Sunday, 9 July 2017

Kuliah Subuh Ahad 9 Julai 2017 Ustaz Haji Zainal Arifin

*Kuliah Subuh*
*Ahad 9 Julai 2017*
*Ustaz Haji Zainal Arifin Haji Sharbini*
*Surau An Najah TUJP*
*Pengajaran Daripada Kisah di Dalam Al Quran*

Alhamdulillah syukur pada Allah kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah; solat subuh secara berjemaah

"Orang yang solat subuh secara berjamaah seperti berjaga / beribadah sepanjang malam"

Moga Allah kurniakan kita keikhlasan dalam melakukan ibadah kepadaNya

"Berdoalah padaKu, nescaya Aku perkenankan"

Allah Yang Maha Penyayang tidak akan pernah menyia-yiakan hambaNya. Dia akan bagi mengikut ilmuNya & keperluan kita, bukan ikut permintaan kita (permintaan kita mungkin bukan yang terbaik mengikut ilmuNya)

Alhamdulillah kita dapat laksanakan puasa & ibadah dalam Rejab, Syaaban & Ramadan = tidak lain kerana ALLAH SAYANGKAN KITA

Persoalannya selepas Ramadan?

Kitab Riadussyalihin = ibadah biar ISTIQAMAH walau sedikit / mengikut keupayaan kita

Ibadah yang istiqamah akan terus meningkat insyaAllah

Sentiasa mohon doa pada Allah

Al Ankabut = "mereka yang bersungguh2 pada jalan Kami, nescaya Kami tunjukkan jalannya"

Kitab Minhajulabidin = 4 cabaran /  halangan ibadah:
Dunia, manusia, syaitan, nafsu

Apa saja kebaikan yang kita dapat, sebarkan, NIATKAN KERANA ALLAH

Apa sahaja perkara harus yang kita lakukan ianya akan jadi ibadah

Selepas Ramadan banyak rumah terbuka

Silaturrahim = memurahkan rezeki, keberkatan umur. Bimbang tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim

Raya = mudah mudahan Allah terima amalan kita

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ
Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua

Usaha untuk pupukkan silaturrahim

"Berlumba-lumbalah kamu kepada jalan kebaikan"

Kekuatan Rasulullah SAW & sahabat RA = Akidah yang syumul = rukun iman + kekuatan ukhwah + kekuatan fizikal, strategi, senjata

Sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT

"Aku adalah menurut persangkaan hambaKu"

"Beritahu kepada hambaKu bahawa Aku ini Maha Pengasih / Pengampun dan Penyayang & azabKu sangat pedih" = khauf & rajaak = pengharapan / pengampunan & ketakutan / kemaafan

Allah Yang Maha Kaya tanya "mana hambaKu yang ingin mohon pengampunanKu"

Berkasih sayang kerana Allah

Sentiasa mohon kepada Allah agar kita dikurniakan istiqamah = sentiasa melakukan ibadah hingga ke hari kematiannya

Sentiasa kita panjatkan kesyukuran kepada Allah, sesiapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmatnya

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat