Thursday, 23 March 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 57) 23 Mac 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 57)
23 Mac 2017 9.30pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.30pm

Sambungan
Al Baqarah 2: 31

فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Beberapa perkataan panjangnya lebih 2 harakat = 3 tempat panjangnya 4 harakat

بِأَسْمَآءِ
هَٰؤُلآءِ
Ada ء panjang bacaan jadi 4-5 harakat. Tanpa ء panjang 2 harakat

المد الواجب المتصل =
panjang 4-5 harakat & wajib dibaca panjang, kerana bersambung dengan ء (pihak ketiga orang dalam)

المد الجأئز المنفصل =
panjang 4-5 harakat & harus dibaca panjang, kerana terpisah dengan ء  (pihak ketiga orang luar)


*MUFRADAT AL QURAN*
Buku Kaedah Harfiyah Ms 45

فَقَالَ = telah berkata ia

1. أَنْبِئُو = khabarkanlah olehmu
خبر  = beritahu
النبا = berita / cerita

2. نِي = akan) daku)

بِ = dengan / akan

3. أَسْمَاءِ = nama-nama

هَٰؤُلَاءِ = orang-orang ini /
benda-benda ini
أولاء = orang-orang
هَٰؤُلَاءِ = orang-orang ini
أولاءك = orang-orang itu

إِنْ = jika

كُنْتُمْ = telah adalah kamu

صَادِقِينَ = orang-orang yang benar

3 mufradat baru. 60 kali 1 mufradat baru setiap hari.

Mufradat lama, baca mana-mana ayat Al Quran setiap hari & terjemahkan ikut mufradat yang kita dah belajar



Rumah = 1 = tunggal
Rumah-rumah = 2 atau lebih

House = 1 = singular
Houses = 2 atau lebih = plural

بَيتٌ = 1
بُيُوتٌ =
3 atau lebih = jamak = الجمع

المُثَنَّى = 2 = bilangan 2

بَيتَانِ =
2 biji rumah

فَاْرٌ = 1 tikus
فِرَّان = banyak tikus
فَاْرَان = 2 tikus

Buku Bahasa Al Quran ms 4


**************************
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.17pm

Seminar "Ya Allah Terimalah Solatku" = Roh solat = Tauhid dalam solat = praktikal nilai kedudukan solat kita

Dimanakah kedudukan solat kita. Ada set soalan daripada Al Quran yang perlu kita jawab

Kita jawab sekarang agar kita dapat perbaikinya di dunia, sebelum Allah tanya kita di akhirat

Perbaiki solat dengan ilmu

Apakah ibadat yang paling susah nak istiqamah?

Solat = kehidupan

Apa doa yang no 1 penting?
Apa tanda- tanda solat kita diterima? = ada dalil dalam Al Quran

Bacaan solat memberi motivasi & semangat kepada kita

Kenapa orang dewasa kurang fokus berbanding kanak-kanak? = orang dewasa sering diganggu syaitan = kanak-kanak tiada dosa

Kefahaman terletak pada niat kita

Apa maksud khusyuk? & macam mana cara nak dapatkan khusyuk? = faham makna & Bahasa Arab Al Quran

500 orang maksimum peserta








No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat