


فَاغْسِلُوا = maka basuhlah

وُجُوهَكُمْ = muka kamu

وَأَيْدِيَكُمْ = dan (basuhlah) tangan2 kamu

وَامْسَحُوا = dan sapulah

بِرُءُوسِكُمْ = akan kepala kamu

وَأَرْجُلَكُمْ = dan (basuhlah) kaki kamu

Basuh = huruf akhir baris atas
Sapu = huruf akhir baris bawah.

 حروف الجر

بِ
membaris bawahkan huruf
سِ

Jika barisnya bawah seperti dibawah: maknanya akan jadi "sapu"
وَأَرْجُلِكُمْ = dan (sapulah) kaki kamu


Dalam Mazhab Syafie, tertib termasuk dalam syarat wajib wuduk. 6; niat, basuh muka, basuh tangan tangan hingga siku, sapu muka, basuh kaki & tertib

Dalam Mazhab Hanafi, tertib tidak termasuk dalam syarat wajib wuduk, kerana pemahaman ayat و tidak termasuk tertib / turutan

Jawapan Mazhab Syafie, susunan ayat Al Quran menunjukkan tertib

Ada lagi jawapan Mazhab Hanafi (kita sambung kemudian)

Di Yaman, lepas ambil wuduk ada 1 kolam air. Selepas ambil wuduk semua kena lalu kolam air ini, yang akan menyebabkan kaki2 jadi "basuh" terutama bagi mereka yang berfahaman "sapu" kaki


Sama juga "bersentuh lelaki & wanita bukan muhram, batal / tidak batal wuduk?". Dua2 ada dalil berdasarkan kepada berlainan pemahaman ayat Al Quran

Jika kita faham Bahasa Arab Al Quran insyaAllah kita akan lebih tenang dan berlapang dada dengan khilaf2 ini.


##################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.17 pm

Manusia suka berdebat & menyalahkan orang lain KERANA TIADA ILMU

Yang penting kita CARI ILMU. Ilmu membuatkan kita bertolak ansur.

Tuduh menuduh membuatkan dua2 jadi sesat.

Salah satu sebab Dr Shafie mula hafal Al Quran adalah kerana jawapan2 yang berbeza bagi sesuatu persoalan yang ditanyakannya pada seseorang

Ulama2 dulu hafal Al Quran dan belajar Bahasa Arab dahulu, baru belajar benda lain

Al Quran dijamin oleh Allah

Hadis terjaga dengan semakan Al Quran

Kelas Bahasa Arab Al Quran penting untuk kita semua

Kita di sisi Allah nombor berapa?
Jawapannya adalah berdasarkan Allah nombor berapa di sisi kita?

Apa yang Allah no 1 suka?
Belajar dan mengajarkan Al Quran

Kalau saudara datang ke rumah petang Khamis, raikan dia dengan ajak ke Kelas Bahasa Arab Al Quran. Itulah hadiah paling baik kepada saudara kita

Kita ke Mekah sebagai tetamu Allah. Allah Penyambut tetamu Terbaik. Minta "Ya Allah bagi saya mahir Al Quran"

Pengalaman Ustaz Dr Shafie. Setiap kali Ustaz pergi Mekah, Ustaz minta:

"Ya Allah bagi saya boleh hafal Al Quran"

"Ya Allah bagi saya boleh mahir Bahasa Arab Al Quran"

"Ya Allah, bagi saya 12 orang anak". Dapat 13 orang anak. 1 orang dijemput Allah. Ada 12 orang

"Ya Allah, bagi anak2 saya semuanya hafal Al Quran". Sekarang dah 9 orang anak Dr Shafie hafal Al Quran


Jika pergi ke Mekah lagi, insyaAllah Ustaz akan doakan
"Ya Allah, bagi anak2 murid saya hafal Al Quran & dapat mahir Bahasa Arab Al Quran"......amin....

Tuan2 juga mohon doakan agar tuan puan dapat hafal Al Quran dan mahir Bahasa Arab Al Quran

Moga kita mahir & hafal Al Quran sepertimana kita mahir bacaan Al Fatihah

Moga kita terus istiqamah dengan kelas Bahasa Arab Al Quran insyaAllah

Ditangguhkan 10.30pm





No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat