Saturday, 26 August 2017

Kuliah Subuh Surau An Najah TUJP 26 Ogos 2017 Sabtu Penceramah: Ustaz Khairul Anuar Tajuk: Huraian Al Asmaul Husna

*Kuliah Subuh*
*Surau An Najah TUJP*
*26 Ogos 2017 Sabtu*
*Penceramah: Ustaz Khairul Anuar*
*Tajuk: Huraian Al Asmaul Husna*

Alhamdulillah syukur nikmat kesihatan, kelapangan dapat hadir solat subuh berjemaah & dapat bersama2 mendengar kuliah

*Moga permulaan pagi yang baik akan memberikan kita pengakhiran yang baik = husnul khatimah*

10 hari awal Zulhijjah yang baik ini sama2 kita perbanyakkan amal soleh

Sambungan huraian asmaul husna untuk kita mengenal Allah. Kena ada usaha untuk kenal Allah, salah satu dengan cara menghayati nama2Nya

*77 Al Waliy = Yang Maha Menguasai = Allah Maha Berkuasa ke atas alam ini*
= وَالٍ

Ar Rad 13: 11

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 11

*78 Al Mutaal = Maha Tinggi = mengatasi segala ketinggian*
الْمُتَعَالِ

Ar Rad 13: 9

عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيرُ الْمُتَعَالِ
Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya).
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 9

Dibaca / dizikirkan apabila kita mempunyai sesuatu hajat yang besar / melembutkan hati seseorang
الْمُتَعَالِ

*79 Al Barr = Baik = Yang Maha Baik = Yang Maha Melimpah Ihsan*
= الْبَرُّ

Segala takdir yang datang dari Allah, adanya sifat Baik Allah

5 gambaran Allah paling baik:
1. Belas ihsan / rezeki dari Allah tidak terputus dengan maksiat yang dilakukan hambaNya
2. Allah kurniakan yang lebih baik daripada apa yang kita minta = mungkin lain, tidak sama dengan apa yang kita minta, tetapi hakikatnya apa yang Allah beri itu terbaik buat kita = minta sikit, Allah beri banyak
3. Allah berbuat baik pada orang yang buat jahat, malah mengampunkan jika dia bertaubat
4. Allah menghendaki dari hambaNya benda yang mudah = mampu dilakukan hambaNya = Allah memaafkan banyak perkara yang dilakukan hambaNya
5. Allah membalas dosa sesuai dengan kesalahan yang dilakukan = tiada gandaan pada dosa = ada gandaan pada pahala = peluang ke syurga lebih tinggi daripada ke neraka

Pahala akan memberatkan mizan = menentukan akan ke syurga atau ke neraka

3 yang akan ditimbang; amal, buku catatan & tubuh badan hamba = tubuh badan yang banyak buat kebaikan akan berat timbangan kebaikannya di mizan

Simpati kita sangat kecil jika dibandingkan dengan Allah = hanya 1% diberikan Allah didunia ini, 99% lagi disimpan diakhirat

Ya Barr / Al Barr = dibaca / dizikirkan bagi bermusafir agar dipermudahkan urusan perjalanan


At Tur 58: 28

إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ ۖ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ
"Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani".

-Sura At-Tur, Ayah 28


80. *At Tawwab = Maha Penerima Taubat = Allah menunggu2 taubat hambaNya*
= التَّوَّابُ

Waktu malam, Allah menunggu taubat hambaNya yang dilakukan waktu siangnya & waktu siang, Allah menunggu taubat hambaNya yang dilakukan waktu malam.

Taubat = kembali ke jalan Allah setelah menyimpang / maksiat / dosa. Syarat2nya:

At Tawwab & Ar Rahim =
 التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

At taubah 9: 104

أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَأْخُذُ الصَّدَقَاتِ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
-Sura At-Tawbah, Ayah 104


An Nisa: 64

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
-Sura An-Nisa', Ayah 64

Al Baqarah 2:160

إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَٰئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۚ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 160

Terhenti taubat apabila:
1. Meninggal / tibanya sakaratul maut
2. Matahari terbit dari sebelah barat

Orang mukmin ada yang sengsara ketika sakaratul maut = kafarah kepada dosa yang dilakukannya

Taubah nasuha =
1. Benar2 taubat & tidak ulangi lagi kesalahan
2. Pindah tempat tinggal agar boleh menjauhkan kita dari dosa lama
3. Bertukar sahabat lama yang boleh menariknya ke arah dosa lama

Teringat dosa lama =
1. Pangillan Allah agar datang bertaubat kepadaNya
2. Mainan syaitan agar gelisah & ulanginya kesilapan lama

Ambil peluang untuk sentiasa bertaubat kepada Allah

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya

= baca dengan HATI = sertai rasa kesal / bersalah dengan kesalahan yang kita lakukan & pengharapan agar Allah ampunkan kita insyaAllah

7.10am ditangguhkan & akan disambungkan nama Allah yang ke 81.

Yang baik dari Allah, yang kurang dari kelemahan diri saya = penceramah & juga pencatat. Moga sama2 kita amal & sebarkannya insyaAllah

-Lukeman 26Aug2017 7.20am-



No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat