Friday, 1 December 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 90) 30 Nov 2017

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 90)*
*30 Nov 2017 9.30pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin* &
*Ustaz Aiman Shafie*

**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.30pm*

*Sambungan*
*Al Baqarah 2: 54*

 فَاقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ عِنْدَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Beri perhatian pada sebulan
فَاقْتُلُوا = 4 harakat =
= mad jaiz munfasil = boleh baca 4 @ 2 = biasanya / mesti dibaca 4 harakat = dibaca 2 harakat dengan syarat2 tertentu


*MUFRADAT AL QURAN*
Buku Terjemahan Harfiyah ms 71

 فَ = maka / lalu

1. اقْتُلُوا = bunuhlah olehmu (ramai)
ُوا = ramai

أَنْفُسَ = diri-diri

كُمْ = kamu

2. ذَٰلِكُمْ = yang demikian itu

3. خَيْرٌ = kebaikan / lebih baik

لَكُمْ = untuk / bagi kamu

4. عِنْدَ = di sisi

بَارِئِ = yang menjadikan

كُمْ = kamu

ukuran kebaikan bukan pada sisi orang / manusia tetapi pada sisi Allah

فَ = maka / lalu

تَابَ = terima taubat

عَلَيْكُمْ ۚ  = ke atas kamu
عَلَيْ = ke atas
كُمْ = kamu

إِنَّهُ = sesungguhnya Dia

هُوَ = Dia

التَّوَّابُ = Yang Maha Menerima Taubat

الرَّحِيمُ = Yang Maha Penyayang


3 penggunaan taubat dalam Al Quran
توبة = Taubat

تاب + عَن
تاب + إلى
تاب + على

 1. عَن = dari
= proses meninggalkan dosa = hamba

2. إلى = ke / kepada
= proses kembali kepada Allah ie pulangkan balik barang yang dicuri / belajar Al Quran / perbanyakkan amal dll = hamba

على = ke atas
= terima taubat = Allah

4 mufradat baru


*TADABBUR*
Al Baqarah : Ayat 17


مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَا يُبْصِرُونَ

وَتَرَكَهُمْ = dan Allah biarkan mereka

فِي ظُلُمَاتٍ = di dalam kegelapan-kegelapan
اتٍ = jamak / banyak

لَا يُبْصِرُونَ = tidak mereka melihat

Api = cahaya + haba panas = petunjuk + ujian / cabaran untuk mendapatkan petunjuk

Kegelapan-kegelapan = pelbagai masalah apabila Allah biarkan mereka ie agama, kerja, rumahtangga, anak2 semua porak peranda

Tidak mereka melihat = sedikitpun mereka tidak dapat melihat

Sabar dengan ujian / panas untuk dapatkan cahaya / petunjuk

Doa agar dipermudahkan semua urusan

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، يِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Wahai Dzat Yang Mahahidup lagi Maha Berdiri dengan sendiri-Nya, dengan rahmat-Mu aku mohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau hanya sekejap mata’

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘Anhu berkata: RasulullahShallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda kepada FathimahRadhiyallahu ‘Anha,

مَا يَمْنَعُكِ أَنْ تَسْمَعِي مَا أُوْصِيْكِ بِهِ، أَنْ تَقُوْلِي إِذَا أَصْبَحْتِ وَإِذَا أَمْسَيْتِ: يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، يِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Apa yang menghalangimu untuk mendengar apa yang aku wasiatkan kepadamu? Hendaknya saat berada di pagi dan petang hari engkau mengucapkan, ‘Wahai Dzat Yang Mahahidup lagi Maha Berdiri dengan sendiri-Nya, dengan rahmat-Mu aku mohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau hanya sekejap mata’.” (HR. Al-Nasai dalam al-Sunan al-Kubra, Al-Bazzar, dan Al-Hakim dan ia menyatakan sahih sesuai syarat muslim. Dishahihkan Al-Albani dalam al-Silsilah al-Shahihah, no. 227)


**********************
*10.20pm*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

Buku YATB ms 64 Bab 13

Kejayaan = fungsi (apa yang kita lakukan) = bukan fungsi (apa yang kita dapat/capai)

Al Baqarah 2: ayat 38
قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 38

Kejayaan = berdasarkan apa yang kita lakukan

Al Mulk 67: ayat 2

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
-Sura Al-Mulk, Ayah 2

*siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya* = bukan lebih baik hasil / dapat / pencapaian

Fokus pada USAHA / EFFORT / AMAL, keputusan serah pada Allah / tawakkal

Tawakkal = Non Attachment

Jika dapat apa yang kita nak = Alhamdulillah

Jika tidak / belum dapat apa yang kita nak = Alhamdulillah

Buat kerja kita sebaik mungkin, keputusan serah pada Allah

Saba 34:24

قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ قُلِ اللَّهُ ۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".
-Sura Saba', Ayah 24

*"Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah*

Allah yang bagi kita rezeki, bukan bos, bukan majikan

Allah bagi rezeki berdasarkan usaha, bukan berdasarkan pencapaian

Rezeki Allah dalam pelbagai cara; kesihatan, keluarga bahagia, ketenagan, jiran2 sahabat2 yang baik dll

Fokus pada amal soleh, Allah akan kurniakan kita kehidupan yang baik insyaAllah

10.50 malam ditangguhkan



No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat