Sunday, 6 August 2017

Fiqh Manhaji - Zakat

*Kuliah Subuh*
*6 Aug 2017 Ahad*
*Ustaz Dr Mohd Zaini Yahya*
*Fiqh Manhaji*
*Surau An Najah TUJP*

Alhamdulillah kita diberikan kekuatan untuk solat subuh secara berjemaah & sama2 menunggu untuk menelaah ilmu

Bab solat dah selesai, kita sambung bab zakat

Takaful = bantu membantu
Zakat konsep bantu membantu & tolong menolong. InsyaAllah kita termasuk dalam golongan memberikan zakat, bukan menerima zakat

Gaji / pendapatan yang kita dapat bukan 100% milik kita; ada juga bahagian2 orang lain yang dipanggil zakat, sedekah & hadiah

Konsep dakwah = tunjuk akhlak Islam = tangungjawab kita semua = perlu ada rasa / cita2 agar semua orang memeluk Islam

Syahadah, solat, zakat, puasa, haji & umrah

Zakat = membentuk peribadi harmoni masyarakat, bantu membantu & tolong menolong = bahagia masyarakat apabila sama2 membantu

"Allah mewajibkan zakat ke atas orang kaya untuk diagihkan kepada orang fakir dikalangan mereka"

Islam atur masyarakat agar tolong menolong dengan zakat

Zakat = utama
Cukai boleh, tapi langkah terakhir

Zakat = agenda negara = ketat syaratnya = kutip & agih = dua2 kena efisyen, baru zakat dapat berfungsi

Zaman Umar Abdul Aziz, tiada penerima zakat kerana semua rakyat makmur, ada pendapatan & berkat

Zakat = sedekah wajib
Sedekah = sunat

Zakah = suci = bertambah & subur = harta2 yang dikeluarkan zakat akam suci, bertambah & subur

Harta yang dibiarkan / disimpan sahaja tanpa diusahakan akan habis dibayar zakat hingga ke bawah nisab. Oleh itu harta perlu diusahakan agar ia bertambah & berkembang = motivasi agar harta berkembang, bertambah, subur & berkat

Zakat = bagi & niat walaupun penerima tak tahu itu zakat. Kalau penerima itu tahu zakat lebih baik agar dia boleh mendoakan pemberi zakat

Tunjuk boleh = atas dasar nak galakkan orang lain agar buat kebaikan yang sama

Contoh mock cheque = cek contoh untuk zakat / sumbangan = boleh / tak boleh bergantung kepada niat pemberi. Jika untuk galakkan orang lain buat perkara baik = boleh. Jika niat untuk menunjuk2 = tak boleh

"Dibina Islam itu dengan syahadah, solat, zakat, puasa & haji (& umrah)"

Amil = ambil / kumpul & agih = 1/8 berhak untuk amil

8 asnaf = fakir miskin yang utama / pertama, seterusnya 7 golongan lain

Fakir = tak cukup separuh daripada keperluan hidupnya
Miskin = keperluan hidup lebih separuh daripada cukup

Zakat & wakaf memakmurkan, tambah berkat & kesuburan apabila ditadbir urus dengan baik

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat