Sunday, 3 June 2018

*Tazkirah Ramadan* *Ahad 3 Jun 2018* *18 Ramadan 1439* *Surau An Najah TUJP*

*Tazkirah Ramadan*
*Ahad 3 Jun 2018*
*18 Ramadan 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*

Malam 19, esok kita akan masuk 10 malam akhir Ramadan

Niat sunguh-sungguh untuk hidupkan malam-malam akhir Ramadan = qiam untuk solat, baca Al Quran, zikir

Kita lihat cara ibadah Nabi SAW
Kitab Samail Muhammadiah

"Nabi SAW tidur awal (lepas isya terus tidur, katakan pukul 10 malam). Nabi bangun awal untuk beribadah, solat witir untuk tutup ibadat, kemudian Nabi tidur semula. Apabila azan, Nabi cepat2 bangun (untuk solat subuh)"
HR Annasai

6 bahagian malam (katakanlah 6 jam):
3 jam tidur
2 jam ibadah
1 jam akhir tidur

Contoh:
10-2 tidur
2-4 ibadah
4-5 tidur
5 bangun, sahur & solat subuh

Tidur semula untuk tenaga, seri wajah & kembalikan kesegaran

"Berkatilah umatku pada awal pagi"

Awal malam waktu optimum untuk tidur = lepas isya dalam 10pm sampai 2am

Usaha untuk menghampiri cara yang dibuat oleh Nabi SAW

Mudah-mudahan kita diberi kekuatan. Niat & azam untuk kita usaha bangun malam & beribadah

"Bangun malam itu kemulian bagi orang mukmin". Allah sangat hampir dengan hambaNya, tambahan lagi kita buru lailatulqadar

Buat amalan / ibadah yang baik sahaja

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
-Sura Al-Isra', Ayah 79

*Kesimpulan*
Bangun malam, solat, istigfar, taubat, baca Al Quran & zikir

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat