Saturday, 10 June 2017

Tazkirah Ramadan 10 Jun 2017 malam 16 Ramadan 1438H

Tazkirah Ramadan
10 Jun 2017
malam 16 Ramadan 1438H
Ustaz Yuseri Ahmad
Surau An Najah TUJP

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih diberikan kesempatan untuk qiam dimalam2 Ramadan ini & puasa pada siang hari. Moga2 Allah terima amalan kita

Kita dah malam 16 Ramadan. Masa sangat pantas berlalu, sedangkan amal kita masih sedikit

Kita diminta menjadi hamba kepada Allah

Orang yang berjaya adalah orang yang berjiwa hamba

Al Furqan 25 "ibadul rahman"
Al-Furqan 25: Ayah 63 hingga 74

وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
-Sura Al-Furqan, Ayah 63


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
-Sura Al-Furqan, Ayah 74


Sifat2 ibadul rahman yang paling akhir adalah

".......orang2 yang berkata (berdoa) "wahai Tuhan kami kurniakan kami isteri2 & anak2 yang menjadi penyejuk mata"

Berdoa kebaikan bukan hanya untuk diri kita sahaja tetapi juga untuk orang2 yang terdekat dengan kita iaitu isteri & anak2 kita

Mungkin kita baik hari ini disebabkan oleh doa2 daripada arwah datuk nenek kita dahulu

Jadi kita sekarang sama2 doakan zuriat keturunan kita & juga mereka yang telah pergi

Perbanyakkan doa kepada Allah, bukan sahaja untuk kita tetapi juga UNTUK ORANG LAIN; isteri, anak, jiran, guru, ibubapa, musuh juga

Berdoa dengan bersungguh2 untuk diri kita & juga untuk orang lain

"....Jadikan kami sebagai imam untuk orang2 yang bertakwa" = cari jalan untuk mendidik orang bawahan kita agar jadi orang yang bertakwa

Orang yang berfikir untuk orang lain inilah salah satu ciri orang yang bertakwa sepertimana Nabi Ibrahim AS yang mendoakan anak & zuriatnya

Doa untuk orang lain = malaikat akan mendoakan sama "kamu juga akan dapat apa yang kamu doakan"

Mudah2ah ada kebaikan untuk kita amalkan insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat