Friday, 21 July 2017

Kuliah Magrib Jumaat 21 Julai 2017 Ustaz Haji Zainal Arifin

*Kuliah Magrib*
*Jumaat 21 Julai 2017*
*Ustaz Haji Zainal Arifin Haji Sharbini*
*Surau An Najah TUJP*
*Pengajaran Daripada Kisah di Dalam Al Quran*

Alhamdulillah syukur pada Allah kita masih dapat laksanakan tanggungjawab kita kepada Allah

*Bagi mereka yang beriman & beramal soleh akan diberikan balasan; bukan sahaja di akhirat, malah di dunia ini lagi, iaitu ketenangan jiwa & kelapangan fikiran*

Allah jadikan kita berpasang-pasangan sesuai dengan fitrah manusia

Dan tanda2 kekuasaan & rahmat Allah, dijadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), supaya kamu merasa tenang dengannya

Kamu tidak diberikan ilmu melainkan sedikit sahaja

Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan

Al Quran = kitab hidayah, kitab petunjuk

Tafsir Quran:
1. Ayat demi ayat
2. Tafsir ayat dengan hadis

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
-Sura Al-Baqarah, Ayah 2

ذَٰلِكَ = ini = jauh = itulah kitab


لَا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
-Sura Al-Waqi'ah, Ayah 79

الْمُطَهَّرُونَ = suci
1. Malaikat
2. Orang yang suci bersih dari hadas
3. Orang yang bersih hatinya daripada sifat2 mazmumah = hatinya akan disentuh oleh Al Quran

*Surah Yusuf 12 ayat 91-94*

قَالُوا تَاللَّهِ لَقَدْ آثَرَكَ اللَّهُ عَلَيْنَا وَإِنْ كُنَّا لَخَاطِئِينَ
Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".
-Sura Yusuf, Ayah 91

قَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ ۖ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.
-Sura Yusuf, Ayah 92

اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَٰذَا فَأَلْقُوهُ عَلَىٰ وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ
Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya".
-Sura Yusuf, Ayah 93

وَلَمَّا فَصَلَتِ الْعِيرُ قَالَ أَبُوهُمْ إِنِّي لَأَجِدُ رِيحَ يُوسُفَ ۖ لَوْلَا أَنْ تُفَنِّدُونِ
Dan semasa kafilah (mereka meninggalkan Mesir menunju ke tempat bapa mereka di Palestin), berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya yang ada di sisinya): "Sesungguhnya aku ada terbau akan bau Yusuf. Jika kamu tidak menyangka aku sudah nyanyuk (tentulah kamu akan percaya)".
-Sura Yusuf, Ayah 94

Yusuf dimulia & dilebihkan kerana baginda seorang yang sabar:
1. Dimasukkan dalam sumur (telaga)
2. Digoda wanita
3. Dimasukkan dalam penjara

Ingat Allah dengan lakukan ketaatan kepadaNya, jangan bertangguh. Bertangguh ini adalah perangai / sifat syaitan yang minta penangguhan balasan daripada Allah hingga hari kebangkitan

Ingat Allah, Allah akan ingat kita. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan permudahkan urusan kita

يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ =
semoga Allah mengampunkan dosa kamu = mulianya Nabi Yusuf, dapat memaafkan saudara-saudaranya & berdoa semoga Allah memaafkan mereka. Kita juga harus sama memaafkan kesalahan saudara-saudara kita

Setiap manusia melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah dengan bertaubat

Orang beriman ini adalah orang yang bersaudara

Syukur pada Allah, moga Allah sentiasa kekalkan kita dalam suasana majlis ilmu insyaAllah

Moga masa lapang, kesihatan & umur kita ini dimanfaatkan kearah kebaikan insyaAllah

8.50pm ditangguhkan






No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat