Thursday, 22 September 2016

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 32) 22 September 2016

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 32)
22 September 2016 9.15pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.15pm

MUFRADAD AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 20

يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ ۖ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا

اللرء = boleh di baca nipis / tebal
1. Bacaan tebal 8 keadaan
- Baris atas / fathah
- Baris depan / dhammah
- Baris mati / sukun & sebelumnya baris atas / fathah
- Baris mati / sukun & sebelumnya baris depan / dhammah

2. Bacaan nipis 4 keadaan
- Baris bawah / kasrah
- Baris mati / sukun & sebelumnya baris bawah / kasrah

3. Boleh pilih bacaan nipis / tebal 2 keadaan
- Baris mati / sukun

Harakat = baris = pergerakan
Sukun = mati = tiada perasaan

Sukun: tengok huruf sebelumnya. Contoh
البَرْق = tebal
القُرْان = tebal
تنذِرْهم = nipis


156. يَكَادُ = ia hampir-hampir

الْبَرْقُ = kilat

157. يَخْطَفُ = ia menyambar

أَبْصَارَ = penglihatan-penglihatan

هُمْ = mereka

158. كُلَّمَا = tiap-tiap kali

أَضَاءَ = telah menerangi (ia)

لَ = untuk

هُمْ = mereka

159. مَشَوْا = telah berjalan mereka

فِي = di dalam

هِ = nya

وَ = dan

إِذَا = apabila

160. أَظْلَمَ = telah gelap (ia)

عَلَيْ = ke atas

هِمْ = mereka

161. قَامُوا = telah berdiri mereka


6 mufradad baru. Masukkan dalam borang mufradad baru. Ulang 1mufradad baru 60kali 1hari. Mufradad lama ulang 1hari 10kali

Baca Al Quran, setiap perkataan yang dibaca cuba fahamkan / ingat makna bacaannya

Contoh surah yasin

Bacaan ayat Al Quran tanpa lihat terjemahannya

يس

وَ
الْقُرْآنِ
الْحَكِيمِ

إِنَّك
َ لَ
مِنَ
الْمُرْسَلِينَ

عَلَىٰ
صِرَاطٍ
 مُسْتَقِيمٍ

تَنْزِيلَ
الْعَزِيزِ
الرَّحِيمِ

Praktikal halafan dengan bacaan ayat Al Quran setiap hari; 1 muka surat. Boleh mula pada mana2 surah


MUFRADAD TAMBAHAN

95. كيف حالُك = apa khabar

96. الحمد لله انا بخير = khabar baik


LATIHAN MINGGU 32

1. Adakah anda baru di sini?
Ya, saya baru di sini

2. Adakah anda orang melayu?
Bukan, saya orang arab
Saya dari Kaherah

Fokus pada mufradad, kemudian baru nahu

TADABBUR

sambungan surah Al Baqarah 2: 3

وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Dan dari apa yang telah Kami beri rezeki kepada mereka, mereka belanjakan

Mufradad
Fiil madi, mudharik & amar

رَزَقْنَا = رِزْق = العَطَاءُ = pemberian

4 benda / rezeki yang akan ditanya di padang mahsyar;
1. Umur: macam mana infak / dibelanjakan
2. Badan
3. Harta: Dari mana dapat & ke mana dibelanjakan
4. Ilmu: adakah diamalkan?

Umur Allah bagi
Badan juga Allah bagi tanpa perlu dicari
Harta dicari. Dari mana dapat & dibelanjakan. Allah hanya terima yang bersih
Ilmu ditanya adakah diamalkan. Kenapa ilmu tidak ditanya dimana belajar? Kerana ILMU WAJIB DIPELAJARI

يُنْفِقُونَ = نَفَق =
lubang biawak padang pasir =
= nifak = munafik
= terowong
= digunakan

Jika tidak digunakan / dibelanjakan rezeki akan tersekat = Lubang terowong jika hanya masuk, tidak keluar akan tersumbat

Malaikat berdoa "tambahkan rezeki bagi orang yang infak & hancurkan bagi orang yang kedekut"

10.13 ditangguhkan

##################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.13 pm

Mufradad
160 mufradad
Ulang mufradad baru guna sistem hafal Al Quran

Dalam hafal Quran kita fokus pada yang lama

Daripada berpuluh ribu orang di Bangi, Allah pilih kita untuk hafal Al Quran

Hafalan yang lama adalah harta kita. Ulang secara tersusun

160 mufradad.

20 mufradad setiap hari, ulang 10 kali

Buat sedikit tetapi berterusan

Mufradad baru ulang 60kali sehari. 1 mufradad sehari

CATAT PADA BORANG HAFALAN MUFRADAD untuk disiplin & sistem


نَفَق = teori ekonomi
= mesti dibelanjakan


وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Dan dari apa yang telah Kami beri rezeki kepada mereka, mereka belanjakan

Kenapa kita belanja, tapi ekonomi masih tidak ok?
Kerana kita belanja tidak ikut peraturan Allah

Al Baqarah
Jangan guna kecuali ikut peraturan Kami

Pengurusan kewangan mesti ikut peraturan Allah

Moga kita dapat amalkan apa yang kita pelajari insyaAllah

10.28 ditangguhkan










No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat