Saturday, 4 May 2019

*Kuliah Subuh* *Surau An Najah TUJP* *Sabtu 4 Mei 2019* *Ustaz Dr Zulfirdaus Zakaria*

*Kuliah Subuh*
*Surau An Najah TUJP*
*Sabtu 4 Mei 2019*
*Ustaz Dr Zulfirdaus Zakaria*
*Adab dan Doa Penuntut Ilmu*

Alhamdulillah atas segala nikmat Allah & dapat duduk dalam taman syurga

Kita menghampiri 1 bulan yang ditunggu-tunggu; Ramadan = bulan penuh barakah

1 bulan yang disebut secara khusus dalam Al Quran

Al Quran:
1. Petunjuk kepada manusia
2. Penerangan kepada petunjuk
3. Pemisah hak dan batil

Al Baqarah 2: 185

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang *padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.* Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 185

Doa menyambut Ramadan
"Ya Allah terbitkanlah ia = bulan ini atas kami dengan ketenangan........"

*****
Sambungan Adab dan Doa Penuntut Ilmu
Adab 9: Bertambah Perasaan Takut  Kepada Allah ms 57

Ilmu bermanfaat akan bawa kita dekat kepada Allah = takut & takwa kepada Allah

Fatir 35: 28

وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٰنُهُۥ كَذَٰلِكَۗ إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? *Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.* Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
-Sura Fatir, Ayah 28

Rukun Syahadah 4 perkara:
1. Isbat zat Allah = tidak menyerupai sesuatu
2. Isbat sifat Allah = memiliki kesempurnaan & tiada tandingan
3. Isbat perbuatan Allah = memiliki kesempurnaan & tiada tandingan
4. Isbat Islam sahaja agama yang benar

Berhati-hati jika kita semakin belajar, tetapi semakin jauh dari Allah

Ilmu itu disertai perasaan takut kepada Allah

2 perasaan:
1. Takut = jika tidak diterima amalan
2. Harap = agar dengan rahmat Allah amalan kita diterima

6.55am ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat