Friday, 15 June 2018

*Khutbah Raya* *Jumaat 15 Jun 2018* *1 Syawal 1439*

*Khutbah Raya*
*Jumaat 15 Jun 2018*
*1 Syawal 1439*
*Masjid Kg Rahmat Kuala Krai*

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 21

Hari raya edulfitri = hari kemenangan setelah 1 bulan berpuasa

Kita umat Islam yang satu akidah = kekalkan kesatuan umat

Ramadan baru sahaja meninggalkan kita = madrasah yang mentarbih & mendidik kita = perbetulkan wawasan & matlamat hidup

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 183

Kita dapat menunaikan ibadah puasa kerana akidah = akidah perlu diperkuat & diperkukuhkan
اللّٰه أكبر
اللّٰه أكبر
اللّٰه أكبر

Pegang teguh pada panji tauhid bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT & wariskan pada anak-anak agar berpegang teguh padaNya

أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَٰهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 133

Bawa diri, anak-anak & keluarga kita ke jalan yang benar

Kekalkan perpaduan, silaturahim

Umat Islam bersaudara

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
-Sura Al-Hujurat, Ayah 10

Baca Al Quran selagi ia dapat menyatu hatimu & berhentilah jika ia membawa perbalahan & pertentangan antaramu

Janganlah kamu saling berbalah, kerana nanti kamu akan menjadi lemah

Hidupkan hari raya ini dengan bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, tambahkan amalan ibadah, tambahkan ilmu untuk mendekatkan kita kepadaNya insyaAllah


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat