Sunday, 10 December 2017

Kuliah Subuh Surau An Najah TUJP Ahad 10 Dec 2017 Ustaz Haji Zainal Arifin

Kuliah Subuh
Surau An Najah TUJP
Ahad 10 Dec 2017
Ustaz Haji Zainal Arifin

"Ya Allah berikan kami faham tentang kebenaran & kekuatan untuk amalnya, berikan kami faham tentang kebatilan & kekuatan untuk jauhinya"

Syukur pada Allah masih dapat teruskan tanggungjawab kita kepada Allah

Solat subuh & isya secara berjamaah dapat hindari daripada sifat munafik

Ciri munafik
1. Bercakap bohong
2. Janji dimungkiri
3. Amanah dikhianati
Amanah = individu, umum, kepimpinan

"Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya & solat subuh. Jika mereka tahu kelebihannya nescaya mereka akan datang walau dalam keadaan merangkak"

Solat isya berjamaah = solat sunat separuh malam
Solat subuh berjamaah = solat sunat sepanjang malam

"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubahnya sendiri"

Al Anfal 8: 53
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَىٰ قَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۙ وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
-Sura Al-Anfal, Ayah 53

Al Anfal 8:2
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang *apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman*, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
-Sura Al-Anfal, Ayah 2

"Ya Allah jadikan kami faham kata-kataMu & kekuatan untuk mentaatinya"

Wahan = Cintakan keduniaan & bencikan kematian

"Ya Allah, jangan Kau jadikan dunia ini cita-cita kami"

Allah akan mencukupi segala keperluan kita

Al-Mu'minun 23 : 78
وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۚ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ
Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
-Sura Al-Mu'minun, Ayah 78

Al Mulk 67 : 23
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
-Sura Al-Mulk, Ayah 23

An-Najm 53 : 46
مِنْ نُطْفَةٍ إِذَا تُمْنَىٰ
Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);
-Sura An-Najm, Ayah 46

Al-Qiyamah 75 : 9
وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 9

Kiamat = habisnya kehidupan di dunia ini
Kiamat kecil = kematian
Kiamat besar = kiamat yang sebenar

*apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman* = bertambah iman = bertambah amal

Nikmat iman & islam perlu diusaha untuk mendapatkannya

Istiqamah & sabar dalam mentaati perintah Allah

Syukur & sabar dalam semua situasi kehidupan

Sama-sama kita jaga nikmat kurniaan Allah dengan mensyukuri & menjalankan ketaatan kepadaNya

An-Naba' 78:40
إِنَّا أَنْذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".
-Sura An-Naba', Ayah 40

"Pelihara kami dari azab api neraka"

Jaga iman & amal kepada Allah, moga kita sentiasa istiqamah dalam mentaati perintahNya & dikurniakan husnulkhatimah

********
Ustaz akan lakukan umrah Selasa ini jam 3pagi bertolak dari KLIA

Nikmat syukur kepada Allah hanya difahami apabila kita tidak mampu lagi melakukannya = jangan tunggu hingga waktu itu baru kita ingin mensyukurinya ie nikmat sihat hanya difahami apabila sakit, nikmat hidup hanya difahami oleh orang yang telah mati

Semoga Allah sentiasa memberikan kita kekuatan & kegembiraan berada di dalam majlis ilmu

7.20am ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat