Sunday, 20 August 2017

Kuliah Subuh* *20 Aug 2017 Ahad* *Ustaz Dr Mohd Zaini Yahya* *Fiqh Manhaji*

*Kuliah Subuh*
*20 Aug 2017 Ahad*
*Ustaz Dr Mohd Zaini Yahya*
*Fiqh Manhaji*
*Surau An Najah TUJP*

Syukur pada Allah kerana berikan kita taufik & hidayahNya untuk kita solat subuh berjamaah & teruskan dengan kuliah Fiqh Manhaji = hukum hakam. Digalakkan untuk beli buku Fiqh Manhaji ini

*Hukum Orang Yang Enggan Keluarkan Zakat*

1. Engkar keluarkan zakat sebab tolak kefarduan zakat
Zakat rukun Islam ketiga, selepas mengucap & solat.
Tidak keluarkan zakat = murtad & kafir

2. Bakhil & kedekut
= fasik = berdosa besar & akan dikenakan azab
Fasik = melakukan dosa besar / melakukan dosa kecil secara berterusan tanpa bertaubat

Sujak akrak = simpanan2 yang tidak dikeluarkan zakat, akan menjelma sebagai ular yang akan menggigit orang yang tidak keluarkan zakat

Sujak = berani = ular jantan
Akrak = yang memagut, menggigit

Al Imran 3: 180

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?"
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 180

*Orang Yang Wajib Keluarkan Zakat*
1. Orang Islam
2. Cukup nisab = had minimum harta yang dimiliki, bergantung kepada jenis harta
3. Cukup setahun / haul = sempurna simpanan setahun memilikinya mengikut kalendar Islam, kecuali zakat tanaman dikeluarkan ketika tuaian
4. Harta kanak2 yang belum baligh / orang gila, yang cukup syarat 1-3 di atas

Zakat = penyucian harta
Harta kita bukan hak milik kita sepenuhnya, ada hak orang lain yang perlu kita tunaikan; zakat, sedekah, hadiah

Harta anak yatim; warisnya perlu niagakan agar hartanya itu berkembang & tidak berkurangan disebabkan zakat. Waris berkewajipan untuk itu

Hikmah = harta jangan disimpan sahaja tanpa diusaha / diniagakan = menggalakkan usaha & pengaliran harta / manfaatnya kepada ramai orang

Pusat jagaan anak yatim perlu ada audit untuk pastikan pengurusan hartanya ikut syariat Islam

Harta kanak2 yang belum baligh; zakat perlu dikeluarkan, sedekah tidak boleh selagi dia belum baligh. Sedekah guna harta waris yang dah baligh

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat