Saturday, 3 June 2017

Kuliah Subuh 3 Jun 2017 8 Ramadan 1438 Sabtu

Kuliah Subuh
3 Jun 2017
8 Ramadan 1438 Sabtu
Ustaz Yuseri Ahmad
Surau An Najah TUJP

Alhamdulillah sama2 kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih diberikan kehidupan & diberikan taufik & hidayahNya untuk kita melakukan amal2 soleh

"Apabila Allah hendak seseorang itu menjadi baik, maka dia akan disibukkan dengan amal. Iaitu Allah akan memberinya taufik untuk melakukan amal soleh sebelum dia mati"

Taufik = nekad untuk melaksanakan amal soleh

Moga2 kita diberikan husnul khatimah = kesudahan yang baik

Kitab "40 Hadis Penawar Hati"

*Hadis ke 23 "Kenapa Neraka Yang Dipilih"*

"Perumpamaan aku & kamu adalah seperti seorang lelaki yang duduk di unggun api, banyak kelkatu & binatang terbang yang akan mendekati unggun api. Aku berusaha memegang simpulan kain (menghalang) kamu agar tidak masuk ke dalam unggun api, namun ramai juga yang masuk kedalamnya"
HR Muslim

Tugas Nabi SAW untuk selamatkan umat dari api neraka, dengan mengajarkan kita cara2 mengabdikan diri kepada Allah

"Neraka itu dipagari oleh syahwat & syurga itu dipagari oleh almakarih=benda baik yang berat untuk dilakukan"

Nabi SAW berusaha untuk selamatkan kita daripada api neraka

Puasa = untuk mendidik 2 syahwat yang besar iaitu syahwat perut & dibawah perut

Ujian puasa bukan sekadar ketika kita puasa tetapi selepas puasa apabila kita boleh makan

Puasa kena sungguh2 siang hari & "malam" = malam makan berpada2 / ala kadar

"Semua umatku akan masuk kedalam syurga melainkan mereka yang enggan. Sesiapa yang taat kepadaku maka dia ingin masuk syurga. Sesiapa yang engkar kepadaku maka dia enggan masuk syurga"
HR Bukhari

Hidup, perbuatan & amal kita adalah dengan pilihan kita

Iradatuhu = iradat = kehendak = pilihan kita

Kita yang bertanggungjawab kepada halatuju kehidupan kita di dunia & juga di akhirat


*Hadis ke 24 "Kerana Mulut Badan Binasa"*

"Asas agama Islam; dasar, tiang & bumbung. Dasar = kalimah syahadah, tiangnya = solat & puncaknya = jihat fi sabilillah.
Kunci bagi semuanya adalah LIDAH. Ramai akan dicampakkan kedalam neraka disebabkan oleh lidah mereka"
HR Tarmizi

Lidah = percakapan = AKHLAK = menjaga lidah daripada melakukan perkara yang boleh mengakibatkan dosa; menyumpat, mencela, fitnah, mengeji

"Sesiapa yang beriman kepada Allah & hari akhirat, lebih baik dia bercakap benda yang baik ataupun diam"

Bercakap dengan lidah / tangan / tulisan akan kekal lama

Jaga lidah kita dengan perbanyakkan zikir. Agar lidah kita sentiasa basah menyebut nama Allah SWT

Lidah yang sentiasa basah kepada Allah, insyaAllah akan dipelihara oleh Allah daripada bercakap & melakukan benda2 yang lagha / lalai

Fikir, cakap & lakukan perkara yang bawa kita kearah ibadah, yang ada manfaat, jika tidak lebih baik diam

*Ramadan umpama ulat dalam kepompong, yang akan keluar menjadi rama2 yang indah*

Hidup ini akan cantik apabila tiba masanya

Ada orang yang berdoa untuk sihat, tetapi dia kekal sakit. Rupa2nya dosa2 diampunkan asbab kesakitan itu. Indahnya hidup diakhirat kelak apabila dia tahu dosa2nya diampunkan asbab sakitnya tadi

Yang penting adalah sabar

"Tiada anugerah yang besar melainkan SABAR"

Semoga Allah berikan kita kekuatan, kesabaran & istiqamah dalam melakukan ketaatan kepadaNya & moga kita menjadi "rama2 yang indah" selepas Ramadan nanti insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat