Sunday, 19 January 2020

*Kuliah Subuh* *Ahad 19 Jan 2020* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Zulfirdaus*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 19 Jan 2020*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Zulfirdaus*
*Adab dan Doa Penuntut Ilmu*

Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah kepada kita

Ditinggikan darjat seseorang dengan ilmu

Dosa bukan sahaja tidak solat, tetapi juga jika tidak menuntut ilmu

*Bab: Kisah Kesungguhan Ulama Salaf Dalam Menuntut Ilmu*

Ulama salaf = alim ulama di tahun awal 310H, selepasnya dipanggil khalaf

Orang terdahulu dapatkan pandangan ulama dalam hal kehidupan & ekonomi
"Turunkan harga barang kamu dengan ketakwaan kepada Allah"

Kesungguhan Abdullah ibnu Abbas dalam menuntut ilmu = dikurniakan kefahaman secara literal & uniliteral

وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِي دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجٗا
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
-Sura An-Nasr, Ayah 2
= kefahaman literal; ramai manusia masuk Islam
= kefahaman uniliteral; telah hampir selesai tugas Nabi SAWT dan telah hampir masa kewafatan Nabi SAW

Nasihat Abdullah ibnu Abbas RA *"dapatkan ilmu dengan lisan yang sering bertanya, hati yang sering berfikir dan tangan yang selalu memberi/menyumbang"*

Nasihat Imam Hasan Al Basri
*"Perbanyakkan Istigfar"* = istigfar / mohon keampunan Allah akan memudahkan segala urusan kehidupan

ٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٞ وَلَهۡوٞ وَزِينَةٞ وَتَفَاخُرُۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٞ فِي ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَوۡلَٰدِۖ كَمَثَلِ غَيۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُۥ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَىٰهُ مُصۡفَرّٗا ثُمَّ يَكُونُ حُطَٰمٗاۖ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ عَذَابٞ شَدِيدٞ وَمَغۡفِرَةٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٰنٞۚ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
-Sura Al-Hadid, Ayah 20

"Ilmu berada dalam rasa lapar, kerendahan dan ujian, berjauhan daripada kedua ibubapa, keluarga dan tanah air. Jika mendapatkan ilmu itu pekerjaan mudah, maka tiada orang yang jahil/bodoh di atas muka bumi"

"Jika ingin dikurniakan kebaikan kepada seseorang, maka ia akan difahamkan dengan ilmu"

Semoga Allah bagi kita kekuatan & kefahaman dalam menuntut ilmu insyaAllah

Read more ...

Friday, 17 January 2020

*Kuliah Maghrib* *Surau An Najah TUJP* *Jumaat 17 Jan 2020* *Ustaz Haji Zainal Ariffin Sharbini*

*Kuliah Maghrib*
*Surau An Najah TUJP*
*Jumaat 17 Jan 2020*
*Ustaz Haji Zainal Ariffin Sharbini*
*Riadusshalihin (Perkara yang Dilarang)*

Alhamdulillah, Allah sayang pada kita = atas segala nikmat kurniaanNya & diberikan kekuatan & hidayah untuk taat perintahNya

Kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat

Tanda orang baik = umurnya panjang & kebaikannya makin banyak / bermanfaat

2 nikmat yang manusia terpedaya dengannya = tidak digunakan kearah kemanfaatan = iaitu nikmat kesihatan & masa lapang

Riadusshalihin = ada 2 bab = suruhan & larangan

Ustaz Zainal akan ambil bab perkara yang dilarang

Kuliah lepas: Larangan mengumpat

*Sambungan: Pengharaman Adu Domba*

هَمَّازٖ مَّشَّآءِۭ بِنَمِيمٖ
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
-Sura Al-Qalam, Ayah 11

وَيۡلٞ لِّكُلِّ هُمَزَةٖ لُّمَزَةٍ
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
-Sura Al-Humazah, Ayah 1

Sebelum tidur amalkan 3 qul; surah 112, 113 & 114 agar dilindungi Allah daripada pendengki / penghasad

Setiap perkataan kita akan dicatat

مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
-Sura Qaf, Ayah 18


وَتَرَى ٱلۡجِبَالَ تَحۡسَبُهَا جَامِدَةٗ وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحَابِۚ صُنۡعَ ٱللَّهِ ٱلَّذِيٓ أَتۡقَنَ كُلَّ شَيۡءٍۚ إِنَّهُۥ خَبِيرُۢ بِمَا تَفۡعَلُونَ
Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
-Sura An-Naml, Ayah 88

"Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba"
HR Bukhari & Muslim
= dimasukkan ke dalam neraka

Selagi dalam hati ada iman = akan dimasukkan kedalam syurga akhirnya

Kubur singgahan pertama = jika selamat di kubur, maka akan selamat di persinggahan seterusnya, jika diazab di kubur maka persinggahan lain akan menjadi sukar

Doa agar kita dijauhkan daripada 4 fitnah / azab:
1. Kubur
2. Neraka
3. Fitnah kehidupan & kematian
4. Fitnah dajjal

Sabda Nabi SAW
إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ يَقُولُ: اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Jika salah seorang di antara kalian selesai membaca tasyahhud, maka mohonlah perlindungan kepada Allah Ta’ala dari empat perkara, dengan mengucapkan, “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari keburukan fitnah al-masih ad-dajjal.”
HR. Muslim no. 588

Moga kita sentiasa dalam perlindungan Allah insyaAllah






Read more ...

Thursday, 16 January 2020

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 192)*
*16 Jan 2020 9.40pm*
*Dewan 3F-201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 106

۞مَا نَنسَخۡ مِنۡ ءَايَةٍ أَوۡ نُنسِهَا نَأۡتِ بِخَيۡرٖ مِّنۡهَآ أَوۡ مِثۡلِهَآۗ أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
-Sura Al-Baqarah, Ayah 106

*****

 أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ


*****
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*


 أَلَمۡ = tidakkah

تَعۡلَمۡ = kamu mengetahui
علم = ilmu / tahu

أَنَّ = sesungguhnya

 ٱللَّهَ = Allah

 عَلَىٰ = ke atas

 كُلِّ = setiap

شَيۡءٖ = sesuatu

قَدِيرٌ = Maha Berkuasa

Struktur ayat Bahasa Arab Al Quran:

1. Allah ke atas setiap sesuatu Maha Berkuasa = Allah Maha Berkuasa & Hanya Allah yang Maha Berkuasa

2. Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu = Allah Maha Berkuasa & mungkin makhluk lain juga ada kuasa

Dua-dua struktur ayat Bahasa Arab di atas betul & ayat "Hanya Berkuasa" di akhir = menafikan kuasa makhluk / benda lain = hanya Allah yang berkuasa


******
*TADABBUR*

2:34

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 34


وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ
= dan ingatlah ketika telah berkata Kami kepada para malaikat

ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ
= sujudlah kamu kepada Adam

فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ
= lalu mereka sujud kecuali iblis


Tadabbur 1:
وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ
= dan ingatlah ketika telah berkata Kami kepada para malaikat
= merangkumi semua yang ada di situ (malaikat & makhluk lain)
= malaikat = makhluk paling mulia yang ada di situ & merangkumi semua mahkluk lain
= contohnya dalam majlis rasmi; hanya orang besar / berjawatan yang kita sebut namanya (mewakili semua hadirin lain)


Tadabbur 2:
ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ
= sujudlah kamu kepada Adam

2 tafsiran:
1. sujud = tunduk hormat
2. sujud = sujud betul atas perintah Allah / syariat umat terdahulu dibolehkan sujud kepada mahkluk lain contohnya ayat 12:100 & 12:4

Dua-dua tafsiran boleh & tafsiran pertama banyak digunakan

Yusuf 12:100

وَرَفَعَ أَبَوَيۡهِ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ وَخَرُّواْ لَهُۥ سُجَّدٗاۖ وَقَالَ يَٰٓأَبَتِ هَٰذَا تَأۡوِيلُ رُءۡيَٰيَ مِن قَبۡلُ قَدۡ جَعَلَهَا رَبِّي حَقّٗاۖ وَقَدۡ أَحۡسَنَ بِيٓ إِذۡ أَخۡرَجَنِي مِنَ ٱلسِّجۡنِ وَجَآءَ بِكُم مِّنَ ٱلۡبَدۡوِ مِنۢ بَعۡدِ أَن نَّزَغَ ٱلشَّيۡطَٰنُ بَيۡنِي وَبَيۡنَ إِخۡوَتِيٓۚ إِنَّ رَبِّي لَطِيفٞ لِّمَا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ
Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
-Sura Yusuf, Ayah 100

12:100 = tafsiran ayat 12:4

إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَتِ إِنِّي رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبٗا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُهُمۡ لِي سَٰجِدِينَ
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
-Sura Yusuf, Ayah 4


************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.18pm*

2020 = Perfect Vision = pandangan / wawasan yang sempurna / jelas


ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula *menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa*;
-Sura Al-Baqarah, Ayah 2


قَدۡ جَآءَكُم بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَنۡ أَبۡصَرَ فَلِنَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ عَمِيَ فَعَلَيۡهَاۚ وَمَآ أَنَا۠ عَلَيۡكُم بِحَفِيظٖ
(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".
-Sura Al-An'am, Ayah 104

بَصَآئِرُ = pandangan
= persepsi = pandangan / persepsi yang berbeza pada benda yang sama = melihat & menangkap maklumat --> proses di hati --> keluar perkataan


وَٱللَّهُ أَخۡرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ شَيۡـٔٗا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan *dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur*.
-Sura An-Nahl, Ayah 78


Al-Hajj 22: 46

أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٞ يَعۡقِلُونَ بِهَآ أَوۡ ءَاذَانٞ يَسۡمَعُونَ بِهَاۖ فَإِنَّهَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَلَٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِي فِي ٱلصُّدُورِ
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi *orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami*, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya *bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada*.
-Sura Al-Hajj, Ayah 46

Kebaikan / kurniaan Allah dalam semua perkara yang berlaku

Semua kurniaan Allah adalah baik untuk kita; anak baik bagus, anak kurang baik juga bagus, keduanya kurniaan Allah & sumber pahala kepada kita


manusia mudah melampai batas apabila rasa diri serba cukup / sempurna

كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
-Sura Al-Alaq, Ayah 6

أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
-Sura Al-Alaq, Ayah 7


Ambil sedikit daripada harta untuk sedekah / kebaikan orang lain = sedekah akan lebih menyuburkan harta kita

وَمَآ ءَاتَيۡتُم مِّن رِّبٗا لِّيَرۡبُوَاْ فِيٓ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ فَلَا يَرۡبُواْ عِندَ ٱللَّهِۖ وَمَآ ءَاتَيۡتُم مِّن زَكَوٰةٖ تُرِيدُونَ وَجۡهَ ٱللَّهِ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُضۡعِفُونَ
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.
-Sura Ar-Rum, Ayah 39


مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 261

10.41pm ditangguhkan




Read more ...

Saturday, 11 January 2020

*Kuliah Maghrib* *Sabtu 11 Jan 2020* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Yuseri Ahmad* *40 Hadis Akhlak Mulia*

*Kuliah Maghrib*
*Sabtu 11 Jan 2020*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*40 Hadis Akhlak Mulia*

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas limpah kurniaNya kita dapat berkumpul malam ini untuk menyambung kitab hadis akhlak mulia

Moga dengan baca & dengar hadis Nabi SAW hati kita akan jadi lembut & dapat miliki akhlak terpuji insyaAllah


*Hadis ke 17: Menghormati Jiran*

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya"
HR Muslim

Hampir sama dengan hadis 16 = memuliakan tetamu & hadis 17 = memuliakan jiran

Memuliakan tetamu & jiran terkait dengan iman

Tetamu, jiran, rakan = orang yang dekat dengan kita / selalu kita jumpa & bermuamalah dengannya

Maksud direct = berbuat baik dengan jiran = beriman

Maksud indirect = tidak berbuat baik dengan jiran = tidak beriman = tidak sempurna iman

Beriman dengan Allah & hari akhirat / hari kembali kepada Allah = tunjang / tunggak keimanan

Berbuat baik dengan jiran:

1. Tidak buat jahat padanya = kata-kata & perbuatan

"Orang muslim ialah orang yang tidak menyakiti orang lain dengan lidah & tangannya" = perkataan & perbuatannya tidak menyakiti orang lain

2. Membalas kebaikan jiran dengan kebaikan

3. Memulakan berbuat baik kepada jiran = mula bertegur / memulakan bagi juadah / memulakan pertolongan

Tanamkan niat dalam hati = *moga Allah tambah iman kita dengan kita berbuat baik kepada jiran*

Iman boleh naik & boleh turun = *niatkan agar Allah tambah iman kita dengan kita berbuat baik dengan jiran*

Salah satu yang Allah & Rasul sangat suka = banyak pahalanya adalah memperdamaikan antara rakan/jiran yang bermusuh/bergaduh/bermasam


*Hadis ke 18: Berbuat Baik Terhadap Jiran*

"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang paling baik akhlaknya terhadap sahabatnya"
HR Tirmizi

"Sebaik-baik sahabat itu adalah orang yang apabila kita bertemu dengannya mengingatkan kita kepada Allah"

= orang yang berakhlak mulia akan memberi kebaikan kepada kawannya

Tiada kebaikan yang lebih besar melainkan mengingatkan / ingatan kita kembali kepada Allah

Kita kena ramaikan kawan yang baik-baik dengan kita = Kawan yang baik-baik akan tarik kita daripada neraka

Kawan dalam syurga tidak melihat kawannya yang lain dalam syurga bertanya kepada Allah berkenaan kawannya. Allah mintanya lihat dalam neraka & dengan berkat ihsan / rahmat Allah & rakan yang baik dapat membawanya ke syurga

Usaha cari & ramaikan kawan yang baik-baik & usaha kurangkan kawan yang tidak baik = faedah kebaikan kawan baik bukan sahaja di dunia malahan di akhirat


*Hadis ke 19: Menyebarkan Salam*

"Demi Tuhan yang diriku di bawah kekuasaanNya, kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehinggalah kamu beriman & kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling cinta-mencintai (berkasih sayang). Hendakkah kamu aku tunjukkan satu perkara, jika kamu dapat lakukannya kamu akan jadi orang yang berkasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu"
HR Muslim

Nabi SAW bersumpah = perkara penting & serius

Iman penting & jangan sampai ianya terbatal / tercabut dari kita = nauzubillah = moga dijauhkan Allah

Sebarkan salam --> berkasih sayang --> beriman --> syurga

"Janganlah kamu saling hasad berhasad, tuduh menuduh, jadilah kamu orang yang setiasa bersaudara = berkasih sayang"

Salam =
السَّلاَمُ عَلَيْكُم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُه

Bila-bila masa kita boleh sebut salam, tidak seperti selamat pagi yang hanya boleh diucapkan waktu pagi

Bagi salam sunat
Jawab salam wajib

Kaedah umum; wajib = besar pahala,  sunat = kurang pahala

Kes tertentu; sunat = lebih besar pahala daripada wajib iaitu salam = orang yang memulakan salam = sunat = mewujudkan suasana sejahtera

Moga Allah SWT beri kita kekuatan untuk berkasih sayang insyaAllah

Read more ...

*Kuliah Maghrib* *Surau An Najah TUJP* *Jumaat 10 Jan 2020* *Ustaz Dr Arif Yahya* *Kitab Riadusshalihin : Imam Nawawi*


*Kuliah Maghrib*
*Surau An Najah TUJP*
*Jumaat 10 Jan 2020*
*Ustaz Dr Arif Yahya*
*Kitab Riadusshalihin :  Imam Nawawi*
Hidup di abad ke 7 Hijrah = umurnya sekitar 45 tahun
Banyak sumbangan pada agama = keberkatan hidup
631H - 676H = 45 tahun = kitab diterjemahkan dalam pelbagai bahasa
Ulama yang tidak sempat berkahwin
Hasil penulisan tidak banyak tetapi berkat, antaranya:
1. Hadis 40
2. Riadus shalihin = hadis berkaitan akhlak / zuhud / hati = sekitar 180-190 hadis = galakan / perintah & ancaman / larangan & juga kisah-kisah
*Muqaddimah Kitab Riadusshalihin*
Azzhariyat 56-57
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
-Sura Adh-Dhariyat, Ayah 56
مَآ أُرِيدُ مِنۡهُم مِّن رِّزۡقٖ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ
Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
-Sura Adh-Dhariyat, Ayah 57
Dunia = laluan / persinggahan menuju ke akhirat
Pilih jalan yang Allah redhai / jalan orang yang cerdik & celik mata hati
Mudahan jadi panduan bagi perkara buruk untuk dijauhi & perkara baik untuk diikuti
Mudahan kita akan dapat ambil manfaat




Read more ...

Thursday, 9 January 2020

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 191)* *9 Jan 2020 9.38pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 191)*
*9 Jan 2020 9.38pm*
*Dewan 3F-201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.38pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 106

۞مَا نَنسَخۡ مِنۡ ءَايَةٍ أَوۡ نُنسِهَا نَأۡتِ بِخَيۡرٖ مِّنۡهَآ أَوۡ مِثۡلِهَآۗ أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
-Sura Al-Baqarah, Ayah 106

*****

مَا نَنسَخۡ مِنۡ ءَايَةٍ أَوۡ نُنسِهَا نَأۡتِ بِخَيۡرٖ مِّنۡهَآ أَوۡ مِثۡلِهَآۗ

*TAJWID*

Beri perhatian pada sebutan kalimah:

لِهَآۗ = مد أصلي = mad asli = 2 harakat
= kekalkan sebutan 2 harakat ketika bacaan terus mahupun wakaf

مد فَرعِي = mad selain 2 harakat
/ lebih daripada 2 harakat


****
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

مَا = apa sahaja

نَنسَخۡ = Kami (Allah) mansuhkan / batalkan / hapuskan / padamkan / pindakan

مِنۡ = daripada

ءَايَةٍ = satu ayat

أَوۡ = atau

نُنسِ = Kami melupakan
= Kami buat kamu lupa
إنسان = insan
نَنسَ = lupa

هَا = nya

نَأۡتِ = Kami datangkan

بِ = dengan

خَيۡرٖ =
(yang) lebih baik
= salah satu maksud lebih baik adalah "(yang) lebih ringan"

مِّنۡ = daripada

هَآ = nya

أَوۡ = atau

مِثۡلِ =
(yang) semisal

هَآۗ = nya


Contoh nasakh / mansuh 2:144

قَدۡ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجۡهِكَ فِي ٱلسَّمَآءِۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبۡلَةٗ تَرۡضَىٰهَاۚ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَحَيۡثُ مَا كُنتُمۡ فَوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ شَطۡرَهُۥۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ لَيَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعۡمَلُونَ
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 144

Contoh lain nasakh:
2:180 dinasahkan oleh 4:11

Al Baqarah 2:180

كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 180

An Nisa 4:11

يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِيٓ أَوۡلَٰدِكُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءٗ فَوۡقَ ٱثۡنَتَيۡنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتۡ وَٰحِدَةٗ فَلَهَا ٱلنِّصۡفُۚ وَلِأَبَوَيۡهِ لِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٞۚ فَإِن لَّمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٞ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخۡوَةٞ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِي بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍۗ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَيُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ نَفۡعٗاۚ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
-Sura An-Nisa', Ayah 11


*****
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.20pm*
*Buku You Are The Best*

لَهْوٌ = lalai / alih tumpuan

Manusia ada 3 unsur
1. Perbuatan
2. Perasaan
3. Pemikiran

*Bahagia di dunia = tenang / sakinah* walau apa juga keadaan; gembira / duka = dapat taat perintah Allah walau apa juga keadaan = tidak terlalu gembira dengan nikmat & tidak terlalu berduka dengan ujian / kesukaran / kesedihan

Ujian bersifat sementara & ianya akan berakhir dengan kegembiraan = syurga

Bahagia di akhirat = syurga = kegembiraan / dapat apa sahaja yang kita suka / mahu

10.38pm ditangguhkan


Read more ...

Monday, 6 January 2020

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 190)* *2 Jan 2020 9.35pm*


*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 190)*
*2 Jan 2020 9.35pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.35pm*
Sambungan
Al Baqarah 2: 105
مَّا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ وَلَا ٱلۡمُشۡرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيۡكُم مِّنۡ خَيۡرٖ مِّن رَّبِّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَخۡتَصُّ بِرَحۡمَتِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 105
*****
وَٱللَّهُ يَخۡتَصُّ بِرَحۡمَتِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*
وَ = padahal
ٱللَّهُ = Allah
1. يَخۡتَصُّ = Dia menentukan
بِ = akan
رَحۡمَتِ = rahmat
هِۦ = Nya (Allah)
مَن = siapa (yang)
يَشَآءُۚ = Dia kehendaki
وَ = dan
ٱللَّهُ = Allah
2. ذُو = empunya
3. ٱلۡفَضۡلِ = segala kurniaan
Maksud ال ada 2 iaitu:
1. ال = itu
2. ال = segala
4. ٱلۡعَظِيمِ = besar
Orang kafir = ahli kitab & musyrikin = hasad / dengki
Akhir ayat 105 ini untuk merawat penyakit hati = hasad / dengki dengan menegaskan segala kurniaan yang besar / banyak telah diberikan oleh Allah
******
*TADABBUR*
Al Baqarah: ayat 33
قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 33
****
وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ
وَأَعۡلَمُ = dan Aku tahu
مَا = apa yang
تُبۡدُونَ = kamu nyatakan / zahirkan
وَمَا = dan apa yang
كُنتُمۡ = telah adalah kamu
تَكۡتُمُونَ = kamu sembunyikan
/ rahsiakan
Allah nyatakan ayat ini sebagai *amaran / peringatan* kepada malaikat. Kenapa Allah bagi amaran kepada malaikat, sedangkan malaikat makhluk yang baik? = Amaran ini dimaksudkan / ditujukan kepada iblis yang menyembunyikan dendamnya kepada Adam
كُنتُمۡ = telah adalah kamu
telah = lalu
adalah = sekarang
Dendam iblis ini ada 3 peringkat:
1. 2:30; Allah nak lantik khalifah
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 30
2. 2:31 & 32; Allah muliakan Adam dengan ilmu
وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِي بِأَسۡمَآءِ هَٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 31
قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 32
3. 2:34; Allah suruh sujud
وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 34
Peringkat 1 & 2 Allah belum ambil tindakan pada iblis kerana iblis belum zahirkan dendamnya. Peringkat 3 apabila iblis zahirkan dendamnya baru Allah ambil tindakan pada iblis dengan singkirkan iblis
*2:30-34 sejarah iblis dan Adam & ayat 2:284-286 Amaran Allah kepada manusia*
لِّلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَإِن تُبۡدُواْ مَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ يُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 284
ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 285
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 286
*****
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.20pm*
*Buku You Are The Best*
Doa = 2:186
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِي وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 186
Doa = ibadah
أُصَلِّي = niat
= keazaman untuk taat kepada Allah
Objektif hidup = lakukan ibadah / abdi kepada Allah
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
-Sura Adh-Dhariyat, Ayah 56
Ikut peraturan Allah = dengan baca, faham, hafal, buat semua yang terkandung dalam Al Quran
Niat = keazaman yang bersungguh-sungguh
10.40pm ditangguhkan




Read more ...

Wednesday, 1 January 2020

*Kuliah Subuh* *Rabu 1 Jan 2020* *Surau An Najah TUJP* *Prof Madya Ustaz Dr Mazlan*

*Kuliah Subuh*
*Rabu 1 Jan 2020*
*Surau An Najah TUJP*
*Prof Madya Ustaz Dr Mazlan*

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya; kita masih lagi dapat menghirup udaraNya & masih lagi diberikan nikmat kehidupan; dapat bangun pada tahun baru 2020.

Adakah kita menjadi hambaNya yang bersyukur ataupun tidak?

Tanda bersyukur = kita melakukan ketaatan kepada Allah SWT

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
-Sura Adh-Dhariyat, Ayah 56

Tahun baru Masihi mahupun Hijrah = kita semakin dekat dengan kematian / pertemuan dengan Pencipta kita; Allah

Hendaklah kita sentiasa memperbaharui iman kita = sebutkan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه = kita selalu baca selepas solat / solat berjamaah

= berzikir dahulu selepas solat

Tegahan melintas dihadapan orang yang solat, sabda Nabi s.a.w

لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk *berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat* ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun"
(HR Bukhari)


Kelebihan Tasbih, Tahmid & Takbir

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ الْفُقَرَاءُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ مِنْ الْأَمْوَالِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَا وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَلَهُمْ فَضْلٌ مِنْ أَمْوَالٍ يَحُجُّونَ بِهَا وَيَعْتَمِرُونَ وَيُجَاهِدُونَ وَيَتَصَدَّقُونَ قَالَ أَلَا أُحَدِّثُكُمْ إِنْ أَخَذْتُمْ أَدْرَكْتُمْ مَنْ سَبَقَكُمْ وَلَمْ يُدْرِكْكُمْ أَحَدٌ بَعْدَكُمْ وَكُنْتُمْ خَيْرَ مَنْ أَنْتُمْ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِ إِلَّا مَنْ عَمِلَ مِثْلَهُ تُسَبِّحُونَ وَتَحْمَدُونَ وَتُكَبِّرُونَ خَلْفَ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ

Dari Abu Hurairah berkata, “Pernah datang sahabat yang miskin kepada Nabi SAW seraya berkata, “Orang-orang kaya, dengan harta benda mereka itu, mereka mendapat kedudukan yang tinggi, juga kenikmatan yang abadi. Karena mereka melaksanakan solat seperti juga kami melaksanakan solat. Mereka puasa sebagaimana kami juga puasa. Namun mereka memiliki kelebihan disebabkan harta mereka, sehingga mereka dapat menunaikan ibadah haji dengan harta tersebut, dapat melaksanakan umrah bahkan dapat berjihad dan bersedekah.” Maka Rasulullah pun bersabda: “Mahukah aku sampaikan kepada kalian sesuatu yang apabila kalian ambil (sebagai amal ibadah) kalian akan dapat mengatasi (darjat) orang-orang yang sudah mengalahkan kalian tersebut, dan tidak akan ada yang dapat mengalahkan kalian dengan amal ini sehingga kalian menjadi yang terbaik di antara kalian dan di tengah-tengah mereka kecuali bila ada orang yang mengerjakan seperti yang kalian amalkan ini. Iaitu kalian *membaca tasbih (Subhaanallah), membaca tahmid (Alhamdulillah) dan membaca takbir (Allahu Akbar) setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali*.”
(HR Bukhari No: 798)

*Kesimpulan*

1. Syukur atas segala nikmat kurniaan Allah = sesiapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmatnya

2. Tahun baru = kita semakin hampir dengan kematian = perbanyakkan amal soleh & perbaharui iman dengan
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه

3. Kita jaga Allah, Allah akan jaga & permudahkan segala urusan kita

4. Zikir; tasbih, tahmid & tahlil 33 kali selepas setiap solat

5. Hidup dengan ketenangan = ketenangan daripada Allah & kegopohan daripada syaitan

Semoga kita sama-sama dapat amal & sampaikan. Segala yang baik daripada Allah, kelemahan daripada kita semua



Read more ...

Thursday, 26 December 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 189)* *26 Dec 2019 9.35pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 189)*
*26 Dec 2019 9.35pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.35pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 105

مَّا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ وَلَا ٱلۡمُشۡرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيۡكُم مِّنۡ خَيۡرٖ مِّن رَّبِّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَخۡتَصُّ بِرَحۡمَتِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 105

*****

مَّا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ وَلَا ٱلۡمُشۡرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيۡكُم مِّنۡ خَيۡرٖ مِّن رَّبِّكُمۡۚ


*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

مَّا = tidak

1. يَوَدُّ
= (ia) suka = مَوَدَّة

ٱلَّذِينَ = orang-orang yang

كَفَرُواْ = telah kufur / ingkar mereka
= tutup hati mereka

مِنۡ = daripada

أَهۡلِ = ahli

ٱلۡكِتَٰبِ = kitab

وَ = dan

لَا = tidak (juga)

ٱلۡمُشۡرِكِينَ = orang-orang musyrik

أَن = bahawa

2. يُنَزَّلَ
= (ia) diturunkan
نَزَلَ = turun
يُنَزِّلَ = menurunkan

عَلَيۡ = ke atas

كُم = kamu (orang beriman)

3. مِّنۡ = daripada apa sahaja

خَيۡرٖ = kebaikan

مِّن = daripada

رَّبِّ = Tuhan (yang memelihara)
= تَربِيَة = tarbiah / mendidik / memelihara / mengasuh

كُمۡۚ = kamu


*****

كَفَرُواْ = telah kufur / ingkar mereka
= tutup hati mereka:

1. أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ = ahli kitab
= orang yang ahli / pakar dalam kitab = orang berilmu (tetapi tidak bermanfaat)

2. ٱلۡمُشۡرِكِينَ = orang-orang musyrik
= orang Arab Jahiliah = orang yang tiada ilmu

= Allah samakan orang berilmu tetapi tidak beriman (tidak bermanfaat) / ahli kitab dengan orang yang tidak berilmu / jahiliah


رَّبِّكُمۡۚ = Tuhan kamu
Mengapa tidak digunakan
اللة/ إلهكم ؟

رَّبِّكُمۡۚ = Tuhan (yang memelihara
= Allah akan memelihara orang mukmin daripada orang yang hasad / dengki

*****
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.13pm*
*Buku You Are The Best*

إئستغنئ = غنئ = kaya

35: 15
۞يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِيُّ ٱلۡحَمِيدُ
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, *kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara)*, sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
-Sura Fatir, Ayah 15

أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ
= *kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara)* = keperluan asas manusia adalah Allah = *kita fakir / sentiasa berhajat kepada Allah*

وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِيُّ ٱلۡحَمِيدُ
= sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

ٱلۡغَنِيُّ = Yang Maha Kaya
= tidak memerlukan kepada sesiapa

أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
-Sura At-Takathur, Ayah 1


28:78

قَالَ إِنَّمَآ أُوتِيتُهُۥ عَلَىٰ عِلۡمٍ عِندِيٓۚ أَوَلَمۡ يَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَهۡلَكَ مِن قَبۡلِهِۦ مِنَ ٱلۡقُرُونِ مَنۡ هُوَ أَشَدُّ مِنۡهُ قُوَّةٗ وَأَكۡثَرُ جَمۡعٗاۚ وَلَا يُسۡـَٔلُ عَن ذُنُوبِهِمُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ
Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
-Sura Al-Qasas, Ayah 78

Segala nikmat yang kita perolehi, gunakan dengan bijaksana & berhati-hati

Bijak = buat keputusan dengan betul = minta dengan Allah & beriman dengan Allah = belajar Al Quran

10.35pm ditangguhkan


Read more ...

Thursday, 19 December 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 188)* *19 Dec 2019 9.35pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 188)*
*19 Dec 2019 9.35pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.35pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 104

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقُولُواْ رَٰعِنَا وَقُولُواْ ٱنظُرۡنَا وَٱسۡمَعُواْۗ وَلِلۡكَٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٞ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 104

******

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقُولُواْ رَٰعِنَا وَقُولُواْ ٱنظُرۡنَا وَٱسۡمَعُواْۗ وَلِلۡكَٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٞ

*TAJWID*

وَٱسۡمَعُواْۗ = مد أصلي = panjang asal
= 2 harakat sahaja


*****

*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

يَٰٓأَيُّهَا = wahai
= selepasnya ada ال
= يا = wahai
= selepasnya bukan ال contohnya 2:40
يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ

ٱلَّذِينَ = orang-orang yang

ءَامَنُواْ = telah beriman mereka

لَا = jangan

تَقُولُواْ = kamu berkata / katakan

1. رَٰعِنَا = raikanlah kami
راعونا = "bermaksud "cacian
(dalam bahasa Yahudi / Hebru)

وَ = dan

قُولُواْ = katakanlah / ucapkanlah

2. ٱنظُرۡنَا = pandanglah kami
نَظَرَ = pandang / lihat

وَ = dan

3. ٱسۡمَعُواْۗ = dengarlah kamu
سمع = dengar

وَ = dan

لِ = bagi

لۡكَٰفِرِينَ = orang-orang yang kafir (Yahudi)
= sifat orang Yahudi mempersendakan Allah / Al Quran / Rasul = sesiapa ada sifat yang sama akan terkeluar daripada Islam / kafir

عَذَابٌ = azab / seksaan

أَلِيمٞ = yang pedih


سَدُّ الذَّرِيعَة
= menghalang sesuatu benda yang halal bagi mengelakkan yang buruk:
1. Dihalang / ditutup, contoh ayat ini 2: 104
2. Dibenarkan / dibuka, contoh tanam pokok anggur walau ada kemungkinan dibuat arak
3. Didiamkan

*****************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.12pm*
*Buku You Are The Best Bab 35 m/s 208 Ingat Mati*

كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
-Sura Al-Alaq, Ayah 6

أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
-Sura Al-Alaq, Ayah 7

إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
-Sura Al-Alaq, Ayah 8


الٓمٓرۚ تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِۗ وَٱلَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ ٱلۡحَقُّ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يُؤۡمِنُونَ
Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 1

Iman pada hati

۞قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّاۖ قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَٰنُ فِي قُلُوبِكُمۡۖ وَإِن تُطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتۡكُم مِّنۡ أَعۡمَٰلِكُمۡ شَيۡـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٌ
Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara *iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati* kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
-Sura Al-Hujurat, Ayah 14


فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَٰمِۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجٗا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي ٱلسَّمَآءِۚ كَذَٰلِكَ يَجۡعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
-Sura Al-An'am, Ayah 125


وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan *bersungguh-sungguh* kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 69

*bersungguh-sungguh = paksa diri*

Mulakan dengan niat yang betul = Allah akan tolong


ٱلنَّوَىٰۖ = niat (6: 95)
= biji yang dapat menumbuhkan tunas (yang membelah kulit bijian) & pokok = azam yang menumbuhkan perbuatan

۞إِنَّ ٱللَّهَ فَالِقُ ٱلۡحَبِّ وَٱلنَّوَىٰۖ يُخۡرِجُ ٱلۡحَيَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَمُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتِ مِنَ ٱلۡحَيِّۚ ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُۖ فَأَنَّىٰ تُؤۡفَكُونَ
Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?
-Sura Al-An'am, Ayah 95

10.35pm ditangguhkan


Read more ...

Thursday, 12 December 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 187)* *12 Dec 2019 9.35pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 187)*
*12 Dec 2019 9.35pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.35pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 103

وَلَوۡ أَنَّهُمۡ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَمَثُوبَةٞ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ خَيۡرٞۚ لَّوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 103


****

وَلَوۡ أَنَّهُمۡ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَمَثُوبَةٞ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ خَيۡرٞۚ لَّوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ

Beri perhatian pada 1 perkara berkaitan tajwid pada kalimah

خَيۡرٞۚ = ر asalnya baris ٌ
= dhammah. Apabila diwakafkan barisnya ْ = sukun
ي = ْ = juga sukun
خ َ = fathah = baris atas

Sebelum ر ada ي sukun = ر nipis = istimewa untuk ي sukun menjadikan ر nipis

Berlainan dengan:
والعَصْرْ = ر tebal

*****

*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

وَ = dan

لَوۡ = kalaulah

أَنَّ = sungguh

هُمۡ = mereka (Yahudi)
(sikap belakangkan kitab Allah)

ءَامَنُواْ = telah beriman mereka
= الماضي

وَ = dan

ٱتَّقَوۡاْ = telah bertaqwa mereka

Iman & Islam
Iman = dalaman
Islam = luaran

Iman & Taqwa
Iman = dalaman = ada Al Quran dalam hatinya / hafazannya
Taqwa = luaran = Islam = mendirikan solat

لَ = nescaya

مَثُوبَةٞ = pahala = ثَوَابٌ = pahala
ثَوْبٌ = baju
Baju yang dipakai akan sentiasa ikut tuannya / pemakainya = pahala akan ikut tuan / pelakunya sepertimana baju yang dipakai

Isra 17: 18-23 = pahala / balasan kebaikan bagi orang Islam di dunia & juga di akhirat & balasan kebaikan bagi orang bukan Islam hanya di dunia sahaja

مِّنۡ = daripada

عِندِ = sisi

ٱللَّهِ = Allah

خَيۡرٞۚ = lebih baik
= lebih baik (daripada manfaat sihir yang mereka sangkakan)

لَّوۡ = kalaulah

كَانُواْ = telah adalah mereka

يَعۡلَمُونَ = mereka mengetahui


**********
*TADABBUR*

Al Baqarah: ayat 33

قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 33

إِنِّيٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ

إِنِّيٓ = sesungguhnya Aku

أَعۡلَمُ = Aku mengetahui

غَيۡبَ = yang ghaib / tersembunyi

 ٱلسَّمَٰوَٰتِ = (di) langit-langit

وَٱلۡأَرۡضِ = dan (di) bumi

Allah tahu yang tersembunyi dan yang zahir. Dalam ayat ini dinyatakan Allah mengetahui yang tersembunyi
= (a) yang tersembunyi Allah tahu,  lebih-lebih lagi yang zahir / nyata
= (b) isyarat kepada iblis bahawa Allah tahu yang tersembunyi dalam hati iblis (yang dengki kepada Nabi Adam AS)

Di langit & di bumi = langit sudah merangkumi bumi = langit pertama sudah merangkumi bumi =
(a) Ilmu Allah itu merangkumi / meliputi sebesar-besar (langit) & sekecil-kecil (bumi) = Al An'am 6:59

۞وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ ٱلۡغَيۡبِ لَا يَعۡلَمُهَآ إِلَّا هُوَۚ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِۚ وَمَا تَسۡقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعۡلَمُهَا وَلَا حَبَّةٖ فِي ظُلُمَٰتِ ٱلۡأَرۡضِ وَلَا رَطۡبٖ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَٰبٖ مُّبِينٖ
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
-Sura Al-An'am, Ayah 59

di darat = yang zahir
di laut = yang tersembunyi

Luqman 31: 34

إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡأَرۡحَامِۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٞ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدٗاۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسُۢ بِأَيِّ أَرۡضٖ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
-Sura Luqman, Ayah 34

10.35pm ditangguhkan


Read more ...

Thursday, 5 December 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 186)* *5 Dec 2019 9.35pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 186)*
*5 Dec 2019 9.35pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.35pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 102 bahagian ke enam

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيۡمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَكَيۡنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٞ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 102

*******

وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ

Beri perhatian pada sebutan 1 kalimah

وَلَبِئۡسَ = hamzah khalisah / hamzah tiada pantulan / bukan qalqalah

******
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

وَ = dan

لَ = sesungguhnya / sungguh

1. بِئۡسَ = alangkah buruknya
/ seburuk-buruk

مَا = apa yang (sihir)

شَرَوۡاْ = beli / jual / telah jual
/ telah menggadaikan oleh mereka

بِ = dengan

هِۦٓ = nya (sihir)

أَنفُسَ = diri-diri
نَفِيس = yang sangat berharga

هُمۡۚ = mereka

لَوۡ = jikalau / kalaulah

كَانُواْ = telah adalah mereka
telah = masa lepas
adalah = masa sekarang
= mereka jahil
= kejahilan mereka dari dulu sampai sekarang / kejahilan yang tidak pernah berubah
= mereka ada ilmu yang tidak bermanfaat

يَعۡلَمُونَ = mereka mengetahui
علم = ilmu pengetahuan

Orang berilmu = orang yang ada ilmu yang bermanfaat yang bawanya dekat kepada Allah

**********
*TADABBUR*

Al Baqarah: ayat 33

قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 33

قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡۖ

قَالَ = Allah berfirman

يَٰٓـَٔ = wahai

ادَمُ = Adam

أَنۢبِئۡهُم = ajarkanlah mereka (malaikat)

بِ = akan

أَسۡمَآئِهِمۡۖ = nama-nama mereka (makhluk / benda)

اللة
ءأدم
ملأئكة / إبليس

Allah ajar kepada Adam
Adam ajar kepada malaikat

Allah angkat / tinggikan darjat hambaNya melalui 3 tahap:
1. malaikat tak tahu ---> Allah zahirkan ilmu Adam
2. malaikat nampak ilmu Adam ---> malaikat iktiraf ilmu Adam
3. sujud ---> terpisah antara malaikat dan iblis
= malaikat merendah diri & sujud = Allah tinggikan & puji malaikat
= iblis meninggi diri & enggan sujud = Allah rendahkan & hina iblis

Bagi manusia, dalam fasa solat ada 3 tahap:
1. Berdiri & baca Al Quran = fasa 1 = tidak tahu ---> dizahirkan ilmu-ilmu dalam Al Quran
2. Rukuk = iktiraf ilmu dalam Al Quran
3. Sujud = merendah diri / paling rendah = paling hampir dengan Allah dalam sujud

****
فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡ

فَ = maka / lalu

لَمَّآ = tatkala

أَنۢبَأَهُم = Adam telah beritahu mereka

بِ = akan

أَسۡمَآئِهِمۡ = nama-nama mereka

Contoh ulangan ayat
Yunus 10: 80-81

فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلۡقُواْ مَآ أَنتُم مُّلۡقُونَ
Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka:" Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (diri benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!"
-Sura Yunus, Ayah 80

فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئۡتُم بِهِ ٱلسِّحۡرُۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبۡطِلُهُۥٓ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصۡلِحُ عَمَلَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
-Sura Yunus, Ayah 81

= taat itu adalah buat seperti yang Allah perintahkan

**********
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.22pm*
*Buku You Are The Best Bab 35 m/s 206 Ingat Mati*

Ilmu Pengurusan Kewangan = atur aktiviti = pelaburan:
1. Risiko; Portfolio = low / medium / high risk
2. Return = pulangan = bertambah / jaminan kehidupan

Pengurusan = ilmu kepimpinan = buku panduan kita adalah Al Quran = ada pelaburan yang tiada risiko

Urus harta ikut peraturan Allah:
Zakat
Derma
Wakaf

ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 3

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 261


Baca, faham, hafal, buat, sebarkan
Fathir
Saf

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتۡلُونَ كِتَٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ يَرۡجُونَ تِجَٰرَةٗ لَّن تَبُورَ
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
-Sura Fatir, Ayah 29

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
-Sura As-Saf, Ayah 10

تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
-Sura As-Saf, Ayah 11

يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
-Sura As-Saf, Ayah 12

وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
-Sura As-Saf, Ayah 13

10.40pm ditangguhkan



Read more ...

Thursday, 21 November 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 185)* *21 Nov 2019 9.25pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 185)*
*21 Nov 2019 9.25pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.25pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 102 bahagian ke lima

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيۡمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَكَيۡنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٞ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 102

*******
وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖۚ

Beri perhatian pada sebutan 2 kalimah

1. فِي ٱلۡأٓخِرَةِ
خ = huruf tebal
sebelumnya ء = huruf nipis
= kekalkan nipis sebutan ء & kekalkan tebal sebutan خ

2. خَلَٰقٖۚ
ق = huruf tebal & kalkalah kubra
= قلقلة كبرى

******
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

وَ = dan / padahal / sedangkan

لَقَدۡ = demi sesungguhnya + فِعلٌ
إنَّ = sesungguhnya + إِسمٌ

عَلِمُواْ = telah mengetahui mereka

1. لَ = sungguh

مَنِ = siapa (yang)

ٱشۡتَرَىٰ = membeli / menjual / jualbeli
= lebih sesuai "membeli" dalam ayat ini

هُ = nya = (sihir)

مَا = لا = tiada (lah)

لَ = bagi

هُۥ = nya

فِي = di / pada / di dalam

ٱلۡأٓخِرَةِ = hari) khirat)

2. مِنۡ = dari / daripada
/ *walau sedikit*

3. خَلَٰقٖۚ = نَصِيب = bahagian baik
/ bahagian yang menguntungkan
/ pahala / kebaikan

3 mufradat baru

فَإِذَا قَضَيۡتُم مَّنَٰسِكَكُمۡ فَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَذِكۡرِكُمۡ ءَابَآءَكُمۡ أَوۡ أَشَدَّ ذِكۡرٗاۗ فَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا وَمَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖ
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 200

وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 201

أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ نَصِيبٞ مِّمَّا كَسَبُواْۚ وَٱللَّهُ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 202

**********
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.03pm*
*Buku You Are The Best Bab 35 m/s 206 Ingat Mati*

وَٱلۡعَصۡرِ
Demi Masa!
-Sura Al-Asr, Ayah 1

إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
-Sura Al-Asr, Ayah 2

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
-Sura Al-Asr, Ayah 3

Rugi / tidak berjaya = apa sahaja aktiviti yang bawa kita makin jauh dari Allah
Manfaat / faedah / penting = apa sahaja aktiviti yang bawa kita dekat dengan Allah

Kebanyakan manusia tidak berjaya,  dalil Ar Ra'd 13: 1

الٓمٓرۚ تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِۗ وَٱلَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ ٱلۡحَقُّ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يُؤۡمِنُونَ
Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; *tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman*.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 1

Ciri orang berjaya:
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ
Sesungguhnya *berjayalah orang-orang yang beriman*,
-Sura Al-Mu'minun, Ayah 1

ٱلَّذِينَ هُمۡ فِي صَلَاتِهِمۡ خَٰشِعُونَ
Iaitu mereka yang *khusyuk dalam sembahyangnya*;
-Sura Al-Mu'minun, Ayah 2

وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ
Dan mereka yang *menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia*;
-Sura Al-Mu'minun, Ayah 3

وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَٰعِلُونَ
Dan mereka yang *berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)*;
-Sura Al-Mu'minun, Ayah 4

وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَٰفِظُونَ
Dan mereka yang *menjaga kehormatannya*, -
-Sura Al-Mu'minun, Ayah 5

إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٰجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُهُمۡ فَإِنَّهُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
-Sura Al-Mu'minun, Ayah 6

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه

إِلَهَ = محبوب = معبود

= tiada tuhan melainkan Allah
= tiada kecintaan melainkan kepada Allah
= no 1 penting ikut peraturan Allah / ikut peraturan dalam Al Quran / bahasa Al Quran

beriman = perbuatan = bermula dengan hati & dilakukan dengan perbuatan & perkataan

Kejayaan = apa yang kita lakukan / amal, bukan apa yang kita dapat

وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: *"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"*.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 201

ٱلدُّنۡيَا = dunia = aktiviti kehidupan
= keadaan = pencapaian

يَوۡمَ يَجۡمَعُكُمۡ لِيَوۡمِ ٱلۡجَمۡعِۖ ذَٰلِكَ يَوۡمُ ٱلتَّغَابُنِۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَيَعۡمَلۡ صَٰلِحٗا يُكَفِّرۡ عَنۡهُ سَيِّـَٔاتِهِۦ وَيُدۡخِلۡهُ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدٗاۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
-Sura At-Taghabun, Ayah 9

۞يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡأَهِلَّةِۖ قُلۡ هِيَ مَوَٰقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلۡحَجِّۗ وَلَيۡسَ ٱلۡبِرُّ بِأَن تَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِنۡ أَبۡوَٰبِهَاۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi *kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa*; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."
-Sura Al-Baqarah, Ayah 189

*kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa* = *kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat*

Didik anak dengan perbuatan kita

۞أَتَأۡمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلۡبِرِّ وَتَنسَوۡنَ أَنفُسَكُمۡ وَأَنتُمۡ تَتۡلُونَ ٱلۡكِتَٰبَۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ
*Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?*
-Sura Al-Baqarah, Ayah 44

10.40pm ditangguhkan


Read more ...

Saturday, 16 November 2019

*KURSUS KEIBUBAPAAN SEK MEN SRI AL AMIN BANGI* *Sabtu 16 November 2019* *8am-12.30pm* *Dewan Perdana FSSK UKM* *Kemenjadian vs Pencapaian*

*KURSUS KEIBUBAPAAN SEK MEN SRI AL AMIN BANGI*

*Sabtu 16 November 2019*
*8am-12.30pm*
*Dewan Perdana FSSK UKM*
*Kemenjadian vs Pencapaian*

*Moderator*
Muallim Muhammad Othman Zawawi
PKHEM

*Panel 1*
Dr Khodari bin Ahmad
Presiden Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia

*Panel 2*
PM Dr Azmin Sham Rambely
Timbalan Pengarah Pengajaran UKM

*Panel 3*
Muallimah Marhamah Mohd Yusof
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMSAAB

******
8.40am Bacaan ayat suci al Quran oleh pelajar Al Amin

9.05am Ucapan aluan & perasmian majlis oleh PM Dr Zaini Sarkawi (YDP PIBG Sri Al Amin Bangi)

9.14am-9.52am Ucapan aluan & taklimat sekolah menengah oleh Muallim Fadhli (Mudir Sek Men Sri Al Amin Bangi*

******
*FORUM*
*10am*
*Kemenjadian vs Pencapaian*

*PUSINGAN PERTAMA*

*Panel 1*
*Dr Khodari bin Ahmad*
Presiden Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia
*Erti Kemenjadian*

Mendidik = menjadinya anak-anak
*Mendidik = ilmu, amal & adab*
Ilmu & amal ---> adab ---> akhlak
*Kemenjadian = akidah, ibadah & akhlak mulia*

*Panel 2*
PM Dr Azmin Sham Rambely
Timbalan Pengarah Pengajaran UKM
*Kemenjadian vs Pencapaian*

Semua 4 orang anak belajar di Al Amin Bangi
Alhamdulillah syukur kerana menyekolahkan semua anak di Al Amin Bangi = kemenjadian & pencapaian

*Panel 3*
Muallimah Marhamah Mohd Yusof
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMSAAB

Anak-anak perlukan perhatian ibubapa
Ibubapa perlu realistik
Gajet = urus dengan bijak

******
*PUSINGAN KEDUA*

*Panel 1*
*Dr Khodari bin Ahmad*
Presiden Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia
*Kemenjadian vs Pencapaian*

SPM straight A 2%, baki 98% bukan straight A = jangan ambil ini sebagai kayu ukur / indikasi kejayaan pelajar / anak-anak

Kemenjadian vs Pencapaian = *gabungan tarbiah & kasih sayang*

Raikan, ucapkan tahniah atas kejayaan anak-anak

Keibubapaan = ibu, bapa & anak
Mikro = ibu, bapa & anak
*Makro = semua ibu, semua bapa & semua anak = bersama-sama membangunkan anak kiat*

*Panel 2*
PM Dr Azmin Sham Rambely
Timbalan Pengarah Pengajaran UKM
*Rahsia & Tips / Strategi Kemenjadian*

1. Islam is the way of life = al Quran
2. Al Quran, Bahasa Arab
3. Cerita-cerita Nabi Muhammad SAW
4. Sejarah-sejarah Islam
5. Rapat dengan anak-anak, bawa apa yang dibelajar di sekolah ke rumah

100% sokong & bantu anak-anak
Sepanjang perjalanan akan ada onak, duri & ranjau = kita perlu bantu anak-anak melalui proses kehidupan ini

Pakej terbaik insyaAllah ada di Al Amin

*Panel 3*
Muallimah Marhamah Mohd Yusof
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMSAAB
*Cadangan Bagi Tarbiyah Anak di Sekolah & Rumah*

1. Adab
2. Pantau aktiviti anak-anak
3. Banyakkan pujian kepada anak-anak
4. Anak perempuan = rapat dengan bapa & perlukan pujian
5. Anak lelaki akan lebih rapat dengan ibu
6. Berkawan rapat dengan anak-anak
7. Kita bukan ibubapa remote control = tunjukkan contoh teladan yang baik bukan sekadar arahan / cakap
8. Solat berjamaah bersama anak & keluarga = di surau & sesekali dirumah dengan diimamkan oleh ayah = bonding = hati anak-anak akan jadi lembut
9. Bacaan Al Quran = pantau bacaan & tajwid & tahsin anak-anak
10. Selaraskan kehidupan di sekolah & di rumah = anak + sekolah + rumah
11. Makan malam & aktiviti bersama keluarga
12. Percaya anak & pantau anak agar dia rasa

******
*PUSINGAN KETIGA: SOAL JAWAB*

*Soalan / Pandangan Bapa 1*

Kerisauan; anak ketujuh mohon Al Amin

2001 / 2002 = anak pertama sehingga sekarang anak ketujuh

Gabungan ibubapa, guru & anak

Beza ilmu & maklumat
Ilmu = cahaya & tidak akan dapat kepada ahli maksiat

1 gajet = semua anak sekolah & menengah

Jangan menipu & tegas = contohnya kalau ke kedai cakake kedai & tidak boleh ikut & kalau nak kirim boleh

Gabungan tenaga agar sistem sekolah dapat dibesarkan agar lebih ramai ibubapa dapat hantar anak-anak ke sini & nikmat kemenjadian anak-anak dapat dikongsi bersama masyarakat


******
*PUSINGAN KEEMPAT = RUMUSAN*

*Panel 1*
*Dr Khodari bin Ahmad*
Presiden Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia
*Gabungan*

Pentaksiran = kemenjadian
Peperiksaan = pencapai
Peperiksaan ukur pencapaian & tidak mampu ukur kemenjadian. Kemenjadiaan diukur dengan pentaksiran berterusan

Peperiksaan =

Pentaksiran = ERRA = berterusan
Environment
Reaction
Record
Acknowledge

*Panel 2*
PM Dr Azmin Sham Rambely
Timbalan Pengarah Pengajaran UKM
*Parenting Skill & Impaknya*

Tarbiyah di sekolah ---> bawakan ke rumah
Dekatkan dengan Al Quran & hidup cara Islam
Percaya & perhatian / checking anak-anak
Kreativiti & moral / humanities values = survival

Anak-anak dahagakan ilmu agama

InsyaAllah moga anak kita berjaya dunia & akhirat


*Panel 3*
Muallimah Marhamah Mohd Yusof
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMSAAB
*Cara Terbaik Bagi Kemenjadian Anak*

1. Menjadi = cemerlang ilmu, amal & adab = amalan ibubapa = *parenting skill secara berterusan*
2. *Infak ibubapa banyak = keberkatan*. Bagi = tumbuh berganti
3. Anak-anak menghormati guru-guru = barakah = adab
4. Hubungan baik & harmoni guru & ibubapa = muslim profesional = tahu peranan masing-masing = keberkataan
5. Anak-anak = saham berterusan bagi kita semua dunia & akhirat

*Moderator*
Muallim Muhammad Othman Zawawi
PKHEM

Ilmu itu hiasan bagi anak-anak, dia akan dimuliakan kemana saja dia pergi

Ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak berbuah

*Pengerusi*
Terima kasih kepada moderator & semua hadirin

Majlis penyampaian cenderahati kepada moderator 11.54am

Bacaan doa oleh Ustaz Muaz Muhammad Arif

Yang baik semuanya dari Allah SWT & kelemahan daripada kita semua

Majlis ditangguhkan 11.57am


Read more ...

Thursday, 14 November 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 184)* *14 Nov 2019 9.30pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 184)*
*14 Nov 2019 9.30pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.30pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 102 bahagian ke empat

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيۡمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَكَيۡنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٞ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 102

*******
وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ

Beri perhatian pada sebutan kalimah

هُمۡ = hum; ه baris dhammah /
baris depan
ضَمَّة = muncung ke depan
= muncung mulut ke depan

******
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

وَ = dan

يَتَعَلَّمُونَ = mereka belajar
علم = ilmu / pengetahuan
علّم = mengajar
تَعَلَّمَ = belajar

مَا = apa yang (sihir)

يَضُرُّ = ia (sihir) memberi mudharat
ضُرُّ = memberi mudharat

هُمۡ = mereka (ahli sihir)

وَ = dan

لَا = tidak

يَنفَعُ = ia bermanfaat / berfaedah
نَفَعَ = bermanfaat / berfaedah

هُمۡۚ = mereka
******
*TADABBUR*
Al Baqarah: ayat 33

قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 33


قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡۖ

قَالَ = Allah berfirman

يَٰٓـَٔ = wahai

ادَمُ = Adam

أَنۢبِئۡهُم = ajarkanlah mereka (malaikat)

بِ = akan

أَسۡمَآئِهِمۡۖ = nama-nama mereka (makhluk / benda)

اللة
ءأدم
ملأئكة / إبليس

Allah ajar kepada Adam
Adam ajar kepada malaikat

Allah angkat / tinggikan darjat hambaNya melalui 3 tahap:
1. malaikat tak tahu ---> Allah zahirkan ilmu Adam
2. malaikat nampak ilmu Adam ---> malaikat iktiraf ilmu Adam
3. sujud ---> terpisah antara malaikat dan iblis
= malaikat merendah diri & sujud = Allah tinggikan & puji malaikat
= iblis meninggi diri & enggan sujud = Allah rendahkan & hina iblis

Bagi manusia, dalam fasa solat ada 3 tahap:
1. Berdiri & baca Al Quran = fasa 1 = tidak tahu ---> dizahirkan ilmu-ilmu dalam Al Quran
2. Rukuk = iktiraf ilmu dalam Al Quran
3. Sujud = merendah diri / paling rendah = paling hampir dengan Allah dalam sujud


**********
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.19pm*
*Buku You Are The Best Bab 35 m/s 206 Ingat Mati*


وَٱلۡعَصۡرِ
Demi Masa!
-Sura Al-Asr, Ayah 1

إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
-Sura Al-Asr, Ayah 2

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
-Sura Al-Asr, Ayah 3

Rugi / tidak berjaya = apa sahaja aktiviti yang bawa kita makin jauh dari Allah
Manfaat / faedah / penting = apa sahaja aktiviti yang bawa kita dekat dengan Allah

*Bahasa kita = bahasa Arab Al Quran* = dalil surah 14 Ibrahim: ayat 4

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
Dan *Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya* supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
-Sura Ibrahim, Ayah 4

سَأَصۡرِفُ عَنۡ ءَايَٰتِيَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ وَإِن يَرَوۡاْ كُلَّ ءَايَةٖ لَّا يُؤۡمِنُواْ بِهَا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلرُّشۡدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلٗا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلۡغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلٗاۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَكَانُواْ عَنۡهَا غَٰفِلِينَ
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
-Sura Al-A'raf, Ayah 146

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَٱسۡتَكۡبَرُواْ عَنۡهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمۡ أَبۡوَٰبُ ٱلسَّمَآءِ وَلَا يَدۡخُلُونَ ٱلۡجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ ٱلۡجَمَلُ فِي سَمِّ ٱلۡخِيَاطِۚ وَكَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُجۡرِمِينَ
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.
-Sura Al-A'raf, Ayah 40

10.30pm ditangguhkan


Read more ...